Sunday, June 24, 2018

Bengkel MS ISO 2015

Catatan.. Mohd Asri Redha..
Tarikh..  20. Mei 2018


Assalaamualaikum WRT .. sambong cerita lagi fasal MS ISO 9001:2015 : .. Walaupun LADA telah memperolehi Sijil MS ISO 9001: 2015 berkuatkuasa pada 00.00.00  tetapi terdapat tegoran-tegoran penambahbaikan kepada dokumen yang disediakan. dan juga ada keperluan kepada penambahan prosedur-prosedur baru yang perlu dimasukkan dalam dokumen MS ISO . Ini adalah kerana untuk memastikan sistem pengurusan kualiti yang disediakan ini menyokong halatuju strategik LADA dengan lebih meyeluruh dan lengkap. Antara penambahan  skop baru yang dicadangkan itu ialah
a. Prosedur Sewaan Rumah /Premis  -  rumah sewa, fasiliti / tapak dan penyelenggaraan infrastruktur pelancongan
b. Prosedur Mendapatkan Persijilan Semula Langkawi Unesco  Global  : Pelaksanaan Program dan Penilaian semula mendapatkan sijil  LUGG serta Prosedur Penyelenggaraan Produk Pelancongan,

Di samping itu prosedur Pengurusan Risiko telah dibincangkan dengan mendalam dan didaftarkan secara berdokumen umtuk skop yang baru itu dalam dokumen MS ISO 9001:2015.        disamping mengemaskinikan Daftar Pengurusan Risiko yang sedia.                                                                                                                                                                                                                                    Bagi melengkapkan dokumen-dokumen berkenaan maka satu Bengkel Pemurnian Dokumentasi ISO MS ISO 9001: 2015 telah diadakan dari 21 Mei hingga 23 Mei 2018 yang melibatkan semua bahagian-bahagian dalam LADA ini. Bengkel ini diadakan di Institut Pengurusan Peladang Langkawi. Perubahan-perubahan yang berlaku sebelum ini telah diambil kira dan dimasukkan dalam dokumen yang lebih kemaskini dengan semasa.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel ini walaupun dibuat dalam bulan puasa... Kerjasama yang diberikan keseluruhannya memuaskan dan juga kepada fasilitator yang tidak serik-serik datang ke LADA untuk membimbing menyediakan dokumen2 berkaitan hingga ia menjadi lengkap.. Beliau yang saya maksudkan itu ialah en Jaafar dari ... Sykt Emjay Consultant..

Ok.. itu saja catatan saya kali ini.. Lepas ni mungkin akan buat program inovasi dan kreativiti pula kut... Pelan Strategik Jabatan pun belum lagi lengkap...  apa-apapun semua program yang dirancangkan ini sebenarnya memerlukan kerjasama semua anggota LADA baik diperingkat atasan hingga diperingkat bawah... tanpa kerjasama dan kerja berpasukan tidak mungkin apa yang dirancangkan itu akan menjadi kenyataan.. 

Terima kasih...

Apa2pun TAHNIAH semua anak2 buah yg berusaha dengan bersungguh hati utk memperolehi sijil kualiti ini.. kekalkan kecemerlangan...

http://semangatjatilada.blogspot.com/2017/11/tahniah-pencapaian-terbaik-qualiti-iso.html?m=1













  








No comments:

Post a Comment