Tuesday, August 1, 2017

Pentingnya Jeti Kepada Sektor Pelancongan


Tarikh : 30 Julai 2017
Tempat: Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman



Laluan ini adalah antara 
komponen jeti yang di
naiktaraf... Cantik dan 
kemas nampaknya
Assalaamualaikum WRT dan Selamat Malam..
Masih rehat-rehat kat rumah.. Alhamdulillah, kita masih ada masa untuk berehat dan bersantai-santai bersama keluarga dalam suasana yang amat selesa sekali.

Saya masih selesa lagi di opis ni, sambil-sambil dok tengok drama TV bersiri , tangan ini masih bergerak- gerak bersama jari-jemari mengetuk huruf-huruf keyboard ini untuk menjadi perkataan dan ayat yang boleh difahami.

Baru habis meneliti surat-surat dan kertas-kertas kerja berkaitan untuk tindakan susulan anak buah , saya ada sedikit masa sebelum balik ke rumah.. elok saya buat cerita sikit fasal aktiviti-aktiviti saya sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Banyak cerita ada tapi tak punya kesempatan masa untuk menulisnya..  Kena ada kat opis selesa sikit untuk menaip, kalau taip melalui smartphone , lambat dan menyakitkan mata serta memenatkan mata yang dah terok ni..

 Dato Hj Azizan sedang memberi ucapan penghargaan

dan penjelasan 


Untuk menjadi sebuah Pulau Pelancongan yang terkenal tidaklah semudah bercakap. Selain produk-produk yang menarik perlu ada disesebuah tempat pelancongan, infrastruktur yang lengkap dan sempurna juga perlu seiring dengan segala produk pelancongan yang ada.

Pulau Langkawi terkenal dengan keindahan alam semula jadinya sehinggakan Pulau Langkawi diiktiraf oleh UNESCO sebagai Langkawi Geopark sejak tahun 2007 lagi. Pengikhtirafan ini mengambil kira akan kecantikan dan keaslian pulau2 yang ada, batu batan yang unik dan amat lama, gua yang menakjubkan, hutan yang masih utuh dan tidak terganggu, komuniti yang amat mesra dan prihatin, budaya yang menarik dan pelbagai, dan segala macam keunikan yang ada.

bebasnya babi hutan ini berkeliaran
disekitar pulau ini.. 










Pada hari ini satu lagi peristiwa penting berlaku dengan siapnya jeti pelancongan di kawasan rekreasi Tasik Dayang Bunting Langkawi. Satu majlis penyerahan jeti yang telah siap ini telah diadakan diatas jeti itu sendiri dimana pihak kontraktor telah menyerahkan projek siap ini kepada JKR/LADA. Dato' Hj Azizan b. Nordin Ketua Pegawai Eksekutif LADA sendiri telah hadhir untuk menerima penyerahan projek tersebut. Turut hadhir ialah Ahli DUN Kawasan Kuah iaitu YB Nor Saidi.

Sebagaimana yang disebutkan oleh Dato' KPE sendiri, bahawa jeti ini sebenarnya bukan untuk komuniti dipulau ini kerana pulau ini tiada penghuni tetap, tetapi ianya dibina khusus untuk kemudahan bot-bot pelancong yang datang dari Pulau Langkawi sendiri ke Pulau Dayang Bunting ini untuk naik ke Tasik Dayang Bunting yang amat terkenal itu. Dengan adanya jeti ini ianya amat memudahkan para pelancong untuk turun dan naik bot dengan selesa sekali. Pengusaha Bot Pelancong pun dapat manfaat dari jeti ini dan patut sama-sama menjaganya sebaik mungkin. Mengikut rekod dalam sehari kedatangan pengunjung ke pulau ini mencecah 1,000 orang dalam keadaan  hari-hari biasa dan boleh mencecah sehingga 2,000 orang dalam waktu-waktu cuti awam/am

Infrastruktur yang lengkap seperti ini amat diperlukan di Langkawi bukan sahaja di pulau ini tetapi juga dipulau-pulau lain sekita Langkawi dan ditempat-tempat yang menjadi kunjungan ramai pelancong dalam dan luar negara. Pihak LADA sedang meneliti dan mengenalpasti beberapa tempat lagi untuk dinaiktarafkan kemudahan-kemudahan yang ada dan juga tempat-tempat pelancongan baru yang memerlukan infrastruktur baru agar ia memudahkan pelawat datang mengunjungi tempat-tempat tersebut. 

