Saturday, June 30, 2018

Singgah Sahor Ramadhan 2018

Catatan .. Mohd Asri Redha
Tarikh .. 04. Jun 2018

Assalaamualaikum WBT.. Selamat Siang

Menjadi tradisi seperti mana  Bulan Ramadhan sebelum ini, Program Singgah Sahor Ramadhan 2018 sekali lagi menjadi aktiviti yang diaturkan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.... Program dimulakan dengan lawatan ke tempat-tempat pegawai-pegawai keselamatan LADA yang bertugas dimerata tempat yang LADA mempunyai kepentingan di Pulau Langkawi ini dan juga lawatan ke tempat anggota-anggota keselamatan seperti Polis Di Raja Malaysia yang bertugas di waktu malam dan pagi hari sekitar Pulau Langkawi....

Lawatan saya ini adalah bersama dengan Pengawai-Pegawai Kanan  LADA dan anggota-anggota pentadbiran LADA serta Kelab Kebajikan dan Sukan LADA. Dengan bersedekah makanan kepada mereka yang bertugas tersebut akan dapat memberikan kegembiraan kepada mereka yang terbabit dan menunjukkan perkhidmatan tersebut sentiasa dihargai oleh masyarakat. Walaupun apa yang diberi tidak lah setinggi mana nilainya,  tapi yang pentingnya ialah keprihatinan kita  dan kasih sayang kita terhadap anggota keselamatan yang bersengkang mata menjaga keselamatan kita setiap hari apa tah lagi tatkala kita sedang tidor nyenyak dibuai mimpi2 indah sedang mereka sedang mengawasi keselamatan sekeliling kita.

Tahniah kepada anak-anak buah saya yang sanggup bersengkang mata juga tapi bukan selalu, menyediakan makanan-makanan yang sesuai dan mengedarkannya ... Tahun hadapan kita buat lagi, dengan jenis makanan yang lebih enak dan sedap lagi.....









MAJLIS BERBUKA PUASA LADA

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 07.06.18

Assalaamualaikum WBT.  Selamat Siang... Dan Selamat Berpuasa.. Hari ini  sudah 20 hari kita berpuasa..  dekat2 sangat dah nak raya.. Suasana raya pun sudah terasa. LADA masih terus dengan aktivitinya yang pelbagai sepanjang bulan yang mulia dan amat barakah ini.

Dalam usaha mengeratkan lagi hubungan tali silaturrahim sesama kakitangan LADA dan keluarga, satu majlis berbuka puasa telah diadakan di Ombak Villa Resort pada 07 Jun 2018. Di samping kakitangan, LADA juga  menjemput jabatan-jabatan kerajaan yang berada dalam daerah Pulau Langkawi dan mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan. Sebab itu meriah jadinya Majlis Berbuka Puasa ini yang melibatkan lebih 600 orang terlibat..

Semoga ia menjadi kenangan yang indah buat semua yang terlibat.. dan Selamat Hari Raya Eidul Fitri , Mohon Ampun Maaf Zahir dan Batin.

Ketemu lagi ya dalam program-program sambutan rumah terbuka yang pastinya diadakan disana sini.. jenoh makan la pula kita lepas ini..








Sunday, June 24, 2018

Bengkel MS ISO 2015

Catatan.. Mohd Asri Redha..
Tarikh..  20. Mei 2018


Assalaamualaikum WRT .. sambong cerita lagi fasal MS ISO 9001:2015 : .. Walaupun LADA telah memperolehi Sijil MS ISO 9001: 2015 berkuatkuasa pada 00.00.00  tetapi terdapat tegoran-tegoran penambahbaikan kepada dokumen yang disediakan. dan juga ada keperluan kepada penambahan prosedur-prosedur baru yang perlu dimasukkan dalam dokumen MS ISO . Ini adalah kerana untuk memastikan sistem pengurusan kualiti yang disediakan ini menyokong halatuju strategik LADA dengan lebih meyeluruh dan lengkap. Antara penambahan  skop baru yang dicadangkan itu ialah
a. Prosedur Sewaan Rumah /Premis  -  rumah sewa, fasiliti / tapak dan penyelenggaraan infrastruktur pelancongan
b. Prosedur Mendapatkan Persijilan Semula Langkawi Unesco  Global  : Pelaksanaan Program dan Penilaian semula mendapatkan sijil  LUGG serta Prosedur Penyelenggaraan Produk Pelancongan,

