Saturday, June 10, 2017

Jelajah Ramadhan LADA 2017

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh   : 01 Jun 2017, 8 Jun 2017 dan 11 Jun 2017


Assalaamualaikum wbt dan Selamat Berpuasa buat pembaca blog yg tidak jemu2 membaca catatan saya atau pengunjung2 yg tersesat masuk ke 'address' blog saya ni.. tak kira lah baca ka..  tak baca ka..  saya tak kisahpun bukan ada cerita sensasi pun..  sekadar cerita2 biasa aktiviti jabatan saya saja untuk direkodkan dan tentunya utk aktiviti saya juga..  Sebab itu gambar saya kena ada dalam setiap tulisan saya..  jangan cemburu yaa..

Biasalah kan dalam bulan Ramadhan yg amat mulia,  pelbagai aktiviti2 mulia dan ibadat begitu banyak dan rancak diadakan..  Itu bagi yang mengerti akan bulan Ramadhan dan apa kesan terbaik pada diri kita.. Allah SWT  telah janjikan pelbagai kebaikan yg berlipat kali ganda dari amalan mulia dan ibadat yg kita laksanakan di bulan Ramadhan ini.. Seminggu sebelum masuk bilan Ramadhan..  kita dengar mcm ceramah,  khutbah,  tazkirah dan segala mcm bentok dr ustaz2 yg mahir bercerita berkenaan kedatangan bulan Ramadhan dan kebaikan2 yg kita dapat..  Jadi x perlulah saya cerita panjang fasal kebaikan2 itu..

Tazkirah Ramadhan oleh Sheikh Usamah dari Pejabat
Agama Daerah Langkawi
Itu bagi yg mengerti dan memahami..  tapi bagi yang tak mau mengerti dan tak memahami,  kedatangan Ramadhan amat memeritkan mereka. Orang berduyun-duyun ke masjid dan surau utk beribadat wajib dan sunat yang sangat dituntut,  mereka mcm tidak kisah sangat..  Puasa sekadar memenohi tanggungjawab..  utk berusaha menambahkan keuntungan lagi tidak rasa langsung..  dgn harapan bila tua2 nanti boleh pulun buat..  ingat ya mati tidak tunggu dah aih.. tua2 nanti belum tentu blh buat berganda dgn segala mcm keseronokan dunia yg datang dan segala mcm aktiviti yg datang. Bila2 masa sahaja kita boleh direntap nyawa kita oleh Allah SWT.. Itu kira mahu puasa juga, kalau tak puasa , susah mau cakap apa nak jadi orang macam tu.   Ok lah panjang pula intronya...

Tuan Ahmad Zaini Zaba'i  sedang menyampaikan sumbangan
barangan dan wang untuk perbelanjaan harian kepada warga
yang kurang berkemampuan.(Masjid Al Ehsan Kg Temonyong)
Saya nak cerita tu sikit saja..  iaitu fasal Program Jelajah Ramadhan Anjuran LADA ini sepanjang bulan puasa ni..

Pogram ini diadakan setiap tahun.  Tahun ini dalam bulan Ramadhan ini LADA telah memilih 3 buah masjid sekitar Pulau Langkawi iaitu di Masjid Al Ehsan Temonyong ., Masjid Yooi, (08.06.17)  dan Masjid Al Falah di Selat Bagan Nyior (11.06.17) .Pihak anak syarikat LADA juga turut membantu menjayakan majlis yang amat bermakna ini.

