Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 17 hb April 2018
Assalaamualaikum WBT ..
Menjadi kebiasaan saya dimana-mana jabatan yang saya bertugas , saya akan berjumpa dengan pelajar-pelajar praktikal latihan industri yang melakukan latihan di Jabatan. Di LADA ini sendiri ramai juga pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang datang membuat latihan praktikal.. Banyak bidang yang boleh dipelajari di LADA kerana fungsi LADA yang pelbagai ini membolehkan pelajar dari jurusan yang berlainan dapat belajar mengikut pengkhususan masing-masing. Ada yang dalam bidang sumber manusia, bidang teknologi maklumat, bidang kejuteraaan, bidang teknikal lainnya, bidang pelancongan, bidang pengurusan projek, bidang sukan, bidang pengurusan asset dan sebagainya.. Terpulang kepada pelajar latihan industri ini untuk mengambil kesempatan yang ada untuk belajar , kerana ia memerlukan inisiatif sendiri untuk belajar dibahagian yang ditempatkan. .
Tujuan perjumpaan saya dengan pelajar-pelajar ini adalah sekadar untuk berkenal mesra dengan mereka dan juga memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar bagaimana yang sebaiknya mereka berlatih di LADA ini... Kadang-kadang mereka kurang pendedahan dan terlalu pasif . Hanya menunggu arahan atau tugasan yang diberikan.. Kalau keadaan macam itu, mereka tidak akan memperolehi banyak ilmu dan pengalaman ditempat mereka berlatih, hanya mengcukyupkan waktu sahaja sehingga tamat tempoh latihan praktikal mereka. Sepatutnya mereka perlu lebih aktif , proaktif dan kreatif dalam latihan mereka... Tidak berkira sangat dalam melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan kerana ada ilmu dalam kerja itu yang amat berguna untuk menghadapi temuduga nanti dan bekerja sebenar nanti.
Saya juga telah memberikan tip-tip mudah dalam memohon pekerjaan dan panduan-panduan untuk mereka menghadiri temuduga. Panduan-panduan yang saya berikan ini adalah berasaskan pengalaman-pengalaman saya dalam mengendalikan pengambilan pekerja-pekerja jabatan dan juga melaksanakan temuduga dikebanyakan jabatan yang saya telah bertugas.. Yang penting saya tegaskan ialah persiapan awal yang perlu dibuat dan mendokumenkan segala aktiviti yang telah dibuat samada semasa di Universiti lagi dan di tempat buat praktikal... rekod seperti itu amat penting dalam menunjukkan kemampuan dan kemahiran diri dalam bidang-bidang tertentu yang memudahkan penilai membuat pertimbangan bila mereka memohon pekerjaan dan menghadhiri temuduga.
Saya doakan mereka semua ini akan memperolehi pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka dan sudah tentu menggembirakan ibu bapa yang amat mengharapkan kejayaan anak-anak nya memperolehi pekerjaan setelah sudah berjaya memperolehi Ijazah atau Diploma ........
tip tambahan :
Panduan Mudah Memohon Pekerjaan dan Menghadapi Temuduga
Panduan Menyediakan Surat Sokongan Ketua Jabatan
Yang dibawah ini hanya sekadar sampingan gambar-gambar aktiviti LADA dalam membantu pencari-pencari kerja mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka..

No comments:
Post a Comment