Catatan.. Mohd Asri Redha
Tempat.. Mahsuri Int. Exhibition Centre (MIEC), Sekitar Pulau Langkawi dan Oriental Village
The Royal Langkawi Classic Car Show : 21 - 25 April 2017
Assalaamualaikum wbt... Selamat Siang..
Apa kata kali ini saya cerita pula fasal hobi orang kaya2.. Saya kata begitu kerana kalau orang itu tak kaya dia takkan terlibat dlm hobi2 yg melibatkan perbelanjaan yg besar.. Hobi yg saya maksudkan ialah memiliki atau mengumpul kereta2 klasik dan kereta antik.. Memang geram tengok kereta2 klasik ni , teringin nak pakai juga tapi apakan daya.. kata orang maintenance terlalu tinggi.. Sekurang-kurangnya kena bagi bergerak juga kereta tu.. Kalau tak bergerak langsung, tak ada makna juga walau nampak elok..
LADA terpanggil untuk mengadakan event ini atas faktor pelancongan. Target group ialah kepada peminat-peminat kereta klasik samada yang memiliki kereta klasik dan juga kepada peminat-peminat sahaja. Peminat sahaja ini mungkin tidak berkemampuan untuk memilikinya tetapi berminat untuk melihat dan menghayatinya.. Itupun dikira ok dah tu..
Satu aspek penting dalam penjenamaan semula Pulau Langkawi Permata Kedah sebagai pulau pelancongan antarabangsa terkenal ialah bagaimana pulau ini dipromosikan. Ini adalah salah satu kaedah promosi yang memberi tumpuan kepada orang-orang berada terutama dari luar negara yang apabila menyedari dan mengetahui yang Pulau Langkawi sendiri ada event berkenaan Pamiran Kereta2 Klasik ini. Ini merupakan satu tarikan untuk mereka datang melancong ke Langkawi untuk melihat keunikan pamiran kereta klasik ini dan sudah semestinya akan ada lawatan-lawatan ketempat lain seterusnya. Untuk mengumpulkan lebih dari 60 buah kenderaan klasik dan lama bukan mudah kerana ianya melibatkan urusan-urusan logistik yang agak rumit dan berisiko. Walau bagaimanapun semua itu telah dapat ditangani oleh LADA dengan sempurna. Acara ini dan telah mendapat sentuhan diraja dengan lawatan dan perasmian oleh DYTM Tunku Puteri Intan Safinaz, Tunku Temenggong Kedah .

No comments:
Post a Comment