Monday, January 1, 2018

Bersukan Meningkatkan Produktiviti..

Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh.. 20 November 2017

Assalaamualaikum WBT..  dan Selamat  Malam...

Sebenarnya saya belum lagi membaca apa2 artikel berkaitan kajian kaitan sukan dengan produktiviti kerja..  Tapi saya rasa sudah banyak kajian dibuat diluar sana berkaitan perkara tersebut..
Bagi saya yg amat kurang ilmu kaji  mengkaji ini,  saya melihat kepada kesan dari aktiviti2 bersukan ini yg mana membawa kepada kesihatan yg terbaik,  semangat berpasukan dan jalinan perhubungan social yg bertambah erat dan baik..  Di samping itu ianya juga menunjukkan kebijaksanaan strategik bermain untuk menang dan kebijaksanaan menguruskan pasukan serta mengelolakan acara..   Banyak faedahnya jika dilaksanakan secara sistematik dan perancangan yg betul.

Sebab itu saya memberi sokongan penoh aktiviti2 anak2 buah saya dalam mengadakan aktiviti seumpama ini.

Bermula 10 Nov 17 hingga 18 Nov 17, Kementerian Kewangan Malaysia tlh menganjurkan Pesta Sukan Kementerian  Kew 2017.. (PSKK 2017) yg melibatkan semua 13 agensi dibawah MOF. Sudah Tentu LADA ambil bahagian walaupun kos untuk menguruskan pasukan bukannya murah..  Tinggi juga belanjanya.  Namun demi untuk kebajikan anggota,  perkara ini bukan menjadi penghalang utama utk LADA ambil bahagian..  Yang menjadi penghalang utama ialah untuk mendapatkan atlit sukan yg berkualiti..  Ini problem utama.  Sebab itu LADA hanya dapat mengambil bahagian dalam 8 acara sahaja dari 13 acara yg dipertandingkan.. Itupun ada anggota yang sama terlibat bermain dlm 2 atau 3 acara berlainan. Jenoh pulun..  Sebab itu utk mengharapkan pencapaian teratas dlm PSKK 20017 adalah amat mustahil..  Kecualilah kalau menang Johan semua game yg diambil bahagian. Berada dikedudukan no. 7  dari 13 pasukan memanglah agak mengecewakan..  tapi usaha tetap dilakukan dan tidak semudah itu menyerah kalah..  Ianya menjadi pengajaran untuk berusaha lebih gigih lagi untuk kejohanan akan datang.

Mendapat naib Johan dalam Pertandingan Bakat Nyanyian Kewangan sedikit sebanyak menggembirakan ahli kontinjen..

Saya ucapkan tahniah kepada semua anggota yang mengambil bahagian.. Kalah menang adat permainan tapi yang penting semangat untuk berusaha itu penting dan sebenarnya ianya memberi kesan kepada kesihatan yang baik dan produktiviti kerja.




















Anugerah INOVASI AIPM

Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh..  31 Dis-2017

Assalaamualaikum WBT..  Selamat Bercuti.. Saya doakan semua sahabat2 cergas, sihat walafiat serta bahagia hendaknya...
Catatan hari ini kita bersembang fasal inovasi Dan Kreativiti.. Perkembangan yg berlaku dlm industri sekarang ini dan seterusnya nanti sebenarnya adalah hasil dari Kreativiti Dan Inovasi manusia yg semakin berkembang dengan  pesat ..

Pada 05.11.17 saya berkesempatan untuk hadhir dalam Majlis Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2017 yg disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di PICC Putrajaya. Seronok tengok banyak jabatan-jabatan terima anugerah Kualiti Perdana Menteri. Hadiahnya bukan calang-calang... sampai mencecah RM1 Juta.. Bahagialah kepada jabatan yang mendapat anugerah tersebut. Namun begitu untuk mendapat anugerah- anugerah seperti itu tidak semudah tulis dan cakap. Banyak pengorbanan tenaga, buah fikiran dan duit ringgit juga perlu ditanggung. Sebab itu tidak ramai jabatan yang mahu masuk bertanding.. Jadi yang masuk bertanding, walaupun tidak mendapat juara saya tetap nak mengucapkan tahniah kepada mereka semua atas keberanian dan inisatif mereka untuk mengambil bahagian.. Bila dah ambil bahagian kena susah-susah la sikit.. itu yang ramai tidak mahu ambil bahagian.

