Monday, May 28, 2018
Sunday, May 20, 2018
Rasuah .. Pemusnah Diri Dan Negara
Catatan... Mohd Asri Redha
Tarikh... 18 hb. April 2018
LADA sekali mengorak langkah kehadapan dengan mengadakan Hari Antirasuah LADA 2018.. Inilah julung-julung kalinya diadakan program seperti ini dan ianya amat bertepatan sekali dengan hasrat kerajaan dalam mengurangkan gejala-gejala rasuah dan tidak beramanah dikalangan penjawat awam khususnya di LADA.. Mengadakan program ini bukan bermaksud LADA ini penoh dengan pegawai-pegawai yang tidak jujur tetapi ianya sebagai satu langkah-langkah pencegahan yang sentiasa diwar-warkan dikalangan pegawai-pegawai atau anggota-anggota LADA agar tidak terjebak dengan perkara-perkara seperti itu. Semua orang termaklum akan kesan sogokan dan rasuah ini yang akan memesongkan objektif dan matlamat sesuatu jabatan itu... dalam kontek yang lebih besar ia boleh membahayakan organisasi itu sendiri. Unsur-unsur rasuah ini mudah terjebak kepada sesiapa sahaja, apatah lagi apabila seseorang pegawai bekerja dalam lingkungan kuasa yang ada dan dikelilingi oleh pelbagai orang yang bekepentingan.
Saya tidak mahu mengulas panjang fasal bab rasuah ini kerana banyak telah saya perkatakan dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini. Cuma catatan ini sekadar memaklumkan anggota kerja LADA BENCI RASUAH.. dan LADA telah bergerak seiring dengan kehendak kerajaan dengan melaksanakan apa yang sepatutnya dalam menangani isu rasuah ini.

![]() |
| Semua anggota telah melaksanakan 'Ikrar Bebas Rasuah' sebagai menunjukkan kesungguhan anggota untuk tidak terlibat dengan rasuah dan tidak jujur dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan |
![]() |
| Dato' Hj Mohamad Fauzi b. Hj Mohamad ,Pengarah SPRM Kedah telah turun sendiri ke LADA memberi ceramah dan taklimat berkenaan rasuah |
Tuesday, May 8, 2018
Mahasiswa Yang Kreatif dan Proaktif
Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 17 hb April 2018
Assalaamualaikum WBT ..
Menjadi kebiasaan saya dimana-mana jabatan yang saya bertugas , saya akan berjumpa dengan pelajar-pelajar praktikal latihan industri yang melakukan latihan di Jabatan. Di LADA ini sendiri ramai juga pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang datang membuat latihan praktikal.. Banyak bidang yang boleh dipelajari di LADA kerana fungsi LADA yang pelbagai ini membolehkan pelajar dari jurusan yang berlainan dapat belajar mengikut pengkhususan masing-masing. Ada yang dalam bidang sumber manusia, bidang teknologi maklumat, bidang kejuteraaan, bidang teknikal lainnya, bidang pelancongan, bidang pengurusan projek, bidang sukan, bidang pengurusan asset dan sebagainya.. Terpulang kepada pelajar latihan industri ini untuk mengambil kesempatan yang ada untuk belajar , kerana ia memerlukan inisiatif sendiri untuk belajar dibahagian yang ditempatkan. .
Tujuan perjumpaan saya dengan pelajar-pelajar ini adalah sekadar untuk berkenal mesra dengan mereka dan juga memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar bagaimana yang sebaiknya mereka berlatih di LADA ini... Kadang-kadang mereka kurang pendedahan dan terlalu pasif . Hanya menunggu arahan atau tugasan yang diberikan.. Kalau keadaan macam itu, mereka tidak akan memperolehi banyak ilmu dan pengalaman ditempat mereka berlatih, hanya mengcukyupkan waktu sahaja sehingga tamat tempoh latihan praktikal mereka. Sepatutnya mereka perlu lebih aktif , proaktif dan kreatif dalam latihan mereka... Tidak berkira sangat dalam melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan kerana ada ilmu dalam kerja itu yang amat berguna untuk menghadapi temuduga nanti dan bekerja sebenar nanti.
