Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 01 Jun 2017, 8 Jun 2017 dan 11 Jun 2017
Assalaamualaikum wbt dan Selamat Berpuasa buat pembaca blog yg tidak jemu2 membaca catatan saya atau pengunjung2 yg tersesat masuk ke 'address' blog saya ni.. tak kira lah baca ka.. tak baca ka.. saya tak kisahpun bukan ada cerita sensasi pun.. sekadar cerita2 biasa aktiviti jabatan saya saja untuk direkodkan dan tentunya utk aktiviti saya juga.. Sebab itu gambar saya kena ada dalam setiap tulisan saya.. jangan cemburu yaa..
Biasalah kan dalam bulan Ramadhan yg amat mulia, pelbagai aktiviti2 mulia dan ibadat begitu banyak dan rancak diadakan.. Itu bagi yang mengerti akan bulan Ramadhan dan apa kesan terbaik pada diri kita.. Allah SWT telah janjikan pelbagai kebaikan yg berlipat kali ganda dari amalan mulia dan ibadat yg kita laksanakan di bulan Ramadhan ini.. Seminggu sebelum masuk bilan Ramadhan.. kita dengar mcm ceramah, khutbah, tazkirah dan segala mcm bentok dr ustaz2 yg mahir bercerita berkenaan kedatangan bulan Ramadhan dan kebaikan2 yg kita dapat.. Jadi x perlulah saya cerita panjang fasal kebaikan2 itu..
|
Tazkirah Ramadhan oleh Sheikh Usamah dari Pejabat
Agama Daerah Langkawi |
Itu bagi yg mengerti dan memahami.. tapi bagi yang tak mau mengerti dan tak memahami, kedatangan Ramadhan amat memeritkan mereka. Orang berduyun-duyun ke masjid dan surau utk beribadat wajib dan sunat yang sangat dituntut, mereka mcm tidak kisah sangat.. Puasa sekadar memenohi tanggungjawab.. utk berusaha menambahkan keuntungan lagi tidak rasa langsung.. dgn harapan bila tua2 nanti boleh pulun buat.. ingat ya mati tidak tunggu dah aih.. tua2 nanti belum tentu blh buat berganda dgn segala mcm keseronokan dunia yg datang dan segala mcm aktiviti yg datang. Bila2 masa sahaja kita boleh direntap nyawa kita oleh Allah SWT.. Itu kira mahu puasa juga, kalau tak puasa , susah mau cakap apa nak jadi orang macam tu. Ok lah panjang pula intronya...
|
Tuan Ahmad Zaini Zaba'i sedang menyampaikan sumbangan
barangan dan wang untuk perbelanjaan harian kepada warga
yang kurang berkemampuan.(Masjid Al Ehsan Kg Temonyong)
|
Saya nak cerita tu sikit saja.. iaitu fasal
Program Jelajah Ramadhan Anjuran LADA ini sepanjang bulan puasa ni..
Pogram ini diadakan setiap tahun. Tahun ini dalam bulan Ramadhan ini LADA telah memilih 3 buah masjid sekitar Pulau Langkawi iaitu di Masjid Al Ehsan Temonyong ., Masjid Yooi, (08.06.17) dan Masjid Al Falah di Selat Bagan Nyior (11.06.17) .Pihak anak syarikat LADA juga turut membantu menjayakan majlis yang amat bermakna ini.
Hari ini diadakan majlis berbuka puasa bersama anak2 kariah masjid Al Ihsan Kg Temonyong.
|
Dato' KPE dan YB Norsaidi ADUN Kuah sedang menyampaikan sumbangan kepada warga
Kg. Selat Bagan Nyior Pulau Dayang Bunting
|
Bersempena majlis ini diadakan juga penyampaian bantuan yg bersesuaian kepada yg mereka yang kurang berkemampuan berjumlah 35 orang yang dipilih disekitar kariah Masjid Al Ehsan ini. Adalah diharapkan dengan sedikit sumbangan ini akan dapat membantu sedikit sebanyak keperluan harian mereka. Majlis diserikan lagi dgn tazkirah oleh Tn Sheikh Usamah dari Pejabat Agama Daerah Langkawi. Antara isi kandungan tazkirah Tn Syeikh USamah yang sempat saya catatkan ialah berkenaan kelebihan-kelebihan di bulan Ramadhan dan sarananya supaya umat Islam lebih banyak bersedekah dan menjamu orang makan berbuka puasa, kurangkan kata2 yg tak berkeperluan.. suka berbuat baik, qiyamullail, lafaz syukur selalu dengan nikmat yg Allah berikan amat banyak dan pertingkatkan ibadat2 wajib dan sunat di bulan yang mulia ini. Terlalu banyak pahala-pahala yang Allah SWT buka untuk umat Islam memperolehinya.
|
Tiga tokoh ni sabar menunggu waktu untuk berbuka puasa di Masjid Al Falah, Selat Bagan Nyior |
Ok, itu saja hari ini.. Nanti saya cari cerita lain pula akan aktiviti-akviti saya di sini..Yang kg2 lain saya x cerita dah sekadar letak gambar2 saja.. gambar saja sudah menceritakan segala-galanya. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Sumbangan LADA ini merupakan sumbangan rakyat kepada rakyat
|
Takzkirah Agama di Masjid Al Falah Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting |
|
Gotong Royong penduduk kampong Yooi dengan pihak LADA dalam menyediakan bubur kanji istimewa di
Masjid Kg Yooi, Langkawi dalam Program Jelajah Ramadhan LADA.
|
|
Sumbangan Ramadhan dan bubur lambuk kepada pesakit2 di Hospital Langkawi
oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA
|
|
Di Wad Kanak-Kanak Hospital Langkawi : Ybhg Dato KPE sedangkan menyampaikan sumbangan kepada
pesakit kanak-kanak. sempena Program Jelajah Ramadhan LADA
|
|
Ybhg Dato' Hj Azizan Ketua Pegawai Eksekutif menyampaikan sumbangan benda dan wang kepada
penduduk kariah Masjid Yooi Langkawi yang kurang berkemampuan selain mengadakan
Majlis Berbuka Puasa di masjid tersebut
|
TV1 ada menyiarkan akvititi Jelajah Ramadhan
LADA 2017