Saturday, May 30, 2020

Wednesday, May 27, 2020

KEPUASAN DALAM PEKERJAAN

Catatan ; Mohd Asri Redha..
Tarikh : Start 22 April 2020



Terima kasih kepada pihak LADA yang memaparkan
penghargaan ini dalam website LADA dan dalam FB
Assalaamualaikum WBT dan Selamat Siang buat sahabat-sahabatku  dan tentunya anak-anak buah saya di LADA.. tapi saya tak rasa ramai anak-anak buah di LADA baca catatan-catatan saya ni.. sebab tidak ada apa yang menarik cerita-cerita dalam blog saya ni. Walau bagaimanapun saya akan tulis juga apa-apa yang saya rasa nak tulis dalam catatan kali ini kerana saya rasa ini adalah catatan saya terakhir didalam blog ini sebelum saya bertukar dari LADA. Seorang yang menulis blog macam saya ni sebenarnya menurunkan apa yang berselirat didalam minda ke atas catatan blog ini. Fikiran itu disusun semula dari segi struktur ayat , nahu dan bahasa agar mudah difahami oleh pembaca yang berminat membaca. Justru bila membaca sesuatu catatan blog , pembaca juga menjalin hubungan psikik dengan saya... ha.. ha.. haa.. betul tak ni.. entah.. Saya tiada disisi pembaca..hanya tulisan saya saja yang saudara tatap. Apa yang diteliti adalah pemikiran saya yang sudah tersusun...Jadi bila pembaca sudah selesai baca tulisan saya , sebenarnya pembaca sudah menghadham sebahagian dari minda saya.. ehh.. kemana pula hala tuju tulisan saya ni.... dah lari tajuk ni.. 




Semasa  saya mula menulis catatan ini saya baru sahaja terima berita berkenaan rombakan besar-besaran Pegawai Tadbir Negeri Kedah yang akan berkuatkuasa pada 14 Mei 2020.. Nama saya juga tersenarai dalam surat pertukaran tersebut .. Jadi tempoh saya berkhidmat  dengan LADA setakat itu sahaja. Menariknya sekarang ini kerajaan telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula sejak pertengahan bulan Mac hingga sekarang ...  gara-gara  penyebaran virus Covid-19 sudah lebih sebulan saya tidak dapat ke Pejabat dan berjumpa dengan anak-anak buah saya di LADA.. Apakah pengakhiran saya di LADA sebegini setelah lebih tiga tahun saya berkhidmat di LADA. Rasanya begitulah memandangkan sekarang sudah masuk fasa ke 4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak ada kepastian lagi bila PKP ini akan ditamatkan.. Mungkin sebulan lagi atau sampai bila tertakluk kepada perkembangan kes-kes baru jangkitan Covid-19 tersebut.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2574026369592153&id=100009544441481

Nak cerita apa ya dalam catatan terakhir  dalam blog ini.. Nak cerita fasal aktiviti saya di LADA sepanjang tempoh lebih sebulan ini.. tidak ada apa yang boleh diceritakan.. Jadi lebih baik saya cerita rangkuman pengalaman saya di LADA sepanjang lebih 3 tahun di LADA.. Bagus juga untuk rekod dan kenangan-kenangan saya di LADA dan mungkin juga kalau anak-anak buah baca sekali sekala depa teringat juga pada saya yang pernah bertugas di LADA ini..

Saya telah melapur diri untuk bekerja di LADA pada 15 Mac 2017. Sehingga 14 Mei 2020 . Ini bermakna 3 tahun 2 bulan sahaja saya berkhidmat di LADA.. Pada saya tempoh ini kira lama juga berbanding sebelum ini ada yang tidak sampai setahunpun saya bertugas dibeberapa jabatan negeri di Kedah.

Sebenarnya semasa saya dapat surat pertukaran saya dari PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim ke Lembaga Pembangunan Langkawi, hati saya berbelah bahagi dan kerisauan.. Bolehkah saya bekerja di LADA sebuah Badan Berkanun di Bawah Kementerian Kewangan.. Saya tidak pernah bekerja di sebuah Jabatan Persekutuan.. Macam-macam perasaan datang dengan hati berbelah bagi. . Tapi akhirnya pergilah juga menyahut cabaran dari boss yang menyakini saya akan kemampuan saya.. Entah dikalangan ramai-ramai pegawai kanan KCS yang ada,  dipilih saya untuk ke LADA.. Saya sudah selesa sebagai YDP PBT TPHK dan tak sampai 16 bulan pun saya disana.. Banyak perkara yang saya rancang nak buat disana...  tapi apakan daya.. atas kehendak kerajaan negeri saya terpaksa pergi ke Pulau Langkawi Permata Kedah... Pulau yang pernah saya bertugas 13 tahun yang lalu semasa menjawat jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)  Langkawi.. Pada masa itu saya juga bekerja dibawah Yang Berbahagia Dato' Paduka Bakar Din , Pegawai Daerah pada waktu itu yang akhirnya  dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.  Beliau jugalah yang menghantar saya ke LADA atas kemampuan dan keyakinan beliau terhadap saya yang pernah bekerja dibawahnya... Terima kasih hantar saya kat LADA walaupun mulanya tak berapa selesa.