Saya juga telah memberikan tip-tip mudah dalam memohon pekerjaan dan panduan-panduan untuk mereka menghadiri temuduga. Panduan-panduan yang saya berikan ini adalah berasaskan pengalaman-pengalaman saya dalam mengendalikan pengambilan pekerja-pekerja jabatan dan juga melaksanakan temuduga dikebanyakan jabatan yang saya telah bertugas.. Yang penting saya tegaskan ialah persiapan awal yang perlu dibuat dan mendokumenkan segala aktiviti yang telah dibuat samada semasa di Universiti lagi dan di tempat buat praktikal... rekod seperti itu amat penting dalam menunjukkan kemampuan dan kemahiran diri dalam bidang-bidang tertentu yang memudahkan penilai membuat pertimbangan bila mereka memohon pekerjaan dan menghadhiri temuduga.
Saya doakan mereka semua ini akan memperolehi pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka dan sudah tentu menggembirakan ibu bapa yang amat mengharapkan kejayaan anak-anak nya memperolehi pekerjaan setelah sudah berjaya memperolehi Ijazah atau Diploma ........
tip tambahan :
Panduan Mudah Memohon Pekerjaan dan Menghadapi Temuduga
Panduan Menyediakan Surat Sokongan Ketua Jabatan
Yang dibawah ini hanya sekadar sampingan gambar-gambar aktiviti LADA dalam membantu pencari-pencari kerja mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka..

Jelajah Ramadhan 2018 ... Ramadhan Al Mubarak Kembali Lagi..
Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 8 Mei 2018
Assalaamualaikum WBT... Selamat Tengahari..
Hari ini dah dekat sangat Ramadhan menjelma kembali.. Kalau kita berjalan kat pekan2 sudah nampak persiapan menyambut bulan puasa.. Iklan Yusoof Taiyoob pun dah kedengaran dicorong2 radio... mcm satu identity pula bila keluar iklan Yusof Taiyoob ini tahulah bulan puasa dah dekat sangat ..
Hari ini LADA bersama Anak Syarikat LADA iaitu Panorama Langkawi Sdn Bhd telah mengadakan perjumpaan dengan semua imam-imam masjid diseluruh Pulau Langkawi berjumlah 31 buah masjid. Dalam majlis makan tengahari itu Dato' Hj Azizan Nordin Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah menyampaikan sumbangan kewangan bagi mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadhan nanti kepada semua masjid-masjid tersebut.
Disamping itu 3 buah surau telah menerima sumbangan RM5,000.00 setiap surau berserta barangan untuk anak-anak kariah yang kurang berkemampuan dalam program Jelajah Ramadhan yang akan diadakan nanti dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini.. Antara surau yang menerima sumbangan tersebut ialah Surau Taman Seroja, Surau Kg. Kubang Badak dan Surau Kg Mata Ayer. Telah menjadi tradisi LADA dan Panorama Sdn Bhd setiap tahun program-program seperti ini diadakan adalah untuk memberikan sedikit sumbangan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan keugamaan pada anak-anak kariah masjid berkenaan. Semoga apa yang disumbangkan ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh pihak Jawatankuasa Masjid berkenaan terutamanya dalam mengimarahkan masjid tersebut dan menggalakkan lebih ramai anak-anak kariah ke masjid samada untuk menunaikan segala macam ibadat dan juga program-program sosial lainnya yang dapat memperkukuhkan ikatan silaturrahim sesama insan.
Mengambil kesempatan pada perjumpaan itu juga LADA telah menyampaikan surat kelulusan pembaikan masjid kepada 3 buah masjid iaitu Masjid Nur Al Hidayah Kelibang, Masjid Nurusalam Sg Itau dan Masjid Al Aman Kg Yoi..
Semoga dengan sumbangan-sumbangan ini akan bertambah meriah lagi dengan program-program keugamaan dan insaniah sepanjang bulan Ramadhan yang amat mulia ini..
Catatan Jelajah Ramadhan 2017 ; Klik saja kat bawah..
Jelajah Ramadhan 2017

Tuesday, April 17, 2018
Sikap dan Perangai Manusia Bementaliti Jamban : Kegilaan Buang Sampah
Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 12 April 2018
Assalaamualaikum wbt.. Selamat Pagi semua.. Saya berdoa semua sahabat2 blog saya ini dirahmati Allah SwT sepanjang masa dan sihat walafiat.. aamiin.
Pagi ni saya menghadhiri Majlis Bersama Rakyat Langkawi di di Dewan MIEC .. Tetamu VVIP ialah YAB Perdana Menteri Malaysia.. LADA terlibat juga sebagai penganjur bersama program ini.. Banyak juga pengumuman2 gembira untuk rakyat Langkawi yg diumumkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak... LADA sendiri mendapat berita yang positif juga bila YAB PM umumkan Blueprint Pelancongan Langkawi 2 (2016 - 2020) akan diberi pertimbangan sewajarnya sedikit masa lagi. Ini bermakna rancangan-rancangan dalam Blueprint Pelancongan Langkawi 2 telah ada dalam pengetahuan YAB Perdana Menteri dan kita berdoa semoga kelulusan peruntukan akan diperolehi segera dalam tempoh terdekat. Bagus juga dekat2 PRU ini mcm2 durian runtuh turun mai.. semuanya untuk orang Pulau Langkawi juga..
