Showing posts with label integriti. Show all posts
Showing posts with label integriti. Show all posts

Sunday, May 20, 2018

Rasuah .. Pemusnah Diri Dan Negara

Catatan... Mohd Asri Redha
Tarikh... 18 hb. April 2018

LADA sekali mengorak langkah kehadapan dengan mengadakan Hari Antirasuah LADA 2018.. Inilah julung-julung kalinya diadakan program seperti ini dan ianya amat bertepatan sekali dengan hasrat kerajaan dalam mengurangkan gejala-gejala rasuah dan tidak  beramanah dikalangan penjawat awam khususnya di LADA..  Mengadakan program ini bukan bermaksud LADA ini penoh dengan pegawai-pegawai yang tidak jujur tetapi ianya sebagai satu langkah-langkah pencegahan yang sentiasa diwar-warkan dikalangan pegawai-pegawai atau anggota-anggota LADA agar tidak terjebak dengan perkara-perkara seperti itu.  Semua orang termaklum akan kesan sogokan dan rasuah ini yang  akan memesongkan objektif dan matlamat sesuatu jabatan itu... dalam kontek yang lebih besar ia boleh membahayakan organisasi itu sendiri. Unsur-unsur rasuah ini mudah terjebak kepada sesiapa sahaja, apatah lagi apabila seseorang pegawai bekerja dalam lingkungan kuasa yang ada dan dikelilingi oleh pelbagai orang yang bekepentingan.

Saya tidak mahu mengulas panjang fasal bab rasuah ini kerana banyak telah saya perkatakan dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini. Cuma catatan ini sekadar memaklumkan anggota kerja LADA BENCI RASUAH.. dan LADA telah bergerak seiring dengan kehendak kerajaan dengan melaksanakan apa yang sepatutnya dalam menangani isu rasuah ini.











Semua anggota telah melaksanakan 'Ikrar Bebas Rasuah' sebagai menunjukkan kesungguhan anggota untuk
tidak terlibat dengan rasuah dan tidak jujur dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan


Dato' Hj  Mohamad Fauzi b. Hj Mohamad  ,Pengarah SPRM Kedah telah
turun sendiri ke LADA memberi ceramah dan taklimat  berkenaan rasuah









Tn Mohd Zaini bin Hassan Penguasa SPRM Kedah sedang memberikan taklimatnya



UCAPAN

Tuan-tuan dan Puan-puan,
Terlebih dahulu marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita diberi kesempatan untuk bersama-sama pada pagi ini bagi menjayakan Hari Antirasuah LADA 2018 yang julung kali diadakan. Ingin saya sampaikan salam daripada YBhg. Dato’ Haji Azizan bin Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif LADA yang tidak dapat bersama kita pagi ini. Beliau memohon maaf kerana pagi ini beliau dititah oleh Tuanku Sultan Kedah untuk mengadap baginda tuanku.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohamad, Pengarah SPRM Kedah kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kita. Dijadualkan dalam program kita pada pagi ini turut diadakan Majlis Lafaz dan Menandatangan Ikrar Bebas Rasuah Serta Keahlian Sahabat GERAH SPRM oleh LADA dan Anak-anak Syarikat kepada SPRM. Saya difahamkan majlis ini telah ditunda berkali-kali disebabkan kekangan masa kedua-dua pihak, namun alhamdulillah kita dapat melaksanakannya pagi ini insya-Allah.

Bersatu Membanteras Rasuah
Hadirin sekalian,
Diinspirasikan daripada Hari Antirasuah Sedunia yang dianjurkan oleh United Nation pada tanggal 9 Disember saban tahun, LADA buat pertama kalinya menganjurkan Hari Antirasuah di peringkat agensi. Walaupun diluar dari tarikh kebiasaan penganjurannya dek jadual program yang padat pada bulan Disember, LADA tidak mahu terlepas peluang dalam menzahirkan komitmen untuk bersama SPRM dan agensi-agensi lain yang berteraskan peninstitusian nilai integriti bagi membanteras jenayah rasuah ke akar umbi. Oleh itu, pemilihan tema Hari Antirasuah LADA 2018, iaitu “Bersatu Membanteras Rasuah” membuktikan tanda sokongan padu LADA terhadap agenda membanteras rasuah. Apatah lagi, kita sesama agensi Kerajaan seharusnya melahirkan satu bentuk kerjasama yang padu bagi mengekang anasir-anasir tidak bermoral ke akar umbi.

