Monday, April 22, 2019

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 07 Mac 2019


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. melihat anak2 buah di Sykt Panorama Langkawi SB membuat kerja2 'major maintenance' kat Cable Car terasa mudahnya kerja kita kat opis saja.. dengan kudrat dan kemahiran yg ada mereka melaksanakan tugas dengan terbaik... malahan 'team' teknikal yg mengetuai kerja2 ini iaitu Sykt Dopplemayr dari Austria memuji akan kecekapan, kemahiran,  kerajinan dan kerjasama berpasukan dari 'team' teknikal 'cable car'.. malahan mereka buat perbandingan dengan tenaga kerja Korea Selatan dimana syarikat itu ada buat penyelenggaraan juga di Korea tapi orang Korea kata depa tak sebaik orang kita.. kerja depa ikut 'time' tidak ada lebih2 dan tidak berapa rajin dan tak mahir  serta sebahagian besar langsung tidak faham bahasa Inggeris.


Tahniah saya ucapkan buat team PLSB.. Anda berjaya menaikkan imej orang Malaysia di luar sana..


Apa-apa pun menguruskan perkhidmatan kereta kabel amat berisiko. Sebab itu keselamatan amat diutamakan dan penyelenggaraan mengikut jadual tidak boleh diabaikan sama sekali..  walau kosnya amat tinggi..


Alhamdulillah.. berkat kerjasama semua pihak , operasi 'cabel car' akan dapat dijalankan semula lebih awal dari jangkaan. Minggu depan boleh mai naik kereta kabel.




KESELAMATAN TETAP MENJADI PUJAAN HATI KITA SEMUA... 😁



























































Tuba Trail Run 2019 - Mencabar Ketahanan Mental



Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 20 April 2019



Assalaamualaikum WBT.. dan Selamat Pagi.. Saya doakan sahabat dan sesiapa sahaja yg membaca catatan ini sentiasa dalam keadaan sihat walafiat..

Tahun ini sekali lagi LADA berjaya menganjurkan satu lagi acara yg ditunggu tunggu oleh peminat larian mencabar iaitu TUBA TRAIL RUN 2019 yang diadakan di Pulau Tuba, Langkawi. Larian ini bukan sekadar larian melalui jalan-jalan biasa tetapi juga melalui trek2 dalam hutan dan ada juga mendaki bukit .. Memang mencabar larian ini dan hanya yang benar-benar tahan lasak sahaja yang berjaya menghabiskan larian yang dibahagikan kepada  3 peringkat. Peringkat yang paling mencabar ialah larian sejauh 30 KM ( 76 peserta), seterusnya larian sejauh 15 KM (337 peserta )  dan seterusnya yang santai-santai hanya 4 KM sahaja. Pilihan terletak ditangan peserta ikut kemampuan kekuatan masing-masing. Bayangkan betapa kuatnya peserta larian sejauh 30 km hanya mengambil masa 2 jam 6 minit sahaja.. memang hebat. Orang Malaysia tidak boleh mendahului lagi..  orang Afrika juga yang mendahului... Paling baik masa untuk peserta Malaysia ialah 2 jam 29 minit..

Saya pula hanya setakat 4 km sahaja la..  itu pun tak sangka punya penat.. Faktor umur kut. Balik keesokan harinya terus deman selsema..  keletihan sangat kut.. rosak program keesokan harinya. sampai meeting saya kat MOF terpaksa dibatalkan.

Walau bagaimanapun saya mengucapkan tahniah kepada anggota LADA yang bertungkus lumus menjayakan program ini dengan cemerlang. Walaupun malam tersebut berlaku terputus bekalan elektrik selama beberapa jam..  Begitu juga dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan Tuba Trail Run ini. 

Tahun ini bilangan penyertaannya melebihi 700 orang. yang terdiri dari peserta tempatan dan luar  negara. Program ini sengaja diadakan di Pulau Tuba bagi mempromosikan Pulau Tuba ini dikalangan pelancong , kerana kawasan ini agak kurang dikunjungi sedangkan disini juga terdapat alam semulajadinya yang menarik untuk dinikmati seperti kawasan bakaunya yang luas dan kawasan perkampongan yang menenangkan. Semoga dengan penganjuran Tuba Trail Run ini akan dapat memperkenalkan Pulau Tuba ini diserata negeri dan negara..




































Saturday, April 6, 2019

Motivasi Memberi Semangat Untuk Kejayaan Cemerlang... Tahniah Pelajar Cemerlang Langkawi

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh..  06 April 2019



Assalaamualaikum WRT.. Hari ini LADA meraikan kejayaan anak-anak orang Pulau Langkawi yg mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, PT3, SPM dan STPM tahun 2018 , serta olahragawan cemerlang Langkawi.



LADA tidak berkebolehan  dan tidak berkemampuan untuk mengajar bagi pandai anak-anak orang Pulau Langkawi ini.. tapi LADA tidak mahu terlepas untuk sama-sama memberikan sokongan kearah kecemerlangan murid di Pulau Langkawi ini.. .. Ini juga merupakan tanggongjawab sosial LADA terhadap komuniti Langkawi. Pelbagai program disusun ator bersama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi  sejak awal tahun lagi dan hasilnya kejayaan sebahagian mereka diraikan pada hari ini... dalam Program Majlis  A Kawi 6 .. (Anugerah Kecemerlangan Pelajar Langkawi ke 6)..



Ini kali ke 6, LADA menganjurkan majlis ini.. Kali ini ianya dirasmikan oleh Dr. Hezri b. Adnan Ketua Pegawai Eksekutif LADA yang baru sahaja melaporkan diri pada awal bulan ini..

Tahniah kepada 16 Pelajar UPSR cemerlang, 13 pelajar PT3 cemerlang, 34 pelajar SPM cemerlang, dan 26 pelajar STPM cemerlang..



Selain sijil penghargaan diberikan,mereka juga diberi hadiah wang tunai dan sebahagiannya ditambah dengan komputer riba dan penginapan percuma sumbangan LADA, anak-anak syarikat LADA serta YB. Wakil Rakyat. Sekolah-sekolah yang terbaik dalam akademik dan sukan serta terbaik dalam penglibatan geopark juga diberi penghargaan .



Semoga kejayaan mereka menjadi suntikan semangat kepada rakan-rakan lain untuk terus meningkatkan kecemerlangan diri dalam pelajaran. TAHNIAH.. TAHNIAH.. TAHNIAH