Selepas majlis selesai saya masih melepak kat dewan melihat sekitar dewan ini untuk melihat apa penambahbaikan boleh dibuat dan pemeriksaan kebersihan sekitar . Dewan ini adalah dibawah tanggungjawab LADA keseluruhannya.. Memang besar dewan dan untuk perbelanjaan penyelenggaraannya boleh tahan juga tingginya.. Sementara menanti waktu makan tengahari, tetamu yang ada dihidangkan dengan persembahan hiburan dari band tempatan dan sambil2 leka mendengar lagu2 merdu tu, mai idea pula untuk menulis tengahari ni kat sini.. Itu yang sempat tulis sedikit catatan hari ini
Sebenarnya saya nak cerita bukan peristiwa hari ini, tetapi peristiwa yang berlaku hari Selasa yang lalu iaitu Aktiviti Geo-Volunter LADA bersama TLDM yang diadakan di Pulau Beras Basah, Langkawi.
So.. Saya nak menulis sikit fasal sampah dan kebersihan. Sebenarnya isu-isu sampah dan kebersihan ini memang menjadi perhatian utama saya dimana-mana jabatan. Isu sampah tidak lagi boleh dianggap isu individu tapi ianya sudah menjadi isu universal yang melibatkan semua orang. semua orang tidak dapat lari dari menghadapi isu-isu berkaitan sampah dan kebersihan.
Jika anda rasa pencemaran sampah tidak beri kesan pada ada.. klik kat sini
Tengok video tadi betul tak.. tentu tak betul .. mana ada sampah boleh keluar melalui kepala paip tu.. tapi itu perumpamaan saja... pencemaran sampah sebenarnya akan menganggui keselesaan hidup kita seharian..
Tahukah saudara-saudara ku semua... Setiap hari sebanyak 37,000 metrik tan sampah dihasilkan dinegara kita yang tercinta ini.. Ini bermakna lebih kurang 13.8 juta metrik tan sampah terhasil setiap tahun di Malaysia.. dan dijangka lebih daripada itu. Banyak tu.. Kalau nak kira berat tu dan keluasan kawasan yang digunakan ianya bersamaan 30,000 buah kapal terbang Airbus A380 yang diletakkan dikawasan yang luas.. Saudara-saudara boleh bayangkanlah betapa luasnya kawasan yang digunakan untuk melupuskan sampah. Pembuangan sampah oleh rakyat Malaysia semakin meningkat setiap hari. Kajian yang dibuat menunjukkan pada tahun 2014 rakyat Malaysia membuang sampah lebih kurang 33,000 tan metrik meningkat lebih 100 % dalam tempoh 13 tahun berbanding hanya 16,247 metrik tan sehari pada tahun 2001.
Di Pulau Langkawi ini sendiri lebih 140 metrik tan sampah telah dihasilkan dalam sehari... Pulau yang sebesar inipun menghasilkan jumlah sampah yang agak besar dan ia akan bertambah bila musim-musim puncak seperti cuti sekolah dan hari-hari cuti umum.. banyak tu . Bagi saya isu sampah boleh dikategorikan sebagai kritikal. Kerana menguruskan sampah bukan sesuatu yang mudah dan ianya menelan belanja yang amat besar. Ramai orang tidak menyedarinya dan tidak nampak perbelanjaan yang dibuat. Tapi bila saya duduk bekerja di PBT baru saya nampak dengan jelas tentang kos pengurusan sampah sebenarnya amat tinggi. Isu sampah juga memberi kesan isu alam sekitar yang amat berisiko tinggi yang membawa pencemaran alam sekitar yang besar. .Jadi sewajarnya ianya ditangani dengan sebaik mungkin oleh semua pihak agar sampah yang dihasilkan itu dapat dikurangkan semaksima mungkin.
Walaupun LADA tidak terlibat secara langsung dalam hal-hal berkaitan pelupusan sampah ini, tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai organisasi yang mendokong usaha-usaha melestarikan alam sekitar dipulau ini, banyak juga program-program yang diaturkan bagi membantu pihak berkuasa tempatan dalam kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sampah disamping terlibat dalam melaksanakan program-program kitar semula serta penghijauan alam sekitar ini.
