Showing posts with label jelajah ramadan. Show all posts
Showing posts with label jelajah ramadan. Show all posts

Saturday, June 2, 2018

Akivititi Ku di Bulan Yang Mulia : Jelajah Ramadhan 2018

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 30 Mei 2018

Assalaamualaikum WBT .. gambar-gambar yang dipaparkan ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa bahagianya hidup di bumi Malaysia ini... saya tidak perlu mengulas panjang.. Hanya sekadar memaklumkan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan yang dilaksanakan oleh LADA ini  merupakan satu ibadah yang amat bertepatan dengan kehendak syariat Islam.. Kita mengimarahkan masjid dan surau-surau, bergotong royong, mengeratkan tali silaturrahim  sesama insan, bersedekah pada insan yang memerlukan dan menjamu makan orang berpuasa, diiringi dengan program-program ilmu dengan tazkirah-tazkirah yang bermanafaat serta melaksanakan ibadat sembahyang wajib dan sunat berjemaah di masjid dan surau .. Saya berdoa semoga Allah SWT  merahmati kita semua... Amiin..


Program Iftar bersama rakan-rakan kejiranan Masjid IPK.. 



Majlis Iftar Ramadhan bersama Panorama Langkawi Sdn Bhd .. Anak Syarikat LADA di Resort World




Jelajah Ramadhan bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di Masjid Al Hana, Langkawi

Pesiapan menyediakan bubur lambuk di masjid Al Hana .. sempena Jelajah Ramadhan bersama YAB Perdana Menteri Malaysia ..Kerjasama erat dengan RTM Langkawi, LADA dan Jawatankuasa Masjid Al- Hana

Pesiapan menyediakan bubur lambuk di masjid Al Hana .. sempena Jelajah Ramadhan bersama YAB Perdana Menteri Malaysia .. Terima kasih para sukarelawan dari pihak masjid, belia, LADA dan RTM..

Pesiapan menyediakan bubur lambuk di masjid Al Hana .. sempena Jelajah Ramadhan bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.. Para Sukarelawan bertungkus lumus menyiapkan apa yang perlu untuk menjayakan program Jelajah Ramadhan bersama RTM, LADA dan Masjid Al Hana

Ni kacau betul2 .. bukan kacau daun 

Tetamu yang datang mengambil bubur lambuk yang sudah siap ini... lebih 2,000 bungkusan dapat disiapkan

Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia di Masjid Al Hana...
Kelihatan YAB Tun Mahathir sedang menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak tetamu yang
hadhir... serta anak-anak yatim serta kurang berkemampuan.



Jelajah Ramadhan Bersama Anak Syarikat LADA .. LADA ECO Sdn Bhd.. di Restoran Gemalai, Laman Padi Cenang


Di Restoran Gemalai , Laman PADi, Pantai Cenang.. Penyampaian bantuan raya pada anak-anak tahfiz Al Quran dan anak-anak  yatim : Program bersama Lada Eco Tourism Sdn Bhd... anak syarikat LADA



Jelajah Ramadhan Bersama LADA dan Anak Syarikat LADA Langkawi Port SB serta YB Saudara Firdaus Adun Kuah  di Surau Taman Seroja, Kuah Langkawi







Berucap sikit sebagai pembuka kata... bukan bagi ceramah agama ni.. jangan silap tafsir pula



O


9

Tuesday, May 8, 2018

Jelajah Ramadhan 2018 ... Ramadhan Al Mubarak Kembali Lagi..

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 8 Mei 2018

Assalaamualaikum WBT... Selamat Tengahari..

Hari ini dah dekat sangat Ramadhan menjelma kembali.. Kalau kita berjalan kat pekan2 sudah nampak persiapan menyambut bulan puasa..  Iklan Yusoof Taiyoob pun dah kedengaran dicorong2 radio... mcm satu identity pula bila keluar iklan Yusof Taiyoob  ini tahulah bulan puasa dah dekat sangat ..

