Monday, July 16, 2018

MULU .. Mencabar Diri Mencari Pengalaman Ekstrem

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 09 Julai 2018


Assalaamualaikum WBT .. dan selamat pagi... ketemu lagi ya dalam catatan2 blog saya yang tak secanggih mana.. hanya sekadar catatan biasa pengalaman saya saja.. Cerita yang saya nak tulis ini telah lama berlalu, cuma hari ini baru saya terasa nak tulis balik bagi siap juga. Itupun seminggu dua ni ada cerita fasal budak2 Siam yang terperangkap dalam gua Tham Luang Cave di Chiang Rai, Thailand.. Tidak terfikir saya bagaimana 12 orang budak-budak tu masuk jauh ke dalam gua tersebut beberapa km jauhnya dan akhirya  terperangkap disebabkan air hujan berterusan dan tidak surut-surut... 10 hari terperangkap didalam gua tanpa apa-apa persediaan dan bila sudah dijumpai bermasalah pula untuk dikeluarkan dengan keadaan sebahagian lorong masuk terlalu sempit, berair air berlumpur, dan gelap gulita serta lorong gua jauh kedalam beberapa KM... Kerja-kerja menyelamat yang dilaksanakan memang mencabar tenaga dan fizikal serta minda  , .. Namun pada akhirnya berbaloi setelah semuanya berjaya dikeluarkan dengan selamat tapi dengan pengorbanan kematian seorang anggota penyelamat..  Amat menarik kalau operasi menyelamat ini difilemkan kerana dlm kerja2 menyelamat ini banyak cerita2  menarik yg boleh menjadi pengajaran dan ilmu yg bermanafaat.. ada emosi, teknologi, kesukarelaan, team building, kerjasama antarabangsa, kepakaran, kehebatan dan ketahanan manusia dan sebagainya..

Jadi ceritanya fasal GUA.  Pada 13 Mac 2018.. saya berada di Camp 5 dalam Hutan Simpan Sarawak yang amat luas terbentang... Tentu nak tau kan kenapa saya berada disini... ini yg saya nak cerita..

Sebenarnya sejak 11 Mac lagi saya bersama 3 orang anak buah saya di LADA sudah berada di Mulu Sarawak dalam misi kami adalah untuk menjelajah gua-gua dan tempat-tempat menarik tumpuan pelancong yang berada disekitar Mulu Sarawak.. Sudah tentu Gua Mulu Sarawak yg terkenal itu menjadi tarikan utama untuk dilawati ... dan team saya akan belajar bagaimana Pihak Berkuasa Taman Negara Sarawak menguruskan kawasan alam semulajadinya sebagai kawasan tumpuan pelancongan.. saya akan ceritakan satu persatu.....
 
Perjalanan ke Mulu mengambil masa selama 1 jam 30 minit dengan perjalanan udara dari Kuching ke Mulu dgn menaik pesawat Mas Wing. Boleh juga dengan perjalanan darat yg jaraknya beratus  km dan tentunya memenatkan.. kalu sapa yg nak ke Mulu elok guna pengangkutan udara la..  tidak memenatkan sebab kat Mulu lagi memenatkan ... bila hendak melawat tempat yang ada di Tapak Warisan Dunia di Mulu ini.. Semuanya kena berjalan kaki. Untuk melawat gua-gua yang menarik di Mulu ini kami terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer jauhnya serta mendaki dan menuruni gaung .

Mulu terkenal dgn gua-guanya yg menarik dan luas..  .. Saya dimaklumkan ada beratus ratus gua disekitar Taman Negara Mulu ini dan ada keunikan tersendiri setiap satunya.. disamping itu gunung ganangnya membentok formasi2 yg menarik yg juga sesuai untuk dinikmati pemandangannya.. Sebab itu walau susah mana dan mencabar sekalipun utk ketempat-tempat seperti ini .. ramai yg datang juga mencabar diri .. termasuk saya yg sudah 5 siri ni... kadang-kadang tu terfikir juga kenapa  la menyusahkan diri untuk semua itu..

