19 Julai 2017
Tempat: Kompleks LADA
Catatan: Mohd Asri Redha
Assalaamualaikum WRT..
Saya mau cerita apa ya kali ini.. Sekarang ni mood raya masih ada lagi.. 'Raya kan Sebulan'.. tak gitu... Mengambil kesempatan 'Raya Kan Sebulan' itu lah maka seperti mana kebiasaan kebanyakan organisasi baik kerajaan, swasta ataupun NGO rumah terbuka raya atau majlis makan-makan selepas raya sudah menjadi satu kemestian pula untuk diadakan. Saya cuba buat senyap saja fasal jamuan raya ni , tapi nampaknya tekanan untuk buat juga jamuan raya amat kuat dari kalangan anak buah sendiri, tak buat besar buat biasa-biasa pun ok juga..I kata anak-anak buah saya..
Maka pada akhirnya terjadilah program yang dinamakan 'Majlis Ramah Mesra Ketua Pegawai
Eksekutif bersama-sama Warga LADA, Anak Syarikat LADA dan Pelanggan'. Saja tidak dibubuh Rumah Terbuka LADA kerana ianya agak besar dan dalam keadaan ekonomi sekarang ini, kena berhati-hati sedikit fasal perbelanjaan. Kita tidak tahu apa akan terjadi untuk masa-masa akan datang... Kalau ekonomi elok, duit pun masuk banyak , bolehlah dibuat dengan lebih besar dan dijemput ramai orang Langkawi datang ke program Rumah Terbuka.
Tentunya majlis-majlis seperti ini diadakan untuk meraikan warga kakitangan LADA sendiri selain bersama kakitangan anak-anak syarikat LADA, jabatan-jabatan kerajaan dan pelanggan yang sering berurusan dengan LADA. Program seperti ini akan mengeratkan lagi jalinan persahabatan dan kasih mesra sesama yang hadhir selain melahirkan rasa kesyukuran akan nikmat tidak terhingga yang Allah SWT berikan kepada hambanya.
Selain dihidangkan dengan aneka makanan yang enak-enak belaka , para tetamu dihidangkan pula dengan halwa telinga nyanyian kakitangan LADA sendiri. Hebat-hebat belaka mereka ni.. ramai rupanya penyanyi yang bersuara merdu kat LADA ni. Kebetulan penyanyi ITO dari kumpulan Blues Gang yang terkenal satu masa dulu juga turut hadir dalam majlis ini, maka dia pun turut menyumbangkan beberapa lagu popularnya satu ketika dulu.. Masih sedap seperti dulu suaranya. Ada juga cabutan bertuah kepada mereka yang hadhir disamping nyanyian anak-anak buah LADA dipertandingkan siapa yang terbaik.
Yang penting majlis ini 'happy-happy' belaka..
Terima kasih
Tempat: Kompleks LADA
Catatan: Mohd Asri Redha
Assalaamualaikum WRT..
Saya mau cerita apa ya kali ini.. Sekarang ni mood raya masih ada lagi.. 'Raya kan Sebulan'.. tak gitu... Mengambil kesempatan 'Raya Kan Sebulan' itu lah maka seperti mana kebiasaan kebanyakan organisasi baik kerajaan, swasta ataupun NGO rumah terbuka raya atau majlis makan-makan selepas raya sudah menjadi satu kemestian pula untuk diadakan. Saya cuba buat senyap saja fasal jamuan raya ni , tapi nampaknya tekanan untuk buat juga jamuan raya amat kuat dari kalangan anak buah sendiri, tak buat besar buat biasa-biasa pun ok juga..I kata anak-anak buah saya..
Eksekutif bersama-sama Warga LADA, Anak Syarikat LADA dan Pelanggan'. Saja tidak dibubuh Rumah Terbuka LADA kerana ianya agak besar dan dalam keadaan ekonomi sekarang ini, kena berhati-hati sedikit fasal perbelanjaan. Kita tidak tahu apa akan terjadi untuk masa-masa akan datang... Kalau ekonomi elok, duit pun masuk banyak , bolehlah dibuat dengan lebih besar dan dijemput ramai orang Langkawi datang ke program Rumah Terbuka.
Selain dihidangkan dengan aneka makanan yang enak-enak belaka , para tetamu dihidangkan pula dengan halwa telinga nyanyian kakitangan LADA sendiri. Hebat-hebat belaka mereka ni.. ramai rupanya penyanyi yang bersuara merdu kat LADA ni. Kebetulan penyanyi ITO dari kumpulan Blues Gang yang terkenal satu masa dulu juga turut hadir dalam majlis ini, maka dia pun turut menyumbangkan beberapa lagu popularnya satu ketika dulu.. Masih sedap seperti dulu suaranya. Ada juga cabutan bertuah kepada mereka yang hadhir disamping nyanyian anak-anak buah LADA dipertandingkan siapa yang terbaik.
Yang penting majlis ini 'happy-happy' belaka..
Terima kasih
No comments:
Post a Comment