 Adakah juga secara kebetulan.. kalau siapa yang pernah ke Pulau Langkawi akan kembali semula ke Langkawi..  Ramai macam tu.. Satu lagi yang menariknya 2 orang senior saya pernah menjawat jawatan Timbalan KPE LADA telah menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan dua orang lagi sebagai Pegawai Kewangan Negeri.. Hebat juga .. cuma saya sahaja tidak kemana dari segi gred.. terpaksa balik gred asal saya semasa sebelum datang ke LADA... Rezeki saya mungkin setakat itu sahaja saya rasa.. dan saya terima seadanya dengan rasa bersyukur kerana saya masih bekerja. Kalau ada belas ikhsan mereka adalah kut rezeki saya berpencen JUSA C, tapi segalanya terletak pada boss2 atas saya.. 

Maka bermula dari 15 Mac 2017 bekerjalah saya di LADA dengan suasana persekitaran kerja yang baru dan mendapat anak-anak buah baru yang saya tidak tahu apa-apa tentang mereka samada peribadi, karenah, karektor dan segalanya..  Begitu juga saya akan berhadapan dengan boss yang baru.. Sebelum ini saya adalah Ketua Jabatan kerana sebelum ini saya adalah YDP PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim dan juga pernah menjawat jawatan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Pentadbir Tanah Daerah Kuala Muda dan Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar. Saya perlu juga kena ubah cara kerja dari seorang ketua kepada seorang yang ada lagi ketua jabatan.. Takut terbawa-bawa pula cara pengurusan  saya.. Ada perbedaan besar antara Ketua Jabatan atau sebagai Timbalan Ketua Jabatan sahaja. LADA bukan organisasi besar  kerana mempunyai anggota lebih kurang 350 orang sahaja.. Jadi sudah tentu setiap aktiviti adalah dibawah kawalan sepenohnya Ketua Jabatan.  Takut nanti terlupa yang sebenarnya kita ada boss lebih tinggi lagi. Kalau di state , bila sudah gred Jusa C, ia adalah semestinya Ketua Jabatan.. Tapi di LADA tak begitu.. keputusan-keputusan yang dibuat perlu sokongan atau refer kepada KPE .. Hanya dalam hal-hal tertentu sahaja diberikan kebenaran untuk membuat keputusan dan kelulusan.

Dalam pemikiran saya pada ketika itu, saya hanya nak bekerja di LADA selama setahun sahaja. Sebab itu saya tandatangan kontrak kerja saya dengan LADA hanya setahun sahaja. Tapi kenapa pula dari setahun dah jadi 3 tahun 2 bulan bertugas di LADA.. Nantilah saya cerita.

Ok lah.  nak cerita apa ya sebenarnya.. ideapun tidak terlintas mai lagi ni .... Nak cerita lebih-lebih sangat pun tak boleh juga takut temasuk dalam Akta Rahsia Rasmi.. Kena berhati-hati bila menulis dalam media-media sosial ni.. Ada perkara yang kita boleh cerita dan ada cerita dan maklumat yang kita tak boleh paparkan atau ketengahkan... Saya berhenti kat sini dulu.. nanti bila mai syeh nak menulis saya sambung lagi...

Tarikh: 30 April 2020

Assalaamualaikum...  Baru ada kesempatan menulis balik.. inipun lepas sembahyang tarawikh ... ada masa sedikit.. PKP punya hal, kat rumah sajalah buat sembahyang tarawikh dan witir... Kalau kat rumah tu faham2 lah.. kira nak ringkas-ringkas sahaja..

Sebelum saya bertugas di LADA tidak banyak maklumat yang saya dapat tentang hal-hal dalaman LADA. Masa saya bertugas di Pejabat Daerah Langkawi dulupun yang saya 'tahu'  LADA ni banyak duit projek dan pegawai-pegawainya hebat-hebat belaka dan banyak aktiviti-aktiviti LADA yang dianjurkan di Pulau Langkawi.  Satu lagi orang kata LADA duit banyak.. betul atau tidak , sayapun tak pastilah waktu itu.. Tidak pernah terlintas langsungpun satu hari saya akan bertugas di LADA.. Tapi itulah takdirnya akhirnya saya bekerja juga di LADA ini..