Hari ini diadakan  majlis berbuka puasa bersama anak2 kariah masjid Al Ihsan Kg Temonyong.
Dato' KPE dan YB Norsaidi ADUN Kuah sedang menyampaikan sumbangan kepada warga 
Kg. Selat Bagan Nyior Pulau Dayang  Bunting
 Bersempena majlis ini diadakan juga penyampaian bantuan yg bersesuaian kepada yg mereka yang  kurang berkemampuan berjumlah 35 orang yang dipilih disekitar kariah Masjid Al Ehsan ini.  Adalah diharapkan dengan sedikit sumbangan ini akan dapat membantu sedikit sebanyak keperluan harian mereka.  Majlis diserikan lagi dgn tazkirah oleh Tn Sheikh Usamah dari Pejabat Agama Daerah Langkawi. Antara isi kandungan tazkirah Tn Syeikh USamah yang sempat saya catatkan ialah berkenaan kelebihan-kelebihan di bulan Ramadhan dan sarananya supaya umat Islam lebih banyak bersedekah dan  menjamu orang makan berbuka puasa,  kurangkan kata2 yg tak berkeperluan..  suka berbuat baik, qiyamullail, lafaz syukur selalu dengan  nikmat yg Allah berikan amat banyak dan pertingkatkan ibadat2 wajib dan sunat di bulan yang mulia ini. Terlalu banyak pahala-pahala yang Allah SWT buka untuk umat Islam memperolehinya.



Tiga tokoh ni sabar menunggu waktu untuk berbuka puasa
di Masjid Al Falah, Selat Bagan Nyior
Ok, itu saja  hari ini.. Nanti saya cari cerita lain pula akan aktiviti-akviti saya di sini..Yang kg2 lain saya x cerita dah sekadar letak gambar2 saja..  gambar saja sudah menceritakan segala-galanya. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Sumbangan LADA ini merupakan sumbangan rakyat kepada rakyat

Takzkirah Agama di Masjid Al Falah Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting


Gotong Royong penduduk kampong Yooi dengan pihak LADA dalam menyediakan bubur kanji istimewa di
Masjid Kg Yooi, Langkawi dalam Program Jelajah Ramadhan LADA.



Sumbangan Ramadhan dan bubur lambuk kepada pesakit2 di Hospital Langkawi
 oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA



Di Wad Kanak-Kanak Hospital Langkawi : Ybhg Dato KPE sedangkan menyampaikan sumbangan kepada
pesakit kanak-kanak. sempena Program Jelajah Ramadhan LADA



Ybhg Dato' Hj Azizan Ketua Pegawai Eksekutif menyampaikan sumbangan benda dan wang kepada
penduduk kariah Masjid Yooi Langkawi yang kurang berkemampuan selain mengadakan
Majlis Berbuka Puasa di masjid tersebut





TV1 ada menyiarkan akvititi Jelajah Ramadhan
LADA 2017





Tuesday, June 6, 2017

Memberi Bila Ada.. Pahala berlipat Ganda

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 24.05.17

Assalaamualaikum wbt... Selamat Siang

Alhamdulillah..  tengahari ini saya berkesempatan bersama sama dgn semua imam2 seluruh Langkawi..  Sebagai memenohi tanggungjawab sosial LADA terhadap komuniti tempatan.. satu majlis penyerahan sumbangan kewangan kepada 31 masjid diseluruh daerah Langkawi telah diadakan dikompleks LADA.

Sumbangan Ramadhan ini adalah dari pihak LADA melalui anak syarikat LADA iaitu Panorama Sdn Bhd , Pejabat ICU dan sumbangan peribadi CEO LADA sendiri.  Adalah diharapkan dengan sumbangan ini akan dapat menyemarakkan lagi pengimarahan masjid2 di Pulau Langkawi ini. LADA dan komuniti tidak dapat dipisahkan..  Apa-apa aktiviti LADA sudah tentunya melibatkan komuniti tempatan. Masjid merupakan sebuah institusi yang unggul yang memainkan peranan yang besar kepada pembangunan masyarakat terutama dalam mengujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan ahli masyarakat disamping mempertingkatkan lagi keimanan setiap ahli masyarakat.

Semoga sambutan dan aktiviti keugamaan di bulan Ramadhan Al Mubarak ini semakin bertambah meriah dengan segala macam peribadatan yang boleh dilaksanakan dengan lebih banyak lagi untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala yang terbuka seluas-luasnya untuk umat Islam menggapainya...

