Monday, April 10, 2017

Indahnya Muamalat Mengikut Syariat

Catatan.  Mohd Asri Redha
Tarikh..  04 April 2017


Assalaamualaikum wbt..  dan Selamat Sejahtera.. buat pembaca blog baru saya ni.

Hari ini ada sedikit catatan berkenan aktiviti saya hari ini. Aktiviti yang dianjurkan ini amat penting dan berguna kepada anggota LADA termasuk saya sendiri yang serba kekurangan ini, dalam memberi satu pengetahuan yang amat berkaitan dengan kehidupan kita sebagai orang Islam . Hari ini LADA menganjurkan satu ceramah menarik bertajuk "Indahnya Muamalat Mengikut Syariat Islam".. Ianya disampaikan oleh Imam Muda Hassan, seorang imam muda yang dihasilkan melalui program realiti Astro Aosis. Ramai imam-iman muda yang berketrampilan dan menarik ceramah-ceramah mereka dihasilkan melalui program ini. Imam Muda Hassan adalah salah seorang darinya. Sebelum itu Saudara Ismail Taib Pengurus Kanan Bahagian Perbankan Pengguna BIMB telah memberikan ceramah2 yang berkaitan urusniaga-urusniaga dan produk-produk berkaitan mengikut syariah Islam yang dilaksanakan oleh BIMB.


Menarik utk saya coret2kan disini agar ia menjadi sesuatu yg berguna sebagai panduan dlm menjalani kehidupan dunia dan akhirat..

Islam itu ada AKIDAH, ada SYARIAT dan ada AKHLAK
Dalam aqidah ada tauhid dan usuluddin, Dlm syariat pula ada ibadat dan muaamalat umum.  .
Fasal apa kita bermuamalat cara Islam.. kerana tidak mahu berlaku kecurangan dlm hidup manusia dan meletakkan manusia ditahap tertinggi serta mendisiplinkan manusia mencari rezeki halal utk jamin kebaikan dunia dan akhirat.



Allah SWT lebih tahu apa dia buat..  kenapa kita perlu persoalkan setiap larangan Allah SWT.. Samalah dengan larangan riba tu..

Cara seseorang solat itu juga  blh menggambarkan peribadi seseorang..

Rezeki kita Allah SWT yg bagi.. kita berusaha sahaja.   ZUHUD org yg benar-benar faham fasal Islam.. mengambil contoh seorang yang menggunakan kereta mewah ferari dengan seorang yang menggunakan kereta biasa sahaja. Tapi kemewahan yang ada digunakan untuk kebaikan dan jalan menuju Allah SWT , maka itu lebih baik berbanding ada kereta Kancil sahaja tapi digunakan untuk pergi pasar malam dengan meninggalkan sembahyang dan ibadat ibadat tertentu. Seorang yang zuhud menerima sesuatu ketentuan Allah yang berlaku pada dirinya diterima seadanya tanpa  dipersoalkan . Terima seadanya dan berusaha lagi jika apa yang dihajati tidak tercapai. Keindahan Islam kerana KEADILANnya.. Faham konsep IKHLAS..  baru nampak indahnya muamalat dalam Islam.. Riba blh merosakkan kehidupan manusia sejagat dan jelas hukumnya adalah haram. Kita ada pilihan. Maka pilihlah yang tidak merosakkan diri kita.. Kalau ada dapat apa-apa faedah atau  dalam akaun biasa kita dibank2 konvensional  salurkanlah ia pada tabong yang diujudkan kerajaan  khusus untuk tujuan itu.. yang boleh digunakan balik untuk kemashalahatan ummah.


Semoga dari ceramah yang disampaikan ini akan memberi perubahan besar dari segi tindakan susulan apa yang sedang digunakan oleh para hadhirin sekalian termasuklah diri saya sendiri..  Ada lagi akaun-akaun yang konvensional yang dok pakai... Dok pakai sejak dari mula kerja lagi..  macam tu la.. Sekurang-kurangnya kalau tak tukar ke Bank Islam pun tukarlah akaun tersebut ke akaun yang berlandaskan syariah yang kebanyakan kaunter bank komersial sekarang ini ada menawarkannya. Tapi saya memang ada akaun dengan Bank Islam sejak sekian lama. Nampaknya nak kena aktifkan balik sebab BIMB pun sudah semakin canggih dan produk-produknya punya sudah bertaraf internasional dan diterima diseluruh dunia.

 Nota ingatan : Ismail Taib , Senior Manager , Sales Management Client Relations Consumer Banking Division BIMB.. 0193394878

No comments:

Post a Comment