Bila sudah masuk bekerja di LADA barulah saya fahami aktiviti-aktiviti sebenar LADA dan alhamdulillah, sebahagian besar aktiviti yang dilaksanakan oleh LADA, saya telah punya pengalaman semasa bertugas di PBT,  Pejabat Tanah, Pejabat Daerah dan Pejabat Kewangan Negeri. Semua pengalaman-pengalaman yang ada itu , rupanya amat berguna bila bertugas di LADA ini.. Cuma  perkara baharu pada saya yang saya rasa kekurangan ialah berkenaan bidang pelancongan, pelaburan dan Geopark. Ini merupakan antara tugas-tugas yang saya rasa baharu kepada saya dan sudah tentu saya amat gembira bila dapat mempelajari hal-hal berkaitan itu di LADA ini. Walaupun sebahagian bidang-bidang tersebut bukan dibawah bidang tanggungjawab saya secara khusus tapi saya tetap melibatkan diri dalam perbincangan-perbincangan dan mengambil bahagian dalam membuat pertimbangan-pertimbangan  yang diperlukan.

Disini saya lihat banyak kemahiran diperlukan terutama dalam urusan 'negotiation' dengan orang-orang luar... Kemahiran yang tinggi dan pengetahuan mendalam dalam sesuatu isu amat diperlukan dalam urusan-urusan berkaitan ini kerana jika tidak ia akan membawa kemudaratan dan kerugian kepada LADA. Akan ada orang yang ambil kesempatan jika kita tidak bijak dalam menilai sesuatu cadangan projek atau satu-satu cadangan pelaburan.. Isu dan masalah yang berlaku sebelum ini banyak memberi pengajaran kepada saya dan pegawai-pegawai agar perlu memahirkan diri  dengan hal-hal yang sedemikian agar tidak terkena lagi..  Dalam hal-hal seperti ini saya selalu tekankan kepada anak-anak buah supaya sentiasa berhati-hati dalam memutuskan dan mempertimbangkan sesuatu perkara dari pihak awam.

Pengalaman saya di PBT sebelum ini selalu saya bawa ceritakan  dan jadikan contoh sebenarnya  akan  perlunya kebijaksanaan dan perhatian lebih diberikan atas cadangan pelaburan harta LADA agar perkara yang merugikan LADA tidak berulang lagi.

Satu lagi perkara baharu yang saya dapat ialah hubungan saya dengan agensi-agensi kerajaan persekutuan lebih luas lagi dimana, kerap berurusan dengan MOF dan JPM serta Audit Negara serta tidak kurang juga SPRM  dan bertemu dengan pegawai-pegawai tertinggi disana.

Satu pengalaman yang saya tidak boleh lupakan.. Bila duduk di LADA saya terasa dekat sangat  dengan Perdana Menteri kita, dengan Ketua Setiausaha Negara, dengan Ketua Setiausaha Perbendaharan ,  Timbalan KSP, Timbalan KSU Kanan JPM dll lagi pegawai-pegawai tertinggi kerajaan diperingkat persekutuan, kerana kerap berurusan dengan JPM dan MOF. Kebetulan pula YAB Perdana Menteri ketika itu adalah Ahli Parlimen Langkawi. Malahan saya pernah mempengerusikan mesyuarat yang dihadhiri oleh 2 orang Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia.. Salah seorangnya  baru sahaja dilantik menjadi Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Pendedahan seperti ini saya rasa amat diperlukan untuk pegawai-pegawai peringkat pertengahan kerana pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi ini boleh diguna untuk pembangunan negeri Kedah. Sebab itu saya mencadangkan supaya pegawai yang hendak dipinjamkan ke LADA ini , biarlah muda sedikit , jangan seperti saya dan pegawai sebelum ini berkhidmat sampai terus pencen . Sayapun cuma tahun depan sahaja lagi untuk sudah sampai waktunya bersara.  Jadi pengalaman yang ada ini tidak dapat digunakan sepenohnya .. diperingkat negeri. Peluang ini patut diambil kesempatan oleh Pegawai Tadbir Negeri, kerana setakat yang saya tahú pegawai-pegawai tadbir negeri kedah tidak pernah didedahkan berkhidmat dengan jabatan luar selain GLC negeri Kedah yang hanya berkisar dalam negeri Kedah sahaja. Kalau adapun dipinjamkan di INTAN. 
 Dalam LADA walaupun dalam negeri Kedah tetapi pendedahan itu agak lebih nasional dan international. Saya juga telah mendapat peluang untuk membawa seorang lagi pengawai KCS masuk ke dalam LADA, tapi hajat tersebut tidak kesampaian sehingga kini.