Apa yang cuba kami pelajari ialah bagaimana Kerajaan Sarawak menguruskan gua-guanya dan menjadikannya sebuah tempat yg menarik untuk pelancongan alam semulajadinya. Saya amat menghormati pelancong- pelancong asing datang dari serata dunia semata-mata untuk melihat gua dan formasi batu-batan , hutan dara serta kehidupan rakyat tempatan disini. Mereka sanggup bersusah payah datang dan tinggal dalam camp yang penoh dengan nyamok dan terpaksa berjalan kaki melalui denai-denai hutan yang tebal serta merbahaya pula  dan menyukarkan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Ada nikmat tersendiri bila melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini bagi yang mengetahui dan berminat.

Di Langkawi,  sudah pun ada pelancong2 seperti ini yg datang untuk mencabar diri dengan pengalaman  ekstrem yang terdapat pada produk2 pelancongan tertentu di Langkawi.. Ianya perlu di pertingkatkan lagi kerana trend terkini semakin ramai pelawat datang untuk sekadar menikmati keindahan alam semulajadi, lihat flora dan fauna,  memerhati burung, menikmati keindahan hutan Langkawi, 'camping', memancing, mendaki, melawat gua2 yg ada dan seumpamanya. `Di Pulau Langkawi terdapat 10 gua yang mudah diakses oleh pelawat seperti Gua Wang Buluh, Gua Wang Lebah, Gua Landak, Gua Kelawar, Gua Cerita, Gua Langsir, Gua Buaya, Gua Pinang, Gua Dedap dan Gua Pasir Dagang. Tapi gua-gua ini tidak lah sebesar gua yang terdapat di Mulu. Saya sendiri  tidak sampai lagi ke semua gua tersebut. Sesuai sangat gua ini dijadikan sebagai Langkawi Cave Tourism dengan sedikit penambahbaikan infrastruktur sekelilingnya termasuk jalan masuk.

Memang di Mulu tidak apa yg menarik dari segi pembangunannya. Penduduknya lebih kurang 300 orang sahaja terdiri dari kaum Iban, Bidayuh, dan Penan... Hanya ada sebuah hotel sahaja yang agak baik bertaraf 4 bintang yang beroperasi di Mulu in iaitu Hotel Marriot Mulu. Menariknya hotel ini  yang dikelilingi oleh hutan semulajadi dan terletak ditepi sungai . Disini juga terdapat penempatan penduduk asli  Penan disepanjang tebing sungai Melinau.. Saya sempat singgah dipenempatan Penan dalam perjalanan ke Kem 5..  Dipenempatan ini saya melihat hasil-hasil kraftangan mereka.. tapi agak mahal juga untuk dibeli  berbanding kualiti kraftangan mereka. Majoriti mereka beragama kristian... Mubaligh kristian lebih cepat dan cekap dalam menjalankan kerja-kerja  dakwah mereka. Di sinilah kelemahan pendakwah Islam termasuk saya  dalam meneroka masuk ke kawasan-kawasan pendalaman seperti ini... orang Islam gagal dari sudut ini.

Mulu menawarkan alam semulajadinya yang unik terutamanya gua dan gunung dalam hutan yang masih tidak terganggu dengan aktiviti pembalakan .. Sungainya masih lagi jernih dan tidak tercemar. Cuma banyak berlaku hakisan-hakisan tebing sungai yang agak ketara dan terlalu banyak kayu-kayu pokok mati dalam sungai yang kadang-kadang menganggui perjalanan bot panjang sepanjang sungai yang ada... Sepatutnya Pihak Berkuasa Sarawak melakukan kerja-kerja pembuangan tunggul dan batang-batang pokok mati yang banyak ada dalam sungai ini dan juga mendalam sedikit tempat-tempat yang terlalu cetek agar perjalanan bot-bot tidak terjejas seperti mana yang bisa kumpulan saya alami , dimana terpaksa turun beberapa kali dari bot untuk tolak bot panjang tersebut. Letih dan memenatkan bagi orang seperti saya kalau kena buat macam ini selalu.. tapi memang mencabar diri... Mungkin lebih ramai lagi pelancong akan datang mengunjungi kawasan ini melalui sungai ini jika laluannya tidak sesukar seperti yang berlaku sekarang ini.

Misi utama lawatan kami ialah untuk meneroka gua dan juga mendaki gunung melihat struktur pinacle yang terjadi hasil dari perubahan suhu dan alam sekitar sejak berjuta tahun yang dahulu..