Keratan gambar yang saya ambil dari Akhbar Berita Harian ini jelas menceritakan segalanya. Jadinya tidak lah perlu saya cerita lagi... Apa-apapun kita perlu juga berusaha untuk  masa depan LADA..




Ketua Setiausaha Kementerian yang 'friendly'.. Rakan FB saya juga ni.. Ini
calon Ketua Setiausaha Negara yang amat sesuai.. Saya doakan.. In Sya ALlah..



Bersama anak buah saya ni sewaktu di Majlis Perbandaran Sungai Petani. En Adnan Mat..
Seorang tokoh pejuang pekerja tanah air.. bakal menerajui CUEPAC suatu hari nanti..
 In Sya Allah




Wednesday, December 20, 2017

RASUAH DAN TIDAK JUJUR PEMUSNAH BANGSA DAN NEGARA

Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh... 08.12.17


Assalaamualaikum WRT dan Selamat Malam
Ketemu lagi saudara pembaca  blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca. Bukan senang nak baca blog orang, apatah lagi cerita-cerita yang memboringkan seperti ini. Kerana sekarang orang lebih suka membaca cerita-cerita dan gosip2 politik dan artis sahaja. Tapi saya tulis juga sebagai satu rekod diri dan jabatan saya supaya kita tidak lupa pada apa  yang telah dipelajari.

Hari ini saya menghadhiri bengkel  berkenaan Pengurusan Risiko Rasuah untuk anggota kakitangan LADA. Bengkel ini akan menyediakan dokumen lengkap bagaimana keterjebakan kakitangan  dalam isu-isu integrity dan rasuah dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali dan faktor-faktor yang membawa berlakunya rasuah dan tidak berintegriti. 



CRM adalah satu proses pengurusan yang membantu organisasi atau pihak pengurusan atasan untuk mengenalpasti risiko2 rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan serta menyediakan pelan bagaimana ianya boleh dihindari . Dengan cara ini ianya akan memperkukuhkan tadbir urus yang yang boleh menutup ruang untuk aktiviti-aktiviti tidak sihat ini. Sebab itu Pengurusan risiko rasuah yang efektif memerlukan komitmen yang tinggi dari pucuk pimpinan tertinggi sesebuah organisasi.

LADA tampil secara sukarela untuk menyediakan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah,. Saya menyebut sukarela kerana tidak ada arahan muktamad yang mewajibkan jabatan-jabatan kerajaan menyediakan pelan tersebut. Sebagai pegawai pengurusan atasan saya amat memerlukannya kerana dengan adanya pelan ini akan lebih memudahkan pihak pengurusan untuk menangani isu rasuah dan integriti dikalangan anggota LADA.

Satu bengkel Penyediaan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) yang melibatkan pegawai-pegawai kanan LADA  telah diadakan dari 05.12.17 hingga 07.12.17 di Pulau Tuba. Saya tidak mahu menceritakan panjang lebar apa isi kandungan Pelan Pengurusan Risiko yang dihasilkan dari bengkel ini kerana ianya agak teknikal dan panjang sedikit. Cuma yang pentingnya pihak pengurusan sudah mengenalpasti akan punca  masalah rasuah ini dan apa kesannya kepada LADA sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang. Disamping itu langkah-langkah kawalan atau penyelesaian dapat dibuat seperti kukuhkan kawalan sedia ada melalui penambahbaikan keatas pemantauan, system, polisi dan proses, laksana kawalan baru atau memperkenalkan kaedah baru untuk mengesan salah laku rasuah yang boleh menyebabkan risiko rasuah..
Sekadar mengambil beberapa contoh yang dibincangkan saya paparkan dalam catatan ini apakah faktor-faktor yang membawa kepada penglibatan isu integrity dan governane

Factor dalaman dan luaran organisasi  memainkan peranan penting . Bengkel mengenalpasti beberapa isu yang memberi kesan kepada isu integrity. Isu dalaman seperti gaya hidup mewah berbanding pendapatan yang diperolehi sememangnya memberi kesan kepada integrity kakitangan kerana peluang yang ada didepan mata sudah pasti tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Gaya hidup mewah yang dicipta sendiri sebenarnya memberi kesan yang tidak baik pada individu dan organisasi nya kerana ada ruang untuk pegawai tersebut terlibat dengan gejala rasuah untuk kekal dengan gaya hidup mewah.

