Wednesday, July 24, 2019

Keselamatan Di Utamakan

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 17 Julai 2019.

Latihan Search & Rescue Exercise (SAREX) Panorama Langkawi Sdn Bhd bersama Emergency Response Agencies (ERA) yang melibatkan Jabatan Bomba & Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Petahanan Awam dan Hospital Langkawi.

Latihan2 menyelamat seperti ini perlu diadakan berterusan sebagai  satu langkah berjaga jaga dan kesiapsiagaan samada anggota kerja PLSB dan juga Agensi Agensi Penyelamat yang lain seperti PDRM, Bomba dan Penyelamat , Angkatan Pertahanan Awam dan juga Hospital ..

Berita dalam TV1 : Selamat Pagi Malaysia
https://youtu.be/KN-hlyJKwdM

Simulasi selamatkan penumpang gondola Langkawi SkyCab



Tarikh kemaskini: 17/07/2019

LANGKAWI, 17 Julai (Bernama) -- Kegembiraaan lima pengunjung Langkawi SkyCab, lokasi tumpuan pelancong di pulau peranginan ini ‘terganggu selepas dua gondola yang membawa mereka terhenti’ berhampiran berhampiran Tower 1, pagi ini.

Kejadian tersebut berlaku akibat ‘satu kebakaran kecil terjadi di base station' menyebabkan sistem kereta kabel yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Mat Chinchang yang tingginya 713 meter terhenti, sekali gus menyebabkan gondola dinaiki pengunjung tergantung pada ketinggian 38 meter dari aras laut.


Situasi cemas tersebut menyebabkan pelbagai agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat lima pengunjung yang terperangkap di dalam dua gondola tersebut.

Adegan cemas itu merupakan sebahagian daripada senario yang digambarkan selama lebih dua jam dalam Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) PLSB 2019 untuk menguji tahap persediaan dan kecekapan petugas bersama kakitangan Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) dan agensi penyelamat.

https://youtu.be/KN-hlyJKwdM

Menurut Ahli Lembaga Pengarah PLSB , Mohd Asri Redha Abdul Rahman latihan simulasi melibatkan 300 peserta terdiri daripada kakitangan PLSB bersama anggota pasukan penyelamat bertujuan memastikan aspek keselamatan serta operasi kereta kabel yang berisiko kerana melibatkan tempat tinggi dan kedudukan yang agak sukar untuk melakukan operasi menyelamat berada dalam keadaan bersedia.

"SAREX PLSB 2019 kali ini ini merupakan inisiatif bagi memantapkan Emergency Response Team (ERT) PLSB dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan, latihan ini juga bagi memastikan kesiapsiagaan PLSB dan agensi penyelamat di Langkawi dalam menghadapi dan mengendalikan sebarang situasi kecemasan terutama melibatkan sistem kereta kabel.

"Eksesais kali ini melibatkan dua sesi iaitu sesi latihan menyelamat yang diadakan melibatkan 250 orang kakitangan PLSB dan latihan mencari dan menyelamat di Tower 1 melibatkan anggota agensi penyelamat," katanya dalam taklimat kepada media.

Turut hadir Ketua Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail, Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim dan Pemangku Ketua Pegawai Operasi PLSB, Abu Hashim Abd Rahman.

-- BERNAMA






























a