Terima kasih 

Tuesday, May 23, 2017

Tahniah.. Jadikan Diri Anda Asset Yang DiHargai Bukan Sebaliknya


Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh...  22 Mei 2017

Assalaamualaikum wbt..  Selamat Siang..  Hari ini sejok sekali..  Hujan pula ditengahari ini..  Duduk saja buat kerja kat opis yg tersergam besar ini setinggi 8 tingkat.  Yang menjadi kerisauan saya bila hujan lebat mcm ini..  tiris sana tiris sini kat bangunan ni.. mungkin fasal lama sangat dah kot bangunan ini atau pembuatan yg tidak sempurna masa pembinaan dulu...  tanggungjawab saya sekarang hendak mempastikan isu2 kebocoran ini dpt diselesaikan segera.. kalau tidak susah nak buat kerja dan imej LADA jadi kurang elok sikit..

Pagi tadi berkesempatan bertemu dengan kakitangan baru LADA yang baru melapor diri beberapa minggu yang lalu. Sengaja diaturkan sessi ini untuk saya kenal lebih dekat lagi dengan anggota-anggota baru yang menjadi ahli keluarga LADA ini. Semua mereka ini akan disuaikenalkan dulu dengan organisasi LADA ini, terutama bahagian-bahagian yang ada dan tanggungjawab masing-masing sebelum memulakan tugas sebenar mereka. Pengetahuan berkenaan keseluruhan perjalanan operasi LADA adalah perlu kerana ia saling kait mengait antara satu sama lain.  Saya hanya mengambil kesempatan mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada mereka semua yang telah berjaya menjawat baru di LADA. Dalam keadaan begitu ramai orang diluar sana yang sedang mencari kerja, bagi yang mendapat kerja hari ini adalah merupakan satu nikmat yang tidak terhingga dan seharusnya disyukuri akan apa yang diperolehi sekarang ini.

Sebagai seorang kakitangan baru saya menasihatkan agar kekalkanlah disiplin yang tinggi dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Di samping itu kerja janganlah berkira dan semangat kerja berpasukan hendaklah diamalkan. Bantu membantu sesama rakan setugas amatlah penting dalam memastikan pelanggan yang berurusan mendapat kepuasan. Setiap kakitangan perlu mempunyai sikap mahu belajar dan proaktif dalam kerja.

Banyak isu-isu dan masalah yang berlaku dalam jabatan adalah disebabkan oleh kelemahan anggota baik samada diperingkat atasan mahupun bawahan. Kelemahan itu boleh dalam bentuk kecuaian, lambat melaksanakan tugas, tidak peka dengan keadaan sekeliling, kesilapan-kesilapan yang dibuat dalam membuat keputusan dan tindakan, tidak berintegriti, gagal membaca  membaca kemungkinan-kemungkinan yang tidak baik berlaku hasil tindakan atau keputusan yang diambil dan segala macam kelemahan lagi.

Pada pegawai-pegawai yang mempunyai kelulusan tinggi seperti mempunyai diploma atau ijazah sedangkan jawatan yang disandang lebih rendah kelayakannya, saya menasihatkan jangan kedekut dari segi ilmu dan tenaga serta masa. Tunjukkan kehebatan kita bekerja dengan terbaik melebihi dari sepatutnya dan bantu rakan-rakan atau ketua bahagian dengan menawarkan diri untuk kerja yang agak rumit . Ini semua merupakan satu peluang untuk menunjukkan kebolehan diri dan mana tahu kemungkinan-kemungkinan dimasa hadapan ada peluang memohon yang jawatan yang lebih tinggi grednya maka disinilah pentingnya kejujuran dan kelebihan anggota dinilai berdasarkan kerja buatnya sebelum ini. Tidak ada ruginya kita membuat kerja melebihi sepatutnya samaada masa, tenaga, wang ringgit dan bebanan kerana apa yang dibuat itu dikira sebagai ibadat dan ada ganjaran yang lebih besar diakhirat nanti. Jadi kenapa kita merasa rugi bila melakukan itu semua. Yang penting adalah anggota kena seronok bila datang ke pejabat, rasa bahagia bila berada dipejabat , bukan sebaliknya.

