Sunday, February 23, 2020

TKSUK Jabatan Perdana Menteri Turun Padang


Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 14 Februari 2020 (Jumaat)

Walau hari Jumaat saya dan anak-anak buah terpaksa berkorban masa cuti yang amat berharga ini  untuk mengiringi Ybhg. Dato' Sallehuddin .. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri yang membuat lawatan kerja sehari ke Pulau Langkawi.. Orang kuat JPM ni...  

LADA terletak dibawah Pentadbiran Jabatan Perdana Menteri . Banyak projek-projek di Pulau Langkawi ini yang perlu di'update' kemajuannya selalu untuk perhatian Jabatan Perdana Menteri.. YAB Perdana Menteri bila-bila masa sahaja boleh bertanyakan apa2 yang berlaku di Pulau Langkawi ini.. Sebab itu saya sentiasa mengingatkan anak-anak buah agar sentiasa ada tindakan berterusan apa-apa yang berkaitan tugas dan arahan yang diterima serta sentiasa kemaskinikan segala maklumat-maklumat berkaitan.

#Lawatan Kerja TKSUK JPM
#Jalan Temonyong
#Jeti Anak Tikus
#Jeti Gua Langsir


















LeTour De Langkawi


Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 15 Februari 2020

Langkawi sekali lagi dimeriahkan dengan aktiviti berbasikal.  Kali ini ianya lebih hebat dan kemuncak kepada aktiviti berbasikal di Pulau Langkawi dengan acara Kejohanan Petronas Le Tour De Langkawi, Malaysia edisi ke 25. ( LTDL 25) . Kejohan yang amat berprestij ini  merupakan acara terbesar dalam kalendar Tour UCI Asia. Kejohanan edisi ke 25 ini meliputi jarak kayuhan sejauh 1,200 km dengan 8 peringkat perlumbaan dimana pengakhirannya adalah di Pulau Langkawi sejauh 108.5 KM mengelilingi Pulau Langkawi

Ianya disertai oleh lebih 22 buah pasukan dengan peserta terlibat hampir 300 pelumba dari seluruh negara. Kedatangan mereka juga disertai bersama pihak kru, media antarabangsa, dan tempatan, urusetia dan lain-lain lagi. Beberapa pasukan yang dianggap berprestij diperingkat antarabangsa turut mengambil bahagian seperti Pro Team dan Pro Continental Team.

Sudah tentu Langkawi akan mendapat manfaatnya dari segi 'media value'nya yang amat tinggi. kerana perlumbaan ini disiarkan dimedia-media antarabangsa seperti Al Jazeera Sport, Eurosport & Eurosport Asia Pacific serta siaran langsung di media-media tempatan seperti di TV2, TV3, Astro dan sebagainya. Pulau Langkawi yang indah ini mendapat promosi secara percuma melalui cara ini. Pulau  Langkawi akan muncul dimedia-media berkenaan. Disamping itu para cyclist  yang datang dari seluruh dunia ini juga mempunyai ramai peminat akan secara tidak langsung menjadi duta tidak rasmi  kepada Langkawi yang tentunya akan menceritakan berkenaan Pulau Langkawi yang indah dan permai ini. Ini merupakan antara salah satu strategi LADA dalam mempelbagaikan promosi Pulau Langkawi sebagai Pulau Destinasi Pelancongan terkenal....

LADA amat mengalu-alukan kejohanan-kejohanan seperti ini dan pastinya akan memberi kerjasama dan bantuan dalam menjayakan acara ini sebaiknya. Lebih meriah lagi apabila YAB Perdana Menteri sendiri telah hadhir membuat pelepasan peserta dan juga menyampaikan hadiah dua hari berturut-turut. Ini menunjukkan minat YAB Perdana Menteri yang amat mendalam terhadap sukan ini. Saya berharap pihak penganjur akan terus menjadikan Pulau Langkawi ini sebagai laluan kepada perlumbaan yang amat berprestij ini dimasa-masa hadapan.

Setiap tahun saya sentiasa mengikuti 'race' ini .... walaupun bukan kenal sangat peserta-pesertanya... tetapi seronok yang sukar digambarkan.... saya pasti tidak akan lepaskan peluang hadhir jika berkesempatan dan membeli cenderamata berkaitan samada jersey basikal, t shirt ataupun topinya.. Tahun hadapan tidak pasti lagi boleh datang ke Langkawi lagi atau tidak... 



































Berbengkel untuk Kemaskini : MS ISO 9001:2015

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh..  18. Februari  2020


Assalaamualaikum WBT.. dan Selamat Malam...  Ketemu lagi dengan catatan santai-santai saya ini...


