Monday, August 20, 2018

TERIMA KASIH YA GEOPARK PARTNER DAN GEOPARK AMBASSADOR

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 16 Ogos 2018

Assalaamualaikum WBT ... Selamat Siang..  Hari ini saya nak cerita sikit fasal 'Geopark'.. Sebagaimana semua sedia maklum Pulau Langkawi telah diiktirafkan sebagai LUGGp sejak tahun 2007 lagi. Pengiktirafan ini diperolehi melalui usaha2 LADA sejak awal hingga memperolehi Sijil LUGGp..

Besar dan berat  tanggongjawab LADA  untuk mempastikan pengikhtirafan ini berkekalan selama2nya.. Saya tidak bercadang untuk cerita apa itu Langkawi Unesco Global Geopark  (LUGGp) kerana panjang cerita pula nanti.. Ini boleh dibaca dalam web site yang diujudkan oleh LADA sendiri sepertimana link dibawah ini..  https://langkawigeopark.com.my/

Hari ini saya merasmikan Majlis Taklimat dan Ramah Mesra 'Geopark Partner' (GP) dan 'Geopark Ambassador'(GA)... Menarik untuk saya katakan yang 'Geopark Partner' dan 'Geopark Ambassador' adalah satu keperluan yg wajib ada yg ditetapkan dalam kriteria2 baru penilaian untuk 'revalidation' pengikhtirafan LUGGp pada tahun 2019.. Ini merupakan kriteria2 baru yang ditambahbaik oleh pihak Unesco. Memandangkan banyak negara memohon untuk masuk dalam senarai Unesco Global Geopark , Unesco telah  memperketatkan lagi keperluan untuk mendapatkan anugerah ini. Banyak kriteria-kriteria tambahan telah dimasukkan.

Dengan adanya GP dan GA ini akan membolehkan setiap aktiviti-aktiviti GA dan GP direkodkan oleh LADA secara formal dan boleh dibentangkan dalam mana-mana forum yang sesuai serta juga semasa pasukan penilai revalidation yang akan datang nanti. Dulunya tidak ada rekod secara rasmi walaupun banyak aktiviti-aktiviti dibuat oleh pelbagai individu dan organisasi berkaitan Geopark ini. Sekarang ia akan menjadi lebih tersusun. Tahniah saya ucapkan kepada semua individu tempatan yang dilantik sebagai GA dan juga organisasi yang dilantik sebagai GP yang sudi menerima pelantikan ini. Yang membanggakan saya semua yang dilantik itu tidak menolak pelantikan tersebut walaupun tanggungjawab yang diamanahkan ini adalah secara sukarela sahaja.

Majlis ini diteruskan dengan taklimat geopark sepintas lalu dan peranan GA dan GP oleh Prof Emeritus Dato' Ibrahim Komo, seorang tokoh akademik dan orang penting dalam Geopark diperingkat antarabangsa. Beliau juga merupakan Penasihat kepada pelaksanaan Langkawi Global Unesco Geopark sejak awal lagi.

Bagi LADA pelantikan GA da GP ini amat penting bagi mempastikan penglibatan rakyat dan organisasi di Langkawi ini lebih menyeluruh.. Saya berharap apa-apa aktiviti GA dan GP berkaitan alam sekitar, komuniti dan apa2 sahaja berkaitan Geopark dapat direkod dan dilapor pada urusetia Geopark di LADA.

Dengan pembangunan yang begitu padat dan pesat  sekarang , Pulau Langkawi diterpa dengan pelbagai projek-projek yg kadang-kadang amat membimbangkan saya. Pertimbangan-pertimbangan ringgit dan sen kadang-kadang amat merisaukan saya... Segala-galanya boleh berubah jika matlamat membangunkan projek2 besar yang boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda menjadi keutamaan..  Di sinilah LADA juga memerlukan 'support' dari 'Geopark Partner' dan 'Geopark Ambassador' dalam membantu LADA melaksanakan pembangunan yang lebih lestari yang memberikan tumpuan kepada ciri-ciri 'low carborn', pengekalan alam sekitar semulajadi, serta kawalan pembangunan yang lebih ketat seeta kawasan geologi dan hutan simpan yang tidak terganggu. Ini  bagi memastikan segala perkara pembangunan di Pulau ini dirancang dengan betul dan teliti agar tidak menimbulkan kesan negatif kepada persekitaran alam Pulau Langkawi ini dan kesan negatif kepada rakyat Langkawi itu sendiri.. Ahli GP dan GA adalah merupakan orang tempatan dan organisasi yang berada di Pulau Langkawi ini dan sudah tentu mereka lebih arif apa yang sebenarnya yang diperlui oleh Langkawi ini..

