Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 05 Jun 2017
Tarikh : 05 Jun 2017
Satu majlis berbuka puasa diadakan di Restoren Seashell Chenang, Laman Padi Langkawi pada 05 Jun 2017. bagi meraikan pihak Media Langkawi yang begitu banyak membantu pihak LADA dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti LADA dan segala macam aktiviti-aktivi di Pulau Langkawi ini.. Adanya pihak media ini akan memberikan berita-berita semasa yang mudah dicapai oleh rakyat seluruh negara dan fakta yang diberikan lebih tepat dan benar.
Kepentingan pihak media ini memang dihargai oleh pihak LADA sejak dulu lagi dan sebab itu LADA menjadikan pihak media ini sebagai rakan strategic yang amat amat dekat dengan LADA. Semoga perhubungan yang baik ini akan memberikan kebaikan kepada semua pihak demi kesejahteraan penduduk Pulau Langkawi Permata Kedah ini. Sebagai sebuah pulau pelancongan yang terkenal sudah tentu penyebaran berita-berita aktiviti ini amat diperlukan dalam memastikan setiap pengunjung yang hendak datang melawat pulau Langkawi ini tahu akan acara-acara yang bakal diadakan di Pulau Langkawi ini disamping dapat mengetahui maklumat-maklumat tempat pelancongan yang seringkali dipaparkan dalam media-media juga amat berguna kepada mereka.
Ybhg. Dato Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah sudi untuk meraikan semua pihak media yang terdiri dari media cetak dan media elektronik disamping menyampaikan sumbangan cenderamata untuk wakil-wakil media yang hadhir.
No comments:
Post a Comment