Wednesday, September 5, 2018

HijraH DalaM PekerjaaN

Catatan.. Mohd Asri Redha


Petang ini saya duduk ditaman2 Syurga sepertimana perumpamaan yang dijelaskan dalam hadis shahih.. ..ini kerana saya duduk dlm majlis ilmu iaitu Program Bicara Ilmu anjuran LADA.. Tajuk Bicara Ilmu ialah..
“Hijrah dlm konteks pekerjaan dan kehidupan berpandukan Al Quran”  yg dikupas dgn panjang lebar oleh Tan Sri Dato' Seri Syaikh Hj Ismail b. Mohamad.. Imam Besar Masjid Negara..


Isi syarahan...

'Ibadat sikit pahala banyak'..

'Kita di duga dan kesabaran kita teruji bila kita terdesak'..

'Sebutan Zikir / Tasbih  kena betul.. baru amalan diterima dan diberi ganjaran, termasuklah yg lain kerja ibadat yg kita buat'..

'Kemaskan keyakinan diri kita terhadap Allah SWT .. jangan ada sedikit keraguanpun tentang Allah SWT'

'Binatang pun bertasbih kepada Allah SWT'.

'Amalan terbaik ialah membaca Al Quran.. baca, baca dan baca berterusan'

Ada ulasan yg panjang oleh penceramah setiap nota2 ringkas yg saya sempat catat seperti diatas tu... Semoga ia memberi manafaat kepada semua yang hadhir termasuk saya yang serba kekurangan ini..

Aamiin

Sunday, September 2, 2018

Road to PATA 2018

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 30 Mei 2017

Assalaamualaikum WRT dan Selamat Pagi serta Selamat Berpuasa
Sekarang sudah masuk bulan Ramadhan, sana sini sudah mula riuh persiapan nak raya.. Orang berniaga cekap sungguh  dalam mengiklankan diri dan produk mereka untuk menjadi satu barangan yang menarik untuk dibeli. Lambat lagi tu nak Raya Puasa.. tapi itulah sudah menjadi trend sekarang, sudah kena buat persiapan awal, apatah lagi dengan suasana pengiklanan yang meriah fasal nak raya ni. Tulisan saya kali ini pun berkaitan dengan kempen, promosi dan event, tapi bukan dalam bentok iklan barangan biasa2 , tapi iklan negara Malaysia, iklan negeri dan khususnya iklan kehebatan dan keunikan Pulau Langkawi Permata Kedah.

Hari ini saya nak tulis sikit fasal PATA dan mungkin tulisan ini akan berterusan bersambung-sambung sehingga  PATA Travel Mart (PTM2018) ini menjadi kenyataan di Pulau Langkawi  pada tahun depan dijangkakan pada 12- 14 September 2018

Apa itu PATA.. ia adalah singkatan kepada perkataan 'Pacific Asia Travel Association' yang ditubuhkan pada tahun 1951 lagi. Ia merupakan pertubuhan sukarela bukan berasaskan keuntungan yang bertindak dan memainkan peranan sebagai pertubuhan yang membangunkan pembangunan dalam bidang industri 'travel' dan 'tourist' di Kawasan Asia Pasific.. dan salah satu aktiviti terbesar yang dikendalikan oleh PATA ialah PATA Travel Mart yang diadakan setiap tahun di serata dunia yang dipilih khusus oleh Lembaga Eksekutif PATA'.  Pada awal tahun ini LADA telah memohon untuk menjadi tuan rumah kepada progam yang terbesar ini.. Usaha-usaha yang dibuat oleh LADA melalui Ketua Pegawai Eksekutif LADA yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang promosi  dan event diperingkat antarabangsa telah membuahkan hasil.. Dengan sokongan kuat dari Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia khususnya Tourism Malaysia akhirnya Langkawi secara rasminya dipilih untuk mengadakan even PATA Travel Mart ini. Event ini dijangka akan diadakan bermula 12.09.2018 - 14.09.2018

Jika tidak ada aral melintang Pulau Langkawi akan menjadi tuan rumah untuk Even PATA Travel Mart yang ke 40. PATA Travel Mart merupakan event Pameran Perdagangan Terkemuka di kawasan Asia Pasifik. Banyak aktiviti dalam event ini yang amat diperlukan oleh pemain-pemain pelancongan dan menyediakan platform bertaraf internasional untuk menampilkan segala macam produk2 dan perkhidmatan dalam industri  pelancongan dari kawasan Asia Pasifik. Dijangka kan lebih 1000 delegasi dari lebih 60 buah negara akan mengikuti dan mengambil bahagian dalam  Pameran Pelancongan bertaraf internasional ini di PATA Travel Mart 2018 Pulau Langkawi.