Satu lagi pengalaman baru ialah saya mula berjinak dengan sektor korporat. Ini adalah kerana LADA juga mempunyai anak syarikat  yang menjana pendapatan kepada LADA.. Saya terlibat sebagai Ahli Lembaga Pengarah  dalam salah satu anak syarikat LADA.. Namun tidak nafikan ada juga anak syarikat yang tidak memberikan pendapatan yang sewajarnya kepada  LADA  disebabkan masalah-masalah pengurusan dan sejarah lama yang sukar dirungkai dan juga kesilapan-kesilapan lalu. Ini adalah satu cabaran besar kepada Pegawai LADA untuk memikirkan jalan penyelesaian dan saya sendiri terlibat dalam usaha-usaha penyelesaian isu-isu yang ada, dan In Sya Allah dengan komitmen dan kesungguhan semua anggota pegawai kanan dan tertinggi LADA perkara ini akan dapat diselesaikan.. Saya terkilan sedikit dalam hal ini tidak dapat lagi berurusan dalam hal2 seperti ini bila tidak lagi bertugas di LADA.. Apa yang hendak nyatakan disini ialah menjadi ahli lembaga pengarah syarikat tidak semudah yang disangkaa.. Tanggungjawab adalah amat berat dan boleh didakwa dan sebagainya jika berlaku apa-apa kegagalan syarikat dalam mematuhi apa yang termaktub dalam undang-undang syarikat. Saya terpaksa memikirkan  pelbagai pendekatan dalam sesuatu penyelesaian dan cadangan.

Sebagai pegawai LADA dalam ALP Syarikat saya rasa  tanggungjawab lebih besar berbanding dengan ALP yang dibawa masuk dari luar.. Rasa kebertanggungjawab pegawai itu lebih tinggi kerana dia tahu anak syarikat itu adalah milik LADA dan pastinya ia akan memberi seluruh komitmen dan perhatian kepada syarikat yang kakitangan LADA menjadi Ahli BOD syarikat. Sebab itu saya mencadangkan ALP anak syarikat LADA perlu dilantik dikalangan pegawai kanan LADA sahaja.  Apa yang penting ialah untuk memastikan operasi anak syarikat lebih menguntungkan syarikat, lantikan Pengarah Urusan itu amat penting.. kerana beliaulah yang akan menggerakkan syarikat kearah yang lebih baik.. Pada pemerhatian saya ALP tidak banyak sangat membantu dalam memastikan syarikat beroleh keuntungan berganda.. sekadar memberi pandangan dan sebagainya.. Walau bagaimanapun saya amat gembira dengan pengalaman ini yang tidak mungkin akan saya perolehi jika berada dalam pentadbiran negeri.

Tidak dapat dinafikan sepanjang saya berkhidmat dengan LADA saya terlibat dalam berpuluh-puluh acara-acara kemasyarakatan, acara-acara pameran bertaraf dunia dan tempatan dan juga acara sukan yang bertaraf dunia dan national di Pulau Langkawi. Memang banyak betul . Apatah lagi sebelum ini KPE LADA adalah seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pelancongan dan pengurusan acara. Banyak 'event'  peringkat nasional dan antarabangsa dibawa masuk ke Pulau Langkawi. Tujuan diadakan 'event' seperti ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mempromosikan Pulau Langkawi sebagai sebuah Pulau Pelancongan yang terkenal dan menarik untuk dilawati atau dikunjungi. Jika ini berlaku ia akan merancakkan lagi ekonomi di Pulau Langkawi yang memberi manfaat kepada rakyat negeri Kedah..

Saya terlibat secara langsung dan tidak langsung program-program yang diadakan itu dan banyak pengalaman-pengalaman yang saya perolehi semasa menguruskan acara-acara tersebut.. Tapi saya rasa anak-anak buah saya lebih hebat dan berpengalaman dalam menguruskan event2 yang dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna... Saya cuma sekadar menyelaraskan sahaja aktiviti tersebut dan mempermudahkan segala urusan, manakala yang buat kerja sebenarnya  ialah anggota kerja LADA itu sendiri... Di LADA juga baru saya tahu apa pendekatan promosi pelancongan yang dibuat dalam mengenengahkan kehebatan Pulau Langkawi ini.. Banyak pendekatan rupanya... Kalau saya nak ceritapun panjang.. Tapi sekiranya pegawai yang dipinjamkan ke LADA ini dari 'state' dan bila balik ke 'state' balik, pengalaman dan pengetahuan ini amat berguna dalam membangunkan sektor pelancongan di negeri Kedah selain Langkawi. Yang seronoknya selain membantu menguruskan program,  saya juga suka terlibat sama dengan mengambil bahagian dimana yang sesuai dengan kemampuan.. Itu sebab hubungan saya dengan anak-anak buah di LADA ini rapat dan juga dengan komuniti setempat.