Ok.. itu saja catatan dan komen saya...  terima kasih kerana tumpang baca celoteh saya.










0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000








00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000





Satu lagi usaha LADA / Anak Syarikat Bersama Rakyat Langkawi.. Rezeki Kongsi Bersama

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh .. 20 Ogos 2018\

Hari ini seperti mana tradisi sebelum ini, LADA bersama anak-anak Syarikat LADA telah sekali lagi berjaya menyempurnakan tanggongjawab sosialnya dengan mengadakan Majlis Penyerahan Lembu Korban sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut pada 22 0gos 2018 ini.

Dengan kerjasama dari pihak Syarikat Panorama Langkawi Sendirian Berhad (PLSB) dan Langkawi Port Sdn Bhd (LPSB) sebanyak 5 ekor lembu telah diagih-agihkan kepada beberapa masjid dan organisasi yang terpilih. Syarikat PLSB telah menyumbangkan 4 ekor lembu manakala Syarikat LPSB telah menyumbangkan seekor lembu. Disamping lembu korban , setiap masjid juga diberikan sejumlah wang  tunai untuk tujuan membeli bahan2 untuk masakan daging buat khenduri dan urusan-urusan penyembelihan.

Antara Masjid-Masjid yang dipilih untuk menerima lembu korban ini ialah, Masjid Al Ihsan Kampong Temonyong, Masjid Kampong Kok, Masjid Assofiah Kedah Wang Tok Rendong
Masjid Al-Ittihad Kampong Kumpulan, dan sebuah kelab sosial iaitu Kelab Rekreasi Kebajikan dan Sukan PLSB.

Penyerahan lembu ini adalah merupakan salah satu usaha pihak LADA bersama anak-anak syarikat menzahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga akan nikmat kemudahan  yang Allah SWT kurniakan kepada LADA dan Anak Syarikat hingga dapat keuntungan yang mencukupi untuk amalan sedekah jariah seperti ini. Ini membolehkan LADA dan Anak Syarikat menjalankan tanggongjawab sosial dengan   dengan berkesan dan dapat dikongsi kejayaan bersama dengan komuniti tempatan di Langkawi ini.

In Sya Allah dengan restu dan doa dari masyarakat Langkawi ini , LADA dan anak-anak syarikat akan terus dapat berkembang maju dengan lebih pesat lagi dan lebih banyak lagi kerja-kerja kemasyarakatan dapat dilaksanakan untuk kepentingan komuniti tempatan Langkawi ini.

Terima kasih ...









Sunday, August 19, 2018

Lawatan Penanda Aras (Benchmarking Visit) ke Langkawi oleh Residen Bahagian Kucing Sarawak

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh .. 19 Ogos 2018

Assalaamualaikum WRT buat pembaca sekalian..

Catatan hari ini sekadar cerita lawatan  kerja Pejabat Residen Bahagian Kuching Sarawak ke LADA dan Pulau Langkawi... Tak sangka pula Pejabat Residen Bahagian Kuching menjadikan Pulau Langkawi atau khususnya LADA sebagai destinasi pelancongan yang dijadikan sebagai penanda aras pelancongan yang akan dibandingkan dengan apa yang sedang diusahakan di beberapa kawasan dalam pentadbiran Residen Kuching.

Kuching pun apa kurangnya dari segi kehebatan tarikan pelancongannya. Ini satu pengikhtirafan yang saya rasa patut dibanggakan oleh warga LADA kerana sepertimana kita ketahui Kota Raya Kuching ini memang terkenal dengan aktiviti pelancongannya terutama sungainya yang menjadi tarikan kepada pelancong yang melawat Kuching disamping aktiviti komunitinya yang menarik ...