Sebab itu untuk pakej melawat pinacle tour , tempatnya agak pendalaman dan terpaksa menyusuri sungai Melinau yang amat mencabar itu selama lebih kurang 2 jam. Cumanya jeti perhentian permulaan perjalanan kaki dari sungai ke kem 5 agak lekeh sangat.. tak dibuat dengan baik.. Terpaksa kerabat tebing sungai dan memegang akar-akar pokok yang berjuntai untuk naik ketebing sungai. Dari situ kami terpaksa meredah denai-denai hutan dara sejauh lebih kurang 9 km. ke kem 5 tempat bermalam seadanya... di kem yang terletak jauh dari pengangkutan awam dengan berlatarbelakangkan sungai yang jernih airnya serta gunung yang tinggi. Sampai dikem 5 kami diberi taklimat berkenaan program pendakian gunung pinacle tersebut... Memang nampak mencabar dan merbahaya juga.. yang pada akhirnya saya tidak berani untuk mencuba nasib untuk mengelakkan risiko yang agak bahaya apatah lagi dalam keadaan umur 5 siri ni..  Hanya 2 orang anak buah saya sahaja yang mampu untuk mendaki gunung dan dapat melihat pemandangan pinacle tersebut..  Memang merbahaya pendakian tersebut  . Sebab itu 2 minggu selepas saya kembali ke Langkawi , saya dapat berita ada pengembara British  yang telah terjatuh dan meninggal dunia , sepertimana keratan akhbar yang saya paparkan dibawah. Walaupun berisiko tinggi tapi tempat ini tetap ada peminatnya dan setiap hari ada sahaja kumpulan-kumpulan pengembara dan orang persendirian yang datang ke sini untuk menikmati pemandangan pinacle tersebut.. Jadi mengikut pengalaman saya sebelum datang melawat ke Mulu, pastikan tahap kecergasan adalah tinggi. Untuk melawat Clearwater dan Wind Cave memerlukan naik tangga yang agak tinggi dan condong. Begitu juga untuk ke Gua Rusa kena naik tangga, dan panjat masuk ke dalam lubang gua yang agak sempit, kalau waktu hujan lebat kena harungi sungai didalamnya dan pacat banyak sekali.

Oklah.. rasanya saya tidak banyak lagi untuk dituliskan.  sebahagian cerita-cerita saya disana ada saya paparkan gambar-gambar berkaitan dan ulasan terhadap gambar-gambar tersebut secara detail disitu.... Di Pulau Langkawi ini ada banyak juga gua-gua yang menarik untuk dilawati tetapi ia tidak lah sebesar seperti mana beberapa gua yang ada di Mulu itu. Pengalaman yang diperolehi disana amat berguna untuk dijadikan asas bagaimana untuk membangunkan gua-gua sebagai tempat pelancongan yang menarik..  Pulau Langkawi perlu ditambahbaikkan dari segi produk-produk pelancongan yang baru , terutama  yang berkaitan dengan alam semulajadinya selain produk-produk fizikal yang dibangunkan. Sesuai dengan taraf Langkawi yang diikhtiraf Langkawi Unesco Global Geopark  penekanan kepada produk-produk keindahan alam semula jadinya perlu diketengahkan dengan sebaik mungkin kerana semakin ramai pelancong yang berminat akan hal-hal tersebut.

Ok , ketemu lagi.


Anggota misi..
Mohd Asri Redha,
Azmil Munif b. Mohd Bukhari,
Sharifah Aemee Dianna bt Syed Mohamed.
Fakhrul Razzi b. Yaacob





Pakaian dalam hutan kena sesuai terutama kasut, seluar 
dan baju .. Selipar jangan sekali-kali.

Perjalanan ke Kem 5 sepanjang 9 km terpaksa
meredah denai-denai hutan dan juga titi 3 titi
gantong seperti ini.


Singgah dipenempatan kaum Penan di Kg Batu, ketika
dalam perjalanan sepanjang Sg. Melinau ke jeti ke Kem 5

Pihak HQ Gunung Mulu National Park menyediakan 
tempat khas untuk para pengunjung berehat menikmati 
pemandangan indah diwaktu senja bila beribu-ribu 
ekor kelawar keluar berkumpulan dari gua dibelakang
saya untuk mencari makan diwaktu malam/.. 
Memang banyak gila....  Untuk sampai ketempat ini
Bat Observatory Area terpaksa berjalan kaki sejauh
3.8 km.. dan bersebelahan gua itu ada lagi gua Lang Cave
dan Deer Cave. Deer Cave adalah gua terbesar didunia dgn
panjang  3KM dan tinggi hingga 90 meter. Dianggarkan
2.5  - 3.5 juta kelawar mendiami didalamnya dan kelawar
ini akan keluar mencari makan antara jam 5.00 - 7.00 ptg



Peta lakar dari Camp 5 ke Pinacle View Point.. Untuk sampai ke View Point tersebut
pendaki terpaksa memanjat 17 tangga yang curam... Saya difahamkan untuk turun
ke bawah lebih sukar dan bahaya berbanding mendaki naik...








