Catatan.. Mohd Asri Redha Tarikh.. 00 Februari 2020
Produk Update... Salah satu tarikan kepada pelancong ke Pulau Langkawi ialah menaiki kapal atau bot mewah untuk menikmati waktu petang yg amat membahagiakan.. orang panggil 'sunset cruise'..
Ternyata menyaksikan sunset di perairan laut Andaman sekitar Pulau Langkawi sambil menikmati hidangan diatas bot cruise menjadi pengalaman yang menarik dan unit tersendiri yang tak dapat dilupakan. Saat senja, suasana semakin menarik dengan pemandangan matahari terbenam. Warna jingga dari matahari yang akan digantikan oleh malam terlihat jelas dari atas bot cruise ini. Suasana sunset benar-benar sempurna. Pantulan cahaya berwarna jinggga disebalik awan menambah suasana petang terasa lebih menyenangkan dan menyamankan. Bukan setakat itu sahaja, semasa atas bot boleh sahaja untuk terjun kedalam laut , memancing, malahan bersantai-santai dilaut dalam jaring yang khusus dipasang dibot... jadi ianya amat selamat...
Dalam aktiviti promosi yg dilaksanakan oleh LADA.. aktiviti seperti ini seringkali dicadangkan kepada pengunjung... ada banyak operator aktiviti 'sunset cruise' di Pulau Langkawi ini yang menawarkan perkhidmatan pada harga yang berpatutan.... LADA juga memasukkan aktiviti ini dalam program fam-trip yang diadakan pada pada mereka yang berpotensi membawa ramai pelancong ke Pulau Langkawi...
Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 14 Oktober 2019
Persidangan UNESCO ses si ke 38 pada 6 Nov 2015 di Paris telah mengisytiharkan 26 julai setiap tahun sebagai Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa.
Hari ini saya berpeluang hadhir Majlis Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Bakau Antarabangsa Pkt Kebangsaan 2019 yang diadakan pada 17 Oktober 2019.. Majlis diadakan di Kompleks Pelancongan Sungai Petani Sg Merbok, Kedah.
Saya amat menyokong apa2 program pengekalan ekosistem ini, kerana ia amat penting kearah kelangsongan kehidupan makhluk2 bumi .. Sudah terlalu banyak kerosakan2 yg dilakukan oleh manusia disebabkan terlalu ghairah mengejar kemajuan hingga alpa tentang usaha2 pengekalan ekosistem yg sedia ada... semoga BUMI selamat buat manusia sekarang dan akan datang..
..
Hari ini saya bersiaran dari Hotel MyAngkasa, Chandek Kura, Langkawi.. Bersama anak-anak buah yang mengadakan bengkel disini.
Bengkel ini sengaja diaturkan diluar dari ofis untuk membolehkan para peserta memberikan sepenuh perhatian kepada kerja kursus yang diamanahkan.
Catatan kali ini saya nak cerita berkenaan program pada hari ini dan kelmarin disini. Sepertimana sedia maklum setiap jabatan dan organisasi sudah semestinya ada fail-fail yang dibuka untuk merekodkan dan menyimpan segala surat-surat keluar dan masuk. Pada organisasi yang kecil dan tidak banyak fungsi organisasinya, mungkin tidak ada masalah dengan pergerakan fail dan mendapatkan kembali apa-apa dokumen dan fail yang diperlukan... tapi bagi organisasi yang besar dan pelbagai fungsinya seperti LADA ini sistem penyimpanan dan dan perekodan fail adalah amat penting kerana setiap hari begitu banyak surat-surat masuk dan keluar dan juga begitu banyak fail-fail yang pelbagai maksud dibukakan.. Sekiranya ianya tidak ada sistem yang teratur sudah tentu akan menyukarkan pengurusan bagi mendapatkan kembali fail-fail yang diperlukan .
Cara pengkelasan juga perlu diberi perhatian agar ianya lebih sistematik dan memudahkan sesiapa sahaja yang memerlukan fail-fail tertentu.
Catatan: Mohd Asri Redha Tarikh : 07 Februari 2020
RAHSIA BESAR : Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia
RAHSIA : Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing
SULIT : Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan kegiatan kerajaan atau individu atau menyebabkan keadaan malu, kesusahan kepada pentadbiran atau akan memberikan keuntungan kepada kuasa asing.
TERHAD : Dokumen rasmi , maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang dipertingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi perlu juga diberi perlindungan keselamatan hendaklah diperingkatkan sebagai TERHAD..
----------- Saja la saya cerita istilah-istilah seperti diatas tu , kerana saya sedang mengikuti kursus Profesional Pegawai Keselamatan Jabatan di Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia, ENSTEK , Negeri Sembilan.
Sebagai Pegawai Keselamatan Jabatan LADA saya dikehendaki menghadhiri kursus seperti ini dalam usaha memantapkan pengetahuan berkenaan dengan keselamatan segala aspek di LADA ini. Banyak ilmu saya dapat cedok dari kursus yang saya hadhiri ini... Selepas ini saya akan mengaturkan pula kursus untuk anak2 buah saya yang dilantik sebagai Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan pengurusan keselamatan perlindungan dokumen, keselamatan perlindungan keatas bangunan dan peralatan fizikal dan keselamatan perlindungan personel.