Namun begitu sepertimana yang diceritakan oleh ketua rombongan tersebut, kawasan pentadbiran Kuching amat luas dan banyak lagi belum diteroka sepenohnya untuk menjadi sebuah tempat pelancongan yang menarik... ini yang cuba dipelajari oleh rombongan dari Kuching ini di LADA. LADA amat mengalu-alukan kedatangan mereka ini dan hubungan kerjasama ini akan berterusan nanti dimana ada juga keperluan LADA mempelajari sesuatu dari Kuching yang juga menarik untuk LADA contohi..


Fakta:
Ahli Rombongan : Tuan Haji Ismail lbin Haji Mohamad Hanis : Residen Bahagian Kuching, Pejabat Residen Bahagian Kuching, Sarawak yang mengetuai rombongan Divisional Tourism Task Group Bahagian Kuching
En Awang Putrayusrie b. Awang Redzuan, Pegawai Daerah Lundu
En. Hairol Nizam b. Morshidi , Wakil Pegawai Daerah Bau
En. Gustian b. Hj Durani, Setiausaha Majlis Daerah Lundu
En. Simon Wong Hiong Yong, Setiausaha Majlis Daerah Bau











Wednesday, July 25, 2018

Runkawi Half Marathon .. Nikmati Matahari Senja Yang Indah

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh ... 17 Julai 2018
Tempat:.. Century Langkasuka Resort.

Assalaamualaikum WBT dan Selamat Pagi..
Catatan hari ini sekadar berita-berita aktiviti LADA dalam usaha mempromosikan Pulau Langkawi yang penoh dengan pelbagai acara dan program yang menarik yang boleh diambil bahagian oleh pelancong yang datang.

Dari masa ke semasa LADA sentiasa memikirkan apakah aktiviti-aktiviti atau acara-acara yang boleh dilaksanakan di Pulau Langkawi yang boleh memberikan impak kepada promosi Pulau Langkawi sebagai pulau pelancongan yang amat sesuai dan berbaloi dilawati.  Apatah lagi sekiranya acara-acara yang diadakan itu boleh diambil bahagian oleh Pelancong yang datang... Tentunya ianya lebih menarik lagi... Bayangkan jika pelancong luar negara yang mengambil bahagian itu merasa amat seronok dengan aktiviti yang kita anjurkan tentunya perkara ini akan diceritakan dan war-warkan kepada sahabat dan rakan taulannya di negaranya.. Ini sedikit sebanyak memberi 'advantage' kepada pulau Langkawi ini sendiri  melalui promosi seperti ini, kerana cara ini lebih berkesan dan berkualiti kerana keseronokan berada di Langkawi disampaikan secara direct. Pengaruhnya lebih kuat.

Dengan kerjasama strategi LADA dengan ZI International Sdn Bhd, program acara ini telah berjalan dengan lancar dengan penglibatan tetamu VVIP utama yang turut mengambil bahagian berlari sejauh 5 km iaitu DYTM Tunku Sarafudin Ibni Sultan Sallehuddin .. Raja Muda Kedah dan YTM Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehudin .. Tunku Laksamana Kedah serta VVIP  tempatan lainnya.

Acara RUNKAWI ini melibatkan 3 kategori jarak larian iaitu jarak 5 KM, jarak 10 KM dan 21 KM. Setiap kategori melibatkan ramai penyertaan yang berjumlah melebihi 1,000 orang. Ianya terdiri dari peserta antara bangsa dari negara Kenya, France, Taiwan, Singapura, Phillipina dan Thailand serta Malaysia sendiri.... Seperti biasa lah kalau melibat kan peserta antarabangsa  dalam jarak 21 km peserta dari Kenya juga yang mengunggulinya. Menariknya larian ini ialah ianya diadakan di waktu petang hampir senja. Tujuannya adalah membolehkan setiap peserta dapat menikmati keindahan alam semula jadi sewaktu matahari menuju senja... Cantik pemandangannya apatah lagi larian ini sebahagian besarnya adalah dilaluan berdekatan pantai...

Acara RUNKAWI Half Marathon ini merupakan permulaan kepada acara yang lebih besar dimasa hadapan. Insya Allah kalau diizinkan kemungkinan akan diaturkan RUNKAWI Marathon Penoh nanti... 

Semoga dengan acara yang berprestij ini yang boleh disertai oleh peserta pelbagai peringkat umur dan serata negara  akan memberikan satu lagi tarikan kepada pelancong luar untuk datang melawat Pulau Langkawi  Mutiara Kedah ini.....

