Wednesday, December 11, 2019

Orang Kuat Dunia

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 27 Oktober 2019

Assalaamualaikum WBT.. dan Selamat Siang buat saudara-saudara yang dimuliakan.  Semoga semuanya sihat sejahtera... Saya teruja tengok tentang orang-orang kuat dunia yang datang ke Pulau Langkawi untuk membuktikan kekuatan tenaga mereka dalam menghabiskan setiap acara yang disertai.. Acara yang saya maksudkan ialah IRONMAN MALAYSIA LANGKAWI 2019. Sudah tentu mereka ini kena sihat sepenuhnya.. Tentunya kita perlu banyak belajar dari mereka berkenaan gaya hidup mereka terutama berkenaan pemakanan dan latihan fizikal mereka serta latihan semangat mereka. Yang gaya hidup lain tu tak payah ikut la no.

Pada 26 Oktober 2019, telah berlangsungnya acara  IRONMAN MALAYSIA LANGKAWI 2019 . Acara ini merupakan acara pelancongan bertaraf antarabangsa yang dijayakan melalui kerjasama di antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama World Endurance Malaysia Sdn Bhd dan Ironman Asia Pacific.

Pada tahun ini, seramai 2560 atlit yang diwakili daripada 8 negara telah terlibat dalam merebut kemenangan sukan berprestij ini. Mengimbas detik-detik bersemangat pada hari ini, yang mana para atlit seawal jam 7.45 pagi (Ironman Malaysia Pro Race) telah memulakan kejohanan ini dengan acara renang sejauh 3.8KM, diikuti acara berbasikal sepanjang 180KM dan diakhiri dengan larian marathon 42.2 KM.

Sesi penyampaian hadiah  telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah diiringi oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA di antara jam 4 petang hingga 5 petang, dengan keputusan seperti berikut:

MALE PRO:
(I)Pertama :Javier Gomez
(2) Kedua:Philipp Koutny
(3) Ketiga:Thiago Vinhal

FEMALE PRO:
(1)Pertama:Tessa Kortekaas
(2)Kedua:Naomi Washizu
(3)Ketiga:Simona Krivankova

Semoga acara berprestij sebegini akan terus melonjakkan industri Pelancongan Langkawi seterusnya menjadikan Langkawi UNESCO Global Geopark, PERMATA Kedah sebagai salah satu destinasi 'eco-sport' terkemuka di dunia.



















Langkawi Swimming Festival 2019 .. Cabaran kepada ketahanan mental dan fizikal

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 01 November 2019

Langkawi sekali lagi diceriakan dengan program Langkawi Swimming Festival 2019 yang berlangsung pada 1 Disember 2019 bertempat di Pantai Tanjung Rhu Langkawi.

Ini merupakan  acara yang dilaksanakan untuk memberikan imej dan promosi Langkawi sebagai antara destinasi pulau yang amat bersesuaian bagi penganjuran sukan air. Persekitaran pantai dan laut yang semulajadi ada di Pulau ini amat selamat untuk penganjuran sukan air seperti ini. Kejohanan ini melibatkan jarak renangan dalam 3 kategori iaiitu berjarak 8 km, 4 km, dan 1.5 km..  Kalau tanya saya jarak mana yang saya boleh... mana-mana kategori pun tak boleh.. memang saya tidak pandai berenang sejauh itu... takat mengapongkan diri 10 minit ke 15 minit bolehlah.. yang lain... lupp terus kalau lama.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan peserta-peserta dari dalam dan luar negara yang sesuai untuk semua peringkat umur dan kemampuan. Kanak-kanak juga turut disediakan jarak yang sesuai iaitu 400 meter yang menerima penyertaan yang bagus juga. Ini adalah untuk memperkenalkan dan menggalakkan penyertaan kanak-kanak dalam sukan renangan yang semakin popular sejak akhir-akhir ini.Langkawi Swimming Festival.LFS 19 merupakan siri terakhir bagi musim 2019 Malaysia Open Water Swim Series'  dimana ia menentukan Juara bagi tahun 2019.

LADA telah bekerjasama dengan Tough Grilla Ventures dan SWIMOM dalam menjayakan program yang amat berprestij ini..
















Thursday, November 21, 2019

Rasuah tu dalam bahasa Latin ialah 'corruptus' (rosak)

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 14 Nov. 2019

Assalaamualaikum WBT... dan Selamat Siang semua sahabat-sahabat yang membaca catatan saya kali ini. Catatan kali ini sekadar hendak mengemaskinikan catatan-catatan aktiviti saya di LADA ini.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi tahap integriti anggota pentadbiran LADA ini, LADA perlu membuat sesuatu yang boleh menjadi panduan kepada setiap anggota agar setiap proses kerja yang berjalan akan dipastikan tidak ada ruang untuk disalahgunakan bagi kepentingan diri.