Jadi nampaknya amat besar juga tanggungjawab Pegawai Keselamatan Jabatan dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan. Perkara-perkara ini kadang-kadang dibuat mudah dan tidak diambil berat oleh anggota pegawai kerajaan dan kesannya ada ketikanya kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang amat besar samada dalam bentok kewangan maupun dalam bentok lain. Dalam keadaan yang lebih serious lagi ianya boleh memberi ancaman kepada negara, jabatan dan personal itu sendiri.
Bila datang ke kursus seperti ini baru tahu lebih mendalam betapa banyak kelemahan-kelemahan dijabatan sendiri yang ditangani dengan betul dan prosedur yang sepatutnya.. Banyak kerja nak buat selepas ini...
Terima kasih.. jumpa lagi
Saya datang ke kursus ini atas tegoran pihak Pasukan Inspektorat CGSO yg datang buat pemeriksaan tempoh hari.. ceritanya spt link dibawah ini.. klik saja..
#Kursus Profesional Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) Siri 1/2020
#Tarikh : 5 Februari - 6 Februari 2019
#Tempat : Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia, Persiaran Timur, Bandar Baru ENSTEK , Negeri Sembilan
Assalaamualaikum wbt.. dan Selamat Pagi... Hari ini kita sudah menempoh tahun baru2020 .. tentunya dengan semangat baru yang membara..
Semalam saya menyambut menjelang tahun 2020 di Dataran Lang, Langkawi yang terkenal di serata dunia itu.. Disinilah juga LADA telah mengadakan
Majlis Pelancaran 'Langkawi Calendar of Event 2020' . Majlis ini telah dilaksanakan dengan penoh gilang gemilang. Majlis ini diadakan bersempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 bertempat di Dataran Lang, Langkawi.
Acara ini bertujuan untuk mewar-warkan penerbitan 'Calendar of Event 2020' bagi Pulau Langkawi kepada umum terutama kepada penggiat pelancongan dan para pelancong di samping meraikan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Majlis Pelancaran 'Calendar of Event 2020' ini berkonsepkan 'Langkawi 2020 by the sea' , yang mencakupi pelbagai aspek seperti persembahan kebudayaan dengan suntikan Langkawi Cultural DNA, jualan makanan tempatan Langkawi dan persembahan pentas. Majlis diakhiri dengan kemuncak pelancaran COE2020.
Majlis ini mempunyai keunikan tersendiri yang mana pelaksanaan acara ini melibatkan komuniti setempat dan juga pemain industri pelancongan di Langkawi. Selain itu, acara ini juga secara simboliknya menyatakan bahawa industri pelancongan di Langkawi telah bersedia bagi menyahut cabaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
Majlis Pelancaran COE2020 ini juga dijadikan sebagai satu landasan untuk mewar-warkan kepada pemain industri pelancongan, pelancong dan juga komuniti setempat mengenai acara yang bakal berlangsung di Langkawi sepanjang tahun 2020. Inisiatif ini adalah bagi memberi peluang dan masa kepada pihak yang terlibat untuk merancang program promosi, percutian malah dapat merangka pakej-pakej yang bersesuaian dengan acara yang dirancang. Antara lainnya, majlis pada malam tersebut dilihat dapat memberi nilai tambah kepada pemain industri di Langkawi, pelancong dan juga penduduk setempat.
Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA di dalam majlis tersebut memaklumkan bahawa sebanyak 38 acara ikonik telah dirancang sepanjang 2020 dan antara acara bertaraf antarabangsa adalah Ironman, Le Tour De Langkawi, The Royal Langkawi International Regatta, Royal Langkawi Cat Show dan banyak lagi acara pelancongan dan juga komuniti yang telah dijadualkan.
LADA akan terus mengadakan sesi libat urus dan usahasama dengan semua jentera penggerak sama ada dari sektor kerajaan, swasta mahu pun pemain industri bagi memperhebatkan industri pelancongan Langkawi. Ia juga adalah selaras dengan kempen VMY2020 yang mensasarkan kedatangan pelancong seramai 30juta dan pendapatan pelancong dengan nilai RM100 billion bagi seluruh Malaysia. Dalam hubungan ini, LADA mensasarkan kedatangan pelancong seramai 4 juta orang pada tahun ini. Semoga sentuhan di pembukaan tahun 2020 ini dapat merancakkan lagi pelancongan Langkawi sebagai destinasi utama eko pelancongan dunia.
Saya juga amat mengharapkan pihak industri yang terlibat dalam sektor pelancongan dapat mengadakan aktiviti-aktiviti yang tersendiri dalam usaha menarik pelancong datang melawat Pulau Langkawi ini serta dapat menggunakan produk-produk pelancongan yang ditawarkan. Jika ramai pihak kalangan industri Pelancongan ini mengadakan pelbagai aktiviti sudah tentu Langkawi akan meriah sepanjang masa dan dipenuhi dengan pelbagai acara dan aktiviti yang mana ini akan dapat menarik lebih ramai pelawat luar datang berkunjung ke Pulau Langkawi ini. Pihak yang terlibat dalam industri ini yang juga mendapat manafaat sepenohnya dari kedatangan pelancung tidak boleh lagi bergantung harap pada usaha usaha dari LADA dan agensi kerajaan lainnya dalam usaha menarik pelancung ke Pulau Langkawi.. Usahasama secara 'teamwork' dikalangan penggiat industri ini amat penting supaya kesannya lebih hebat lagi..
Terima kasih..
sumbangan berita : UKK LADA terima kasih penyumbang gambar dan video