Saya yakin dan percaya bahawa jalinan kerjasama ini akan berterusan bersama pihak SPRM. Sebagai contoh, pada tanggal 6 Julai 2015 menyaksikan pihak LADA menandatangan Ikrar Integriti Korporat atau Corporat Integrity Pledge (CIP) yang disaksikan sendiri oleh mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed. Selain itu, Ketua Unit Integriti LADA sendiri telah dihantar ke Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengikuti Kursus Pegawai Integriti Bertauliah dan telah ditauliahkan pada 21 Jun 2016 oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM terkini, Tan Sri Dzulkifli bin Ahmad. Oleh itu, pada tarikh hari ini, 18 April 2018 menyaksikan satu lagi peristiwa bersejarah buat LADA serta anak-anak syarikat apabila Ikrar Bebas Rasuah terlafaz sebentar lagi, diikuti penyerahan Borang Sahabat Gerah oleh LADA dan anak-anak syarikat kepada SPRM.

Agenda Pengukuhan Integriti LADA
Tuan-tuan dan puan-puan,
LADA tidak mengabaikan pembangunan modal insan dalam kalangan warga LADA yang merupakan aset terpenting, penyumbang kepada keberhasilan sistem penyampaian, pelaksanaan projek dan kecemerlangan organisasi. Hal ini penting bagi memastikan LADA berada di landasan yang sepatutnya dan bertindak sebagai agensi peneraju kepada kejayaan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Justeru, LADA komited untuk mengekalkan piawaian tadbir urus yang tinggi melalui pelaksanaan empat prinsip keutuhan, iaitu integriti, akauntabiliti, ketelusan dan amanah. Hal ini bagi menyemai keyakinan masyarakat tempatan terhadap keupayaan LADA melaksanakan mandat yang diberikan, selain mengekalkan akauntabiliti dalam sistem penyampaian awam dan kehebatan organisasi yang ditunjukkan melalui kecemerlangan perkhidmatan.

Untuk makluman, LADA sentiasa proaktif dalam menggerakkan agenda pengukuhan integriti di LADA. Terbaru, LADA telah mulai mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tabir Urus (JITU) di peringkat LADA sendiri bagi membincangkan serta menambahbaik isu-isu integriti dan tadbir urus. Dalam masa yang sama, LADA kini giat dalam mewujudkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah atau Corruption Risk Management Plan (CRM) dengan kerjasama SPRM, serta Pelan Integriti LADA Fasa 3 dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia untuk tempoh 5 tahun. Kedua-dua pelan ini penting bagi menginstitusikan integriti dalam kalangan warga kerja LADA.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan, tahun 2017 merupakan tahun terakhir bagi pelaksanaan Pelan Integriti Organisasi LADA Fasa 2 (2015 – 2017). Pelan ini bertindak menyokong Pelan Integriti Nasional yang telah diuar-uarkan oleh Kerajaan. Sebanyak 95 inisiatif telah dirangka bagi menyokong 17 strategi yang mendokong  empat (4) objektif strategik yang telah ditetapkan. Secara keseluruhan, alhamdulillah, Pelan Integriti LADA berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.

Selain itu, LADA juga akan menggerakkan serta bersiap sedia untuk mengadaptasi MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah atau singkatannya ABMS. Dengan yang standard baru ISO 37001: Sistem pengurusan Anti-rasuah, ia bermakna kini terdapat set diiktiraf di peringkat antarabangsa amalan terbaik untuk mencegah dan mengesan rasuah. Selain itu, amalan terbaik ini adalah yang boleh diaudit dan boleh disahkan. Standard ini adalah direka untuk digunakan dalam kedua-dua sektor awam dan sektor swasta organisasi. Oleh itu, sewajarnya LADA turut serta dalam pensijilan ini bagi memantapkan lagi tadbir urus dengan meminimumkan risiko rasuah dalam proses-proses kerja.

Harapan dan Penutup
Adalah menjadi hasrat pengurusan LADA supaya semua kakitangan dan pegawai terus meningkatkan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh kesungguhan, selain menghasilkan mutu kerja yang cemerlang bagi memastikan segala aspirasi dan matlamat LADA dapat dijayakan.

Oleh itu, bagi menjayakan usaha-usaha ini, sokongan yang berterusan daripada semua warga LADA amatlah diharapkan agar momentum kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu jemputan kita, iaitu YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohamad, Pengarah SPRM Kedah kerana menerima jemputan kami ini. Selain itu, tahniah dan kalungan penghargaan juga saya tujukan kepada pihak jawatankuasa pelaksana program Hari Antirasuah LADA 2018 yang bersungguh-sungguh menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian,
Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.













Wednesday, December 20, 2017

RASUAH DAN TIDAK JUJUR PEMUSNAH BANGSA DAN NEGARA

Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh... 08.12.17


Assalaamualaikum WRT dan Selamat Malam
Ketemu lagi saudara pembaca  blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca. Bukan senang nak baca blog orang, apatah lagi cerita-cerita yang memboringkan seperti ini. Kerana sekarang orang lebih suka membaca cerita-cerita dan gosip2 politik dan artis sahaja. Tapi saya tulis juga sebagai satu rekod diri dan jabatan saya supaya kita tidak lupa pada apa  yang telah dipelajari.

