Monday, May 28, 2018
Sunday, May 20, 2018
Rasuah .. Pemusnah Diri Dan Negara
Catatan... Mohd Asri Redha
Tarikh... 18 hb. April 2018
LADA sekali mengorak langkah kehadapan dengan mengadakan Hari Antirasuah LADA 2018.. Inilah julung-julung kalinya diadakan program seperti ini dan ianya amat bertepatan sekali dengan hasrat kerajaan dalam mengurangkan gejala-gejala rasuah dan tidak beramanah dikalangan penjawat awam khususnya di LADA.. Mengadakan program ini bukan bermaksud LADA ini penoh dengan pegawai-pegawai yang tidak jujur tetapi ianya sebagai satu langkah-langkah pencegahan yang sentiasa diwar-warkan dikalangan pegawai-pegawai atau anggota-anggota LADA agar tidak terjebak dengan perkara-perkara seperti itu. Semua orang termaklum akan kesan sogokan dan rasuah ini yang akan memesongkan objektif dan matlamat sesuatu jabatan itu... dalam kontek yang lebih besar ia boleh membahayakan organisasi itu sendiri. Unsur-unsur rasuah ini mudah terjebak kepada sesiapa sahaja, apatah lagi apabila seseorang pegawai bekerja dalam lingkungan kuasa yang ada dan dikelilingi oleh pelbagai orang yang bekepentingan.
Saya tidak mahu mengulas panjang fasal bab rasuah ini kerana banyak telah saya perkatakan dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini. Cuma catatan ini sekadar memaklumkan anggota kerja LADA BENCI RASUAH.. dan LADA telah bergerak seiring dengan kehendak kerajaan dengan melaksanakan apa yang sepatutnya dalam menangani isu rasuah ini.

Semua anggota telah melaksanakan 'Ikrar Bebas Rasuah' sebagai menunjukkan kesungguhan anggota untuk tidak terlibat dengan rasuah dan tidak jujur dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan |
Dato' Hj Mohamad Fauzi b. Hj Mohamad ,Pengarah SPRM Kedah telah turun sendiri ke LADA memberi ceramah dan taklimat berkenaan rasuah |
Tuesday, May 8, 2018
Mahasiswa Yang Kreatif dan Proaktif
Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 17 hb April 2018
Assalaamualaikum WBT ..
Menjadi kebiasaan saya dimana-mana jabatan yang saya bertugas , saya akan berjumpa dengan pelajar-pelajar praktikal latihan industri yang melakukan latihan di Jabatan. Di LADA ini sendiri ramai juga pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang datang membuat latihan praktikal.. Banyak bidang yang boleh dipelajari di LADA kerana fungsi LADA yang pelbagai ini membolehkan pelajar dari jurusan yang berlainan dapat belajar mengikut pengkhususan masing-masing. Ada yang dalam bidang sumber manusia, bidang teknologi maklumat, bidang kejuteraaan, bidang teknikal lainnya, bidang pelancongan, bidang pengurusan projek, bidang sukan, bidang pengurusan asset dan sebagainya.. Terpulang kepada pelajar latihan industri ini untuk mengambil kesempatan yang ada untuk belajar , kerana ia memerlukan inisiatif sendiri untuk belajar dibahagian yang ditempatkan. .
Tujuan perjumpaan saya dengan pelajar-pelajar ini adalah sekadar untuk berkenal mesra dengan mereka dan juga memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar bagaimana yang sebaiknya mereka berlatih di LADA ini... Kadang-kadang mereka kurang pendedahan dan terlalu pasif . Hanya menunggu arahan atau tugasan yang diberikan.. Kalau keadaan macam itu, mereka tidak akan memperolehi banyak ilmu dan pengalaman ditempat mereka berlatih, hanya mengcukyupkan waktu sahaja sehingga tamat tempoh latihan praktikal mereka. Sepatutnya mereka perlu lebih aktif , proaktif dan kreatif dalam latihan mereka... Tidak berkira sangat dalam melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan kerana ada ilmu dalam kerja itu yang amat berguna untuk menghadapi temuduga nanti dan bekerja sebenar nanti.
Saya juga telah memberikan tip-tip mudah dalam memohon pekerjaan dan panduan-panduan untuk mereka menghadiri temuduga. Panduan-panduan yang saya berikan ini adalah berasaskan pengalaman-pengalaman saya dalam mengendalikan pengambilan pekerja-pekerja jabatan dan juga melaksanakan temuduga dikebanyakan jabatan yang saya telah bertugas.. Yang penting saya tegaskan ialah persiapan awal yang perlu dibuat dan mendokumenkan segala aktiviti yang telah dibuat samada semasa di Universiti lagi dan di tempat buat praktikal... rekod seperti itu amat penting dalam menunjukkan kemampuan dan kemahiran diri dalam bidang-bidang tertentu yang memudahkan penilai membuat pertimbangan bila mereka memohon pekerjaan dan menghadhiri temuduga.
Saya doakan mereka semua ini akan memperolehi pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka dan sudah tentu menggembirakan ibu bapa yang amat mengharapkan kejayaan anak-anak nya memperolehi pekerjaan setelah sudah berjaya memperolehi Ijazah atau Diploma ........
tip tambahan :
Panduan Mudah Memohon Pekerjaan dan Menghadapi Temuduga
Panduan Menyediakan Surat Sokongan Ketua Jabatan
Yang dibawah ini hanya sekadar sampingan gambar-gambar aktiviti LADA dalam membantu pencari-pencari kerja mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka..