Berada dalam gua Deer Cave...  besar sungguh gua ini.
didalamya begitu banyak tahi kelawar yang dibiarkan
begitu sahaja... Kalau tak kawal ramai akan masuk  ambil
tahi kelawar ini buat baja.. walaupun tahi kelawar begitu
banyak dan nampak tebal himpunanya,  tak pula berbau
yang menyengitkan

Tempat permulaan untuk ke atas
Pinacle View Point ... setakat ini sahaja
saya mampu .. ke atas lagi tu .. bagi anak
buah sahaja teruskan.. Kalau naik ambil masa
3 jam dan turun ambil masa 5 jam kerana turun
lebih sukar walaupun jarak pendakian hanya
2.4 km?





\

Mengambil kesempatan lawatan ke Mulu ini saya sempat
bersama Team LADA yang pada masa yang sama sedang
mengadakan pamiran dan promosi Pulau Langkawi di
MATTA FAIR Kuching Sarawak.



Ok , ketemu lagi.











Sunday, July 15, 2018

PEMASARAN PELANCONGAN KREATIF DAN PROAKTIF : PERTINGKATKAN INFORMASI PRODUK PELANCONGAN

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh .. 15 Julai 2018
Tempat.. Ombak Villa Resort
Assalaamualaikum WBT dan ... Selamat Siang..

Pelbagai usaha dilaksanakan oleh LADA dalam meningkatkan lagi kedatangan pelawat ke Pulau Langkawi.. pada masa yang sama ianya akan meningkatkan lagi penggunaan produk-produk pelancongan di Pulau Langkawi samada dalam bentok perkhidmatan dan pembelian barang dan sebagainya.. Banyak pendekatan kreatif dan inovasi yang dilaksanakan oleh LADA untuk tujuan. ini.

Hari ini saya hendak menceritakan bagaimana produk-produk Langkawi dapat diketengahkan kepada orang-orang luar yang sedang  mencari-cari tempat menarik untuk dilawati dalam negara.

Kita sedia maklum di Pulau Langkawi banyak produk-produk pelancongan yang tersedia secara semula jadi dan juga produk yang dibawa masuk dan dibuat di pulau Langkawi ini. Ada berpuluh-puluh produk pelancongan di Pulau Langkawi Permata Kedah ini. Saya tidak mahulah untuk menyenaraikannya satu persatu apa yang ada di Pulau ini, tapi jika perlu juga bolehlah melayari Laman Web LADA sendiri dan pencarian melalui media-media elektronik dan internet... Ada beratus-ratus catatan berkenaan Langkawi ada dalam pelbagai laman web, blog, goggle dan sebagainya.  Segala macam ada kat Pulau ini dan tidak kurang hebatnya  jika dibandingkan dengan pulau-pulau pelancongan lain di seluruh dunia.. Cumanya di Pulau ini kita tidak adalah menyediakan produk-produk pelancongan yang tidak bermoral seperti perjudian dan pelacoran yang terdapat disetengah-setengah negara..  Pada setengah negara kegiatan itu seolah-olah direstui oleh kerajaan mereka. Sebab itu dalam bab ini kalau itu menjadi tarikan pelancong , maka  Langkawi tidak mampu untuk menyediakan perkhidmatan tersebut dan saya mengharapkan selama-lamanya begitu.

Sebanyak mana produk yang ada dan sehebat mana produk pelancongan yang ada di Langkawi , tapi kalau orang luar tidak tahu akan produk tersebut, tentunya tidak ada maknanya.. Untuk itu kegiatan promosi dan pengiklanan memainkan peranan yang amat penting supaya orang awam diserata dunia tahu akan apa yang ditawarkan di Pulau Langkawi. Selalunya pemilik produk pelancongan tersebut yang akan mencari pelanggan mereka diserata negeri dan dunia dengan pelbagai cara dan pendekatan samada mengambil bahagian dalam pameran-pameran pelancongan dalam dan luar negara dan juga melalui pengiklanan dalam media masa , internet, billboard, dan sebagainya..  Dalam dunia digital sekarang ini pelbagai pendekatan kreatif diambil bagi mengenengahkan produk-produk pelancongan masing-masing.