Jadikan diri aset yang berguna kepada LADA bukan aset yang sesiapa pun tidak mahu bila mendengar nama kita.

Oklah .. rasanya cukup sampai kat sini, kalau nak cerita apa lagi yang saya dok leterkan tu banyak lagi tapi memadai sekadar coretan-coretan  santai sambil-sambil buat kerja saya..





Saturday, May 20, 2017

FIVB beach Volley Ball World Tour Langkawi 2017

Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh..  15 -16 April 2017


Fakta: 
Anjuran LADA dan E Plus Global Sdn Bhd,  MyCEB (Malaysia Conv & Exh Bureau                 dan KBS
Jumlah penyertaan pasukan..  32 pasukan dari serata dunia. Ianya bertaraf 1 bintang
Pertandingan ini juga menjadi persediaan atlit bertanding di Olimpik Tokyo 2020.
Promosi oleh ASTRO dan UNAS TV switzerland..
Tempat..  Pantai Chenang,  Langkawi
Venua lain Didunia untuk pertandingan ini ialah di  Sheparton Australia, Monaco,  Pacific Harbour Fiji,  Daegu dan Ulsan Korea serta Agadir Morocco..
Impak kepada Langkawi : Pulau Langkawi dikenali diserata dunia melalui peserta-peserta yang mengambil bahagian, siaran ASTRO Arena dapat  meningkatkan lagi promosi Langkawi dimata dunia.

Persiapan untuk mengadakan pertandingan ini agak rumit juga kerana ianya memerlukan keadaan pasir pantai yang tertentu sahaja. Bukan semua pantai boleh dibuat pertandingan ini. Tapi Pantai Chenang telah menjadi pantai yang memenuhi kehendak penganjur utama FIVB ini... Kemungkinan besar pertandingan ini akan diadakan lagi di Pulau Langkawi ini dan ianya akan memberikan promosi yang besar kepada Pulau Langkawi di mata dunia..



















Selamat Datang Pegawai Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu

Tarikh: 17. Mei 2017
Catatan: Mohd Asri Redha

Assalaamualaikum dan selamat pagi saudara pembaca blog saya ini.. Terima kasih kerana masih melayari catatan-catatan saya. Kali ini hanya sekadar berita-berita sahaja ditulis.

Menjadi kebiasaan bila jabatan-jabatan melawat jabatan-jabatan lain untuk penambahbaikan dalam pentadbiran dan pengurusan jabatan masing-masing. Kadang-kadang pengalaman dan inovasi sesuatu jabatan itu boleh membantu jabatan untuk meningkatkan produktiviti jabatan masing-masing.

LADA amat berbesar hati menerima kedatangan anggota kakitangan Jabatan Perbendaharaan Negeri Terengganu yang datang jauh dari pantai timor ke Pulau Lagenda ini. Semoga kedatangan mereka ke sini akan memberi pengalaman baru mereka dan saya mengharapkan mereka akan datang kembali ke sini samada untuk untuk bercuti atau mengadakan apa-apa sahaja program jabatan di Pulau ini.


Fakta:
Bilangan : 17 orang
Tujuan Lawatan : Melihat perjalanan Majlis Bersama Jabatan LADA
Ketua Rombongan:Puan Norliza bt Ismail Pengarah Bajet dan En Nasran Abd Halim  Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Khidmat Pengurusan)











Ketenangan Jiwa Dengan Mendengar dan Membaca Al Quran

Catatan:   Mohd Asri Redha
Tarikh:  17 - 19 Mei 2017
Tempat : Masjid Aishah, Sungai Menghulu, Langkawi

Fakta:

Sejak sekian lama tidak diadakan Musabaqah Tilawah Al Quran diperingkat Daerah Langkawi, akhirnya hari ini hingga 19 Mei 2017 LADA telah Berjaya mengadakan semula tilawah ini dengan kerjasama dari Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Agama Daerah Langkawi , Majlis Perbandaran Langkawi dan lain-lain jabatan yang terlibat baik secara langsung ataupun tidak langsung. Dengan bertemakan AL Quran Asas Penyatuan Ummah ianya amat menepati akan keperluan rakyat dinegara ini hidup bersatu padu terutama umat Islam yang ada di Malaysia ini amnya dan Pulau Langkawi ini khususnya.