Cuma yang menjadi harapan kerajaan ialah semua pengguna atau pelancong hendaklah menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang disediakan itu  dan tidak membuat sesuatu yang boleh merosakkan kemudahan-kemudahan yang ada... Seringkali banyak kemudahan-kemudahan awam yang ada tidak bertahan lama akibat dirosakkan dengan sengaja atau digunakan dengan cara yang tidak sepatutnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Fakta:Tarikh siap 13.05.2017
Tarikh Serah : 30 Julai 2017
Kos Projek RM3,792,107.60
Komponen projek ialah meroboh struktur lama, 
menambahkan panjang jeti penumpang dan 
menaiktarafkan laluan pejalan kaki serta baik pulih konkrit dan cerucuk
Kontraktor : Smart Mega Construction Sdn. Bhd...




Eratkan Hubungan Silaturrahim Warga LADA, Anak Syarikat LADA dan Pelanggan LADA

19 Julai 2017
Tempat: Kompleks LADA
Catatan: Mohd Asri Redha





Assalaamualaikum WRT..

Saya  mau cerita apa ya kali ini.. Sekarang ni mood raya masih ada lagi.. 'Raya kan Sebulan'.. tak gitu... Mengambil kesempatan 'Raya Kan Sebulan' itu lah maka seperti mana kebiasaan kebanyakan organisasi baik kerajaan, swasta ataupun NGO rumah terbuka raya atau majlis makan-makan selepas raya sudah menjadi satu kemestian pula untuk diadakan.  Saya cuba buat senyap saja fasal jamuan raya ni , tapi nampaknya tekanan untuk buat juga jamuan raya amat kuat dari kalangan anak buah sendiri, tak buat besar buat biasa-biasa pun ok juga..I kata anak-anak buah saya..













Maka pada akhirnya terjadilah program yang dinamakan 'Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai 
Eksekutif bersama-sama Warga LADA, Anak Syarikat LADA dan Pelanggan'. Saja tidak dibubuh Rumah Terbuka LADA kerana ianya agak besar dan dalam keadaan ekonomi sekarang ini,  kena berhati-hati sedikit fasal perbelanjaan. Kita tidak tahu  apa akan terjadi untuk masa-masa akan datang... Kalau ekonomi elok, duit pun masuk banyak , bolehlah dibuat dengan lebih besar dan dijemput ramai orang Langkawi datang ke program Rumah Terbuka.














Tentunya majlis-majlis seperti ini diadakan untuk meraikan warga kakitangan LADA sendiri selain bersama kakitangan anak-anak syarikat LADA, jabatan-jabatan kerajaan dan pelanggan yang sering berurusan dengan LADA. Program seperti ini akan mengeratkan lagi jalinan persahabatan dan kasih mesra sesama yang hadhir selain melahirkan rasa kesyukuran akan nikmat tidak terhingga yang Allah SWT berikan kepada hambanya.



Selain dihidangkan dengan aneka makanan yang enak-enak belaka , para tetamu dihidangkan pula dengan halwa telinga nyanyian kakitangan LADA sendiri. Hebat-hebat belaka mereka ni.. ramai rupanya penyanyi yang bersuara merdu kat LADA ni. Kebetulan penyanyi ITO dari kumpulan Blues Gang yang terkenal satu masa dulu juga turut hadir dalam majlis ini, maka dia pun turut menyumbangkan beberapa lagu popularnya satu ketika dulu.. Masih sedap seperti dulu suaranya. Ada juga cabutan bertuah kepada mereka yang hadhir disamping nyanyian anak-anak buah LADA dipertandingkan siapa yang terbaik.