Terima kasih⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆


















Lawatan Kerja & Semakan Bajet Blueprint Pelancongan Langkawi

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh :  25.07.2018


Assalaamualaikum WBT... dan Selamat Malam...

Apa khabar , saya doakan sihat walafiat... Saya masih disini.. diopis yang kecil molek ni... kata anak buah2 saya kat tkt 8 bangunan LADA ni, malam-malam kalau sorang-sorang disini, mengusik sikit.. tapi setakat sekarang ni duduk dalam bilik ni sampai tengah malampun , tak ada apa-apa lagi.. harap2 jangan ada apa-apa la sampai saya bertukar dari sini... kadang2 tu terdengar juga bunyi2 pelik kat luar bilik, tapi buat tak kisah saja, solawat dan zikir bagi kuat sikit serta perkuatkan volume TV.. ok saja..

Sambil2 tu menonton siaran berita TV3.. La ni boleh la tengok-tengok sikit siaran TV3 ni... sebelum ini entah kenapa tak berapa nak minat tengok...  keterlaluan sangat... apa yang keterlaluan sangat tu .. fikir-fikirkan lah sendiri.. Ok.. nak cerita apa malam ini... baik saya cerita siang tadi aktiviti saya di pejabat dan luar opis..

Alhamdulillah setelah sekian lama Langkawi Tourism Blueprint 2 disiapkan, hari ini ada sedikit sinar menjelma setelah pihak Unit Perancang Ekonomi Malaysia telah memberi perhatian serious terhadap permohonan peruntukan melalui dokumen Langkawi Tourism Blueprint 2 ini. Pada mulanya saya khuatir juga dengan permohonan ini kerana semasa proses permohonan ini berjalan lancar tiba-tiba berlaku peralihan kuasa kerajaan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan . Sudah tentu segala permohonan-permohonan peruntukan akan diteliti dan dikaji semula oleh kerajaan Pakatan Harapan ini berdasarkan prioriti dan kedudukan kewangan negara. Inipun untuk mengemaskan balik dokumen ini sesuai dengan perubahan kerajaan sekarang ini, terpaksalah diubahsuai balik dokumen ini kepada tajuk yang lebih sesuai dengan pemerintah sekarang serta ada gambar-gambar tertentu perlu ditukarkan...

Hari ini LADA amat berbesar hati dikunjungi pegawai tertinggi UPE Malaysia untuk membuat semakan permohonan bajet yang terdapat dalam dokumen Langkawi Tourism Blueprint 2 ini. Walaupun tidak semua dipertimbangkan 'buat ketika ini', tapi sekurang-kurangnya sudah ada perhatian serious dipihak Kerajaan melalui UPE. Ianya diketuai oleh Datuk Dr Kamariah binti Noruddin, Timbalan Ketua Pengarah (Makro) Unit Perancang Ekonomi (UPE).. bersama-sama dengan pegawai-pegawai  kanan Unit tersebut,. LADA  telah memberikan justifikasi yang sewajarnya akan keperluan projek2 yang dipohon.  Terpulanglah kepada pihak UPE untuk mempertimbangkannya dengan sehabis baik. Pasukan dari UPE ini juga dibawa melawat tengok akan tempat-tempat yang berkaitan dengan permohonan oleh LADA.

Saya berdoa semoga segala yang dipohon itu akan dipertimbangkan dengan sewajarnya memandangkan  LADA amat memerlukan peruntukan kewangan tersebut bagi memastikan Langkawi akan kekal sebagai sebuah pulau  yang menjadi tumpuan dan perhatian pelancong seluruh dunia. Di samping itu sebahagian peruntukan yang dipohon itu adalah untuk pembangunan fizikal bagi memastikan Langkawi kekal sebagai Langkawi Unesco Global Geopark yang diberi pengikhtirafan tersebut sejak 2007. Bagi mengekalkan pengikhtirafan tersebut Langkawi perlu memenuhi pelbagai kriteria yang ketat yang perlu diambil perhatian oleh LADA agar pengikhtirafan tersebut tidak ditarik balik. Banyak kemudahan yang ada perlu ditambahbaik dan juga kawasan-kawasan  baharu yang perlu dipulihara serta diselenggara.