Pengikhtirafan Langkawi sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark sejak 2007 telah meningkatkan lagi rasa kebertanggungjawaban LADA untuk menguruskan Pulau Langkawi ini secara lebih menyeluruh yang merangkumi pemuliharaan, pendidikan, pembangunan dan pengurusan sisa pepejal secara yang lebih lestari dengan alam semulajadi indah yang ada di Pulau Langkawi ini.
Hari ini saya berkesempatan turut sama dalam program Geo Volunteer LADA bersama TLDM Langkawi mengadakan gotong royong pembersihan kawasan di Pulau Beras Basah, Langkawi. Pulau ini memang menjadi tarikan pelancong kerana pantainya yang cantik dan pemandangan yang indah.
Sayangnya kecantikan dan keindahan yang dimiliki di Pulau Beras Basah ini tidak dihargai oleh segelintir manusia-manusia yang tidak mempunyai perasaan.. Sebab itu dipulau ini saya lihat begitu banyak sampah-sampah yang sukar dilupuskan secara semulajadi seperti plastik dan tin-tin minuman dan seumpamanya.. Kawasan ini kurang terjaga sebab tidak ada agensi yang menguruskannya secara yang lebih teratur dan sebahagian besar pulau ini pula mempunyai pemilik.. Sebab itu saya lihat keadaan tidak terurus dari segi kebersihannya..

LADA mengambil inisiatif untuk mengaturkan bersama pihak TLDM, SW Corp, E Idaman, para sukarelawan serta lain2 pihak yang amat bekerjasama dengan LADA bagi melaksanakan gotong royong mengutip sampah-sampah yang berselerakan dipulau ini.. Dalam tempoh 2 jam saja berlambak sampah yg boleh dikitar semula dapat dikutip.. 2 bot khas yg digunakan untuk bawa sampah tu penoh sarat dgn sampah kitar semula. Sampah ini akan dibawa ketapak pengasingan sampah .. untuk diasingkan. Saya lihat banyak sampah yg tak terkutip lagi.. punya banyak sampah dipulau nii.. nak kena ator lain lagi... kena cari lagi sapa sukarelawan yang mahu turut serta selepas ini..
Untuk mengubah mentaliti rakyat supaya lbh menghargai alam semulajadi ini.. bukan sesuatu yg mudah.. malahan pada operator pelancongan yg mencari makan dengan mengeksploitasi alam semuladi yang ada pun sukar.. sepatutnya mereka lbh membantu apa yg sedang diadakan /usahakan oleh agensi2 dan sukarelawan yg berusaha bersungguh- sungguh membersihkan kawasan pelancongan..
Hari saya buat aktiviti ini saya bawa rombongan kami kepulau ini menggunakan bot-bot pelancong yang diusahakan oleh penduduk tempatan.. Lebih 15 buah semuanya LADA sewa.. Masa saya dan sukarelawan bergotong royong kutip dan cuci sampah dipantai pulau ini, saya lihat pengusaha-pengusaha bot tengok saja apa yang kami buat.. depa berkumpul bawah pondok dok bersembang sembang ... Saya tak pasti ada tak yg ikut serta ..kalau adapun tak ramai, tp ramai dok saja laa.. itulah suasananya.. sedangkan Pulau pelancongan ni tempat mereka cari makan.. mereka kena lebih perihatin bab2 mcm ini dan buat kerja lebih dari orang lain.. kalau Pulau ni tercemar dan orang pun tak mahu datang lagi.. periok nasi mereka juga yg akan terjejas.. Itu yg saya kata mencabar dlm usaha2 memberi kesedaran kpd semua pihak dlm hal2 penjagaan alam sekitar ni..
Walau bagaimanapun keadaan semacam ini tidak akan melemahkan semangat saya dan sahabat-sahabat yang prihatin.. usaha berterusan perlu dibuat dalam memberi kesedaran alam sekitar ini kepada semua orang..
Ok .. jumpa lagi dalam program gotong royong lain pula... jangan segan-segan semawa diri ya untuk turun gotong royong... tak kira pangkat besar mana... kita pakat2 turun bila ada kelapangan dan kesempatan.
