Wednesday, March 28, 2018

Pentingnya Batu Karang Di Hargai

Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh..  22 Nov. 2017

Assalaamualaikum WBT..  Selamat Siang buat sahabat2 yg sudi membaca catatan saya nii..

Hari ini saya bersama-sama anak buah mengambil kesempatan dengan waktu yang terluang membuat lawatan kerja sekitar Pulau ini..

Sebenarnya salah satu tempat yg saya lawati ini tidak pernah pun saya sampai lagi walaupun dah lama duduk tinggal di Pulau ini.. sedangkan orang2 dari luar negara dah tau lebih dulu dari saya sejak sekian lama.  Itu lah kelemahan kita yang kadang-kadang kita tak tahu segala kebaikan itu ada dalam negara kita. Orang luar negara pula yang lebih tahu dari kita akan potensi dan kebaikan serta keindahan negara kita yang tercinta ini..  Kita pula asyik memuji-muji akan keindahan dan kebaikan orang atau negara luar yang kita lawati. seolah-olah kita ni terok sangat...

Pernah dengar batu karang tak.. atau 'coral' dlm bahasa inggerisnya..  Tak sangka pula ada badan atau organisasi yg begitu berminat  dgn 'coral' ini sehingga menubuhkan unit khas yg berkaitan 'coral' samada  utk penyelidikan,  pendidikan , penerangan,  'tourist attraction', dan juga landskap...  Inilah yg diujudkan oleh Andaman Hotel,   di hotel mereka yg cantik dgn persekitaran alam yg asli  di Datai.

Hari ini saya belajar banyak perkara berkenaan batu karang... sekurang-kurangnya pengetahuan saya berkenaan batu karang semakin bertambah dan pandangan saya berkenaan batu karang turut berubah.. selama ini saya tak berapa kisah sangat fasal batu karang ni..  sekarang kena lebih menghargai keujudan batu karang.. yg memberi banyak kebaikan pada alam sekitar khususnya pada lautan yang luas terbentang.













Monday, March 26, 2018

RAKAN STRATEGIK LADA

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.... 15 Feb 2018

Assalaamualaikum WRT.. Selamat Pagi


Satu lagi pendekatan kreatif dan inovatif LADA yang dilaksanakan ialah dengan melancarkan RAKAN STRATEGIK LADA (RSL).. RSL dirangka atas rasa kebertanggungjawaban  LADA untuk bersama komuniti Langkawi meningkatkan tahap ekonomi penduduk Langkawi ini sesuai dengan perkembangan pembangunan Langkawi ini. Ia bertujuan untuk membantu komuniti Langkawi ini untuk terlibat lebih tinggi atau lebih agresif lagi dalam mencari peluang-peluang ekonomi yang terbuka luas di Pulau Langkawi ini.


LADA tidak menyediakan pekerjaan kepada yang memerlukan tetapi LADA lebih bertumpu kepada bimbingan dan pendedahan penduduk yang memerlukan  kepada bidang pekerjaan dengan persiapan yang lebih menyeluruh dalam aspek pembangunan peserta yang mahu mengambil bahagian...


Antara fokus yang diberi keutamaan untuk diceburi anak-anak tempatan ialah untuk melahirkan usahawan dalam bidang tourism,  melahirkan usahawan pembuatan/penjualan kraftangan dan produk tempatan dan pembangunan sumber manusia dalam bentok bimbingan dan latihan  bersama agensi-agensi berkaitan.


Sebagai langkah awal , LADA bersama Pejabat ADUN Kuah telah melancarkan Rakan Strategik LADA ini pada 07 Februari 2018 .. Sebelum ini penyertaan telah dibuka untuk komuniti Langkawi mengambil bahagian   melalui aplikasi online yang dipaparkan dalam Laman Web LADA . Sehingga kini  sejumlah 96  orang anak tempatan Langkawi telah memohon untuk menyertai Rakan Strategik LADA ini. LADA juga telah mengenalpasti usahawan-usahawan berjaya dalam daerah Langkawi untuk dijadikan sebagai model yang boleh dicontohi dan dituruti semangat keusahawan mereka itu..
Urusetia telah menjemput mereka untuk datang dalam majlis Pelancaran RSL tersebut untuk menceritakan pengalaman mereka dan bagaimana mereka mengharungi kehidupan usahawan mereka dari awal hingga berjaya ke tahap sekarang. Semuanya bermula dari bawah dan kecil-kecilan dan akhirnya berjaya ketahap sekarang..