Faktor kroni tidak dapat dinafikan merupakan satu penyebab besar kepada integrity. Tapi dari segi nalurinya sudah  semestinya kita akan membantu sahabat-sahabat dan rakan taulan yang kita kenal, kerana itu lebih memudahkan dan kita mengetahui akan prestasinya. Tapi biasanya begitulah, kalau sudah ada persahabatan yang lama sudah tentu  sedikit sebanyak unsur-unsur memberi dan menerima itu ada juga.

Sebenarnya ada banyak factor-faktor lagi yang membawa kepada keterlibatan kakitangan dalam rasuah ini, tetapi memadai sahaja yang saya ceritakan seperti diatas, kerana kalau nak cerita, panjang pula jadinya.

Semua  penyebab kepada berlakunya rasuah telah dikorek sedalam-dalamnya oleh peserta bengkel dan ada juga cadangan-cadangan mengelakkan kakitangan dari terjebak dalam rasuah dan ketidakjujuran dalam melaksanakan tanggungjawab .. In Sya Allah selepas bengkel ini semua penemuan2 ini akan didokumentasikan sebagai Dokumen 'Pelan Pengurusan Risiko LADA'. Bila ada pelan ini akan memudahkan semua pihak mengambil langkah-langkah penambahbaikan dalam prosedur kerja masing-masing.

Terima kasih.



Catatan2 lain berkaitan.. 

http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/03/semangat-jati-asri-redha-integriti-dan.html?m=1

Mr Teh...  Fasilitator yg
berpengalaman 

h






'Digital Transformation' Public Sector Digital Competencies.. LADA Kearah Kecekapan

Catatan Oleh: Mohd Asri Redha
Tarikh : 28.11.2017

Assalaamualaikum WBT..  Dan Selamat Pagi..  Saya doakan semua sahabat2 yg membaca catatan ini sihat walafiat,  Dan dipermudahkan Allah SWT segala urusan baik-baik yg kita buat.. Tentunya diberi ganjaran pahala pada yg sentiasa berada dalam majlis-majlis Ilmu.

Hari ini saya nak cerita sikit fasal Teknologi iT ini..  Mau tak mau kita kena juga ambil perhatian dan menggunakan teknologi it ini dalam segenap aspek kehidupan kita..Sekarang dikatakan dunia kearah Revolusi Industri 4.0. dimana ekonomi digital diangap industri masa hadapan yang memerlukan kerajaan mengoptimumkan kegunaan teknologi digital bagi membangkitkan kegunaan teknologi digital ini kearah melonjakkan kualiti dan penyampaian maklumat yang berkesan.  Kalau tidak kita akan ketinggalan jauh dari arus pembangunan semasa..  Sebagai sebuah jabatan kerajaan,  sudah tentu penggunaan teknologi iT dlm pengurusan dan pentadbiran diberi keutamaan kerana ianya memberi kecekapan dan kecepatan dalam setiap urusan..  Teknologi iT ini sentiasa berubah kearah yg lbh baik dan setiap hari ada sahaja perisian2 terkini  yang dibangunkan. Selain software,  hardware komputer semakin canggih dan  cekap dicipta... Semua ini memerlukan setiap anggota kakitangan kerajaan kena bersiap sedia dengan perubahan yg amat cepat berlaku ini..  Untuk itu selain majallah dan  buku sebagai sumber Ilmu,  menghadhiri seminar, kursus dan konvensyen yg berkaitan dgn iT perlu diberi perhatian dan menghadhirinya..

