Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.... 15 Feb 2018
Assalaamualaikum WRT.. Selamat Pagi
Satu lagi pendekatan kreatif dan inovatif LADA yang dilaksanakan ialah dengan melancarkan RAKAN STRATEGIK LADA (RSL).. RSL dirangka atas rasa kebertanggungjawaban LADA untuk bersama komuniti Langkawi meningkatkan tahap ekonomi penduduk Langkawi ini sesuai dengan perkembangan pembangunan Langkawi ini. Ia bertujuan untuk membantu komuniti Langkawi ini untuk terlibat lebih tinggi atau lebih agresif lagi dalam mencari peluang-peluang ekonomi yang terbuka luas di Pulau Langkawi ini.
LADA tidak menyediakan pekerjaan kepada yang memerlukan tetapi LADA lebih bertumpu kepada bimbingan dan pendedahan penduduk yang memerlukan kepada bidang pekerjaan dengan persiapan yang lebih menyeluruh dalam aspek pembangunan peserta yang mahu mengambil bahagian...
Antara fokus yang diberi keutamaan untuk diceburi anak-anak tempatan ialah untuk melahirkan usahawan dalam bidang tourism, melahirkan usahawan pembuatan/penjualan kraftangan dan produk tempatan dan pembangunan sumber manusia dalam bentok bimbingan dan latihan bersama agensi-agensi berkaitan.
Sebagai langkah awal , LADA bersama Pejabat ADUN Kuah telah melancarkan Rakan Strategik LADA ini pada 07 Februari 2018 .. Sebelum ini penyertaan telah dibuka untuk komuniti Langkawi mengambil bahagian melalui aplikasi online yang dipaparkan dalam Laman Web LADA . Sehingga kini sejumlah 96 orang anak tempatan Langkawi telah memohon untuk menyertai Rakan Strategik LADA ini. LADA juga telah mengenalpasti usahawan-usahawan berjaya dalam daerah Langkawi untuk dijadikan sebagai model yang boleh dicontohi dan dituruti semangat keusahawan mereka itu..
Urusetia telah menjemput mereka untuk datang dalam majlis Pelancaran RSL tersebut untuk menceritakan pengalaman mereka dan bagaimana mereka mengharungi kehidupan usahawan mereka dari awal hingga berjaya ke tahap sekarang. Semuanya bermula dari bawah dan kecil-kecilan dan akhirnya berjaya ketahap sekarang..
Pendedahan kepada kejayaan usahawan-usahawan ini sebenarnya amat berkesan jika setiap peserta bermotivasi tinggi untuk mengambil ini sebagai pengajaran.
Untuk perancangan program selanjutnya ialah mengadakan Bengkel Penulisan Resume dan Personaliti Yang Berkesan dan Mengadakan Program Usahawan melalui taklimat oleh TEKUN, MARA dan AMANAH IKHTIAR. Semoga ianya akan mendapat kerjasama dari RSL untuk mengambil bahagian dalam program yang amat baik ini.
Satu pendekatan kreatif LADA bersama Pejabat YB ADUN Kuah
https://youtu.be/dJu6idrMdD0

Fizo Omar dilantik sebagai Tokoh Ikon Rakan Strategik LADA .... berbaju hitam itu. |
Satu pendekatan kreatif LADA bersama Pejabat YB ADUN Kuah
https://youtu.be/dJu6idrMdD0
No comments:
Post a Comment