Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.... 31 Jan. 2018
Assalaamualaikum WBT... Selamat malam..
Malam ni saya menghadhiri pelancaran Pertandingan Bola Sepak Liga Piala Langkawi. Pelancaran diadakan dipekarangan lobi bangunan LADA.. Ianya disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Langkawi YB Ir Nawawi..
Program sukan ini merupakan satu lagi aktiviti komuniti / sukan yang dianjurkan oleh LADA yang memberi impak positif terbaik kepada rakyat Pulau Langkawi.. Ada 2 piala yang dipertandingkan iaitu PIALA AHLI PARLIMEN LANGKAWI bermula Jan 2018 hingga Mei 2018. dan PIALA KPE LADA yang akan bermula Julai hingga September 2018.
Pertandingan ini mengambil masa yang agak panjang kerana menyesuaikan dengan masa dan bilangan penyertaan pasukan dalam daerah Langkawi adalah ramai iaitu berjumlah 28 Pasukan, 800 pemain dan 56 perlawanan.
Saya berharap dengan adanya Liga Bola Sepak Langkawi 2018 ini akan dapat menghasilkan atau melahirkan lebih ramai lagi bintang-bintang bolasepak yang boleh diketengahkan diperingkat negeri dan negara. Saya berharap pihak pengurusan bolasepak diperingkat negeri seperti KFA dapat melihat potensi-potensi pemain berbakat dari Pulau Langkawi ini...
Sebenarnya untuk menganjurkan Liga Bola Sepak seperti ini bukannya mudah kerana ianya melibatkan perbelanjaan yang agak besar dan team yang hendak mengambil bahagian pun kena berbelanja juga untuk latihan dan segala macam keperluan lain. Secara kebetulan LADA mempunyai kompleks Sukan yang lengkap , maka ianya sedikit sebanyak memudahkan urusan penganjuran Liga Bola Sepak ini.

LADA juga telah membangunkan aplikasi 'Sistem Liga Bola Sepak' yang amat berkesan untuk menguruskan pertandingan ini agar berjalan dengan lancar, berkesan dan menjadi lebih menarik. Tahniah saya ucapkan Bahagian IT LADA dan urusetia pertandingan yang telah mencipta sistem aplikasi yang terbaik ini dan mesra pengguna.
Peminat bola sepak boleh melayari aktiviti Liga Bola Sepak ini dan jadual pertandingan melalui website yang dibangunkan ini iaitu di ,..
Segala fakta berkenaan pertandingan liga ini ada dipaparkan.. malahan kalau nak tahu siapa penjaring gol terbanyak sekalipun ada dalam web site ini... hebat kan aplikasi ini.. tak apalah .. sapa lagi nak puji kalau orang LADA sendiri.. nak harap orang lain.. tak adalah kut...
LADA juga telah berjaya menjemput Pasukan Kenari Kedah untuk dapat mengadakan latihan dan bertemu peminat-peminat di Pulau Langkawi. Ini sedikit sebanyak memberi rangsangan kepada pemain-pemain tempatan untuk berusaha lebih kuat lagi dalam usaha untuk menempatkan diri dalam pasukan Kenari Kedah akan datang. Bukan senang untuk membawa mereka semua ke Langkawi, tapi itulah rezeki , Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan niat baik kita.
No comments:
Post a Comment