LADA mempunyai agenda yang besar terhadap pembangunan di Pulau Langkawi samada pembangunan fizikal, pelancongan dan kemasyarakatan.. Antara agenda besar LADA ialah membanyakkan lagi produk-produk pelancongan bertaraf dunia di Pulau Langkawi. Malangnya apa yang dirancang dan dilaksanakan sedikit terbantut disebabkan pemain-pemain industri yang berkolabarasi dengan LADA gagal memanafaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh LADA dalam membangunkan tanah-tanah LADA, sebaliknya menimbulkan masalah pula dengan LADA..  dan ini yang terpaksa ditanggung oleh LADA dan kenapa perancangan besar LADA tidak mencapai sasaran yang diharapkan..  Sebab itu saya selalu menekankan supaya lebih berhati-hati lagi dalam mempertimbangkan apa sahaja cadangan yang dikemukakan dalam membangunkan aset-aset LADA yang masih ada dan amat berpotensi itu.  Sekarang timbul pula penularan virus Covid-19 pula.

Malangnya sekarang ini penularan virus Covid - 19  telah merencatkan lagi segala perancangan LADA samada untuk buat acara-acara besar atau kecil dan juga program-program promosi samada dalam ataupun luar negara... Suasana sekarang begitu muram kepada sektor pelancongan dan begitu ramai yang terkesan dengan keadaan yang diluar jangkaan ini.. Saya mendoakan semoga tindakan mengatasi isu Covid-19 akan dapat memutuskan rantaian penularan virus Covid-19 ini...

Penangan Covid-19 merubah segalanya.. Norma kerja sudah berlainan.. Sudah tidak boleh mengadakan perjumpaan dan mesyuarat dengan anak-anak buah.. Maka bermulalah norma baru dalam pentadbiran jabatan. Bagi memastikan operasi LADA berjalan juga.. mesyuarat mula diadakan secara maya sahaja.. Malahan  saya juga diraikan majlis pertukaran saya hanya melalui 'video conference' sahaja menggunakan aplikasi CISCO WebexMeeting.. lebih 90 orang mengikuti pertemuan melalui webex meeting ini.. dan saya hanya berucap dari bilik saya sahaja.. warga LADA juga mengikuti pertemuan ditempat kerja masing-masing atau dirumah masing-masing.. Senangkan cara itu.. Tak gaduh nak atur apa-apa.. Belanja pun tak perlu banyak.. sekali fikir memang tak karan langsung sepertimana kebiasaan yang dibuat... ada jamuan dan ada sambutan yang dibuat.. dan salam bersalaman memohon maaf dan selamat tinggal.. tapi SOP PKP menetapkan tidak boleh berkumpul ramai, dan tidak boleh bersentuhan dan kena kekalkan penjarakkan antara satu sama lain. Walau bagaiamanapun tidak mengapalah , bukan itu yang diharapkan.. Baguslah juga kita sudah membudayakan penggunaan IT dengan sebaik mungkin.. dan selepas ini tidak ada sesiapa yang boleh cuba lari dari menggunakan it dalam segala aspek kehidupan dengan pelbagai alasan.


Oklah.. rasa panjang pula tulisan saya ini.. tapi tidak mengapa , orang nak baca atau tidak saya tidak kisah.. saya menulis untuk kepuasan diri saya sahaja sebagai satu catatan sejarah kehidupan saya semasa bertugas di LADA. Lagipun rasanya ini adalah posting saya yang terakhir dalam blog ini menceritakan fasal kehidupan saya di LADA.. Memang banyak lagi saya ingin menggodam punat2 keyboard ini, tetapi malam sudah terlalu larut benar ... Ada sikit lagi saya nak tulis yang tak selesai lagi... kalau tak cerita yang ini tidak puas rasanya.. Tapi tidak mengapa saya sambung lagi pada waktu yang sesuai.. saya mahu tidur dulu..


Tarikh : 28 Mei 2020

Assalaamualaikum WBT dan Selamat Petang.. Saya sambung apa yang telah saya janjikan beberapa hari yang lalu.... Sementara hendak menunggu berbuka puasa 6 dalam bulan Syawal ini, baik saya pagut keyboard ini menghabiskan catatan saya yang tergantung itu .. Pada masa saya menulis ini saya sudahpun bertukar jawatan dari Timbalan CEO LADA kepada Pegawai Daerah Kota Setar. Nasib baiklah ada pengalaman jadi ADO dan CADO sebelum ini, sedikit sebanyak tau lah juga akan kerja-kerja DO ini.. Cumanya keadaan norma kerja sekarang agak berbeda disebabkan ada PKP ini. Tidak lagi serancak semasa belum ada PKP ini. Aktiviti sosial dan ekonomi tidak bergerak aktif sepenuhnya lagi..  dan saya rasa tidak mungkin akan dibenarkan lagi segala aktiviti-aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai-ramai.