Secara kebetulan dalam jabatan,  saya juga dilantik sbg CIO..  atau Chief Information Officer.  Besar bunyinya tu.. Tapi saya bukan seorang yg punya latarbelakang pendidikan iT atau komputer.. Macam mana nak buat kerja kalau dah tak reti fasal iT secara mendalam.  Tapi atas kapasiti sebagai Pegawai Kanan jabatan saya dilantik juga sebagai CIO..  mungkin dari segi bidang iT itu sendiri saya tidak dapat memahaminya secara mendalam,  tetapi sekurang2nya  memahami perkara2 asas dalam iT ini memberi sedikit pemahaman berkenaan kepentingan sesuatu aplikasi dan hardware dalam sesebuah jabatan. Jadi bila anak buah bentang cadangan berkenaan apa2 pembaharuan dlm iT ini dan juga bajet senang utk buat keputusan dan  memudahkan anak2 buah. Sebenarnya kepimpinan digital yang dilengkapi dengan kecekapan teknologi dan kemahiran digital menjadi salah satu keperluan penting untuk memacu organisasi sektor awam , memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Berdasarkan maklumat hingga akhir tahun 2017 sejumlah lebih kurang 11,309 perkhidmatan dalam talian  telah diadakan dalam sektor  awam ini. Sebab itu saya katakan kepimpinan digital tidak boleh lari dari mendekati iT. Ia memerlukan setiap pemimpin dilengkapi ilmu dan teknologi maklumat terkini.

Sebab itu bila ada konvensyen berkaitan teknologi iT ini,  saya sebagai CIO LADA tidak melepaskan peluang untuk menghadhirinya..  seperti  MY DIGITAL LEADER CONVENTION  yg diadakan pada 29 Nov.  2017 di MAEPS Serdang.  Banyak maklumat2 berkenaan perkembangan terkini iT dan Ilmu yg saya dapat dari konvensyen yg dianjurkan oleh MAMPU ini.. semuanya adalah berkaitan dengan bagaimana teknologi yang ada ini boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan terutama dari dari segi capaian maklumat , kecepatan dan ketepatan..

*************************************************


catatan2 lain berkaitan teknologi it:
http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/smart-city-expo-world-congress.html


Bawah ini antara kata2 menarik utk renongan kita bersama yang saya dapat kutip dari pembentangan panel-panel pakar yang dijemput....


We Change or We Die..  Experience Motorola..  Dato Ramli Prestariang

Mind Set Change

Arrogant attitude..

My place,  my way,  My Time..  dah tak boleh pakai lagi dizaman sekarang ini.. Celcom

Banking System..  Lori 🏧

Inteligent cloud

Artificial intelligence

You Digital it Or You Die

Change..  iOT bukan utk memudahkan kita buat kerja,  Tapi bagaimana IOT dapat  memberi kemudahan Dan kesenangan pada pelanggan..

Start Building Digital Service..  Stop Website






Tuesday, December 19, 2017

Program 'Back To School' Satu lagi tanggongjawab sosial LADA pada komuniti

Kutipan...  Mohd Asri Redha
Tarikh.. 18 Disember 2017

300 murid, pelajar Langkawi terima bantuan persekolahan






Sumbangan bernilai RM120 setiap seorang sempena program 'Kembali Ke Sekolah' itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan di Auditorium Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini. Nor Saidi berkata, program memasuki edisi kelima itu bertujuan memberi galakan dan semangat kepada golongan kurang bernasib baik untuk belajar dengan lebih tekun. 

"Ini tahun kelima program ini diadakan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM30,000 di DUN Kuah bagi membantu waris dari golongan berpendapatan rendah, miskin, warga emas, ibu tunggal dan asnaf."Malah, bagi melicinkan pelaksanaannya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) diminta mengenal pasti keluarga yang memiliki anak bersekolah dari usia tujuh tahun hingga 16 tahun yang layak."Senarai nama dan maklumat keluarga berkenaan kemudian disalurkan kepada pejabat DUN untuk tujuan penyerahan sumbangan," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA, Mohd Asri Redha Abdul Rahman.Sementara itu, penerima, Sirajudin Kader, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Negeri di sini, berkata, dia gembira menerima seragam sekolah yang baharu dan tidak sabar untuk ke sekolah.

