Showing posts with label aktiviti kelab. Show all posts
Showing posts with label aktiviti kelab. Show all posts

Sunday, July 1, 2018

Kemesraan Terjalin Hubungan Erat

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh:   01 April 2018


Assalaamualaikum WBT dan Selamat Petang... Saya doakan semua yg baca nota catatan saya ni sihat walafiat... Kalau sihat barulah ceria dan bergembira menjalani kehidupan didunia yg hanya sementara ini..

Hari ini saya suka untuk menceritakan akan aktiviti yang baru sahaja selesai .. Iaitu Program Peningkatan Kerjaya Pegawai Tadbir Negeri Kedah bersama LADA.. Program ini julung-julung kali diadakan antara Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah dengan Pegawai-Pegawai LADA..

Saya sebagai seorang Pegawai Tadbir Negeri Kedah yang dipinjamkan di LADA ini amat berbesar hati dapat terlibat menjayakan program ini... Selama ini agak sukar untuk mengumpulkan perjumpaan seperti ini kerana masing-masing punya hal masing-masing... macam tidak ada keperluan untuk interaksi seperti ini.. tetapi dalam hal-hal tertentu sebenarnya kedua-kedua entiti ini sentiasa berkait rapat dan tidak boleh terpisah antara satu sama lain terutama dalam usaha memajukan Pulau Langkawi ini sebagai sebuah pulau pelancongan terkenal dan juga membangunkan pulau ini dengan pelbagai infrastruktur yang diperlukan.

Sayapun tidak pasti kenapa tidak pernah diadakan perjumpaan-perjumpaan seperti ini sebelum ini.. Tapi Alhamdulillah melalui  interaksi yang baru sahaja selesai ini, banyak perkara kebaikan dapat diperolehi . LADA sendiri dapat memberikan penjelasan dan taklimat kepada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah ini berkenaan operasi LADA sendiri dan apa yang dibuat oleh LADA untuk kemajuan Pulau Langkawi ini khususnya dan Negeri Kedah amnya. Pegawai- Pegawai-pegawai LADA sendiri dapat mengetahui akan pandangan PTN berkenaan apa yang dibuat oleh LADA..dari situ satu persefahaman diperolehi dan membolehkan apa yang dilakukan oleh LADA akan bergerak selari dengan Kerajaan Negeri Kedah. Saya pasti ramai Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah  sendiri kurang pengetahuan secara mendalam apa yang sedang dilaksanakan oleh LADA itu sendiri. Kalau tahupun secara umum sahaja..

Ini terjadi pada saya sendiri.  Sebelum ini saya pun dekat juga dengan LADA bila bertugas di Pejabat Daerah Langkawi, tapi pengetahuan tentang apa yang dibuat oleh LADA kurang sekali. Kalau tahupun secara umum sahaja. Tapi bila sudah duduk dalam organisasi ini sendiri, pandangan saya sudah berubah dan apa yang saya terfikirkan sebelum ini macam ada yang tak kena... sebab itu saya rasa wajar program-program interaksi antara pegawai-pegawai negeri dan LADA ini perlu diadakan selalu. Oleh itu adalah wajar lebih ramai KCS dapat diberi peluang berkhidmat dengan LADA, kerana melalui ini sahaja, baru  hubungan dengan kerajaan persekutuan lebih erat kerana LADA berurusan terus dengan Kementerian Kewangan. Pengalaman yang diperolehi ini dapat digunakan untuk memudahkan perhubungan dengan kerajaan negeri Kedah dan kerajaan persekutuan dalam membangunkan negeri Kedah yang tercinta ini...
























































































Tuesday, December 19, 2017

Bintang2 Idol LADA

Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh..    18.12.17

Assalaamualaikum WBT..  Selamat Sejahtera.... Catatan kali ini santai2 saja..

Bakat seseorang itu kadang2 kita tak terperasan sehinggalah bila ditonjolkan dlm pertandingan barulah kita nampak kehebatan seseorang..  Hari ini anak2 buah saya kat LADA mengadakan pertandingan nyanyian karaoke.. LADA IDOL 2017.. seramai 15 orang telah mengambil bahagian dalam pertandingan karaoke ini..  Waaahh...  Hebat-hebat betul rupanya persembahan mereka..

Saya melihat program ini bukan sekadar pertandingan semata mata tapi lebih kepada program sosial yg menghiburkan dan santai2 bersama warga LADA... Kekalutan dan kesibukan anggota melaksanakan tanggong jawab masing2 ditempat kerja perlu juga sekali sekala berhibur dgn cara yg lebih praktikal dan memberi impak positif pada prestasi kerja.

Kalau tidak mengambil bahagian boleh saja datang menonton dan mendengar nyanyian sahabat2 yg mengambil bahagian.. Sebagai tanda sokongan pada Kelab Sukan dan Kebajikan LADA yg menganjurkan program yg jarang2 dibuat oleh jabatan..

Sebab itu saya cuba hadhir program2 seperti ini.. Teringin nak nyanyi juga tp mlm tu nafas semput pula.. Tak berani  nak try.. Waduuh spoil betul....

Tahniah kepada semua pemenang LaDA Idol 2017 serta semua yg mengambil bahagian serta menjayakan program ceria-ceria ini..

JOHAN - Lan Bck Langkawi
NAIB JOHAN - En. Aziz Ishak
KE3 - Cik Nyi Roro Kidul
KE4 - Aremeer Marcello
KE5 - Adeq Kiey

Saguhati
Hazmi Jusoh
Nur Syafinaz Binti Othman
Zamri Ibrahim
Muhamad Yusuf Zawanah
En Razaidi
Muhammad Ghazi Islam
Frrancoo Kumpulan
Amer Ron
Wan Mohd Shahril