Tarikh: 12 Julai 2017
Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Assalaamulaikum WRT.. Selamat Sejahtera
Apa khabar semua sahabat-sahabat blog saya?.. Masih lagi ada dalam 'mood' raya lagi ka.. memangpun , tadi pergi rumah terbuka Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, kelmarin rumah terbuka Muafakat Kedah Daerah Langkawi. Besok bahagian-bahagian dalam opis saya pun buat jamuan raya.. jenoh makan.. Lagi tak habis sebulan, kerja makan.. ini yang tak bagusnya pada tubuh badan yang dah berumur ni.. yang bagusnya bulan ni makan makanan lazat-lazat tapi free pula... nak berpantang sikit-sikit pun tergoda juga dengan segala macam makanan tu, lebih-lebih lagi dengan daging kambing panggang....
Oklah , terlajak cerita pula fasal makan-makan ni.. maklumlah raya kan sebulan.. Sebenarnya saya ni lama juga tidak menulis dalam blog ini, kesibukan yang sengaja dicari, sampai tak perasan lama juga tidak menulis dalam blog.. Menulis ni kena buat juga , kerana kalau tidak ianya akan memandomkan fikiran dan membekukan pemikiran kita. Otak tak mau berputar ligat untuk berfikir dan memercikkan idea-idea untuk menulis...
So, hari ini saya nak menulis fasal apa ya.. saya rasa elok saya cerita fasal aktiviti-aktiviti saya lah kat Langkawi ni.. Kebetulan semalam saya menghadiri majlis sambut pelancong-pelancong dari negara China ke Pulau Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.. Pukul 12.30 tengah malam dok melangut kat Airport tunggu 'flight' penerbangan terus dari Guangzhou China ke Pulau Langkawi tiba.
Sebenarnya untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan terkenal tidak semudah yang dikata. Banyak cara dan pendekatan kreatif perlu difikirkan dan dilaksanakan. Tidak ada gunanya jika Pulau Langkawi ini mempunyai pelbagai produk pelancongan menarik jika ianya tidak diketahui oleh orang luar.
Pulau Langkawi perlukan pelancong luar untuk mengerakkan ekonomi di Pulau ini. Produk-produk yang segala macam jenis yang ada dipulau ini perlu dieksploitasikan sepenuhnya agar ianya memberi hasil yang maksima kepada rakyat di Pulau Langkawi ini.
Salah satu cara untuk menarik minat pelancong datang melawat Pulau Langkawi ini ialah melalui menyediakan penerbangan tetap dan terus dari mana-,mana destinasi seluruh dunia ke Pulau Langkawi ini. Sebenarnya bukan mudah untuk memujuk dan mendapatkan persetujuan syarikat-syarikat penerbangan dalam dan luar negara untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi tetap mereka. Kerana mempunyai kriteria-kriteria yang ketat sebelum memulakan operasi ke destinasi baru.. Di sinilah LADA telah memainkan peranannya dalam mengadakan perbincangan dan urusniaga yang agak kompleks dengan pelbagai syarikat penerbangan dunia ini..
Berita TV1
https://youtu.be/SfoPwEGQtCQ
Alhamdulillah semalam merupakan detik bersejarah bagi Pulau Langkawi ini dimana LADA telah berjaya menarik minat syarikat penerbangan Southern China Airlines untuk mengadakan penerbangan terus sebanyak 3 kali seminggu dari Guangzhou China ke Langkawi dan sebaliknya. Ini merupakan kejayaan terbesar juga pada saya kerana kesusahan untuk nak meyakinkan syarikat-syarikat penerbangan , tapi pada akhirnya mereka boleh menerimanya. Sudah tentu mereka telah membuat kajian pasaran yang lengkap sebelum membuat keputusan untuk mengadakan penerbangan terus ke Langkawi dari Guangzhou. Ini membuktikan bahawa Pulau Langkawi amat berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan terutama kepada pelancong-pelancong dari China ini. Ini sedikit sebanyak memberi imej yang baik kepada Pulau Langkawi ini. Saya berharap operasi ini akan berterusan selama-lamanya.
Dalam tahun 2016 sejumlah 176,000 pelancong China telah melawat Pulau Langkawi dan saya berharap dengan adanya penerbangan tetap dan terus dari Ghuangzhou ini akan dapat melonjakkan lagi kedatangan pelancong China ke Pulau Langkawi.