Semua link dibawah ini merupakan catatan-catatan saya yang berkaitan sampah, kebersihan, kitar semula , gotong royong dan seumpamanya.. kata orang cakap seperti bikin..
http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/06/penghargaan-sebenar.html
http://semangatjatiptks.blogspot.my/2012/03/orang-islam-wajib-menjaga-kebersihan.html
http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/09/kecelaruan-minda-dalam-hal-kebersihan.html
http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/08/semua-warga-bandaraya-alor-setar-ada.html
http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/02/malaysia-ku-indahbandaraya-alor-setar.html
http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/06/tahniah-taman-sri-merbok-pendang.html
http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/06/amalan-menghargai-kebersihan-itu.html
http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/07/perhimpunan-dwi-bulanan-pejabat-daerah.html
Tarikh : 12 April 2018
Assalaamualaikum wbt.. Selamat Pagi semua.. Saya berdoa semua sahabat2 blog saya ini dirahmati Allah SwT sepanjang masa dan sihat walafiat.. aamiin.
Pagi ni saya menghadhiri Majlis Bersama Rakyat Langkawi di di Dewan MIEC .. Tetamu VVIP ialah YAB Perdana Menteri Malaysia.. LADA terlibat juga sebagai penganjur bersama program ini.. Banyak juga pengumuman2 gembira untuk rakyat Langkawi yg diumumkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak... LADA sendiri mendapat berita yang positif juga bila YAB PM umumkan Blueprint Pelancongan Langkawi 2 (2016 - 2020) akan diberi pertimbangan sewajarnya sedikit masa lagi. Ini bermakna rancangan-rancangan dalam Blueprint Pelancongan Langkawi 2 telah ada dalam pengetahuan YAB Perdana Menteri dan kita berdoa semoga kelulusan peruntukan akan diperolehi segera dalam tempoh terdekat. Bagus juga dekat2 PRU ini mcm2 durian runtuh turun mai.. semuanya untuk orang Pulau Langkawi juga..
Selepas majlis selesai saya masih melepak kat dewan melihat sekitar dewan ini untuk melihat apa penambahbaikan boleh dibuat dan pemeriksaan kebersihan sekitar . Dewan ini adalah dibawah tanggungjawab LADA keseluruhannya.. Memang besar dewan dan untuk perbelanjaan penyelenggaraannya boleh tahan juga tingginya.. Sementara menanti waktu makan tengahari, tetamu yang ada dihidangkan dengan persembahan hiburan dari band tempatan dan sambil2 leka mendengar lagu2 merdu tu, mai idea pula untuk menulis tengahari ni kat sini.. Itu yang sempat tulis sedikit catatan hari iniSebenarnya saya nak cerita bukan peristiwa hari ini, tetapi peristiwa yang berlaku hari Selasa yang lalu iaitu Aktiviti Geo-Volunter LADA bersama TLDM yang diadakan di Pulau Beras Basah, Langkawi.
So.. Saya nak menulis sikit fasal sampah dan kebersihan. Sebenarnya isu-isu sampah dan kebersihan ini memang menjadi perhatian utama saya dimana-mana jabatan. Isu sampah tidak lagi boleh dianggap isu individu tapi ianya sudah menjadi isu universal yang melibatkan semua orang. semua orang tidak dapat lari dari menghadapi isu-isu berkaitan sampah dan kebersihan.
Jika anda rasa pencemaran sampah tidak beri kesan pada ada.. klik kat sini
Tengok video tadi betul tak.. tentu tak betul .. mana ada sampah boleh keluar melalui kepala paip tu.. tapi itu perumpamaan saja... pencemaran sampah sebenarnya akan menganggui keselesaan hidup kita seharian..
Tahukah saudara-saudara ku semua... Setiap hari sebanyak 37,000 metrik tan sampah dihasilkan dinegara kita yang tercinta ini.. Ini bermakna lebih kurang 13.8 juta metrik tan sampah terhasil setiap tahun di Malaysia.. dan dijangka lebih daripada itu. Banyak tu.. Kalau nak kira berat tu dan keluasan kawasan yang digunakan ianya bersamaan 30,000 buah kapal terbang Airbus A380 yang diletakkan dikawasan yang luas.. Saudara-saudara boleh bayangkanlah betapa luasnya kawasan yang digunakan untuk melupuskan sampah. Pembuangan sampah oleh rakyat Malaysia semakin meningkat setiap hari. Kajian yang dibuat menunjukkan pada tahun 2014 rakyat Malaysia membuang sampah lebih kurang 33,000 tan metrik meningkat lebih 100 % dalam tempoh 13 tahun berbanding hanya 16,247 metrik tan sehari pada tahun 2001.