Pendedahan kepada kejayaan usahawan-usahawan  ini sebenarnya amat berkesan jika setiap peserta bermotivasi tinggi untuk mengambil ini sebagai pengajaran.

Untuk perancangan program selanjutnya ialah mengadakan  Bengkel Penulisan Resume dan Personaliti Yang Berkesan dan Mengadakan Program Usahawan melalui taklimat oleh  TEKUN, MARA dan AMANAH IKHTIAR. Semoga ianya akan mendapat kerjasama dari RSL  untuk mengambil bahagian dalam program yang amat baik ini.



Fizo Omar dilantik sebagai Tokoh Ikon Rakan Strategik LADA .... berbaju hitam itu.








Satu pendekatan kreatif LADA bersama Pejabat YB ADUN Kuah

https://youtu.be/dJu6idrMdD0

Saturday, March 24, 2018

MiTA TRAVEL FAIR 2018

Catatan.. Mohd  Asri Redha
Tarikh..  20 Jan 2018



Assalaamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera

MITA Travel Fair merupakan program promosi terbesar diperingkat domestic serta memfokuskan kepda pelancongan dalam Negara. Ini merupakan edisi ke 3 ianya diadakan. Pihak LADA telah mengambil inisiatif dengan mengambil bahagia dalam MTF2018  ini. Pihak LADA telah menjemput beberapa pemain industry  pelancongan Langkawi untuk bersama LADA dalam 4  booth yang disediakan . Mereka ialah Panorama Langkawi Sdn Bhd, LADA Eco Tourism Sdn Bhd, Langkawi Crocodile Adventureland, Nadiaas Hotel Cenang, Anytime Holidays dan UMGAWA Zipline Langkawi.


Adalah diharapkan dengan penyertaan pemain2 industry pelancongan Langkawi ini yang diketuai oleh LADA akan meningkatkan lagi kedatangan pelancong di Pulau Langkawi ini . LADA  amat komited untuk terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam mempromosikan produk-produk pelancongan Langkawi agar ia terus menjadi menjadi tarikan yang berterusan untuk pelancong datang melawat Pulau Langkawi

MITA : Malaysia Inbound Tourism Association


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



I'm with 2  travel magazine writer who
are keen to write Langkawi Island
as their next article.

MITA Travel Fair 2018 - Malaysia's Largest Tourism Fair Is Set To Become The World Class Icon Event For Malaysia



Hailed as Malaysia’s Largest Tourism Fair , MITA Travel Fair 2018 will be showcasing a wide variety of travel and tourism offerings with an expected number of 1,000 booths available for industry players to promote and sell their travel related products. It will be held at the newly –opened Malaysian International Trade & Exhibition Centre (MITEC), the latest convention Centre in the city fully equipped with state-of-the-art facilities.

MITA Travel Fair 2018, the brainchild of inbound industry experts at Malaysian Inbound Tourism Association (MITA); will be the third edition held since its inception in 2016. MITA Travel Fair has grown from 150 booths ( 2016 ) to 650 booths ( 2017). This year the event will take place from 19th-21stJanuary 2018 and anticipates at least 75,000 visitors with projected sales of RM25million. The event is held to promote Domestic & Inbound Tourism segment which is growing by the year. Last year (2016), a total of 189.3 Million Domestic Visitors were recorded with 253.9 Million trips made. Total expenditure was RM74.773 Billion ( up by 7% as compared to 2015).
“Since the first MITA Travel Fair in 2016, we have received good support form Ministry of Tourism and Cultural (MOTAC), Tourism Malaysia, State Tourism and the tourism industry players itself. As the tourism industry is an important engine for Malaysian economy, we are giving special priority to boost the domestic inbound tourism sector at the fair. This is to encourage Malaysian to travel domestic and take advantage of the special offers available at  the fair” said Mr Uzaidi Udanis, President of MITA during the press conference of MITA Travel Fair 2018.