Bagi memperhebatkan lagi usaha memperkenalkan produk Langkawi ini, maka LADA dengan kerjasama MiTA serta Pesatuan Pelancongan Langkawi telah mengadakan satu program yang amat berkesan dalam hal ini.  Program 'MiTA Business Networking Session With Tourism Players Of Langkawi' telah diadakan di Ombak Villa Langkawi pada 14 July 2018.. Menariknya program ini ialah diaturkan pertemuan 4 mata dengan pembeli-pembeli produk yang terdiri agent pelancongan (buyers) dari serata Malaysia dengan pemilik-pemilik produk pelancongan di Pulau Langkawi. Lebih dari 40 agen-agen yang menguruskan lawatan-lawatan dalam negara telah dijemput mengambil bahagian dalam program B2B ini.. Melalui pertemuan ini, pihak pemilik produk bolehlah menawarkan pelbagai insentif dan pakej yang menarik bagi sesiapa yang hendak datang melawat ke Pulau Langkawi,. Mereka boleh menerangkan dengan lebih terperinci akan keunikan dan kehebatan produk yang  mereka ada manakala agen-agen pelancongan luar dari Langkawi sebagai 'buyers' dengan maklumat yang diperolehi secara langsong ini bolehlah menyediakan pakej menarik untuk pelanggan-pelanggan mereka dari serata negeri dan negara untuk datang ke pulau Langkawi ini.. disamping tolong mewar-warkan  produk tersebut.

Disamping pertemuan di Hotel ini, 'buyers' yang datang itu juga dibawa melawat untuk melihat sendiri dan merasai sendiri pengalaman menggunakan produk-produk pelancongan yang disediakan.. Ini akan menambahkan pengalaman 'buyers' itu sendiri dan memudahkan mereka untuk menerangkan  pada pelanggan mereka di luar Pulau Langkawi.

Tanggongjawab LADA adalah menyediakan ruang dan peluang kepada pemilik produk tempatan untuk mengambil pendekatan yang lebih proaktif dan kreatif dalam memasarkan produk mereka seperti ini selain mereka sendiri yang bertindak memasarkan produk mereka. Ini merupakan nilai tambah kepada kempen pemasaran mereka dalam meningkatkan lagi jualan produk yang mereka ada.

Saya berharap dengan apa yang dibuat oleh LADA ini akan meningkatkan lagi kedatangan pelancongan ke Pulau Langkawi Permata Kedah ini.  Bagitu juga saya berharap pihak 'buyers' yang datang dari seluruh negeri itu akan berusaha memasarkan produk2 pelancongan Pulau Langkawi ini kepada pelanggan-pelanggan berkualiti mereka diluar sana..

Satu produk yang amat bernilai tinggi ialah apabila Langkawi di istiharkan sebagai Langkawi Unesco Global Geopark yang diperolehi dalam tahun 2007. Dengan pengikhtirafan ini maka Langkawi diterima sebagai sebuah pulau yang mementingkan pembangunan secara lestari, yang merangkumi pemuliharaan alam semulajadi serta pemuliharaan geowarisan seperti monumen dan geotapak.  Pengikhtirafan ini perlu diwar-warkan diserata dunia agar pelancong tahu bahawa dipulau ini segala-galanya ada untuk dinikmati dan bebas dari kecelaruan alam sekitar serta selamat  sepenohnya

Jumpa lagi..













habaq awai2 ..gambar ini edit sahaja... 





Monday, July 2, 2018

Berkemerahan .. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LADA 2017

Catatan:  Mohd Asri Redha
Tarikh:    03 Jun  2018
Tempat:   ADYA HOTEL


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera buat semua sahabat-sahabat yang sudi membaca catatan aktiviti saya ini..  Petang ini saya masih berada di Auditorium LADA ini mengikuti Taklimat Pengisian SKT dan Penilaian LNPT Kepada Warga LADA.. Sengaja saya dan BSMKP LADA aturkan taklimat ini memandangkan banyak sangat saya ketemu  kelemahan2 dalam pengurusan penilaian prestasi.. Keadaan ini berlaku  kerana saya rasa kekurangan kefahaman berkenaan penilaian prestasi dikalangan anggota baik diperingkat pegawai-pegawai kanan  maupun diperingkat yg lebih bawah.

