Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Saturday, March 24, 2018

Keuntungan Di Akhirat

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 21 Mac 2018
Tempat.. Masjid Assa'adah Kg Kilim..
 Imam Masjid.. Zakaria Yassin....






Assalaamualaikum WBT.. dan Selamat Sejahtera


Catatan saya kali ini hanya sekadar cerita aktiviti LADA yang berkaitan dengan pembangunan modal insan dan fizikal kerana ianya adalah berkaitan dan berkait rapat antara satu sama lain.

Kali ini LADA telah melaksanakan    tanggungjawabnya dalam mendapatkan keberkatan Allah SWT dalam aktiviti-aktiviti seperti ini.  Peruntukan LADA berjumlah RM58,600.00 telah disumbangkan kepada Masjid Assa'adah Kg Kilim untuk tujuan pembesaran ruang solat.. Pada 21 Mac 2018 yang lalu LADA telah  mengadakan   majlis penyerahan siap projek yang telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato'  Hj Azizan Nordin,  Ketua Pegawai Eksekutif LADA kepada pihak pengurusan Masjid Assa'adah Kg Kilim diketuai  oleh imam majjid tersebut itu en Zakaria Yassin.


Adalah diharapkan dengan bantuan yang diberikan oleh LADA ini akan memberi keselesaan kepada para jemaah masjid ini beribadat dan melaksanakan aktiviti-aktiviti komuniti di masjid ini.



LADA akan terus melaksanakan tanggungjawab social ini dari masa ke semasa dalam usaha memberikan kemudahan kepada rakyat yang memerlukan selain tidak lupa memainkan peranan penting dalam memastikan Pulau Langkawi ini tetap menjadi tumpuan kepada pelancong-pelancong.


























Tuesday, June 6, 2017

Memberi Bila Ada.. Pahala berlipat Ganda

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 24.05.17

Assalaamualaikum wbt... Selamat Siang

Alhamdulillah..  tengahari ini saya berkesempatan bersama sama dgn semua imam2 seluruh Langkawi..  Sebagai memenohi tanggungjawab sosial LADA terhadap komuniti tempatan.. satu majlis penyerahan sumbangan kewangan kepada 31 masjid diseluruh daerah Langkawi telah diadakan dikompleks LADA.

Sumbangan Ramadhan ini adalah dari pihak LADA melalui anak syarikat LADA iaitu Panorama Sdn Bhd , Pejabat ICU dan sumbangan peribadi CEO LADA sendiri.  Adalah diharapkan dengan sumbangan ini akan dapat menyemarakkan lagi pengimarahan masjid2 di Pulau Langkawi ini. LADA dan komuniti tidak dapat dipisahkan..  Apa-apa aktiviti LADA sudah tentunya melibatkan komuniti tempatan. Masjid merupakan sebuah institusi yang unggul yang memainkan peranan yang besar kepada pembangunan masyarakat terutama dalam mengujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan ahli masyarakat disamping mempertingkatkan lagi keimanan setiap ahli masyarakat.

Semoga sambutan dan aktiviti keugamaan di bulan Ramadhan Al Mubarak ini semakin bertambah meriah dengan segala macam peribadatan yang boleh dilaksanakan dengan lebih banyak lagi untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala yang terbuka seluas-luasnya untuk umat Islam menggapainya...

Terima kasih