Hari ini LADA bersama Anak Syarikat LADA iaitu Panorama Langkawi Sdn Bhd telah mengadakan perjumpaan dengan semua imam-imam masjid diseluruh Pulau Langkawi berjumlah 31 buah masjid. Dalam majlis makan tengahari itu Dato' Hj Azizan Nordin Ketua Pegawai Eksekutif  LADA telah menyampaikan sumbangan kewangan bagi mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadhan nanti kepada semua masjid-masjid tersebut. 

Disamping itu 3 buah surau telah menerima sumbangan RM5,000.00 setiap surau berserta barangan untuk anak-anak kariah yang kurang berkemampuan dalam program Jelajah Ramadhan yang akan diadakan nanti dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini.. Antara surau  yang menerima sumbangan tersebut ialah  Surau Taman Seroja,  Surau Kg. Kubang Badak dan Surau Kg Mata Ayer. Telah menjadi tradisi LADA dan Panorama Sdn Bhd setiap tahun program-program seperti ini diadakan adalah untuk memberikan sedikit sumbangan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan keugamaan pada anak-anak kariah masjid berkenaan. Semoga apa yang disumbangkan ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh pihak Jawatankuasa Masjid berkenaan terutamanya dalam mengimarahkan masjid tersebut dan menggalakkan lebih ramai anak-anak kariah ke masjid samada untuk menunaikan segala macam ibadat dan juga program-program sosial lainnya yang dapat memperkukuhkan ikatan silaturrahim sesama insan.

Mengambil kesempatan pada perjumpaan itu juga LADA telah menyampaikan surat kelulusan pembaikan masjid kepada 3 buah masjid iaitu Masjid Nur Al Hidayah Kelibang, Masjid Nurusalam Sg Itau dan Masjid Al Aman Kg Yoi..

Semoga dengan sumbangan-sumbangan ini akan bertambah meriah lagi dengan program-program keugamaan dan insaniah sepanjang bulan Ramadhan yang amat mulia ini..


Catatan Jelajah Ramadhan 2017 ; Klik saja kat bawah..

Jelajah Ramadhan 2017





Saturday, June 10, 2017

Jelajah Ramadhan LADA 2017

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh   : 01 Jun 2017, 8 Jun 2017 dan 11 Jun 2017


Assalaamualaikum wbt dan Selamat Berpuasa buat pembaca blog yg tidak jemu2 membaca catatan saya atau pengunjung2 yg tersesat masuk ke 'address' blog saya ni.. tak kira lah baca ka..  tak baca ka..  saya tak kisahpun bukan ada cerita sensasi pun..  sekadar cerita2 biasa aktiviti jabatan saya saja untuk direkodkan dan tentunya utk aktiviti saya juga..  Sebab itu gambar saya kena ada dalam setiap tulisan saya..  jangan cemburu yaa..

Biasalah kan dalam bulan Ramadhan yg amat mulia,  pelbagai aktiviti2 mulia dan ibadat begitu banyak dan rancak diadakan..  Itu bagi yang mengerti akan bulan Ramadhan dan apa kesan terbaik pada diri kita.. Allah SWT  telah janjikan pelbagai kebaikan yg berlipat kali ganda dari amalan mulia dan ibadat yg kita laksanakan di bulan Ramadhan ini.. Seminggu sebelum masuk bilan Ramadhan..  kita dengar mcm ceramah,  khutbah,  tazkirah dan segala mcm bentok dr ustaz2 yg mahir bercerita berkenaan kedatangan bulan Ramadhan dan kebaikan2 yg kita dapat..  Jadi x perlulah saya cerita panjang fasal kebaikan2 itu..

Tazkirah Ramadhan oleh Sheikh Usamah dari Pejabat
Agama Daerah Langkawi
Itu bagi yg mengerti dan memahami..  tapi bagi yang tak mau mengerti dan tak memahami,  kedatangan Ramadhan amat memeritkan mereka. Orang berduyun-duyun ke masjid dan surau utk beribadat wajib dan sunat yang sangat dituntut,  mereka mcm tidak kisah sangat..  Puasa sekadar memenohi tanggungjawab..  utk berusaha menambahkan keuntungan lagi tidak rasa langsung..  dgn harapan bila tua2 nanti boleh pulun buat..  ingat ya mati tidak tunggu dah aih.. tua2 nanti belum tentu blh buat berganda dgn segala mcm keseronokan dunia yg datang dan segala mcm aktiviti yg datang. Bila2 masa sahaja kita boleh direntap nyawa kita oleh Allah SWT.. Itu kira mahu puasa juga, kalau tak puasa , susah mau cakap apa nak jadi orang macam tu.   Ok lah panjang pula intronya...