Sejak saya diketahui kena keluar dari LADA dan bertugas di Pejabat Daerah Kota Setar, saya telah menerima pelbagai message dan catatan dari anak-anak buah saya di LADA dan juga dari orang luar dalam Facebook, whatsapps dan juga dalam Instagram... Semua beri ucapan yang baik-baik belaka. Terima kasih yang tidak terhingga. Amat terharu sangat bila membacanya.. 

Semasa saya melaporkan diri saya di LADA saya tidak mengenali sesiapa secara rapat kakitangan LADA ini.. Cuma adalah beberapa orang lama yang saya kenali semasa  bertugas di Langkawi dulu sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Langkawi.. Setelah bertugas selama 3 tahun lebih , saya akhirnya dapat keluar dari LADA ini dengan rasa puas kerana kehadhiran saya di LADA secara keseluruhannya telah diterima dengan baik oleh wargakerja LADA. Bukan senang untuk mendapat pengikhtirafan dan sokongan baik dari mereka.. kerana saya orang luar yang dipinjamkan.. Di LADA ini selain saya,  Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) dan Timbalan KPE (PP) juga pegawai dari luar LADA  yang diambil samada secara pinjaman atau kontrak. Begitu juga ada  pegawai-pegawai kanan di LADA ini yang dilantik dari pegawai pinjaman persekutuan dan juga pegawai kontrak mengikut kepakaran yang diperlukan. Kenalah pandai-pandai bawa diri macam mana nak buat kerja yang boleh diterima oleh ketua saya dan pegawai-pegawai lain.

Satu perkara yang paling mencabar semasa berkhidmat di LADA ialah apabila saat Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah tamat kontrak dan pelantikan KPE yang baru tidak diputuskan  lagi .. Saya pula ketika itu sudah menanggung kerja Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  (Perancangan dan Pembangunan) yang juga belum diisi lagi. Dalam tempoh hampir 3 bulan saya terpaksa memangku jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif  dan pada masa yang sama saya juga buat kerja Timbalan KPE (Perancangan dan Pembangunan) selain kerja hakiki saya sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) .. Memang mencabar ketika itu. Ahli Lembaga Pengarah pula telah memberi kepercayaan penoh kepada saya untuk menerajui LADA dalam tempoh tersebut sementara menanti Ketua Pegawai Eksekutif Baru dilantik..

Pada masa inilah saya mendapat kerjasama terbaik dari seluruh ketua bahagian dan unit serta warga kerja LADA dalam menggerakkan operasi LADA  berjalan lancar. Dan sememangnya saya nampak anak-anak buah senang bekerja dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik kerana saya hanya mempermudahkan segala urusan mereka tanpa ada apa-apa halangan yang menyusahkan mereka buat kedja. kejayaan LADA adalah kerana kerja berpasukan. Banyak juga aktiviti dan kerja-kerja telah dapat diselesaikan sewaktu tempoh saya memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif  LADA...  Fikir-fikir balik awat tak terus saja jadi CEO LADA... ha.. ha.. ha .. sapa nak bagi.. kalau bagi pun saya lari awal lagi..


Sepertimana saya katakan tadi, bukan senang untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan warga kerja LADA serta Ahli Lembaga Pengarah LADA terhadap kerjabuat kita.. Tapi saya telah berjaya mengharunginya dengan baik walaupun banyak ranjau yang perlu ditempuhi dan ada kelemahan-kelemahan saya yang tersendiri.. Sebab itu ada juga pegawai pinjaman dan pegawai kontrak yang tidak bertahan lama di LADA sebab tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara bekerja di LADA ini.. sama ada mereka gagal menyesuaikan diri atau kegagalan menunjukkan kepimpinan terbaik kepada warga LADA..

Warga LADA memerlukan pegawai pinjaman atau pegawai kontrak yang boleh membimbing mereka kearah pengurusan yang terbaik .. Sebab itu ada ruang untuk diberi kepada orang luar masuk memegang beberapa jawatan penting dalam LADA. dan seharusnya pegawai tersebut perlu menunjukkan satu tahap kualiti yang terbaik dan menjadi contoh tauladan kepada anak-anak buah di LADA. Kalau tidak boleh menjadi pemimpin dan pentadbir  yang baik dan datang seolah-olah mai makan angin sahaja, maka saya rasa  tidak perlulah datang.. Pegawai dalaman sendiri boleh melaksanakan tugas yang diamanahkan..