Sebab itu kedatangan pertama kali flight Southern China Airlines ke Langkawi ini , LADA telah mengaturkan sambutan yang menarik kepada pelancong-pelancong China yang datang dengan flight tersebut. Walaupun sambutan tu waktu tengah malam tapi ramai VVIP yang hadhir untuk sambutan tersebut. Antara yang dapat meluangkan masa hadhir ialah YB Dato Hj Mohd Rawi Ahli MMK Negeri Kedah, En. Wu Jun The Chinese Consulate General in Penang , Tn Hj Isahak Murat Pegawai Daerah Langkawi, YB Nor Saidi Hj Nayan ADUN Kuah, en Eric Wang Pengurus BEsar China Southern Airlines , Pegawai-Pegawai Kanan LADA dan pemimpin-pemimpin tempatan.
http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.php?id=1371388&cat=nt
http://m.themalaymailonline.com/travel/article/langkawi-to-expect-a-rise-in-number-of-tourists-from-china
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/07/11/airasias-shenzhen-langkawi-route-starts-aug-9/
Salah satu faedah terbesar kepada Pulau Langkawi apabila penerbangan terus ke Langkawi ini ada ialah ianya akan membuka mata kepada lain-lain syarikat penerbangan untuk melihat akan potensi Pulau Langkawi sebagai sebuah Pulau Pelancongan terkenal yang boleh membawa keuntungan kepada Syarikat Penerbangan . Sudah tentu mereka juga akan mempromosikan keunikan dan keindahan Pulau Langkawi ini kepada rakyat negara mereka dalam usaha untuk menggalakkan mereka menggunakan pesawat mereka untuk datang ke sini. Ini secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada usaha-usaha promosi yang dilaksanakan oleh LADA sendiri.
In Sya Allah akan ada lagi beberapa penerbangan terus yang akan menyusul selepas ini hasil dari perbincangan-perbincangan berterusan LADA dengan syarikat-syarikat penerbangan samada dalam negara atau luar negara. Perlu difahami bahawa apa yang dibuat oleh LADA ini tidak memberi impak yang besar kepada LADA tetapi ia memberi impak positif yang besar kepada Pulau Langkawi ini dan Kerajaan Malaysia sendiri. Ini kerana kedatangan pelancong dari luar negara memberikan kesan yang baik kepada ekonomi negara melalui pertukaran wang asing yang dibawa masuk ke Malaysia dan perbelanjaan-perbelanjaan yang dibuat oleh mereka tanpa kita membawa keluar dari Malaysia untuk menjual produk-produk kita kepada mereka.
Ok itu saja cerita saya kali ini.. kita jumpa lagi .. sudah masuk waktu maghrib , sambil dok menaip tadi sambil dok tengok cerita drama 'Pinggan Tak Retak , Nasi Tak Dingin'.. dah mula tengok dah jadi syok pula nak tengok kesudahannya... permisi dulu ya.. selamat solat.
http://www.thelondoneconomic.com/travel/reach-malaysian-paradise-400-new-routes/12/07/
Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Assalaamulaikum WRT.. Selamat Sejahtera
Apa khabar semua sahabat-sahabat blog saya?.. Masih lagi ada dalam 'mood' raya lagi ka.. memangpun , tadi pergi rumah terbuka Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, kelmarin rumah terbuka Muafakat Kedah Daerah Langkawi. Besok bahagian-bahagian dalam opis saya pun buat jamuan raya.. jenoh makan.. Lagi tak habis sebulan, kerja makan.. ini yang tak bagusnya pada tubuh badan yang dah berumur ni.. yang bagusnya bulan ni makan makanan lazat-lazat tapi free pula... nak berpantang sikit-sikit pun tergoda juga dengan segala macam makanan tu, lebih-lebih lagi dengan daging kambing panggang....
Oklah , terlajak cerita pula fasal makan-makan ni.. maklumlah raya kan sebulan.. Sebenarnya saya ni lama juga tidak menulis dalam blog ini, kesibukan yang sengaja dicari, sampai tak perasan lama juga tidak menulis dalam blog.. Menulis ni kena buat juga , kerana kalau tidak ianya akan memandomkan fikiran dan membekukan pemikiran kita. Otak tak mau berputar ligat untuk berfikir dan memercikkan idea-idea untuk menulis...