Di samping itu prosedur Pengurusan Risiko telah dibincangkan dengan mendalam dan didaftarkan secara berdokumen umtuk skop yang baru itu dalam dokumen MS ISO 9001:2015.        disamping mengemaskinikan Daftar Pengurusan Risiko yang sedia.                                                                                                                                                                                                                                    Bagi melengkapkan dokumen-dokumen berkenaan maka satu Bengkel Pemurnian Dokumentasi ISO MS ISO 9001: 2015 telah diadakan dari 21 Mei hingga 23 Mei 2018 yang melibatkan semua bahagian-bahagian dalam LADA ini. Bengkel ini diadakan di Institut Pengurusan Peladang Langkawi. Perubahan-perubahan yang berlaku sebelum ini telah diambil kira dan dimasukkan dalam dokumen yang lebih kemaskini dengan semasa.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel ini walaupun dibuat dalam bulan puasa... Kerjasama yang diberikan keseluruhannya memuaskan dan juga kepada fasilitator yang tidak serik-serik datang ke LADA untuk membimbing menyediakan dokumen2 berkaitan hingga ia menjadi lengkap.. Beliau yang saya maksudkan itu ialah en Jaafar dari ... Sykt Emjay Consultant..

Ok.. itu saja catatan saya kali ini.. Lepas ni mungkin akan buat program inovasi dan kreativiti pula kut... Pelan Strategik Jabatan pun belum lagi lengkap...  apa-apapun semua program yang dirancangkan ini sebenarnya memerlukan kerjasama semua anggota LADA baik diperingkat atasan hingga diperingkat bawah... tanpa kerjasama dan kerja berpasukan tidak mungkin apa yang dirancangkan itu akan menjadi kenyataan.. 

Terima kasih...

Apa2pun TAHNIAH semua anak2 buah yg berusaha dengan bersungguh hati utk memperolehi sijil kualiti ini.. kekalkan kecemerlangan...

http://semangatjatilada.blogspot.com/2017/11/tahniah-pencapaian-terbaik-qualiti-iso.html?m=1













  








Thursday, June 7, 2018

Saturday, June 2, 2018

Akivititi Ku di Bulan Yang Mulia : Jelajah Ramadhan 2018

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 30 Mei 2018

Assalaamualaikum WBT .. gambar-gambar yang dipaparkan ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa bahagianya hidup di bumi Malaysia ini... saya tidak perlu mengulas panjang.. Hanya sekadar memaklumkan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan yang dilaksanakan oleh LADA ini  merupakan satu ibadah yang amat bertepatan dengan kehendak syariat Islam.. Kita mengimarahkan masjid dan surau-surau, bergotong royong, mengeratkan tali silaturrahim  sesama insan, bersedekah pada insan yang memerlukan dan menjamu makan orang berpuasa, diiringi dengan program-program ilmu dengan tazkirah-tazkirah yang bermanafaat serta melaksanakan ibadat sembahyang wajib dan sunat berjemaah di masjid dan surau .. Saya berdoa semoga Allah SWT  merahmati kita semua... Amiin..


Program Iftar bersama rakan-rakan kejiranan Masjid IPK.. 



Majlis Iftar Ramadhan bersama Panorama Langkawi Sdn Bhd .. Anak Syarikat LADA di Resort World




Jelajah Ramadhan bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di Masjid Al Hana, Langkawi

Pesiapan menyediakan bubur lambuk di masjid Al Hana .. sempena Jelajah Ramadhan bersama YAB Perdana Menteri Malaysia ..Kerjasama erat dengan RTM Langkawi, LADA dan Jawatankuasa Masjid Al- Hana

Pesiapan menyediakan bubur lambuk di masjid Al Hana .. sempena Jelajah Ramadhan bersama YAB Perdana Menteri Malaysia .. Terima kasih para sukarelawan dari pihak masjid, belia, LADA dan RTM..

Pesiapan menyediakan bubur lambuk di masjid Al Hana .. sempena Jelajah Ramadhan bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.. Para Sukarelawan bertungkus lumus menyiapkan apa yang perlu untuk menjayakan program Jelajah Ramadhan bersama RTM, LADA dan Masjid Al Hana

Ni kacau betul2 .. bukan kacau daun 

Tetamu yang datang mengambil bubur lambuk yang sudah siap ini... lebih 2,000 bungkusan dapat disiapkan

Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia di Masjid Al Hana...
Kelihatan YAB Tun Mahathir sedang menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak tetamu yang
hadhir... serta anak-anak yatim serta kurang berkemampuan.



Jelajah Ramadhan Bersama Anak Syarikat LADA .. LADA ECO Sdn Bhd.. di Restoran Gemalai, Laman Padi Cenang


Di Restoran Gemalai , Laman PADi, Pantai Cenang.. Penyampaian bantuan raya pada anak-anak tahfiz Al Quran dan anak-anak  yatim : Program bersama Lada Eco Tourism Sdn Bhd... anak syarikat LADA



Jelajah Ramadhan Bersama LADA dan Anak Syarikat LADA Langkawi Port SB serta YB Saudara Firdaus Adun Kuah  di Surau Taman Seroja, Kuah Langkawi







Berucap sikit sebagai pembuka kata... bukan bagi ceramah agama ni.. jangan silap tafsir pula



O


9