"Kini ibu saya tidak perlu fikir untuk beli seragam sekolah kerana saya sudah mendapat baju, seluar dan kasut baharu, semua ini akan saya pakai pada hari pertama sekolah buka nanti," katanya.Puteri Isya Mohd Izwandi, 8, dari SK Kedawang, turut teruja apabila menerima kelengkapan persekolahan baharu untuk sesi persekolahan 2018 yang bakal bermula tidak lama lagi."Saya sangat gembira apabila dapat sumbangan ini kerana sekurang-kurangnya persiapan pakaian seragam sekolah sudah pun ada, cuma peralatan tulis belum dibeli," katanya yang bercita-cita menjadi doktor. 



STR/Hamzah Osman
#kw sumbangan sekolah, bantu golongan







@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Majlis yang sama juga diadakan oleh Ahli Parlimen Langkawi pada 27.12.17 di Dewan Kolej Vokasional Langkawi.. Hampir 350 orang penerima murid telah diberikan
set pakaian sekolah berserta beg untuk mereka . 

LADA melalui    anak syarikat Panorama Sdn Bhd merupakan penyumbang
terbesar bantuan persekolahan tersebut di Dewan Kolej Vokasional Langkawi.
Penyampaiannya disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Langkawi dan juga
Ahli Lembaga Pengarah  Panorama.

Bintang2 Idol LADA

Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh..    18.12.17

Assalaamualaikum WBT..  Selamat Sejahtera.... Catatan kali ini santai2 saja..

Bakat seseorang itu kadang2 kita tak terperasan sehinggalah bila ditonjolkan dlm pertandingan barulah kita nampak kehebatan seseorang..  Hari ini anak2 buah saya kat LADA mengadakan pertandingan nyanyian karaoke.. LADA IDOL 2017.. seramai 15 orang telah mengambil bahagian dalam pertandingan karaoke ini..  Waaahh...  Hebat-hebat betul rupanya persembahan mereka..

Saya melihat program ini bukan sekadar pertandingan semata mata tapi lebih kepada program sosial yg menghiburkan dan santai2 bersama warga LADA... Kekalutan dan kesibukan anggota melaksanakan tanggong jawab masing2 ditempat kerja perlu juga sekali sekala berhibur dgn cara yg lebih praktikal dan memberi impak positif pada prestasi kerja.

Kalau tidak mengambil bahagian boleh saja datang menonton dan mendengar nyanyian sahabat2 yg mengambil bahagian.. Sebagai tanda sokongan pada Kelab Sukan dan Kebajikan LADA yg menganjurkan program yg jarang2 dibuat oleh jabatan..

Sebab itu saya cuba hadhir program2 seperti ini.. Teringin nak nyanyi juga tp mlm tu nafas semput pula.. Tak berani  nak try.. Waduuh spoil betul....

Tahniah kepada semua pemenang LaDA Idol 2017 serta semua yg mengambil bahagian serta menjayakan program ceria-ceria ini..

JOHAN - Lan Bck Langkawi
NAIB JOHAN - En. Aziz Ishak
KE3 - Cik Nyi Roro Kidul
KE4 - Aremeer Marcello
KE5 - Adeq Kiey

Saguhati
Hazmi Jusoh
Nur Syafinaz Binti Othman
Zamri Ibrahim
Muhamad Yusuf Zawanah
En Razaidi
Muhammad Ghazi Islam
Frrancoo Kumpulan
Amer Ron
Wan Mohd Shahril












Tuesday, November 14, 2017

Tahniah... Pencapaian Terbaik Kualiti .. MS - ISO 9001:2015

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 13 November 2017
Tempat: Dewan Undangan Negeri Kedah

Assalaamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera buat semua pembaca blog saya ini... Semasa menulis ini saya berada dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, mewakili jabatan untuk meneliti dan mengambil tindakan memberikan apa-apa maklumat yang diperlukan oleh EXCO berkaitan , jika ada apa-apa isu dan masalah yang  berkaitan LADA dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah. Nampaknya satu soalan bertulis sahaja yang dikemukakan, yang lain-lain soalan lisan tak ada berkaitan dengan LADA. So sambil dengar-dengar perbahasan sehari suntuk ini , sempat juga saya coretkan apa yang terlintas dihati.