Mr Uzaidi Udanis - President of MITA Travel Fair 2018.





The highlights of the MITA Travel Fair 2018 includes the discounted travel packages up to 70% off the normal price as well as popular “Happy Hour Sales” where visitors can purchase tickets of theme parks at an unbelievable price of only RM8 nett and special rates of RM88 per room/per night for hotel accommodation.
“This year , we are going to introduce different pavilion to cater different target groups throughout the travel fair such as Golf Fest for golfers, Dive Expo for diving enthusiasts, Eco & Agro Tourism Hall for nature & environment lovers as well as the Malaysian Food Festival which will feature a fantastic array of authentic local cuisine form all over Malaysia,” explained Mr Adam Kamal bin Ahmad Kamil who is the organizing Chairman of the event.

Mr Adam Kamal Bin Ahmad Kamil - Organizing Chairman MITA Travel Fair 2018






Deemed the Biggest Domestic / Inbound Travel Fair in the country, the MITA Travel Fair is proudly organised by MITA in line with its passion for exploring the wonderful hideouts that our domestic market has to offer. With world-class destinations including the white sands of Langkawi Island to the rich history of Melaka; food paradise in Penang to the iconic Petronas Twin Towers in the capital city of Kuala Lumpur – Malaysia indeed offers a myriad of holiday choices for the whole family.
This travel fair is also an excellent platform for local entrepreneurs to showcase their products to the different target markets present throughout the three-day event.
















Keuntungan Di Akhirat

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 21 Mac 2018
Tempat.. Masjid Assa'adah Kg Kilim..
 Imam Masjid.. Zakaria Yassin....






Assalaamualaikum WBT.. dan Selamat Sejahtera


Catatan saya kali ini hanya sekadar cerita aktiviti LADA yang berkaitan dengan pembangunan modal insan dan fizikal kerana ianya adalah berkaitan dan berkait rapat antara satu sama lain.

Kali ini LADA telah melaksanakan    tanggungjawabnya dalam mendapatkan keberkatan Allah SWT dalam aktiviti-aktiviti seperti ini.  Peruntukan LADA berjumlah RM58,600.00 telah disumbangkan kepada Masjid Assa'adah Kg Kilim untuk tujuan pembesaran ruang solat.. Pada 21 Mac 2018 yang lalu LADA telah  mengadakan   majlis penyerahan siap projek yang telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato'  Hj Azizan Nordin,  Ketua Pegawai Eksekutif LADA kepada pihak pengurusan Masjid Assa'adah Kg Kilim diketuai  oleh imam majjid tersebut itu en Zakaria Yassin.


Adalah diharapkan dengan bantuan yang diberikan oleh LADA ini akan memberi keselesaan kepada para jemaah masjid ini beribadat dan melaksanakan aktiviti-aktiviti komuniti di masjid ini.



LADA akan terus melaksanakan tanggungjawab social ini dari masa ke semasa dalam usaha memberikan kemudahan kepada rakyat yang memerlukan selain tidak lupa memainkan peranan penting dalam memastikan Pulau Langkawi ini tetap menjadi tumpuan kepada pelancong-pelancong.


























LIGA BOLA SEPAK LANGKAWI 2018..

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.... 31 Jan. 2018






Assalaamualaikum WBT... Selamat malam..



Malam ni saya menghadhiri pelancaran Pertandingan Bola Sepak Liga  Piala Langkawi. Pelancaran diadakan dipekarangan lobi bangunan LADA..  Ianya disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Langkawi YB Ir Nawawi..



Program sukan ini merupakan satu lagi aktiviti komuniti / sukan yang dianjurkan oleh LADA  yang memberi impak positif terbaik kepada rakyat Pulau Langkawi.. Ada 2 piala yang dipertandingkan iaitu PIALA AHLI PARLIMEN LANGKAWI  bermula Jan 2018 hingga  Mei 2018. dan PIALA KPE LADA yang akan bermula Julai hingga September 2018.



