Tuesday, May 23, 2017

Tahniah.. Jadikan Diri Anda Asset Yang DiHargai Bukan Sebaliknya


Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh...  22 Mei 2017

Assalaamualaikum wbt..  Selamat Siang..  Hari ini sejok sekali..  Hujan pula ditengahari ini..  Duduk saja buat kerja kat opis yg tersergam besar ini setinggi 8 tingkat.  Yang menjadi kerisauan saya bila hujan lebat mcm ini..  tiris sana tiris sini kat bangunan ni.. mungkin fasal lama sangat dah kot bangunan ini atau pembuatan yg tidak sempurna masa pembinaan dulu...  tanggungjawab saya sekarang hendak mempastikan isu2 kebocoran ini dpt diselesaikan segera.. kalau tidak susah nak buat kerja dan imej LADA jadi kurang elok sikit..

Pagi tadi berkesempatan bertemu dengan kakitangan baru LADA yang baru melapor diri beberapa minggu yang lalu. Sengaja diaturkan sessi ini untuk saya kenal lebih dekat lagi dengan anggota-anggota baru yang menjadi ahli keluarga LADA ini. Semua mereka ini akan disuaikenalkan dulu dengan organisasi LADA ini, terutama bahagian-bahagian yang ada dan tanggungjawab masing-masing sebelum memulakan tugas sebenar mereka. Pengetahuan berkenaan keseluruhan perjalanan operasi LADA adalah perlu kerana ia saling kait mengait antara satu sama lain.  Saya hanya mengambil kesempatan mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada mereka semua yang telah berjaya menjawat baru di LADA. Dalam keadaan begitu ramai orang diluar sana yang sedang mencari kerja, bagi yang mendapat kerja hari ini adalah merupakan satu nikmat yang tidak terhingga dan seharusnya disyukuri akan apa yang diperolehi sekarang ini.

Sebagai seorang kakitangan baru saya menasihatkan agar kekalkanlah disiplin yang tinggi dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Di samping itu kerja janganlah berkira dan semangat kerja berpasukan hendaklah diamalkan. Bantu membantu sesama rakan setugas amatlah penting dalam memastikan pelanggan yang berurusan mendapat kepuasan. Setiap kakitangan perlu mempunyai sikap mahu belajar dan proaktif dalam kerja.

Banyak isu-isu dan masalah yang berlaku dalam jabatan adalah disebabkan oleh kelemahan anggota baik samada diperingkat atasan mahupun bawahan. Kelemahan itu boleh dalam bentuk kecuaian, lambat melaksanakan tugas, tidak peka dengan keadaan sekeliling, kesilapan-kesilapan yang dibuat dalam membuat keputusan dan tindakan, tidak berintegriti, gagal membaca  membaca kemungkinan-kemungkinan yang tidak baik berlaku hasil tindakan atau keputusan yang diambil dan segala macam kelemahan lagi.

Pada pegawai-pegawai yang mempunyai kelulusan tinggi seperti mempunyai diploma atau ijazah sedangkan jawatan yang disandang lebih rendah kelayakannya, saya menasihatkan jangan kedekut dari segi ilmu dan tenaga serta masa. Tunjukkan kehebatan kita bekerja dengan terbaik melebihi dari sepatutnya dan bantu rakan-rakan atau ketua bahagian dengan menawarkan diri untuk kerja yang agak rumit . Ini semua merupakan satu peluang untuk menunjukkan kebolehan diri dan mana tahu kemungkinan-kemungkinan dimasa hadapan ada peluang memohon yang jawatan yang lebih tinggi grednya maka disinilah pentingnya kejujuran dan kelebihan anggota dinilai berdasarkan kerja buatnya sebelum ini. Tidak ada ruginya kita membuat kerja melebihi sepatutnya samaada masa, tenaga, wang ringgit dan bebanan kerana apa yang dibuat itu dikira sebagai ibadat dan ada ganjaran yang lebih besar diakhirat nanti. Jadi kenapa kita merasa rugi bila melakukan itu semua. Yang penting adalah anggota kena seronok bila datang ke pejabat, rasa bahagia bila berada dipejabat , bukan sebaliknya.

Jadikan diri aset yang berguna kepada LADA bukan aset yang sesiapa pun tidak mahu bila mendengar nama kita.

Oklah .. rasanya cukup sampai kat sini, kalau nak cerita apa lagi yang saya dok leterkan tu banyak lagi tapi memadai sekadar coretan-coretan  santai sambil-sambil buat kerja saya..





No comments:

Post a Comment