Yang penting majlis ini 'happy-happy' belaka..

Terima kasih









video



Wednesday, July 12, 2017

KENAPA PENTINGNYA ADA 'DIRECT FLIGHT' KE PULAU LANGKAWI : Guangzhou China ke Pulau Langkawi

Tarikh: 12 Julai 2017
Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Assalaamulaikum WRT.. Selamat Sejahtera

Apa khabar semua sahabat-sahabat blog saya?.. Masih lagi ada dalam 'mood' raya lagi ka.. memangpun , tadi pergi rumah terbuka Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, kelmarin rumah terbuka Muafakat Kedah Daerah Langkawi. Besok bahagian-bahagian dalam opis saya pun buat jamuan raya.. jenoh makan.. Lagi tak habis sebulan, kerja  makan.. ini yang tak bagusnya pada tubuh badan yang dah berumur ni.. yang bagusnya bulan ni makan makanan lazat-lazat tapi free pula... nak berpantang sikit-sikit pun tergoda juga dengan segala macam makanan tu, lebih-lebih lagi dengan daging kambing panggang....

Oklah , terlajak cerita pula fasal makan-makan ni.. maklumlah raya kan sebulan.. Sebenarnya saya ni lama juga tidak menulis dalam blog ini, kesibukan yang sengaja dicari, sampai tak perasan lama juga tidak menulis dalam blog.. Menulis ni kena buat juga , kerana kalau tidak ianya akan memandomkan fikiran dan membekukan pemikiran kita. Otak tak mau berputar ligat untuk berfikir dan memercikkan  idea-idea untuk menulis...

So, hari ini saya nak menulis fasal apa ya..  saya rasa elok saya  cerita fasal aktiviti-aktiviti  saya lah kat Langkawi ni..  Kebetulan semalam saya menghadiri majlis sambut pelancong-pelancong dari negara China ke Pulau Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.. Pukul 12.30 tengah malam dok melangut kat Airport tunggu 'flight' penerbangan terus dari Guangzhou China ke Pulau Langkawi tiba.


Antara pegawai-pegawai yang memainkan
peranan penting di Airport
Sebenarnya untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan terkenal tidak semudah yang dikata. Banyak cara dan pendekatan kreatif  perlu difikirkan dan dilaksanakan. Tidak ada gunanya jika Pulau Langkawi ini mempunyai pelbagai produk pelancongan menarik jika ianya tidak diketahui oleh orang luar.

Pulau Langkawi perlukan pelancong luar untuk mengerakkan ekonomi di Pulau ini. Produk-produk yang segala macam jenis yang ada dipulau ini perlu dieksploitasikan sepenuhnya agar ianya memberi hasil yang maksima kepada rakyat di Pulau Langkawi ini.

Aluan-aluan dari Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA 
sementara menanti ketibaan 'flight' dari Guangzhou tst

Salah satu cara untuk menarik minat pelancong datang melawat Pulau Langkawi ini ialah melalui menyediakan penerbangan tetap dan terus dari mana-,mana destinasi seluruh dunia ke Pulau Langkawi ini. Sebenarnya bukan mudah untuk memujuk dan mendapatkan persetujuan syarikat-syarikat penerbangan dalam dan luar negara untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi tetap mereka. Kerana mempunyai kriteria-kriteria yang ketat sebelum memulakan operasi ke destinasi baru.. Di sinilah LADA telah memainkan peranannya dalam mengadakan perbincangan dan urusniaga yang agak kompleks dengan pelbagai syarikat penerbangan dunia ini..