Terima kasih

















Tuesday, July 24, 2018

SYOKNYA LADA RAYA .. 2018

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 23 Julai 2018


Bagus, dan lazat minuman nii..
Assalaamualaikum WRT.. Selamat Siang...
Apa khabar saudara-saudara ku yang amat mulia disisi Allah SWT... Saya berdoa semoga kita semua sihat walafiat... Kita tidak jemu-jemu berdoa .

Bulan Syawal baru sahaja berlalu.. Sepanjang bulan Syawal, sana sini ada aktiviti rumah terbuka raya sempena meraikan kejayaan mengerjakan ibadah Puasa bulan Ramadhan ..

Disamping itu sudah tentunya program rumah terbuka raya ini akan mengeratkan lagi talian persaudaraan sesama insan bila boleh ketemu dalam program-program seperti ini. Kalau hendak pergi ziarah  ke setiap rumah  sudah tentu tak banyak yang boleh diziarahi... Melalui rumah terbuka sahaja lah ramai sahabat-sahabat dan saudara mara dapat berkumpul  dan interaksi mesra mudah dilakukan.

Seperti mana tradisi sebelum ini LADA juga tidak ketinggalan dalam menganjurkan program 'Open House' Raya Aidil Fitri dengan bertemakan #Syoknya Raya LADA . Program ini telah diadakan pada 11 Julai 2018 di pekarangan LADA sendiri. Ianya dihadhiri oleh lebih 1000 orang jemputan yang terdiri dari kakitangan dan keluarga anggota LADA, ketua jabatan, penggiat industri pelancongan Langkawi, pemimpin-pemimpin tempatan, pelanggan-pelanggan LADA, rakan-rakan korporat LADA dan yang berkepentingan dengan LADA.

Alhamdulillah,  majlis Open House LADA telah berjalan dengan lancar dan semuanya syok2 dan seronok2 belaka  datang meraikannya dalam majlis ini  . Dalam majlis yang sama juga LADA tidak lupa dalam meraikan anak-anak yatim, anak tahfiz, dan mereka yang kurang berkemampuan dengan menjamu mereka makan makanan yang enak-enak dan pemberian bantuan wang serta barangan yang bersesuaian.

Pelbagai jenis makanan dihidangkan pada tetamu-tetamu yang hadhir seperti nasi putih, daging rebus, sambal keisik, ayam masak merah, mee , laksa, satey , nasi himpit, lontong, lemang , ketupat, rendang, pelbagai minumkan panas dan sejuk, nugget sosej, ayam goreng, apab balik, aneka biskut raya, aiskrim, buah-buahan dan 10 ekor kambing panggang. Semua diuruskan sendiri oleh anggota kerja LADA  melalui permaufakatan sesama mereka.

Majlis ini diserikan lagi dengan penganjuran pertandingan karaoke nyanyian lagu-lagu raya dikalangan anggota kerja LADA.

Tahniah juga saya ucapkan kepada Gerai Makanan Gabungan Unit Audit Dalam/Undang2/Integriti yang telah berjaya menjadi Johan Gerai terbaik.. Kreativiti dan usaha mereka telah membuahkan kejayaan.. Dalam pertandingan-pertandingan seperti Gerai Terbaik dan Karoeke sebenarnya bukan hadiah yang menjadi buruan, tapi sebenarnya penglibatan dari anggota kerja itu yang penting. Kerjasama dan kerajinan anggota itu terserlah dalam aktiviti-aktiviti seperti ini.. Itu yang penting. Semangat kerja berpasukan dan kesukarelaan amat penting bukan sahaja untuk program ini tapi juga untuk program-program lain yang banyak diadakan dan juga dalam kerja harian di pejabat.

ok , itu saja berita saya.. sorry kerana terbaca cerita saya ni..



Entah lagu apa depa
nyanyi tu..tak tau la.
Hentam saja laa. janji
#syoknyarayaLADA#





semuanya syok beraya


No komen

Letih buat penilaian gerai terbaik, rehat sat

Makan sungguh daging kambing bakar ni.. tengok dalam pinggan tu

Terima kasih YB ADUN Kuah yang juga sudi datang
beraya bersama LADA dan menyampaikan hadiah

Terima kasih kepada YB ADUN Air Hangat sudi datang

Pemberian duit kepada anak-anak pengunjung yang hadhir beraya

Ini pemilik gerai yang berjaya menjadi Johan Gerai Tercantik dan Kreatif

Teka sendiri la siapa yang berbaju kuning tu...