Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 14 Disember 2019
Keeping Together is Progress , Working Together is Success
Assalaamualaikum WBT .. buat sahabat-sahabat yang amat mulia disisi Allah SWT. dan Selamat Pagi pada sesiapa sahaja yang melayari blog saya ini...
Saya doakan semua sahabat dalam suasana ceria dan sihat sentiasa..walau doa dan usaha kita sentiasa lakukan, tapi kalau Allah SWT hendak jadikan sesuatu pada kita ia tetap akan jadi juga.. itu ujian Allah pada kita sebagai hambanya.. kita kena terima seadanya akan ujian itu.. manusia tidak selamanya baik dan sempurna sahaja.. ada ketika2 diuji kita dengan bebanan yg samada berat atau ringan.. Itu akan menentukan setakat mana keimanan dan kesabaran kita menghadapi ujian2 itu.. tapi satu perkara yg kita harus ingat ialah kita jangan sekali2 menyalahkan takdir Allah SWT ini. Terima seadanya.. kerana penamat kepada ujian Allah SWT ialah kematian yg mana setiap orang pasti akan menghadapinya..
Hari ini saya menulis dari sebuah kem latihan yang seringkali digunakan untuk mengadakan kursus-kursus yang berbentok ketahanan diri dan ketahanan mental.. Nama kem ini ialah Kem Paya Pahlawan di Jitra Kedah... dan sejak hari Khamis lalu hingga hari ini (Sabtu) LADA telah mengadakan kursus 'Team Building' Untuk Pegawai-Pegawai P & P. Sengaja diaturkan ditempat-tempat latihan seperti ini bagi menyesuaikan dengan keperluan kursus yang tidak memberikan banyak sangat kesenangan dan kemudahan kepada para peserta.. Selama ini banyak dibuat di hotel-hotel yang senang segala macam kat situ.. tidak ada rasa kesusahan sedikit pun..tapi kali ini nama pun kursus Team Building LADA 2019, maka sesuai sangat diadakan di Pusat Latihan ini yang dimiliki oleh MBi (Menteri Besar Incorporation). Sekurang-kurangnya dapat juga membantu anak syarikat negeri Kedah ini dari segi penjanaan pendapatan MBi dan juga mempromosikan kem latihan ini kepada lain-lain syarikat dan agensi kerajaan.
Cumanya satu perkara yang menjadi persoalan saya, anak-anak buah ni datang kursus, makan patut lebih kurang saja , sesuai dengan konsep nak bagi sedikit ketidakselesaan tu. Tapi makanan yang disediakan oleh kem, sedap2 pula walaupun simple sahaja penyediannya... mungkin makcik makcik kampong masak kut.. Cadangan awal tu, nak bagi makan cara 'survival' sahaja sepertimana mereka masak dalam hutan.. Itupun masakan dalam hutan tu mereka hentam makan tak kisah.. habis juga .... risau saya tengok selera makan anak-anak anak buah saya ni...
Dalam mana-mana organisasi tidak kira siapa ahlinya samada diperingkat pengurusan atasan, pertengahan dan bawahan setiap ahli perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah bermutu tinggi dan memberi kesenangan kepada pelanggan yang berurusan.Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja yang mantap perlu diwujudkan dalam organisasi tersebut. Dalam konteks penulisan saya tentunya Lembaga Pembangunan Langkawi.
Kaedah menggunakan aktiviti-aktiviti dan 'games' yang dijalankan sebagai 'tools' dalam sessi latihan ini memang amat berguna. Setiap peserta akan melalui pengalaman-pengalaman berbeda didalam setiap aktiviti yang diaturkan. Dari situ mereka akan dapat pembelajaran dan pengajaran yang lebih dikenali sebagai ''learning by doing' atau 'fun learning' dengan lebih seronok dalam menjalani latihan. Selepas berakhir aktiviti dan games yang ditetapkan, setiap peserta akan mengulas , mengupas dan menyatakan akan apa yang mereka belajar dari aktiviti tersebut,.
Saya berharap semua anak-anak buah saya ini akan mempunyai semangat baru selepas menghadhiri kursus ini dan memberi perkhidmatan terbaik ditempat kerja dan juga kepada masyarakatnya. Saya berharap peserta akan lebih memahami bahawa setiap orang adalah penting dalam LADA, juga memahami bagaimana personaliti, jantina dan budaya serta pendidikan mempengaruhi pemikiran, emosi dan cara kerja.
Disebabkan itulah pengurusan LADA amat berharap dengan menjalani kursus ini ianya akan membentuk satu budaya kerja yang sihat dikalangan semua peringkat pengurusan untuk mencapai produktiviti cemerlang. 'Bekerja Dalam Semangat Berpasukan' adalah tema utama kursus ini. Pendedahan kepada konsep tolong menolong, bantu membantu antara satu sama lain adalah nadi kepada kursus team building. Saya juga berharap peserta akan dapat membentuk sikap suka kepada kerja, bertanggungjawab, berdisiplin, pekerja yang kreatif, inovatif, dan berani mengeluarkan idea bagi mencapai hasrat organisasi serta membina karektar diri terbaik segala aspek yang membolehkan orang memberi kepercayaan apa yang kita buat.
Saya tidaklah hendak menceritakan apa aktiviti-aktiviti yang dilakukan, cukuplah sekadar gambar yang dipaparkan menjelaskan segalanya. Sebenarnya ada beratus-ratus 'games' dan aktiviti yang boleh diambil untuk tujuan 'team building' ini. Cubalah 'search' dalam internet... macam-macam ada.. cuma pandai-pandailah memilih yang mana sesuai dan memberi impak yang terbaik kepada peserta dan juga mengikut keperluan organisasi itu sendiri.
Saya sendiri amat berbangga dengan penglibatan anak-anak buah saya dalam kursus ini . Saya sendiri sebenarnya rasa bahagia dapat bersama-sama mereka mengikuti kursus dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang diaturkan walau tidak semua disebabkan masalah kesihatan saya... tapi saya rasa sebagai pegawai diperingkat pengurusan atasan, amat perlu saya hadhir melihat sendiri perjalanan aktiviti ini dan dapat menyelami sendiri akan apa yang berlaku dan banyak input-input saya dapat bila bersama anak-anak buah saya ini.. Saya juga dapat merasakan anak-anak buah rasa dihargai bila pengurusan atasan mereka dapat bersama bergaul mesra dengan mereka..
Boleh dikatakan peserta semua mengambil bahagian dalam aktiviti yang disusun ator, walaupun ada yang pada mula-mula tu rasa takut-takut tapi akhirnya berjaya mengatasi ketakutan .. apatah lagi ketakutan dalam kegelapan, ketakutan kepada air, ketakutan kepada ketinggian.. Begitu juga kreativiti peserta terserlah bila diminta membuat sesuatu tugasan walaupun dalam tempoh masa yang terhad dan kekurangan serba serbi.. Inilah yang hendak tonjolkan dalam kerja seharian di pejabat.. Kadang-kadang kita punya sumber yang amat terhad seperti kekurangan peruntukan, kekurangan sumber manusia, dan kekurangan segala macam, tetapi kerja atau produk perlu disiapkan juga.. Di sinilah terletaknya kreativiti dan inovasi anak buah ditekankan untuk mengatasi masalah-masalah yang muncul tersebut.
Tahniah kepada semua peserta ..
Ok, saya permisi dulu, jumpa lagi
Catatan kursus team building LADA tahun 2018 yang lalu di Sedim, Kulim... klik saja kat bawah tu ..
https://semangatjatilada.blogspot.com/2018/08/team-building-lada-2018-mencabar-diri.html

No comments:
Post a Comment