Tuesday, November 14, 2017

Tahniah... Pencapaian Terbaik Kualiti .. MS - ISO 9001:2015

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 13 November 2017
Tempat: Dewan Undangan Negeri Kedah

Assalaamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera buat semua pembaca blog saya ini... Semasa menulis ini saya berada dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, mewakili jabatan untuk meneliti dan mengambil tindakan memberikan apa-apa maklumat yang diperlukan oleh EXCO berkaitan , jika ada apa-apa isu dan masalah yang  berkaitan LADA dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah. Nampaknya satu soalan bertulis sahaja yang dikemukakan, yang lain-lain soalan lisan tak ada berkaitan dengan LADA. So sambil dengar-dengar perbahasan sehari suntuk ini , sempat juga saya coretkan apa yang terlintas dihati.

Catatan kali ini hanya sekadar untuk mengucapkan tahniah kepada anak-anak buah saya yang telah berjaya menggembelingkan segala usaha dan tenaga menyediakan segala persiapan fizikal  dan dokumen-dokumen hingga akhirnya dianugerahkan Sijil ISO 9001:2015 kerana melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang menepati standard tersebut. 4 skop penilaian telah diambil kira iaitu Pengurusan Projek Pembangunan, Pengurusan Promosi Pelancongan, Pengurusan Acara Pelancongan dan Pengurusan Pelaburan Komersial. Sijil ini berkuatkuasa dari 04 September 2017 hingga 04 September 2020.

Tahniah, Tahniah, Tahniah.

Sebenarnya saya amat berbangga dengan penganugerahan yang diterima oleh LADA ini. Bukan mudah untuk mendapatkan sijil penganugerahan ini. Sebab itu tidak banyak jabatan-jabatan yang berjaya memperolehi sijil ini.  Seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini, untuk mendapatkan sijil ini ianya perlu melalui pelbagai peringkat penilaian yang amat ketat dan teliti serta agak teknikal. Belanja untuk mendapatkan sijil inipun banyak juga.. Lagipun tidak ada kemestian atau arahan atasan yang mewajibkan semua jabatan-jabatan kerajaan memiliki sijil ini. Atas asas sukarela dan komitmen pihak atasan sahaja . Setengah-setengah jabatan tak mahu susah-susah.. Orang tak suruh, kenapa kalut-kalut..  Sebab itu hanya jabatan yang mempunyai kesungguhan dan komitmen sahaja mahu berusaha mendapatkan sijil kualiti ini.



                                                                                           Sebab itu saya amat berbangga dengan Pengurusan Tertinggi LADA sebelum ini yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk meneruskan mendapatkan sijil kualiti ini, kerana sebelum saya masuk bertugas di LADA, telahpun mempunyai sijil kualiti tersebut tapi versi lama yang telah tamat tempoh lakunya dan pengurusan telah bersetuju untuk teruskan memohon penyambungan sijil kualiti tersebut dalam versi baru. Saya tidak ada peranan besar sangat pun dalam mendapatkan sijil kualiti ini, hanya sekadar menyelaraskan segala tindakan anak-anak  buah menyediakan dokumen-dokumen berkaitan. Sebenarnya yang berperanan besar ialah semua anak-anak buah saya disetiap peringkat pegawai. Kejayaan ini adalah hasil dari kerja berpasukan..

Memiliki Sijil ISO  9001:2015 bukan sekadar memilikinya sahaja. Ia merupakan satu cabaran kepada semua anggota perkhidmatan LADA, kerana ianya perlu diterjemahkan dalam perkhidmatan yang diberikan. Tidak ada makna mempunyai sijil kualiti yang hebat ini tapi kualiti perkhidmatannya terok. Status itu yang perlu dijaga dan dipertahankan agar ianya tidak menjadi sindiran orang awam yang berurusan dengan LADA.

Jadi saya berharap semua anak-anak buah di LADA ini dapat menyahut cabaran memiliki sijil kualiti ini dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan LADA... Selain kepuasan kakitangan , kepuasan pelanggan  tetap menjadi keutamaan LADA.

Selepas ini LADA akan mendapatkan Sijil EKSA pula.. Insya Allah tahun 2018 saya percaya Sijil tersebut akan diperolehi juga.. berdasarkan komitmen tinggi sebahagian besar anggota LADA.

Terima kasih..

Catatan2 usaha2 anak2 buah utk mendapatkan Sijil MS ISO 900:2015

Catatan Bengkel MS ISO 9001:2015... Klik saja kat situ