Sunday, July 1, 2018

Kemesraan Terjalin Hubungan Erat

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh:   01 April 2018


Assalaamualaikum WBT dan Selamat Petang... Saya doakan semua yg baca nota catatan saya ni sihat walafiat... Kalau sihat barulah ceria dan bergembira menjalani kehidupan didunia yg hanya sementara ini..

Hari ini saya suka untuk menceritakan akan aktiviti yang baru sahaja selesai .. Iaitu Program Peningkatan Kerjaya Pegawai Tadbir Negeri Kedah bersama LADA.. Program ini julung-julung kali diadakan antara Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah dengan Pegawai-Pegawai LADA..

Saya sebagai seorang Pegawai Tadbir Negeri Kedah yang dipinjamkan di LADA ini amat berbesar hati dapat terlibat menjayakan program ini... Selama ini agak sukar untuk mengumpulkan perjumpaan seperti ini kerana masing-masing punya hal masing-masing... macam tidak ada keperluan untuk interaksi seperti ini.. tetapi dalam hal-hal tertentu sebenarnya kedua-kedua entiti ini sentiasa berkait rapat dan tidak boleh terpisah antara satu sama lain terutama dalam usaha memajukan Pulau Langkawi ini sebagai sebuah pulau pelancongan terkenal dan juga membangunkan pulau ini dengan pelbagai infrastruktur yang diperlukan.

Sayapun tidak pasti kenapa tidak pernah diadakan perjumpaan-perjumpaan seperti ini sebelum ini.. Tapi Alhamdulillah melalui  interaksi yang baru sahaja selesai ini, banyak perkara kebaikan dapat diperolehi . LADA sendiri dapat memberikan penjelasan dan taklimat kepada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah ini berkenaan operasi LADA sendiri dan apa yang dibuat oleh LADA untuk kemajuan Pulau Langkawi ini khususnya dan Negeri Kedah amnya. Pegawai- Pegawai-pegawai LADA sendiri dapat mengetahui akan pandangan PTN berkenaan apa yang dibuat oleh LADA..dari situ satu persefahaman diperolehi dan membolehkan apa yang dilakukan oleh LADA akan bergerak selari dengan Kerajaan Negeri Kedah. Saya pasti ramai Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah  sendiri kurang pengetahuan secara mendalam apa yang sedang dilaksanakan oleh LADA itu sendiri. Kalau tahupun secara umum sahaja..

Ini terjadi pada saya sendiri.  Sebelum ini saya pun dekat juga dengan LADA bila bertugas di Pejabat Daerah Langkawi, tapi pengetahuan tentang apa yang dibuat oleh LADA kurang sekali. Kalau tahupun secara umum sahaja. Tapi bila sudah duduk dalam organisasi ini sendiri, pandangan saya sudah berubah dan apa yang saya terfikirkan sebelum ini macam ada yang tak kena... sebab itu saya rasa wajar program-program interaksi antara pegawai-pegawai negeri dan LADA ini perlu diadakan selalu. Oleh itu adalah wajar lebih ramai KCS dapat diberi peluang berkhidmat dengan LADA, kerana melalui ini sahaja, baru  hubungan dengan kerajaan persekutuan lebih erat kerana LADA berurusan terus dengan Kementerian Kewangan. Pengalaman yang diperolehi ini dapat digunakan untuk memudahkan perhubungan dengan kerajaan negeri Kedah dan kerajaan persekutuan dalam membangunkan negeri Kedah yang tercinta ini...
























































































No comments:

Post a Comment