Berita TV1
https://youtu.be/SfoPwEGQtCQ

Alhamdulillah semalam merupakan detik bersejarah bagi Pulau Langkawi ini dimana LADA telah berjaya menarik minat syarikat penerbangan Southern China Airlines  untuk mengadakan penerbangan terus sebanyak 3 kali seminggu dari Guangzhou China ke Langkawi dan sebaliknya. Ini merupakan kejayaan terbesar juga pada saya kerana kesusahan untuk nak meyakinkan syarikat-syarikat penerbangan , tapi pada akhirnya mereka boleh menerimanya. Sudah tentu mereka telah membuat kajian pasaran yang lengkap sebelum membuat keputusan untuk mengadakan penerbangan terus ke Langkawi dari Guangzhou. Ini membuktikan bahawa Pulau Langkawi amat berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan terutama kepada pelancong-pelancong dari China ini.  Ini sedikit sebanyak memberi imej yang baik kepada Pulau Langkawi ini. Saya berharap operasi ini akan berterusan selama-lamanya.

'Press Conference'  ..Bersemangat YB Hj Mohd Rawi
 EXCO Pelancongan Negeri Kedah menjawab dan 
menjelaskan  betapa pentingnya membawa lebih
banyak pelancong masuk ke Pulau Langkawi dan 
sejarah hubungan Cina dengan Kerajaan Negeri 
Kedah
Perlu saya beritahu, syarikat 'Southern China Airlines' ini merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terbesar di China, yang mempunyai pesawat melebihi 700 pesawat. Saya pun terkejut juga bila Mr Eric Wang General Manager China Southern Airlines  memberitahu akan profile syarikat mereka tersebut. Memang besar betul organisasi tersebut.

Dalam tahun 2016 sejumlah 176,000 pelancong China telah melawat Pulau Langkawi dan saya berharap dengan adanya penerbangan tetap dan terus dari Ghuangzhou ini akan dapat melonjakkan lagi kedatangan pelancong China ke Pulau Langkawi.


Pancutan air menyambut ketibaan flight 
Airbus  320 yang boleh membawa 


250 orang penumpang
Sebab itu kedatangan pertama kali flight Southern China Airlines ke Langkawi ini , LADA telah mengaturkan sambutan yang menarik kepada pelancong-pelancong China yang datang dengan flight tersebut. Walaupun sambutan tu waktu tengah malam tapi ramai VVIP yang hadhir untuk sambutan tersebut. Antara yang dapat meluangkan masa hadhir ialah YB Dato Hj Mohd Rawi  Ahli MMK Negeri Kedah, En. Wu Jun The Chinese Consulate General in Penang , Tn Hj Isahak Murat Pegawai Daerah Langkawi, YB Nor Saidi Hj Nayan ADUN Kuah, en Eric Wang Pengurus BEsar China Southern Airlines , Pegawai-Pegawai Kanan LADA dan  pemimpin-pemimpin tempatan.

http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.php?id=1371388&cat=nt

http://m.themalaymailonline.com/travel/article/langkawi-to-expect-a-rise-in-number-of-tourists-from-china

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/07/11/airasias-shenzhen-langkawi-route-starts-aug-9/

Salah satu faedah terbesar kepada Pulau Langkawi apabila penerbangan terus ke Langkawi ini ada ialah ianya akan membuka mata kepada lain-lain syarikat penerbangan untuk melihat akan potensi Pulau Langkawi sebagai sebuah Pulau Pelancongan terkenal yang boleh membawa keuntungan kepada Syarikat Penerbangan . Sudah tentu mereka juga akan mempromosikan keunikan dan keindahan Pulau Langkawi ini kepada rakyat negara mereka dalam usaha untuk menggalakkan mereka menggunakan pesawat mereka untuk datang ke sini. Ini secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada usaha-usaha promosi yang dilaksanakan oleh LADA sendiri.