Saya bersyukur, dalam catatan2 yang saya dapat dan kumpulkan itu , kebanyakannya menerima dengan positif cara dan style saya.. Saya sendiri mendapat penerimaan yang terbaik dari kedua-dua orang CEO saya yang telah memberi penilaian terbaik kepada saya.. Terima kasih Dato Hj Azizan dan Doktor Hezri. Sebenarnya macam tulah kat manapun saya pergi, cara saya bekerja yang tidak pernah meletakkan sebarang halangan kepada anak buah untuk berurusan dengan saya..  Walaupun strict sikit dari segi disiplin kerja tapi hubungan tetap terjalin mesra.

Di bawah ini sengaja saya copy balik catatan-catatan anak-anak buah saya yang mana sempat samada yang bekerja 'direct' dengan saya dan ada juga secara 'indirect '  dengan saya pun teringin nak tulis juga.. Bukan itu saja, orang luar yang tidak ada kena mengena dengan kerja saya pun tumpang nak beri komen juga pada saya melihat kepada kerja-kerja buat dan aktiviti saya bersama dengan LADA ini... sebab sebahagian aktiviti saya ada dipaparkan dalam blog ini dan lain-lain blog saya dan juga dalam FB dan sebagainya.. Sebab itu media sosial ini kalau kita bijak menggunakannya boleh membawa kebaikan kepada kita juga..  bukan asyik menulis kata mengata dan ulas-mengulas yang tidak membina. Mereka menulis ini bukan atas paksaan sapa-sapa.. tiba2 saja mereka tulis macam tu.. tak pernah-pernah saya dapat sebelum ni begitu banyak.. dulu ada juga tapi tak banyak, dan kebanyakannya tulis surat dan kad ucapan sahaja seperti catatan saya dalam blog terdahulu  seperti link di bawah ini :- 

Catatan kutukan dan penghargaan

Kepada bekas-bekas anak buah saya di LADA sekali lagi saya menyatakan, yang saya amat senang sekali bekerja dengan kalian semua.. kalau ada yang terkesan rasa hati, .. akibat kelakuan dan tingkah laku saya, saya mohon ampun maaf.. sebagai ketua saya perlu juga buat tegoran dimana yang sepatutnya agar kita tidak lari dari landasan yang sepatutnya.. Kalau dibiarkan pada akhirnya ia akan tergelincir dan buruk padahnya pada diri sendiri dan keluarga.  Saya keluar dari LADA tanpa ada simpan apa-apa yang terkilan dihati saya.  Saya terasa sangat kemesaraan yang terjalin antara kita dan memang terasa sedih untuk berpisah dengan kalian semua.. tapi setiap yang bermula pasti berakhir.


Saya berdoa semoga anak-anak buah saya di LADA sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.. Teruskan kerja kalian semua dengan penuh keikhlasan dan terbaik.. In Sya Allah LADA tetap cemerlang selama lamanya... Bagi saya LADA adalah sebahagian dari pentadbiran negeri Kedah juga kerana buat apa pun kebaikan dan pembangunan adalah untuk orang Langkawi dan orang Kedah juga.

Saya bersyukur diakhir-akhir perkhidmatan saya sebagai pegawai kerajaan saya dapat menyumbangkan sesuatu kepada LADA dan memberi manfaat kepada LADA dan Negeri Kedah  dan kembalinya saya ke Jawatan Pegawai Daerah Kota Setar pun tidak lama , kerana tahun hadapan sudah sampai masa bersara. Harapan naik pangkat yang lebih tinggipun masih samar-samar.. Setakat itu sahaja yang saya boleh lakukan.  Sebagai Pegawai Daerah Kota Setar pula saya akan cubalah menjadi yang terbaik sekadar kemampuan saya.. cuma kekurangan saya ialah saya tidak pandai bersyarah berapi-rapi dan tidak banyak bercakap. so tidak pandai la menonjolkan diri.. tapi biarkanlah begitu .. itu lebih baik ...  tidak ada apa yang hendak  dikejar lagi, cuma saya dikejar oleh umur yang semakin harı semakin singkat... Lebih baik kita mengejar apa yang sepatutnya sebagai seorang muslim sebelum ajal menjemput kita.