Di Pulau Langkawi ini sendiri lebih 140 metrik tan sampah telah dihasilkan dalam sehari... Pulau yang sebesar inipun menghasilkan jumlah sampah yang agak besar dan ia akan bertambah bila musim-musim puncak seperti cuti sekolah dan hari-hari cuti umum.. banyak tu . Bagi saya isu sampah boleh dikategorikan sebagai kritikal. Kerana menguruskan sampah bukan sesuatu yang mudah dan ianya menelan belanja yang amat besar. Ramai orang tidak menyedarinya dan tidak nampak perbelanjaan yang dibuat. Tapi bila saya duduk bekerja di PBT baru saya nampak dengan jelas tentang kos pengurusan sampah sebenarnya amat tinggi. Isu sampah juga memberi kesan isu alam sekitar yang amat berisiko tinggi yang membawa pencemaran alam sekitar yang besar. .Jadi sewajarnya ianya ditangani dengan sebaik mungkin oleh semua pihak agar sampah yang dihasilkan itu dapat dikurangkan semaksima mungkin.Walaupun LADA tidak terlibat secara langsung dalam hal-hal berkaitan pelupusan sampah ini, tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai organisasi yang mendokong usaha-usaha melestarikan alam sekitar dipulau ini, banyak juga program-program yang diaturkan bagi membantu pihak berkuasa tempatan dalam kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sampah disamping terlibat dalam melaksanakan program-program kitar semula serta penghijauan alam sekitar ini.
Pengikhtirafan Langkawi sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark sejak 2007 telah meningkatkan lagi rasa kebertanggungjawaban LADA untuk menguruskan Pulau Langkawi ini secara lebih menyeluruh yang merangkumi pemuliharaan, pendidikan, pembangunan dan pengurusan sisa pepejal secara yang lebih lestari dengan alam semulajadi indah yang ada di Pulau Langkawi ini.Hari ini saya berkesempatan turut sama dalam program Geo Volunteer LADA bersama TLDM Langkawi mengadakan gotong royong pembersihan kawasan di Pulau Beras Basah, Langkawi. Pulau ini memang menjadi tarikan pelancong kerana pantainya yang cantik dan pemandangan yang indah.
Sayangnya kecantikan dan keindahan yang dimiliki di Pulau Beras Basah ini tidak dihargai oleh segelintir manusia-manusia yang tidak mempunyai perasaan.. Sebab itu dipulau ini saya lihat begitu banyak sampah-sampah yang sukar dilupuskan secara semulajadi seperti plastik dan tin-tin minuman dan seumpamanya.. Kawasan ini kurang terjaga sebab tidak ada agensi yang menguruskannya secara yang lebih teratur dan sebahagian besar pulau ini pula mempunyai pemilik.. Sebab itu saya lihat keadaan tidak terurus dari segi kebersihannya..

LADA mengambil inisiatif untuk mengaturkan bersama pihak TLDM, SW Corp, E Idaman, para sukarelawan serta lain2 pihak yang amat bekerjasama dengan LADA bagi melaksanakan gotong royong mengutip sampah-sampah yang berselerakan dipulau ini.. Dalam tempoh 2 jam saja berlambak sampah yg boleh dikitar semula dapat dikutip.. 2 bot khas yg digunakan untuk bawa sampah tu penoh sarat dgn sampah kitar semula. Sampah ini akan dibawa ketapak pengasingan sampah .. untuk diasingkan. Saya lihat banyak sampah yg tak terkutip lagi.. punya banyak sampah dipulau nii.. nak kena ator lain lagi... kena cari lagi sapa sukarelawan yang mahu turut serta selepas ini..
Untuk mengubah mentaliti rakyat supaya lbh menghargai alam semulajadi ini.. bukan sesuatu yg mudah.. malahan pada operator pelancongan yg mencari makan dengan mengeksploitasi alam semuladi yang ada pun sukar.. sepatutnya mereka lbh membantu apa yg sedang diadakan /usahakan oleh agensi2 dan sukarelawan yg berusaha bersungguh- sungguh membersihkan kawasan pelancongan..
Hari saya buat aktiviti ini saya bawa rombongan kami kepulau ini menggunakan bot-bot pelancong yang diusahakan oleh penduduk tempatan.. Lebih 15 buah semuanya LADA sewa.. Masa saya dan sukarelawan bergotong royong kutip dan cuci sampah dipantai pulau ini, saya lihat pengusaha-pengusaha bot tengok saja apa yang kami buat.. depa berkumpul bawah pondok dok bersembang sembang ... Saya tak pasti ada tak yg ikut serta ..kalau adapun tak ramai, tp ramai dok saja laa.. itulah suasananya.. sedangkan Pulau pelancongan ni tempat mereka cari makan.. mereka kena lebih perihatin bab2 mcm ini dan buat kerja lebih dari orang lain.. kalau Pulau ni tercemar dan orang pun tak mahu datang lagi.. periok nasi mereka juga yg akan terjejas.. Itu yg saya kata mencabar dlm usaha2 memberi kesedaran kpd semua pihak dlm hal2 penjagaan alam sekitar ni..