In Sya Allah akan ada lagi beberapa penerbangan terus yang akan menyusul selepas ini hasil dari perbincangan-perbincangan berterusan LADA dengan syarikat-syarikat penerbangan samada dalam negara atau luar negara. Perlu difahami bahawa apa yang dibuat oleh LADA ini tidak memberi impak yang besar kepada LADA tetapi ia memberi impak positif yang besar kepada Pulau Langkawi ini dan Kerajaan Malaysia sendiri. Ini kerana kedatangan pelancong dari luar negara memberikan kesan yang baik kepada ekonomi negara melalui pertukaran wang asing yang dibawa masuk ke Malaysia dan perbelanjaan-perbelanjaan yang dibuat oleh mereka tanpa kita membawa keluar dari Malaysia untuk menjual produk-produk kita kepada mereka.

Ok itu saja cerita saya kali ini.. kita jumpa lagi .. sudah masuk waktu maghrib , sambil dok menaip tadi sambil dok tengok cerita drama 'Pinggan Tak Retak , Nasi Tak Dingin'.. dah mula tengok dah jadi syok pula nak tengok kesudahannya... permisi dulu ya.. selamat solat.


http://www.thelondoneconomic.com/travel/reach-malaysian-paradise-400-new-routes/12/07/

Tuesday, July 11, 2017

Persidangan Pengguna Saga 2017 dan Aktiviti Bersama Akauntan Negara Malaysia

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh :  20 Mei 2017





Add caption







Hobi Orang Kaya Kaya - Langkawi Classic Car Show.

Catatan..  Mohd Asri Redha
Tempat..  Mahsuri Int. Exhibition Centre (MIEC), Sekitar Pulau Langkawi dan Oriental Village
The Royal Langkawi Classic Car Show : 21 - 25 April 2017


Assalaamualaikum wbt...  Selamat Siang..

Apa kata kali ini saya cerita pula fasal hobi orang kaya2..  Saya kata begitu kerana kalau orang itu tak kaya dia takkan terlibat dlm hobi2 yg melibatkan perbelanjaan yg besar.. Hobi yg saya maksudkan ialah memiliki atau mengumpul kereta2 klasik dan kereta antik.. Memang geram tengok kereta2 klasik ni , teringin nak pakai juga tapi apakan daya.. kata orang maintenance terlalu tinggi..  Sekurang-kurangnya kena bagi bergerak juga kereta tu.. Kalau tak bergerak langsung, tak ada makna juga walau nampak elok..

LADA terpanggil untuk mengadakan event ini atas faktor pelancongan. Target group ialah kepada peminat-peminat kereta klasik samada yang memiliki kereta klasik dan juga kepada peminat-peminat sahaja. Peminat sahaja ini mungkin tidak berkemampuan untuk memilikinya tetapi berminat untuk melihat dan menghayatinya..  Itupun dikira ok dah tu..

Satu aspek penting dalam penjenamaan semula Pulau Langkawi Permata Kedah sebagai pulau pelancongan  antarabangsa terkenal ialah bagaimana pulau ini dipromosikan.  Ini adalah salah satu kaedah promosi yang memberi tumpuan kepada orang-orang berada terutama dari luar negara yang apabila menyedari dan mengetahui yang Pulau Langkawi sendiri ada event berkenaan Pamiran Kereta2 Klasik ini. Ini merupakan satu tarikan untuk mereka datang melancong ke Langkawi untuk melihat keunikan pamiran kereta klasik ini dan sudah semestinya akan ada lawatan-lawatan ketempat lain seterusnya. Untuk mengumpulkan lebih dari 60 buah kenderaan klasik dan lama bukan mudah kerana ianya melibatkan urusan-urusan logistik yang agak rumit dan berisiko. Walau bagaimanapun semua itu telah dapat ditangani oleh LADA dengan sempurna. Acara ini  dan telah mendapat sentuhan diraja dengan lawatan dan perasmian oleh DYTM Tunku Puteri Intan Safinaz, Tunku Temenggong Kedah .