Monday, April 10, 2017

IRONMAN LANGKAWI 2017 .. The Toughest Show On Earth

Catatan : Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Tarikh:  04.04.2017


Gambar-gambar yang saya paparkan ini merupakan aktiviti-aktiviti saya semasa bertugas di Pejabat Daerah Langkawi pada tahun 2007 dulu..  Hari ini saya kembali lagi ke Langkawi setelah 10 tahun berlalu dengan pekerjaan saya di Lembaga Pembangunan Langkawi pula. Siapa sangka ya..  boleh datang kembali. Hasrat tu memang tak mahu kembali lagi dah ke Langkawi, 3 tahun bertugas disini rasanya sudah mencukupi, ada  lagi daerah-daerah yang belum lagi saya bertugas dalam negeri Kedah. Hasrat hati nak pecah rekod Pegawai Tadbir Negeri yang bertugas di seluruh daerah di negeri Kedah, Nampaknya hasrat itu tidak kesampaian kerana ada 3 daerah lagi yang saya belum pernah bertugas iaitu di Daerah Pendang, Baling dan Padang Terap.

Dibawah ini gambar-gambar yang saya ambil 10 tahun lalu, dimana saya bertindak sebagai penyelaras program IRONMAN Langkawi waktu itu. Waktu itu tidak banyak belanja dikeluarkan untuk mengadakan program IRONMAN Langkawi yang bertaraf antarabangsa ini.. Pejabat Daerah Langkawi hanya bertindak sebagai penyelaras kepada semua agensi yang ada didaerah Langkawi agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Dalam lain kata Pejabat Daerah bertindak sebagai pemudah cara kepada pelaksanaan event yang hebat ini. Belanja pun tidak banyak digunakan, kerana setiap jabatan hanya guna bajet sendiri sahaja. dengan sedikit bantuan dari Kerajaan Negeri. Yang lainnya banyak ditanggung oleh pihak penganjur waktu itu dan semuanya berjalan dengan begitu lancar dan meriah sekali

Tahun ini IRONMAN LANGKAWI 2017 kembali lagi dengan versi yang baru dan berlainan dengan program yang saya terlibat dulu.. Dalam tempoh 10 tahun selepas itu saya jarang mengikut sangat akan aktiviti IRONMAN LANGKAWI ini dan tak pernah dijemput pun utk apa-apa event sepanjang program itu..  Jadi saya agak ketinggalan sedikit akan perkembangan IRONMAN LANGKAWI.

Walau bagaimanapun melalui perbincangan awal berkenaan IRONMAN LANGKAWI ini baru saya tahu rupanya LADA telah terlibat secara langsung akan program IRONMAN LANGKAWI sejak beberapa siri event ini yang diadakan di Langkawi  ini dengan melibatkan perbelanjaan yang agak besar juga..

Apa yang penting penglibatan secara langsung acara IRONMAN LANGKAWI 2017 ini oleh LADA adalah untuk menggunakan kesempatan ini bagi memperhebatkan lagi promosi Pulau Langkawi Permata Kedah ini sebagai satu destinasi Pelancongan yang terbaik dunia. Memandangkan IRONMAN LANGKAWI ini mendapat liputan yang begitu meluas diseluruh dunia sudah tentu ianya akan menyebabkan ramai pelancong mengetahui akan Pulau Langkawi dan merasa teringin untuk bercuti di Langkawi ini. Itulah yang diharap2kan.  Untuk semata-mata membuat promosi secara terus  sememangnya telahpun dibuat oleh LADA tetapi melalui acara seperti ini yang begitu meluas sebarannya maka ianya akan menambahkan cara kreatif dan inovasi LADA untuk mempromosikan Pulau Langkawi Permata Kedah ini.

Jadi ambil ingatan tarikh ini dan jangan lupa datang menonton dan melihat sendiri orang-orang yang benar gagah dan tahan lasak tahap dunia ini berentap di Pulau Langkawi ini..

  • Date: 11 November 2017
  • Location: Start - Pantai Kok
  • T1 - Pantai Kok
  • T2 - MIEC
  • Finish Line - Meritus Pelangi Beach and Spa Resort
  • Total Participant : Average 1500 pax
  • SWIM  : 3.8 km
  • BIKE   : 180 km
  • RUN    : 42 km
  • Aktiviti lain : Half IRONMAN LANGKAWI 70.3 dan IRONKIDS LANGKAWI
  • Penganjur Event : World Endurance Malaysia Sdn Bhd : C.G Lim :General Manager and
  • Helen Corry -Assistant Manager                                                                                                                                                                                                            
  • Maklumat lanjut dan perkembangan terkini akan saya berikan dari masa ke semasa

Gambar-gambar dibawah ini adalah gambar sejarah lama sewaktu saya di Pejabat Daerah Langkawi dulu... 

Mohd Asri Redha (KPPD - P) Langkawi sedang menyampai
kan hadiah kepada salah seorang pemenang yg telah berjaya
menghabiskan acara tst dibawah 17 jam.. kecik saja orangnya



Peminat kecil ini sedang bersalaman dengan salah
seorang orang kuat ini...









No comments:

Post a Comment