So, hari ini saya nak menulis fasal apa ya.. saya rasa elok saya cerita fasal aktiviti-aktiviti saya lah kat Langkawi ni.. Kebetulan semalam saya menghadiri majlis sambut pelancong-pelancong dari negara China ke Pulau Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.. Pukul 12.30 tengah malam dok melangut kat Airport tunggu 'flight' penerbangan terus dari Guangzhou China ke Pulau Langkawi tiba.
Antara pegawai-pegawai yang memainkan peranan penting di Airport |
Pulau Langkawi perlukan pelancong luar untuk mengerakkan ekonomi di Pulau ini. Produk-produk yang segala macam jenis yang ada dipulau ini perlu dieksploitasikan sepenuhnya agar ianya memberi hasil yang maksima kepada rakyat di Pulau Langkawi ini.
Aluan-aluan dari Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA
sementara menanti ketibaan 'flight' dari Guangzhou tst |
Berita TV1
https://youtu.be/SfoPwEGQtCQ
Alhamdulillah semalam merupakan detik bersejarah bagi Pulau Langkawi ini dimana LADA telah berjaya menarik minat syarikat penerbangan Southern China Airlines untuk mengadakan penerbangan terus sebanyak 3 kali seminggu dari Guangzhou China ke Langkawi dan sebaliknya. Ini merupakan kejayaan terbesar juga pada saya kerana kesusahan untuk nak meyakinkan syarikat-syarikat penerbangan , tapi pada akhirnya mereka boleh menerimanya. Sudah tentu mereka telah membuat kajian pasaran yang lengkap sebelum membuat keputusan untuk mengadakan penerbangan terus ke Langkawi dari Guangzhou. Ini membuktikan bahawa Pulau Langkawi amat berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan terutama kepada pelancong-pelancong dari China ini. Ini sedikit sebanyak memberi imej yang baik kepada Pulau Langkawi ini. Saya berharap operasi ini akan berterusan selama-lamanya.
Dalam tahun 2016 sejumlah 176,000 pelancong China telah melawat Pulau Langkawi dan saya berharap dengan adanya penerbangan tetap dan terus dari Ghuangzhou ini akan dapat melonjakkan lagi kedatangan pelancong China ke Pulau Langkawi.
Pancutan air menyambut ketibaan flight
Airbus 320 yang boleh membawa
250 orang penumpang
|
http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.php?id=1371388&cat=nt
http://m.themalaymailonline.com/travel/article/langkawi-to-expect-a-rise-in-number-of-tourists-from-china
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/07/11/airasias-shenzhen-langkawi-route-starts-aug-9/
Salah satu faedah terbesar kepada Pulau Langkawi apabila penerbangan terus ke Langkawi ini ada ialah ianya akan membuka mata kepada lain-lain syarikat penerbangan untuk melihat akan potensi Pulau Langkawi sebagai sebuah Pulau Pelancongan terkenal yang boleh membawa keuntungan kepada Syarikat Penerbangan . Sudah tentu mereka juga akan mempromosikan keunikan dan keindahan Pulau Langkawi ini kepada rakyat negara mereka dalam usaha untuk menggalakkan mereka menggunakan pesawat mereka untuk datang ke sini. Ini secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada usaha-usaha promosi yang dilaksanakan oleh LADA sendiri.
In Sya Allah akan ada lagi beberapa penerbangan terus yang akan menyusul selepas ini hasil dari perbincangan-perbincangan berterusan LADA dengan syarikat-syarikat penerbangan samada dalam negara atau luar negara. Perlu difahami bahawa apa yang dibuat oleh LADA ini tidak memberi impak yang besar kepada LADA tetapi ia memberi impak positif yang besar kepada Pulau Langkawi ini dan Kerajaan Malaysia sendiri. Ini kerana kedatangan pelancong dari luar negara memberikan kesan yang baik kepada ekonomi negara melalui pertukaran wang asing yang dibawa masuk ke Malaysia dan perbelanjaan-perbelanjaan yang dibuat oleh mereka tanpa kita membawa keluar dari Malaysia untuk menjual produk-produk kita kepada mereka.
Ok itu saja cerita saya kali ini.. kita jumpa lagi .. sudah masuk waktu maghrib , sambil dok menaip tadi sambil dok tengok cerita drama 'Pinggan Tak Retak , Nasi Tak Dingin'.. dah mula tengok dah jadi syok pula nak tengok kesudahannya... permisi dulu ya.. selamat solat.
http://www.thelondoneconomic.com/travel/reach-malaysian-paradise-400-new-routes/12/07/
No comments:
Post a Comment