Catatan kali ini hanya sekadar untuk mengucapkan tahniah kepada anak-anak buah saya yang telah berjaya menggembelingkan segala usaha dan tenaga menyediakan segala persiapan fizikal  dan dokumen-dokumen hingga akhirnya dianugerahkan Sijil ISO 9001:2015 kerana melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang menepati standard tersebut. 4 skop penilaian telah diambil kira iaitu Pengurusan Projek Pembangunan, Pengurusan Promosi Pelancongan, Pengurusan Acara Pelancongan dan Pengurusan Pelaburan Komersial. Sijil ini berkuatkuasa dari 04 September 2017 hingga 04 September 2020.

Tahniah, Tahniah, Tahniah.

Sebenarnya saya amat berbangga dengan penganugerahan yang diterima oleh LADA ini. Bukan mudah untuk mendapatkan sijil penganugerahan ini. Sebab itu tidak banyak jabatan-jabatan yang berjaya memperolehi sijil ini.  Seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini, untuk mendapatkan sijil ini ianya perlu melalui pelbagai peringkat penilaian yang amat ketat dan teliti serta agak teknikal. Belanja untuk mendapatkan sijil inipun banyak juga.. Lagipun tidak ada kemestian atau arahan atasan yang mewajibkan semua jabatan-jabatan kerajaan memiliki sijil ini. Atas asas sukarela dan komitmen pihak atasan sahaja . Setengah-setengah jabatan tak mahu susah-susah.. Orang tak suruh, kenapa kalut-kalut..  Sebab itu hanya jabatan yang mempunyai kesungguhan dan komitmen sahaja mahu berusaha mendapatkan sijil kualiti ini.



                                                                                           Sebab itu saya amat berbangga dengan Pengurusan Tertinggi LADA sebelum ini yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk meneruskan mendapatkan sijil kualiti ini, kerana sebelum saya masuk bertugas di LADA, telahpun mempunyai sijil kualiti tersebut tapi versi lama yang telah tamat tempoh lakunya dan pengurusan telah bersetuju untuk teruskan memohon penyambungan sijil kualiti tersebut dalam versi baru. Saya tidak ada peranan besar sangat pun dalam mendapatkan sijil kualiti ini, hanya sekadar menyelaraskan segala tindakan anak-anak  buah menyediakan dokumen-dokumen berkaitan. Sebenarnya yang berperanan besar ialah semua anak-anak buah saya disetiap peringkat pegawai. Kejayaan ini adalah hasil dari kerja berpasukan..

Memiliki Sijil ISO  9001:2015 bukan sekadar memilikinya sahaja. Ia merupakan satu cabaran kepada semua anggota perkhidmatan LADA, kerana ianya perlu diterjemahkan dalam perkhidmatan yang diberikan. Tidak ada makna mempunyai sijil kualiti yang hebat ini tapi kualiti perkhidmatannya terok. Status itu yang perlu dijaga dan dipertahankan agar ianya tidak menjadi sindiran orang awam yang berurusan dengan LADA.

Jadi saya berharap semua anak-anak buah di LADA ini dapat menyahut cabaran memiliki sijil kualiti ini dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan LADA... Selain kepuasan kakitangan , kepuasan pelanggan  tetap menjadi keutamaan LADA.

Selepas ini LADA akan mendapatkan Sijil EKSA pula.. Insya Allah tahun 2018 saya percaya Sijil tersebut akan diperolehi juga.. berdasarkan komitmen tinggi sebahagian besar anggota LADA.

Terima kasih..

Catatan2 usaha2 anak2 buah utk mendapatkan Sijil MS ISO 900:2015

Catatan Bengkel MS ISO 9001:2015... Klik saja kat situ