Pertandingan ini mengambil masa yang agak panjang kerana menyesuaikan dengan masa dan bilangan penyertaan pasukan dalam daerah  Langkawi adalah ramai iaitu berjumlah 28 Pasukan,  800 pemain dan 56 perlawanan.



Saya berharap dengan adanya Liga Bola Sepak Langkawi 2018 ini akan dapat menghasilkan atau melahirkan lebih ramai lagi bintang-bintang bolasepak yang boleh diketengahkan  diperingkat negeri dan negara.  Saya berharap pihak pengurusan bolasepak diperingkat negeri seperti KFA dapat melihat potensi-potensi pemain berbakat dari Pulau Langkawi ini...



Sebenarnya untuk menganjurkan Liga Bola Sepak seperti ini bukannya mudah kerana ianya melibatkan perbelanjaan yang agak besar dan team yang hendak mengambil bahagian pun kena berbelanja juga untuk latihan dan segala macam keperluan lain. Secara kebetulan LADA mempunyai kompleks Sukan yang lengkap , maka ianya sedikit sebanyak memudahkan urusan penganjuran Liga Bola Sepak ini.






LADA juga telah membangunkan aplikasi  'Sistem Liga Bola Sepak' yang amat berkesan untuk menguruskan pertandingan ini agar berjalan dengan lancar, berkesan dan menjadi lebih menarik. Tahniah saya ucapkan Bahagian IT LADA dan urusetia pertandingan yang telah mencipta sistem aplikasi yang terbaik ini dan mesra pengguna.


Peminat bola sepak boleh melayari aktiviti Liga Bola Sepak  ini dan jadual pertandingan melalui website yang dibangunkan ini iaitu di ,..




Segala fakta berkenaan pertandingan liga ini ada dipaparkan.. malahan kalau nak tahu siapa penjaring gol terbanyak sekalipun ada dalam web site ini... hebat kan aplikasi ini.. tak apalah .. sapa lagi nak puji kalau  orang LADA sendiri.. nak harap orang lain.. tak adalah kut...





LADA juga telah berjaya menjemput Pasukan Kenari Kedah untuk dapat mengadakan latihan dan bertemu peminat-peminat di Pulau  Langkawi. Ini sedikit sebanyak memberi rangsangan kepada pemain-pemain tempatan  untuk berusaha lebih kuat lagi dalam usaha untuk menempatkan diri dalam pasukan Kenari Kedah akan datang. Bukan senang untuk membawa mereka semua ke Langkawi, tapi itulah rezeki , Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan niat baik kita.













































Tuesday, February 20, 2018

Pusat Anak Permata Langkawi ... Untuk Orang Pulau Langkawi Permata Kedah

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 18 Feb 2018

Assalaamualaikum WRT... Selamat pagi buat semua yang masih mengikuti catatan-catatan santai saya dalam blog ini.. Lama juga tidak menulis dalam blog, kalut sana kalut sini, tak tau apa sangat yang dikalutkan.. semua nya hanya untuk keduniaan sahaja , kecuali kita niatkannya pekerjaan kita itu sebagai kerana Allah SWT iaitu niatkannya sebagai ibadat..


Pagi tadi telah berlangsung majlis perasmian Pusat Anak Permata Langkawi yang bertempat dalam kawasan kompleks LADA ini sendiri.  Ianya telah disempurnakan oleh YABhg Datin Seri  Rosmah Mansor Isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. LADA telah bermurahhati menyediakan  tempat untuk Pusat Anak Permata ini . Memandangkan ianya dibuat di kompleks LADA ini , mau tak mau LADA kena terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis perasmian ini dengan kerjasama erat dari Bahagian Permata di Jabatan Perdana Menteri.

Ini merupakan satu lagi kejayaan bagi orang Pulau Langkawi kerana telah berjaya mengadakan Pusat Anak Permata ini di Langkawi. Bukan mudah untuk mendapat kemudahan ini kerana ramai negeri memohon ditambahkan projek Permata ini dinegeri masing-masing, kerana manfaat dari adanya PERMATA ini amatlah besar, khususnya bagi yang mempunyai anak-anak yang belum bersekolah. Macam saya ni tak adalah dapat apa-apa secara personalnya , cuma tolong bagi jadi saja projek ini untuk orang-orang lain yang memerlukan..