Jelajah Ramadhan 2018 ... Ramadhan Al Mubarak Kembali Lagi..
Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 8 Mei 2018
Assalaamualaikum WBT... Selamat Tengahari..
Hari ini dah dekat sangat Ramadhan menjelma kembali.. Kalau kita berjalan kat pekan2 sudah nampak persiapan menyambut bulan puasa.. Iklan Yusoof Taiyoob pun dah kedengaran dicorong2 radio... mcm satu identity pula bila keluar iklan Yusof Taiyoob ini tahulah bulan puasa dah dekat sangat ..
Hari ini LADA bersama Anak Syarikat LADA iaitu Panorama Langkawi Sdn Bhd telah mengadakan perjumpaan dengan semua imam-imam masjid diseluruh Pulau Langkawi berjumlah 31 buah masjid. Dalam majlis makan tengahari itu Dato' Hj Azizan Nordin Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah menyampaikan sumbangan kewangan bagi mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadhan nanti kepada semua masjid-masjid tersebut.
Disamping itu 3 buah surau telah menerima sumbangan RM5,000.00 setiap surau berserta barangan untuk anak-anak kariah yang kurang berkemampuan dalam program Jelajah Ramadhan yang akan diadakan nanti dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini.. Antara surau yang menerima sumbangan tersebut ialah Surau Taman Seroja, Surau Kg. Kubang Badak dan Surau Kg Mata Ayer. Telah menjadi tradisi LADA dan Panorama Sdn Bhd setiap tahun program-program seperti ini diadakan adalah untuk memberikan sedikit sumbangan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan keugamaan pada anak-anak kariah masjid berkenaan. Semoga apa yang disumbangkan ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh pihak Jawatankuasa Masjid berkenaan terutamanya dalam mengimarahkan masjid tersebut dan menggalakkan lebih ramai anak-anak kariah ke masjid samada untuk menunaikan segala macam ibadat dan juga program-program sosial lainnya yang dapat memperkukuhkan ikatan silaturrahim sesama insan.
Mengambil kesempatan pada perjumpaan itu juga LADA telah menyampaikan surat kelulusan pembaikan masjid kepada 3 buah masjid iaitu Masjid Nur Al Hidayah Kelibang, Masjid Nurusalam Sg Itau dan Masjid Al Aman Kg Yoi..
Semoga dengan sumbangan-sumbangan ini akan bertambah meriah lagi dengan program-program keugamaan dan insaniah sepanjang bulan Ramadhan yang amat mulia ini..
Catatan Jelajah Ramadhan 2017 ; Klik saja kat bawah..
Jelajah Ramadhan 2017

Subscribe to:
Posts (Atom)