Untuk itu LADA telah mengadakan satu Bengkel khusus untuk mengujudkan Pelan Anti Rasuah Organisasi LADA (OACP) . Bengkel ini telah diadakan pada 13  November 2019 hingga 16 November 2019. Pelan ini merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi. Pengujudan OACP ini merupakan satu arahan diperingkat atasan yang dikeluarkan oleh Arahan YAB Perdana Menteri No 1, Tahun 2019 (Pemantapan Governans, Integriti Dan Anti Rasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia:

Saya amat berharap agar dengan adanya OACP LADA ini akan membolehkan usaha usaha pencegahan rasuah akan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, lebih komprehensif, dan berkesan. LADA akan dapat melaksanakan usaha-usaha pencegahan rasuah secara berterusan melalui sistem pemantauan yang sistematik, penilaian yang cekap dan penambahbaikan OACP ini dari masa kesemasa , supaya ianya kekal berkesan sepanjang masa. Dengan itu LADA ke arah zero rasuah akan dapat dicapai.

'PELAKSANAAN PELAN ANTIRASUAH NASIONAL'

Fasilitator:
PPj. Mohd Hasraff b. Hashim
Psk Ku Syazwani bt. Ku Azmi
P/Psk Sorfina Izzati b. Mohd Said










Nota: Fasilitator :

















Wednesday, July 24, 2019

Keselamatan Di Utamakan

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 17 Julai 2019.

Latihan Search & Rescue Exercise (SAREX) Panorama Langkawi Sdn Bhd bersama Emergency Response Agencies (ERA) yang melibatkan Jabatan Bomba & Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Petahanan Awam dan Hospital Langkawi.

Latihan2 menyelamat seperti ini perlu diadakan berterusan sebagai  satu langkah berjaga jaga dan kesiapsiagaan samada anggota kerja PLSB dan juga Agensi Agensi Penyelamat yang lain seperti PDRM, Bomba dan Penyelamat , Angkatan Pertahanan Awam dan juga Hospital ..

Berita dalam TV1 : Selamat Pagi Malaysia
https://youtu.be/KN-hlyJKwdM

Simulasi selamatkan penumpang gondola Langkawi SkyCab



Tarikh kemaskini: 17/07/2019

LANGKAWI, 17 Julai (Bernama) -- Kegembiraaan lima pengunjung Langkawi SkyCab, lokasi tumpuan pelancong di pulau peranginan ini ‘terganggu selepas dua gondola yang membawa mereka terhenti’ berhampiran berhampiran Tower 1, pagi ini.

Kejadian tersebut berlaku akibat ‘satu kebakaran kecil terjadi di base station' menyebabkan sistem kereta kabel yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Mat Chinchang yang tingginya 713 meter terhenti, sekali gus menyebabkan gondola dinaiki pengunjung tergantung pada ketinggian 38 meter dari aras laut.


Situasi cemas tersebut menyebabkan pelbagai agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat lima pengunjung yang terperangkap di dalam dua gondola tersebut.

Adegan cemas itu merupakan sebahagian daripada senario yang digambarkan selama lebih dua jam dalam Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) PLSB 2019 untuk menguji tahap persediaan dan kecekapan petugas bersama kakitangan Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) dan agensi penyelamat.

https://youtu.be/KN-hlyJKwdM

Menurut Ahli Lembaga Pengarah PLSB , Mohd Asri Redha Abdul Rahman latihan simulasi melibatkan 300 peserta terdiri daripada kakitangan PLSB bersama anggota pasukan penyelamat bertujuan memastikan aspek keselamatan serta operasi kereta kabel yang berisiko kerana melibatkan tempat tinggi dan kedudukan yang agak sukar untuk melakukan operasi menyelamat berada dalam keadaan bersedia.

"SAREX PLSB 2019 kali ini ini merupakan inisiatif bagi memantapkan Emergency Response Team (ERT) PLSB dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan, latihan ini juga bagi memastikan kesiapsiagaan PLSB dan agensi penyelamat di Langkawi dalam menghadapi dan mengendalikan sebarang situasi kecemasan terutama melibatkan sistem kereta kabel.

"Eksesais kali ini melibatkan dua sesi iaitu sesi latihan menyelamat yang diadakan melibatkan 250 orang kakitangan PLSB dan latihan mencari dan menyelamat di Tower 1 melibatkan anggota agensi penyelamat," katanya dalam taklimat kepada media.

Turut hadir Ketua Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail, Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim dan Pemangku Ketua Pegawai Operasi PLSB, Abu Hashim Abd Rahman.

-- BERNAMA






























a