Besar belanjanya untuk buat  Pusat   PERMATA ini.. Kalau ditempatkan lain terpaksa cari tapak tanah , buat bangunan dan operasi. Belanjanya memang tinggi. Di LADA ini bangunannya sudah ada, cuma pihak Bahagian PERMATA bagi peruntukan buat ubahsuai sahaja berserta kelengkapan-kelengkapan  pembelajaran anak-anak PERMATA...  Ubahsuai inipun LADA juga yang uruskan.

Oleh itu penduduk Langkawi , datanglah ambil peluang ini kerana tempat adalah terhad. Hanya mampu mengisi anak-anak setakat 100 orang sahaja. Yurannya tidaklah sebanyak mana, malahan bagi yang berpendapatan rendah, dikecualikan dari yuran bulanan....

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Bahagian PERMATA  , JPM yang telah sudi mengadakan Program Anak Permata ini di Langkawi... Kesan dari pengujudan PERMATA ini akan dapat dilihat dalam tempoh terdekat bila ianya mula beroperasi sepenuhnya .

Semasa cadangan untuk merasmikan Pusat Anak Permata ini saya agak khuatir kerana sepatutnya kerja-kerja 'renovation' bangunan sedia ada akan tamat pada bulan Mei nanti.. mana sempat untuk dirasmikan. Cadangan untuk ubah kedepan tarikh perasmian juga tidak dapat diberi kerana kesibukan YABhg Datin Seri ... Nasib menyebelahi LADA kerana kontraktor yang melaksanakan kerja ini telah dapat menyiapkannya dengan cepat dan atas jaminan semuanya akan siap sepenuhnya maka berlangsunglah majlis perasmian Pusat Anak Permata Langkawi pada 18 Feb 2018 ... Tetapi memang terok sikit la untuk membuat persiapan yang tergesa-gesa ini,  segala-galanya kena serentak bergerak... dan kekangan  masa pula disamping event yg berlangsung dalam musim perayaan Tahun Baru China... Saya terkejut juga dgn penarikan diri 2 caterer sediaan makanan disaat-saat akhir atas alasan kesuntukan masa dan sukar mendapat bekalan bahan mentah disebabkan ramai tutup kedai. Ini adalah antara cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh penganjur bagi memastikan program yang dirancang itu berjalan lancar.

Saya melihat dari aspek  pengurusan majlis ini juga telah berjaya dilaksanakan walaupun banyak halangan-halangan yang terpaksa ditempohi, tapi secara keseluruhannya ianya berjalan lancar dan memuaskan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang amat bererti ini kepada penduduk Langkawi ini dan khususnya kepada kakitangan LADA sendiri.

Ketemu lagi dalam penulisan lain saya.. bye















Hari iNi Dalam Sejarah SKYCAB Langkawi.

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 21 Feb. 2018


Assalaamualaikum WRT.... Hari ini saja saya paparkan keratan-keratan akhbar yang jelas menceritakan keadaan sebenarnya. 

Memang mengejutkan... itu yang saya rasa bila mendapat khabar berita kereta kabel Langkawi tersangkut... yakni terhenti  semasa sedang beroperasi.. Bila terhenti maknanya ada gondola yang tergantong diatas kabel tak bergerak-gerak..  Memang bagi yang tidak biasa akan panik.. tapi sebenarnya bukannya bahaya , kerana ianya bukan terputus kabel, cuma terhenti disebabkan kerosakan mekanikal.. Saya buat ulasan berkenaan kejadian ini kerana ianya melibatkan LADA juga kerana SkyCab Langkawi ini adalah dibawah anak syarikat milik penoh LADA  iaitu Panorama Langkawi Sdn Bhd. Apa-apa yang berlaku akan memberi kesan kepada LADA juga samada dalam bentok pendapatan kepada LADA dan imej LADA itu sendiri,.