Tuan Ahmad Zaini Zaba'i  sedang menyampaikan sumbangan
barangan dan wang untuk perbelanjaan harian kepada warga
yang kurang berkemampuan.(Masjid Al Ehsan Kg Temonyong)
Saya nak cerita tu sikit saja..  iaitu fasal Program Jelajah Ramadhan Anjuran LADA ini sepanjang bulan puasa ni..

Pogram ini diadakan setiap tahun.  Tahun ini dalam bulan Ramadhan ini LADA telah memilih 3 buah masjid sekitar Pulau Langkawi iaitu di Masjid Al Ehsan Temonyong ., Masjid Yooi, (08.06.17)  dan Masjid Al Falah di Selat Bagan Nyior (11.06.17) .Pihak anak syarikat LADA juga turut membantu menjayakan majlis yang amat bermakna ini.

Hari ini diadakan  majlis berbuka puasa bersama anak2 kariah masjid Al Ihsan Kg Temonyong.
Dato' KPE dan YB Norsaidi ADUN Kuah sedang menyampaikan sumbangan kepada warga 
Kg. Selat Bagan Nyior Pulau Dayang  Bunting
 Bersempena majlis ini diadakan juga penyampaian bantuan yg bersesuaian kepada yg mereka yang  kurang berkemampuan berjumlah 35 orang yang dipilih disekitar kariah Masjid Al Ehsan ini.  Adalah diharapkan dengan sedikit sumbangan ini akan dapat membantu sedikit sebanyak keperluan harian mereka.  Majlis diserikan lagi dgn tazkirah oleh Tn Sheikh Usamah dari Pejabat Agama Daerah Langkawi. Antara isi kandungan tazkirah Tn Syeikh USamah yang sempat saya catatkan ialah berkenaan kelebihan-kelebihan di bulan Ramadhan dan sarananya supaya umat Islam lebih banyak bersedekah dan  menjamu orang makan berbuka puasa,  kurangkan kata2 yg tak berkeperluan..  suka berbuat baik, qiyamullail, lafaz syukur selalu dengan  nikmat yg Allah berikan amat banyak dan pertingkatkan ibadat2 wajib dan sunat di bulan yang mulia ini. Terlalu banyak pahala-pahala yang Allah SWT buka untuk umat Islam memperolehinya.



Tiga tokoh ni sabar menunggu waktu untuk berbuka puasa
di Masjid Al Falah, Selat Bagan Nyior
Ok, itu saja  hari ini.. Nanti saya cari cerita lain pula akan aktiviti-akviti saya di sini..Yang kg2 lain saya x cerita dah sekadar letak gambar2 saja..  gambar saja sudah menceritakan segala-galanya. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Sumbangan LADA ini merupakan sumbangan rakyat kepada rakyat

Takzkirah Agama di Masjid Al Falah Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting


Gotong Royong penduduk kampong Yooi dengan pihak LADA dalam menyediakan bubur kanji istimewa di
Masjid Kg Yooi, Langkawi dalam Program Jelajah Ramadhan LADA.



Sumbangan Ramadhan dan bubur lambuk kepada pesakit2 di Hospital Langkawi
 oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA



Di Wad Kanak-Kanak Hospital Langkawi : Ybhg Dato KPE sedangkan menyampaikan sumbangan kepada
pesakit kanak-kanak. sempena Program Jelajah Ramadhan LADA



Ybhg Dato' Hj Azizan Ketua Pegawai Eksekutif menyampaikan sumbangan benda dan wang kepada
penduduk kariah Masjid Yooi Langkawi yang kurang berkemampuan selain mengadakan
Majlis Berbuka Puasa di masjid tersebut





TV1 ada menyiarkan akvititi Jelajah Ramadhan
LADA 2017