Hari ini saya menghadhiri bengkel  berkenaan Pengurusan Risiko Rasuah untuk anggota kakitangan LADA. Bengkel ini akan menyediakan dokumen lengkap bagaimana keterjebakan kakitangan  dalam isu-isu integrity dan rasuah dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali dan faktor-faktor yang membawa berlakunya rasuah dan tidak berintegriti. 



CRM adalah satu proses pengurusan yang membantu organisasi atau pihak pengurusan atasan untuk mengenalpasti risiko2 rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan serta menyediakan pelan bagaimana ianya boleh dihindari . Dengan cara ini ianya akan memperkukuhkan tadbir urus yang yang boleh menutup ruang untuk aktiviti-aktiviti tidak sihat ini. Sebab itu Pengurusan risiko rasuah yang efektif memerlukan komitmen yang tinggi dari pucuk pimpinan tertinggi sesebuah organisasi.

LADA tampil secara sukarela untuk menyediakan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah,. Saya menyebut sukarela kerana tidak ada arahan muktamad yang mewajibkan jabatan-jabatan kerajaan menyediakan pelan tersebut. Sebagai pegawai pengurusan atasan saya amat memerlukannya kerana dengan adanya pelan ini akan lebih memudahkan pihak pengurusan untuk menangani isu rasuah dan integriti dikalangan anggota LADA.

Satu bengkel Penyediaan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) yang melibatkan pegawai-pegawai kanan LADA  telah diadakan dari 05.12.17 hingga 07.12.17 di Pulau Tuba. Saya tidak mahu menceritakan panjang lebar apa isi kandungan Pelan Pengurusan Risiko yang dihasilkan dari bengkel ini kerana ianya agak teknikal dan panjang sedikit. Cuma yang pentingnya pihak pengurusan sudah mengenalpasti akan punca  masalah rasuah ini dan apa kesannya kepada LADA sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang. Disamping itu langkah-langkah kawalan atau penyelesaian dapat dibuat seperti kukuhkan kawalan sedia ada melalui penambahbaikan keatas pemantauan, system, polisi dan proses, laksana kawalan baru atau memperkenalkan kaedah baru untuk mengesan salah laku rasuah yang boleh menyebabkan risiko rasuah..
Sekadar mengambil beberapa contoh yang dibincangkan saya paparkan dalam catatan ini apakah faktor-faktor yang membawa kepada penglibatan isu integrity dan governane

Factor dalaman dan luaran organisasi  memainkan peranan penting . Bengkel mengenalpasti beberapa isu yang memberi kesan kepada isu integrity. Isu dalaman seperti gaya hidup mewah berbanding pendapatan yang diperolehi sememangnya memberi kesan kepada integrity kakitangan kerana peluang yang ada didepan mata sudah pasti tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Gaya hidup mewah yang dicipta sendiri sebenarnya memberi kesan yang tidak baik pada individu dan organisasi nya kerana ada ruang untuk pegawai tersebut terlibat dengan gejala rasuah untuk kekal dengan gaya hidup mewah.

Faktor kroni tidak dapat dinafikan merupakan satu penyebab besar kepada integrity. Tapi dari segi nalurinya sudah  semestinya kita akan membantu sahabat-sahabat dan rakan taulan yang kita kenal, kerana itu lebih memudahkan dan kita mengetahui akan prestasinya. Tapi biasanya begitulah, kalau sudah ada persahabatan yang lama sudah tentu  sedikit sebanyak unsur-unsur memberi dan menerima itu ada juga.

Sebenarnya ada banyak factor-faktor lagi yang membawa kepada keterlibatan kakitangan dalam rasuah ini, tetapi memadai sahaja yang saya ceritakan seperti diatas, kerana kalau nak cerita, panjang pula jadinya.

Semua  penyebab kepada berlakunya rasuah telah dikorek sedalam-dalamnya oleh peserta bengkel dan ada juga cadangan-cadangan mengelakkan kakitangan dari terjebak dalam rasuah dan ketidakjujuran dalam melaksanakan tanggungjawab .. In Sya Allah selepas bengkel ini semua penemuan2 ini akan didokumentasikan sebagai Dokumen 'Pelan Pengurusan Risiko LADA'. Bila ada pelan ini akan memudahkan semua pihak mengambil langkah-langkah penambahbaikan dalam prosedur kerja masing-masing.

Terima kasih.



Catatan2 lain berkaitan.. 

http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/03/semangat-jati-asri-redha-integriti-dan.html?m=1

Mr Teh...  Fasilitator yg
berpengalaman 

h