Tarikh : 30 Julai 2017
Tempat: Pulau Dayang Bunting, Langkawi
Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Laluan ini adalah antara
komponen jeti yang di
naiktaraf... Cantik dan
kemas nampaknya
|
Masih rehat-rehat kat rumah.. Alhamdulillah, kita masih ada masa untuk berehat dan bersantai-santai bersama keluarga dalam suasana yang amat selesa sekali.
Saya masih selesa lagi di opis ni, sambil-sambil dok tengok drama TV bersiri , tangan ini masih bergerak- gerak bersama jari-jemari mengetuk huruf-huruf keyboard ini untuk menjadi perkataan dan ayat yang boleh difahami.
Baru habis meneliti surat-surat dan kertas-kertas kerja berkaitan untuk tindakan susulan anak buah , saya ada sedikit masa sebelum balik ke rumah.. elok saya buat cerita sikit fasal aktiviti-aktiviti saya sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Banyak cerita ada tapi tak punya kesempatan masa untuk menulisnya.. Kena ada kat opis selesa sikit untuk menaip, kalau taip melalui smartphone , lambat dan menyakitkan mata serta memenatkan mata yang dah terok ni..
Dato Hj Azizan sedang memberi ucapan penghargaan
dan penjelasan
|
Untuk menjadi sebuah Pulau Pelancongan yang terkenal tidaklah semudah bercakap. Selain produk-produk yang menarik perlu ada disesebuah tempat pelancongan, infrastruktur yang lengkap dan sempurna juga perlu seiring dengan segala produk pelancongan yang ada.
Pulau Langkawi terkenal dengan keindahan alam semula jadinya sehinggakan Pulau Langkawi diiktiraf oleh UNESCO sebagai Langkawi Geopark sejak tahun 2007 lagi. Pengikhtirafan ini mengambil kira akan kecantikan dan keaslian pulau2 yang ada, batu batan yang unik dan amat lama, gua yang menakjubkan, hutan yang masih utuh dan tidak terganggu, komuniti yang amat mesra dan prihatin, budaya yang menarik dan pelbagai, dan segala macam keunikan yang ada.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Dato' KPE sendiri, bahawa jeti ini sebenarnya bukan untuk komuniti dipulau ini kerana pulau ini tiada penghuni tetap, tetapi ianya dibina khusus untuk kemudahan bot-bot pelancong yang datang dari Pulau Langkawi sendiri ke Pulau Dayang Bunting ini untuk naik ke Tasik Dayang Bunting yang amat terkenal itu. Dengan adanya jeti ini ianya amat memudahkan para pelancong untuk turun dan naik bot dengan selesa sekali. Pengusaha Bot Pelancong pun dapat manfaat dari jeti ini dan patut sama-sama menjaganya sebaik mungkin. Mengikut rekod dalam sehari kedatangan pengunjung ke pulau ini mencecah 1,000 orang dalam keadaan hari-hari biasa dan boleh mencecah sehingga 2,000 orang dalam waktu-waktu cuti awam/am
Infrastruktur yang lengkap seperti ini amat diperlukan di Langkawi bukan sahaja di pulau ini tetapi juga dipulau-pulau lain sekita Langkawi dan ditempat-tempat yang menjadi kunjungan ramai pelancong dalam dan luar negara. Pihak LADA sedang meneliti dan mengenalpasti beberapa tempat lagi untuk dinaiktarafkan kemudahan-kemudahan yang ada dan juga tempat-tempat pelancongan baru yang memerlukan infrastruktur baru agar ia memudahkan pelawat datang mengunjungi tempat-tempat tersebut.
Cuma yang menjadi harapan kerajaan ialah semua pengguna atau pelancong hendaklah menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang disediakan itu dan tidak membuat sesuatu yang boleh merosakkan kemudahan-kemudahan yang ada... Seringkali banyak kemudahan-kemudahan awam yang ada tidak bertahan lama akibat dirosakkan dengan sengaja atau digunakan dengan cara yang tidak sepatutnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
No comments:
Post a Comment