Melalui pertandingan seperti ini LADA berharap akan dapat mencungkil bakat-bakat yang hebat dalam bidang hafazan Al Quran dan Membaca Al Quran yang boleh diketengahkan diperingkat negeri dan negara. Program ini akan diteruskan pada setiap setahun sebagai satu tanggungjawab sosial LADA dalam meningkatkan lagi penghayatan nilai-nilai murni dalam Islam yang terkandung didalam Al Quran dikalangan warga Pulau Langkawi ini.

Pertandingan Kategori Hafazan (Terbuka)
Pertandingan Tilawah Quran (Terbuka)  
Hadiah : Johan Hafazan dan Tilawah : RM1000.00 (Pertama), RM700.00 (Kedua). RM500.00 (Ketiga) dan  (Semua Peserta) RM100
Pemenang Kategori Hafazan: 
Pertama.................................................... 
Kedua.......................................................
Ketiga................................................
Pemenang Kategori Tilawah Al Quran: 
Pertama:..................................................
Kedua ......................................................
Ketiga ......................................................

VVIP yang hadir di Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah : YB Dato' Ir Hj Nawawi Hj Ahmad : Ahli Parlimen Langkawi DAN Ybrs Tuan Ahmad Zaini b Zaba'ai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Perancangan dan Pembangunan

VVIP yang hadir dimajlis Perasmian Musabaqah Tilawah Al Quran 
YB Norsaidi Nayan: ADUN Kuah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA  (Pengurusan)
                                                                                                                                        












Hobi Orang Kaya : Bermotosikal

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh: 12 - 14 Mei 2017
Tempat: Sekitar jalan utama pulau Langkawi
Dataran LADA, Laman Padi, Dataran Lang
Royal Langkawi International Bike Festival 2017

Saya katakan hobi ini untuk orang kaya  juga kerana kalau orang ini tidak ada duit takkan sekali dia boleh pakai motor yang besar sebegini. Pertama kerana harganya memang mahal, paling kurangpun RM40K sebuah, dan ada sampai mencecah ratusan ribu Ringgit Malaysia. Maknanya ada duit lebih la tu.. sebab itu boleh beli. Keduanya perbelanjaan maintenance nya memang tinggi disamping menggunakan minyak yang agak banyak juga.  Kalau sanggup menghadapi cabaran itu, berbaloi la kalau membeli, apatah lagi ditambah dengan minat .. Namun tak semestinya kaya sahaja boleh pakai, orang biasa-biasa pun boleh pakai

Fakta : Lebih 598 biker telah mengambil bahagian dan bergerak secara berkonvoi keseluruh Pulau Langkawi ini. Festival ini telah mendapat pengikhtirafan dari 'Malaysian Book Of Records for Most Number in A Convoy in Malaysia'.  Konvoi ini mengambil masa 1 Jam 5 minit untuk melengkapkan keliling satu pulau ini. Peserta konvoi bermotosikal mewah ini datang dari Thailand, Singapore dan Malaysia.

Selain aktiviti konvoi dan pameran motor-motor besar ini, juga diadakan pelbagai aktiviti di Tapak Letak Kereta Lada seperti Pertunjukan Kebudayaan,  Persembahan Artis,  Persembahan TATU, sesi bersama pakar motorsikal, Pertunjukan Stunt Women..


https://youtu.be/gBzdy-7A4jQ
You Tube.. RLIBF 2017.. klik saja


Yang ini susah mau cakap.. Katanya yng buat moto ini dari Amerika..