 Hari ini saya menghadhiri Bengkel berkaitan MS ISO 9001:2015.  Memang banyak bengkel kena diadakan untuk mendapatkan atau mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015 ini. Kadang-kadang tu rasa macam malas dan membosankan..  saya rasa anak-anak buah yang mengikuti bengkel seperti inipun terasa begitu.. Tapi ini adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada semua anggota pentadbiran LADA. Kemalasan itu hanya perasaan sahaja sedangkan kita dibayar gaji dan elaun untuk menggalas tanggungjawab besar kepada rakyat. Pensijilan yang diperolehi ini adalah sebagai satu tanda aras menunjukkan perkhidmatan kita yang terbaik kepada pelanggan kita. Marilah kita jadikan kemalasan itu kepada kerajinan dan keseronokan...


Maka mahu atau tidak mahu ianya kena dihadhiri dalam usaha seperti yang saya maksudkan diatas .. Sebab itu dalam apa keadaan pun, saya tetap berusaha juga menghadhiri bengkel seperti ini sebagai menunjukkan komitmen pengurusan tertinggi terhadap sesuatu usaha peningkatan kualiti jabatan. Ini juga akan memberi semangat kepada anak-anak buah dalam menjayakan sesuatu tugasan yang diaturkan.


Bengkel ini diadakan pada 17 hinga 18 Februari 2020 di Myangkasa Akademi Chandek Kura, Langkawi. Dalam memastikan kesinambungan pengiktirafan status pemegang Sijil MS ISO9001: 2015, bengkel ini mesti diadakan dalam usaha untuk mengemaskinikan  Manual Kualiti agar ianya terkini.


Sepanjang tempoh pelaksanaan sijil, banyak juga penambahbaikan dibuat dengan pelbagai perubahan dilakukan samada dari segi prosedur,  samada ditambah atau dikurangkan, penggunaan boring-boring yang berubah sesuai dengan perkembangan semasa, dan juga dokumen-dokumen sokongan yang juga mungkin berubah sesuai dengan keadaan semasa dan perkembangan teknologi .


Oleh sebab itu dalam bengkel ini pemilik-pemilik prosedur serta pegawai-pegawai berkaitan perlu mengemaskinikan Manual Kualiti, mengemaskini prosedur dengan borang-borang yang bersesuaian dan KPI yang ditetapkan.





Fakta :

Dokumen Manual Kualiti, dan Dokumen  34 Prosedur


Fasilitator:
En Jaafar b. Md Jani
h.p: 016 3840203
Emjay Training & Consultancy

























Ancaman itu adalah peluang

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 22 Februari 2020

Assalaamualaikum WBT

'Lihat Ancaman Yang Ada Itu Sebagai Suatu Peluang Yang Terbaik Untuk Mencapai Kejayaan'...
Dalam konteks Langkawi, isu corona virus yg melanda patut diambil peluang untuk meraih lebih ramai pelancung datang melawat ke Pulau Langkawi. Pulau yang bebas dari segala yg negatif.. aman, bersih.. Itu antara intipati amanat YB Dato Wira Ir Hj Amiruddin Hamzah dalam majlis ramah mesra  beliau bersama dengan seluruh anggota kakitangan Lembaga Pembangunan Langkawi.

Beliau juga adalah pengerusi bersama Lembaga Pengarah LADA yang sentiasa memberi perhatian akan perjalanan LADA dan Pulau Langkawi ini. Banyak kata-kata nasihat dan semangat dilontarkan kepada semua anggota LADA agar ia memberi satu harapan dan semangat baru kepada anggota kakitangan untuk berusaha lebih gigih lagi dalam memajukan  Pulau Langkawi ini.


Di majlis yang sama satu sessi penyerahan surat kelulusan Projek Kecil Komuniti Langkawi Fasa 1 LADA telah disempurnakan oleh YB Dato Wira Ir Hj Amiruddin Hamzah Timbalan Menteri Kewangan . Sebanyak 9 projek kecil komuniti telah diserahkan surat kelulusan kepada komuniti yang terlibat antaranya bantuan pembaikan surau, sekolah, pusat autism dan tempat riadah disekitar Pulau Langkawi. Peruntukan yang disediakan keseluruhannya berjumlah RM160,000.00 . LADA berharap dengan pemberian peruntukan ini akan dapat membantu  memberi kesejahteraan, meningkatkan perpaduan, meningkatkan  kerohanian, serta keselamatan penduduk setempat.


YB TMK juga telah turun ke padang mengadakan lawatan kebeberapa tempat yang dirancang untuk dilaksanakan projek besar LADA dengan pihak Swasta..