Tuesday, May 8, 2018

Jelajah Ramadhan 2018 ... Ramadhan Al Mubarak Kembali Lagi..

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 8 Mei 2018

Assalaamualaikum WBT... Selamat Tengahari..

Hari ini dah dekat sangat Ramadhan menjelma kembali.. Kalau kita berjalan kat pekan2 sudah nampak persiapan menyambut bulan puasa..  Iklan Yusoof Taiyoob pun dah kedengaran dicorong2 radio... mcm satu identity pula bila keluar iklan Yusof Taiyoob  ini tahulah bulan puasa dah dekat sangat ..

Hari ini LADA bersama Anak Syarikat LADA iaitu Panorama Langkawi Sdn Bhd telah mengadakan perjumpaan dengan semua imam-imam masjid diseluruh Pulau Langkawi berjumlah 31 buah masjid. Dalam majlis makan tengahari itu Dato' Hj Azizan Nordin Ketua Pegawai Eksekutif  LADA telah menyampaikan sumbangan kewangan bagi mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadhan nanti kepada semua masjid-masjid tersebut. 

Disamping itu 3 buah surau telah menerima sumbangan RM5,000.00 setiap surau berserta barangan untuk anak-anak kariah yang kurang berkemampuan dalam program Jelajah Ramadhan yang akan diadakan nanti dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini.. Antara surau  yang menerima sumbangan tersebut ialah  Surau Taman Seroja,  Surau Kg. Kubang Badak dan Surau Kg Mata Ayer. Telah menjadi tradisi LADA dan Panorama Sdn Bhd setiap tahun program-program seperti ini diadakan adalah untuk memberikan sedikit sumbangan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan keugamaan pada anak-anak kariah masjid berkenaan. Semoga apa yang disumbangkan ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh pihak Jawatankuasa Masjid berkenaan terutamanya dalam mengimarahkan masjid tersebut dan menggalakkan lebih ramai anak-anak kariah ke masjid samada untuk menunaikan segala macam ibadat dan juga program-program sosial lainnya yang dapat memperkukuhkan ikatan silaturrahim sesama insan.

Mengambil kesempatan pada perjumpaan itu juga LADA telah menyampaikan surat kelulusan pembaikan masjid kepada 3 buah masjid iaitu Masjid Nur Al Hidayah Kelibang, Masjid Nurusalam Sg Itau dan Masjid Al Aman Kg Yoi..

Semoga dengan sumbangan-sumbangan ini akan bertambah meriah lagi dengan program-program keugamaan dan insaniah sepanjang bulan Ramadhan yang amat mulia ini..


Catatan Jelajah Ramadhan 2017 ; Klik saja kat bawah..

Jelajah Ramadhan 2017





No comments:

Post a Comment