Perkhidmatan kereta kabel untuk tujuan pelancongan memang berisiko tinggi. Ini kerana ianya melibatkan aspek2 teknikal yang amat rumit dan memerlukan tahap kemahiran yang tinggi dan semangat kental.. Sedikit kesilapan dan kecuaian boleh mengundang risiko yang amat tinggi iaitu risiko kematian dan kecederaan dan risiko kehilangan kepercayaan kepada perkhidmatan SkyCab Langkawi ini. Sebab itu keselamatan kereta kabel ini diberikan keutamaan tertinggi oleh syarikat dan penyelenggaraan setiap hari adalah amat diberi perhatian oleh Syarikat.

Untuk membaiki kerosakan bukan sesuatu yang mudah kerana ianya terletak ditempat yang tinggi dan tidak boleh dilalui oleh kenderaaan.. Kalau hendak diperbaiki kerosakan juruteknik akan bawa alat ganti hanya melalui jalan-jalan trek hutan yang curam sahaja iaitu dengan berjalan kaki.. Saya difahamkan untuk membawa alat ganti ke tempat yang rosak itu mengambil masa hampir 3 jam.. dan dalam keadaan gelap yang  tentunya merbahaya kerana banyak binatang buas seperti babi hutan dan ular dan sebagainya. Nasib menyebelahi kerana tidak ada hujan atau angin kuat pada sepanjang waktu kejadian tersebut. Jika ada hujan dan ribut , bertambah sukar untuk membawa alat ganti dan makin lama masa diambil untuk membaikiya dan semakin panik pada mereka yang berada dalam gondola yang tergantong beribu kaki dari paras daratan. Inilah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pasukan penyelamat dan pasukan juruteknik terlibat.

Bila berlaku kejadian seperti ini dua perkara yang perlu diberi perhatian utama iaitu bagaimana hendak menyelamatkan mereka yang ada dalam gondola yang tergantong serta mereka yang  terperangkap diatas gunung sana untuk dibawa turun dan satu lagi ialah bagaimana untuk menangani isu kerosakan mekanikal yang berlaku itu.

Alhamdulillah , dengan tahap profesional kakitangan syarikat yang tinggi dan bantuan logistik dan tenaga dari agensi-agensi penyelamat, maka pada akhirnya segalanya dapat  diselesaikan pada hari itu juga walau sudah hampir tengah malam.. Tidak ada apa-apa kemalangan berlaku, segalanya berjalan lancar...

Kebajikan semua pengguna yang terlibat diberi perhatian sebaik mungkin dalam semua  aspek samada rawatan perubatan,  bekalan makanan, pengangkutan dan penginapan yang mana berkenaan. Saya harap perkhidmatan SkyCab ini akan berterusan sampai bila-bila dan masih menjadi tarikan utama pelancong ke Pulau Langkawi. Tidak ada apa yang hendak dirisaukan.. Tahap keselamatan kereta kabel ini dalah terbaik dan sentiasa diberi keutamaan samada oleh Syarikat Panorama Sdn Bhd ataupun syarikat yang membekalkan peralatan-peralatan SkyCab ini.

Semoga apa yang berlaku ini wajar diambil ikhtibar dan langkah-langkah penambahbaikan perlu diambil oleh Syarikat Panorama Sdn Bhd agar peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi , atau kalau berlaku juga ianya dapat diselesaikan dalam masa yang lebih singkat lagi.

Ľ





Sebaik sahaja dibuka semula besok hari, pelawat berpusu-pusu datang untuk menaiki kereta kabel tersebut. 

Seolah-olah macam tidak ada apa yang berlaku sebelumnya. Ini membuktikan tahap kepercayaan 
pelancong kepada keselamatan Kereta Kabel ini adalah masih  tinggi..

Pihak Syarikat Panorama SB telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat /Kesyukuran atas 

selesainya masalah yang dihadapi itu .. Semua yang terlibat dalam operasi menyelamat 
telah dijemput untuk sama-sama mengucapkan kesyukuran atas kejayaan 
menyelesaikan kejadian tersebut.