Seharusnya kejayaan ini tidak hanya kepada LADA dan Pulau Langkawi sahaja tapi ianya harus dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Kedah dan Malaysia amnya. Kerana inilah peluang terbaik untuk semua industri pelancongan tempatan di Malaysia ini mengambil bahagian dan mempromosikan produk-produk pelancongan yang ada di seluruh Malaysia.
Yang penting meeting ini tengah dok fight minta bajet.. dari
Kementerian Kewangan. apa2 pun bajet fokus utama..
Kalau tidak hampeh jadinya...

LADA dan TM 

Cabaran utama untuk mengadakan PTM2018 ini ialah kos perbelanjaan yang agak tinggi, sesuai dengan status antarabangsanya. Walaupun ianya tidak memberi impak kepada LADA DARI segi penambahan pendapatan LADA, tapi ianya memberi kesan amat positif yang besar kepada negara, negeri dan pulau Langkawi ini terutama dari segi mempromosikan produk-produk pelancongan seluruh tempat dalam negara Malaysia. Sudah tentunya produk-produk Langkawi akan lebih menyerlah kerana PTM2018 ini dibuat di Pulau Langkawi Permata Kedah  ini.

Sekarang ini proses bidaan untuk memohon menganjurkan PATA Travel Mart 2018  ini telahpun selesai, Alhamdulillah kerana LADA berjaya mendapatkannya. Bukan senang untuk membolehkan Lembaga Eksekutif PATA memilih Langkawi ini kerana  ramai lagi negara berminat untuk menganjurkannnya kerana mereka tahu akan faedah besar yang akan diperolehi bila menganjurkan PTM2018 ini. Cabaran seterusnya untuk mendapatkan dana kewangan bagi melaksanakan event bertaraf dunia ini. Saya berharap Kementerian Kewangan melihat ini dari sudut yang lebih luas iaitu untuk menarik sebanyak mungkin pelancong  datang melawat  Malaysia dan Langkawi yang mana ini akan membawa pertukaran wang asing yang lebih banyak untuk Malaysia. Tidak rugi memberikan sedikit perbelanjaan yang dipohon tetapi LADA akan mempromosikan Malaysia ke serata dunia , bukan sekadar Langkawi. Peluang sudah ada cuma kita kena pandai menggunakan PTM2018 ini untuk menarik lebih banyak pelancong datang ke Malaysia dan juga semestinya Langkawi Permata Kedah.

Saya berhenti kat sini dulu, nanti ada perkembangan terbaharu saya  cerita lagi dengan tajuk lain pula.. Jumpa lagi..  Rasanya saya nak bagi tajuk berkaitan PATA ini ialah 'SUKA DUKA MENGURUSKAN PELAKSANAAN PATA TRAVEL MART INI'.. sudah  tentu event sebesar ini banyak  cerita2 menarik dan kurang menarik akan muncul... ada yang seronok dan ada yang tidak seronok tapi yang penting tentunya anak-anak buah saya dapat banyak pengalaman mengendalikan PATA ini...

cerita2 tambahan  berkaitan ... klik saja kat bawah ini:

Berita Dato' Azizan CEO LADA menerima 'PATA 2017 Life Members' di majlis PATA Annual Summit (PAS) 2017 yang diadakan di Negombo Sri Lanka pada 19 May 2017

http://www.eturbonews.com/155407/pata-honors-industry-shapers-2017-annual-summitCatatan...



















http://www.eturbonews.com/155407/pata-honors-industry-shapers-2017-annual-summit

http://travelwirenews.com/pata-mart-2018-will-be-in-langkawi-malaysia-105081/

PATA MART 2018 WILL BE IN LANGKAWI, MALAYSIA

LANGKAWI, THE HOST FOR PATA TRAVEL MART 2018

LADA CEO EARNS PATA HIGHEST INDIVIDUAL AWARD