Walau bagaimanapun keadaan semacam ini tidak akan melemahkan semangat saya dan sahabat-sahabat yang prihatin.. usaha berterusan perlu dibuat dalam memberi kesedaran alam sekitar ini kepada semua orang..
Ok .. jumpa lagi dalam program gotong royong lain pula... jangan segan-segan semawa diri ya untuk turun gotong royong... tak kira pangkat besar mana... kita pakat2 turun bila ada kelapangan dan kesempatan.
Semua link dibawah ini merupakan catatan-catatan saya yang berkaitan sampah, kebersihan, kitar semula , gotong royong dan seumpamanya.. kata orang cakap seperti bikin..
http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/06/penghargaan-sebenar.html
http://semangatjatiptks.blogspot.my/2012/03/orang-islam-wajib-menjaga-kebersihan.html
http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/09/kecelaruan-minda-dalam-hal-kebersihan.html
http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/08/semua-warga-bandaraya-alor-setar-ada.html
http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/02/malaysia-ku-indahbandaraya-alor-setar.html
http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/06/tahniah-taman-sri-merbok-pendang.html
http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/06/amalan-menghargai-kebersihan-itu.html
http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/07/perhimpunan-dwi-bulanan-pejabat-daerah.html
Wednesday, March 28, 2018
Pentingnya Batu Karang Di Hargai
Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 22 Nov. 2017
Assalaamualaikum WBT.. Selamat Siang buat sahabat2 yg sudi membaca catatan saya nii..
Hari ini saya bersama-sama anak buah mengambil kesempatan dengan waktu yang terluang membuat lawatan kerja sekitar Pulau ini..
Sebenarnya salah satu tempat yg saya lawati ini tidak pernah pun saya sampai lagi walaupun dah lama duduk tinggal di Pulau ini.. sedangkan orang2 dari luar negara dah tau lebih dulu dari saya sejak sekian lama. Itu lah kelemahan kita yang kadang-kadang kita tak tahu segala kebaikan itu ada dalam negara kita. Orang luar negara pula yang lebih tahu dari kita akan potensi dan kebaikan serta keindahan negara kita yang tercinta ini.. Kita pula asyik memuji-muji akan keindahan dan kebaikan orang atau negara luar yang kita lawati. seolah-olah kita ni terok sangat...
Pernah dengar batu karang tak.. atau 'coral' dlm bahasa inggerisnya.. Tak sangka pula ada badan atau organisasi yg begitu berminat dgn 'coral' ini sehingga menubuhkan unit khas yg berkaitan 'coral' samada utk penyelidikan, pendidikan , penerangan, 'tourist attraction', dan juga landskap... Inilah yg diujudkan oleh Andaman Hotel, di hotel mereka yg cantik dgn persekitaran alam yg asli di Datai.
Hari ini saya belajar banyak perkara berkenaan batu karang... sekurang-kurangnya pengetahuan saya berkenaan batu karang semakin bertambah dan pandangan saya berkenaan batu karang turut berubah.. selama ini saya tak berapa kisah sangat fasal batu karang ni.. sekarang kena lebih menghargai keujudan batu karang.. yg memberi banyak kebaikan pada alam sekitar khususnya pada lautan yang luas terbentang.
Tarikh.. 22 Nov. 2017
Assalaamualaikum WBT.. Selamat Siang buat sahabat2 yg sudi membaca catatan saya nii..Hari ini saya bersama-sama anak buah mengambil kesempatan dengan waktu yang terluang membuat lawatan kerja sekitar Pulau ini..
Sebenarnya salah satu tempat yg saya lawati ini tidak pernah pun saya sampai lagi walaupun dah lama duduk tinggal di Pulau ini.. sedangkan orang2 dari luar negara dah tau lebih dulu dari saya sejak sekian lama. Itu lah kelemahan kita yang kadang-kadang kita tak tahu segala kebaikan itu ada dalam negara kita. Orang luar negara pula yang lebih tahu dari kita akan potensi dan kebaikan serta keindahan negara kita yang tercinta ini.. Kita pula asyik memuji-muji akan keindahan dan kebaikan orang atau negara luar yang kita lawati. seolah-olah kita ni terok sangat...