Taklimat ini diberikan oleh en. Syamsul Nizam b. Mohd Razali Tim Pengarah Bhg Perkhidmatan, JPA.. Bila dengar taklimat ini baru tahu bahawasanya banyak lagi kekurangan pada diri berkenaan perkara ini.. Walaupun sudah bekerja lebih 30 tahun dah.. sedarilah ilmu pada diri ini amat kurang sekali .


Saya amat berterima kasih pada penceramah yg memberikan panduan yg amat berguna dalam mengisi Borang Penilaian Prestasi dan juga memberikan panduan pada Pegawai Penilai membuat penilaian pada pegawai bawahannya.

LADA juga menganjurkan bengkel khusus bagaimana caranya membuat pengisian SKT dll dalam borang penilaian prestasi yang disediakan dalam sistem HRMIS . Ianya dibimbing oleh Puan Siti Khatijah bt Hamzah, KPSU Unit Kemajuan Kerjaya, Kementerian Kewangan. Jadi tidak ada sebab pengisian borang penilaian dan pengisian Sasaran Kerja Tahunan menjadi masalah dan melambatkan proses . Semuanya disusun atur dengan sebegitu rupa bagi memudahkan anggota pentadbiran LADA melaksanakan tanggungjawab yang amat penting itu.

Tahniah kepada anggota LADA yg mampu hadhir dlm taklimat ni.. Lepas ni nampak la sikit idea yg jelas utk mengisi borang penilaian termasuk menetapkan SKT dan membuat penilaian. Rugi sangat pada mereka yang tidak hadhir taklimat ini.. Saya harap tahun depan penilaian prestasi staf LADA akan dapat diselesaikan dalam bulan Januari dan bulan February bolehlah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..

Catatan-catatan lain berkaitan Penilaian Prestasi.. klik saja kat link tersebut

https://semangatjati.blogspot.com/2009/06/ptk.html
https://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/01/isi-tak-lagi-borang-penilaian-prestasi_22.html
https://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/06/tahniahtahniah-tahniah-anugerah.html
https://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/06/anugerah-perkhidmatan-cemerlang-tahun.html

Teringat pula saya program APC LADA 2017 yang telah diadakan pada 14 Mei 2018 sebelum bulan Ramadhan yang lalu.. jadi sambil2 dok dengar taklimat dari Pegawai JPA tu.. sempat juga saya coretkan peristiwa yg menjadi kenangan kepada Pegawai2 yang menerima APC 2017...


Kali ini saya mulakan dengan gambar dulu ya.. jangan kata apa ya..  fasal pakai pakaian agak over sikit pula nampaknya.. Berkemerahan semuanya..Sebenarnya bukannya nak tunjuk lagak apa-apa hanya sekadar nak memenuhi tema majlis yang diadakan  ini.. Anak-anak buah saya ni bab mengator program2 macam ni memang hebat dan kreatif.. So biarkan mereka dengan kerajinan dan kreativiti agar apa yg disusun atur akan nampak lebih hebat.  Sebab itulah saya tak mahu campur tangan  apa-apa yang mereka buat. Kreativi dan inovasi serta kerajinan mereka, saya serahkan sepenuhnya.. Jadi  majlis ini berjalan lancar seperti mana yang dihajatkan.. Saya ucapkan tahniah kepada semua anak2 buah saya yang terlibat menjayakan majlis yang amat bermakna ini.

Majlis ini menjadi lebih bermakna pada mereka yang terlibat menerima Anugerah Perkhidmatan LADA 2017 dan Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif  2017/2018..  Sesungguhnya pengiktirafan yang diberi ini diharapkan akan dapat melonjakkan lagi prestasi anggota kakitangan LADA dalam kerja-kerja harian mereka. Memandangkan bukan semua yang dapat diberikan anugerah walaupun prestasi cemerlang kerana  tertakluk kepada kuota yang ditetapkan, tetapi atas inisiatif KPE satu anugerah khas telah diujudkan untuk memberi pengiktirafan kepada lain-lain anggota yang tidak termasuk dalam kategori  yang ditetapkan mengikut kuota.. Sekurang-kurangnya ianya memberi sedikit kelegaan dan semangat kepada anggota lain yang terlibat.

Dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Lembaga Pembangunan Langkawi 2017 , seramai 28 orang telah dianugerahkan APC manakala 113 orang lagi telah diberi Anugerah Khas KPE . Untuk yang mendapat APC mereka diberikan hadiah Sijil Simpanan Premium bernilaiRM1000.00  dan Sijil Penghargaan, manakala yang mendapat Anugerah Khas KPE diberi Sijil Penghargaan dan Cenderahati. Bukan wang ringgit sangat menjadi buruan, tapi yang pentingnya PENGIKTIRAFAN itu yang penting sekurang-kurangnya setiap kerja buat anggota dihargai oleh pengurusan atasan.

Semoga majlis yang diadakan disebuah hotel terkenal ini akan memberikan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan ..




























Sunday, July 1, 2018

Kemesraan Terjalin Hubungan Erat

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh:   01 April 2018


Assalaamualaikum WBT dan Selamat Petang... Saya doakan semua yg baca nota catatan saya ni sihat walafiat... Kalau sihat barulah ceria dan bergembira menjalani kehidupan didunia yg hanya sementara ini..

Hari ini saya suka untuk menceritakan akan aktiviti yang baru sahaja selesai .. Iaitu Program Peningkatan Kerjaya Pegawai Tadbir Negeri Kedah bersama LADA.. Program ini julung-julung kali diadakan antara Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah dengan Pegawai-Pegawai LADA..

Saya sebagai seorang Pegawai Tadbir Negeri Kedah yang dipinjamkan di LADA ini amat berbesar hati dapat terlibat menjayakan program ini... Selama ini agak sukar untuk mengumpulkan perjumpaan seperti ini kerana masing-masing punya hal masing-masing... macam tidak ada keperluan untuk interaksi seperti ini.. tetapi dalam hal-hal tertentu sebenarnya kedua-kedua entiti ini sentiasa berkait rapat dan tidak boleh terpisah antara satu sama lain terutama dalam usaha memajukan Pulau Langkawi ini sebagai sebuah pulau pelancongan terkenal dan juga membangunkan pulau ini dengan pelbagai infrastruktur yang diperlukan.

Sayapun tidak pasti kenapa tidak pernah diadakan perjumpaan-perjumpaan seperti ini sebelum ini.. Tapi Alhamdulillah melalui  interaksi yang baru sahaja selesai ini, banyak perkara kebaikan dapat diperolehi . LADA sendiri dapat memberikan penjelasan dan taklimat kepada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah ini berkenaan operasi LADA sendiri dan apa yang dibuat oleh LADA untuk kemajuan Pulau Langkawi ini khususnya dan Negeri Kedah amnya. Pegawai- Pegawai-pegawai LADA sendiri dapat mengetahui akan pandangan PTN berkenaan apa yang dibuat oleh LADA..dari situ satu persefahaman diperolehi dan membolehkan apa yang dilakukan oleh LADA akan bergerak selari dengan Kerajaan Negeri Kedah. Saya pasti ramai Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah  sendiri kurang pengetahuan secara mendalam apa yang sedang dilaksanakan oleh LADA itu sendiri. Kalau tahupun secara umum sahaja..

Ini terjadi pada saya sendiri.  Sebelum ini saya pun dekat juga dengan LADA bila bertugas di Pejabat Daerah Langkawi, tapi pengetahuan tentang apa yang dibuat oleh LADA kurang sekali. Kalau tahupun secara umum sahaja. Tapi bila sudah duduk dalam organisasi ini sendiri, pandangan saya sudah berubah dan apa yang saya terfikirkan sebelum ini macam ada yang tak kena... sebab itu saya rasa wajar program-program interaksi antara pegawai-pegawai negeri dan LADA ini perlu diadakan selalu. Oleh itu adalah wajar lebih ramai KCS dapat diberi peluang berkhidmat dengan LADA, kerana melalui ini sahaja, baru  hubungan dengan kerajaan persekutuan lebih erat kerana LADA berurusan terus dengan Kementerian Kewangan. Pengalaman yang diperolehi ini dapat digunakan untuk memudahkan perhubungan dengan kerajaan negeri Kedah dan kerajaan persekutuan dalam membangunkan negeri Kedah yang tercinta ini...