Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh ... 15 Okt. 2019
Hari ini punya cerita.. berlangsungnya Majlis Sambutan Penerbangan Sulung dari Doha ke Pulau Langkawi. Lebih kurang seramai 252 orang penumpang dibawa masuk melalui penerbangan sulung ini. Majlis pelancaran secara rasminya akan diadakan pada 16 Oktober 2019. Di dalam majlis sambutan pada hari ini, YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Utama Hj. Mukhriz Tun Mahathir, diiringi YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA , Peg Tertinggi Qatar Airways serta tetamu kehormat lain telah bersama-sama menyambut penerbangan pertama yang tiba sekitar jam 4.20 petang bagi meraikan semua penumpang dr pelbagai negara dalam penerbangan tersebut. Majlis turut diserikan dengan sambutan kalongan bunga , persembahan kebudayaan, lawatan bazaar traditional, geo produk serta gimik ukiran pasir oleh YAB Menteri Besar Kedah.
Sama2 kita berdoa semoga penerbangan seminggu 4 kali ini akan berterusan selamanya demi kemajuan industri pelancongan di Pulau Langkawi ini.. Bermula cetusan idea ni di pameran ITB Berlin, sembang2 santai dgn sahabat saya Dato' Muzammil Pengurus Negara Malaysia Brunei Qatar Airways sekembalinya saya dari pameran ITB Berlin awal tahun ini, akhirnya ia menjadi realiti hari ini... Kesediaan Qatar Airways untuk menjadikan Langkawi sebagai laluan pendaratannya secara tetap memberi 'media value' yg amat tinggi dlm konteks promosi pulau Langkawi ini di serata dunia. Terima kasih pada semua pihak terutama Team LADA, MAHB, Kraftangan Malaysia , Tourism Malaysia, team Qatar Airways.. dll agensi kerajaan serta swasta yg menjayakan program sambutan yg hebat ini...

No comments:
Post a Comment