Pernah dengar batu karang tak.. atau 'coral' dlm bahasa inggerisnya.. Tak sangka pula ada badan atau organisasi yg begitu berminat dgn 'coral' ini sehingga menubuhkan unit khas yg berkaitan 'coral' samada utk penyelidikan, pendidikan , penerangan, 'tourist attraction', dan juga landskap... Inilah yg diujudkan oleh Andaman Hotel, di hotel mereka yg cantik dgn persekitaran alam yg asli di Datai.
Hari ini saya belajar banyak perkara berkenaan batu karang... sekurang-kurangnya pengetahuan saya berkenaan batu karang semakin bertambah dan pandangan saya berkenaan batu karang turut berubah.. selama ini saya tak berapa kisah sangat fasal batu karang ni.. sekarang kena lebih menghargai keujudan batu karang.. yg memberi banyak kebaikan pada alam sekitar khususnya pada lautan yang luas terbentang.
Monday, March 26, 2018
RAKAN STRATEGIK LADA
Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.... 15 Feb 2018
Assalaamualaikum WRT.. Selamat Pagi
Satu lagi pendekatan kreatif dan inovatif LADA yang dilaksanakan ialah dengan melancarkan RAKAN STRATEGIK LADA (RSL).. RSL dirangka atas rasa kebertanggungjawaban LADA untuk bersama komuniti Langkawi meningkatkan tahap ekonomi penduduk Langkawi ini sesuai dengan perkembangan pembangunan Langkawi ini. Ia bertujuan untuk membantu komuniti Langkawi ini untuk terlibat lebih tinggi atau lebih agresif lagi dalam mencari peluang-peluang ekonomi yang terbuka luas di Pulau Langkawi ini.
LADA tidak menyediakan pekerjaan kepada yang memerlukan tetapi LADA lebih bertumpu kepada bimbingan dan pendedahan penduduk yang memerlukan kepada bidang pekerjaan dengan persiapan yang lebih menyeluruh dalam aspek pembangunan peserta yang mahu mengambil bahagian...
Antara fokus yang diberi keutamaan untuk diceburi anak-anak tempatan ialah untuk melahirkan usahawan dalam bidang tourism, melahirkan usahawan pembuatan/penjualan kraftangan dan produk tempatan dan pembangunan sumber manusia dalam bentok bimbingan dan latihan bersama agensi-agensi berkaitan.
Sebagai langkah awal , LADA bersama Pejabat ADUN Kuah telah melancarkan Rakan Strategik LADA ini pada 07 Februari 2018 .. Sebelum ini penyertaan telah dibuka untuk komuniti Langkawi mengambil bahagian melalui aplikasi online yang dipaparkan dalam Laman Web LADA . Sehingga kini sejumlah 96 orang anak tempatan Langkawi telah memohon untuk menyertai Rakan Strategik LADA ini. LADA juga telah mengenalpasti usahawan-usahawan berjaya dalam daerah Langkawi untuk dijadikan sebagai model yang boleh dicontohi dan dituruti semangat keusahawan mereka itu..
Urusetia telah menjemput mereka untuk datang dalam majlis Pelancaran RSL tersebut untuk menceritakan pengalaman mereka dan bagaimana mereka mengharungi kehidupan usahawan mereka dari awal hingga berjaya ke tahap sekarang. Semuanya bermula dari bawah dan kecil-kecilan dan akhirnya berjaya ketahap sekarang..
Pendedahan kepada kejayaan usahawan-usahawan ini sebenarnya amat berkesan jika setiap peserta bermotivasi tinggi untuk mengambil ini sebagai pengajaran.
Untuk perancangan program selanjutnya ialah mengadakan Bengkel Penulisan Resume dan Personaliti Yang Berkesan dan Mengadakan Program Usahawan melalui taklimat oleh TEKUN, MARA dan AMANAH IKHTIAR. Semoga ianya akan mendapat kerjasama dari RSL untuk mengambil bahagian dalam program yang amat baik ini.
Satu pendekatan kreatif LADA bersama Pejabat YB ADUN Kuah
https://youtu.be/dJu6idrMdD0

| Fizo Omar dilantik sebagai Tokoh Ikon Rakan Strategik LADA .... berbaju hitam itu. |
Satu pendekatan kreatif LADA bersama Pejabat YB ADUN Kuah
https://youtu.be/dJu6idrMdD0
Subscribe to:
Posts (Atom)