Ok lah.. sebelum mengundur diri kita dengar dulu lagu ini.. sebagai halwa telinga ..Blog ini tetap saya akan 'open' macam ini  untuk tatapan sesiapa yang berminat.. walaupun tidak ada posting lagi lepas ini... Klik saja kat bawah ini jika nak dengar:-


Broery Marantika : LAGU PAMIT


Saya juga telah buka blog baharu untuk catatan aktiviti saya di Pejabat Daerah Kota Setar seperti link di bawah ini: boleh klik saja kat situ..


https://semangatjatipdtks.blogspot.com


Rasa terharu sangat bila baca kata-kata mereka dibawah ini... Saya tak minta pun mereka tulis kata-kata macam ni... apa-apapun  terima kasih sangat-sangat... ya ... 



























































  ://com/story.php?story_fbid=2574026369592153&id=100009544441481

Sunday, February 23, 2020

Pentingnya Menjaga Keselamatan Perlindungan Jabatan

Tarikh.. 27 November 2019
Catatan.. Mohd Asri Redha.

Kursus untuk Penolong
Pegawai Keselamatan Jabatan
 telah diadakan pada
26-27 Feb.2020
Keseronokan bekerja bukan sekadar kerana gaji dan punya boss serta kawan2 yg baik.. tp juga suasana persekitaran kerja yang menarik dan selamat...

Sebagai Pegawai Keselamatan Jabatan LADA, saya amat memberi perhatian kepada perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan perlindungan dari aspek keselamatan fizikal, keselamatan dokumen, keselamatan peribadi dan juga keselamataan perlindungan ict.

Saya amat berterima kasih kepada pihak Pasukan Inspektorat, Bahagian Inspektorat Pematuhan dan Pengiktirafan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, JPM, Putrajaya yang telah membuat lawatan dan mengadakan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di LADA ini.

Setahu saya sudah lama benar LADA tidak dibuat pemeriksaan sebegini... dan saya sendiri menyedari akan banyak kelonggaran-kelonggaran berlaku dalam aspek keselamatan jabatan ini sepanjang saya bertugas di LADA ini.  Kadang-kadang anggota-anggota LADA tidak sedar apa yang apa yang dibuat selama ini tidak menepati kehendak peraturan dan prosedur keselamatan jabatan. Jadi amat sesuai sangat pasukan ini datang membuat pemeriksaan dan membuat tegoran dan penambahbaikan...

Ya.. memang hasil dari inspektorat ini saya lihat banyak penemuan-penemuan telah dikenalpasti oleh pihak pasukan inspektorat ini dan saya pastinya mengambil berat akan tegoran ini dan akan cuba sebaik mungkin untuk membuat penambahbaikan dan pembetulan... Walau bagaimanapun seperti mana yang dimaklumkan oleh pihak Ketua Pasukan Inspektorat ini, secara keseluruhannya LADA masih lagi terkawal dari segi keselamatan perlindungannya dan tidaklah seterok seperti mana beberapa jabatan yang pernah mereka buat pemeriksaan

Secara ringkasnya analisa keseluruhan inspektorat pematuhan keselamatan perlindungan ini telah mengenalpasti 13 penemuan yang perlu diambil tindakan oleh pihak pengurusan LADA.. Dari 13 penemuan itu, 2  penemuan di Komponen Keselamatan Umum yang melibatkan semua bahagian,  5 penemuan di Komponen Keselamatan Fizikal yang melibatkan 8 Bahagian/unit, 5 penemuan di Komponen Keselamatan Dokumen yang melibatkan 14 Bhg/Unit dan 1 penemuan di Komponen Keselamatan Peribadi yang melibatkan semua Bahagian/Unit.. Saya telah mengenalpasti akan penemuan-penemuan itu dan akan cuba ditangani sewajarnya tertakluk kepada  perkara dibawah kawalan dan juga kemampuan kewangan.

Saya sendiri atas tegoran dari pasukan inspektorat ini telah menghadhiri kursus profesional keselamatan jabatan di ENSTEK untuk meningkatkan lagi kefahaman saya berperanan sebagai Pegawai Keselamatan Jabatan.. catatan kursus tu ada saya rekodkan dilink dibawah ini.. klik saja

https://semangatjatilada.blogspot.com/2020/02/keselamatan-tidak-bermusim-security.html?m=1

Pegawai Bahagian Inspektorat Pematuhan dan Pengiktirafan:

Hj Mazlan b. Abd Wahab
Pengarah Bhg Inspektorat Pematuhan dan Pengiktaran
Kanan a/l Nagappan
Pen Pengarah Bahagian Inspektorat Pematuhan dan Pengiktirafan
Noor Hanizam b. Baharudin

Pen. Pegawai Bahagian Inspektorat Pematuhan dan Pengiktirafan
Mohd Hazril b. Abd Hakim
Pembantu Keselamatan bahagian Inspektorat Pematuhan dan Pengiktiran