Catatan .. Mohd Asri Redha
Tarikh .. 04. Jun 2018
Assalaamualaikum WBT.. Selamat Siang
Menjadi tradisi seperti mana Bulan Ramadhan sebelum ini, Program Singgah Sahor Ramadhan 2018 sekali lagi menjadi aktiviti yang diaturkan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.... Program dimulakan dengan lawatan ke tempat-tempat pegawai-pegawai keselamatan LADA yang bertugas dimerata tempat yang LADA mempunyai kepentingan di Pulau Langkawi ini dan juga lawatan ke tempat anggota-anggota keselamatan seperti Polis Di Raja Malaysia yang bertugas di waktu malam dan pagi hari sekitar Pulau Langkawi....
Lawatan saya ini adalah bersama dengan Pengawai-Pegawai Kanan LADA dan anggota-anggota pentadbiran LADA serta Kelab Kebajikan dan Sukan LADA. Dengan bersedekah makanan kepada mereka yang bertugas tersebut akan dapat memberikan kegembiraan kepada mereka yang terbabit dan menunjukkan perkhidmatan tersebut sentiasa dihargai oleh masyarakat. Walaupun apa yang diberi tidak lah setinggi mana nilainya, tapi yang pentingnya ialah keprihatinan kita dan kasih sayang kita terhadap anggota keselamatan yang bersengkang mata menjaga keselamatan kita setiap hari apa tah lagi tatkala kita sedang tidor nyenyak dibuai mimpi2 indah sedang mereka sedang mengawasi keselamatan sekeliling kita.
Tahniah kepada anak-anak buah saya yang sanggup bersengkang mata juga tapi bukan selalu, menyediakan makanan-makanan yang sesuai dan mengedarkannya ... Tahun hadapan kita buat lagi, dengan jenis makanan yang lebih enak dan sedap lagi.....

No comments:
Post a Comment