Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh ... 17 Julai 2018
Tempat:.. Century Langkasuka Resort.
Assalaamualaikum WBT dan Selamat Pagi..
Catatan hari ini sekadar berita-berita aktiviti LADA dalam usaha mempromosikan Pulau Langkawi yang penoh dengan pelbagai acara dan program yang menarik yang boleh diambil bahagian oleh pelancong yang datang.
Dari masa ke semasa LADA sentiasa memikirkan apakah aktiviti-aktiviti atau acara-acara yang boleh dilaksanakan di Pulau Langkawi yang boleh memberikan impak kepada promosi Pulau Langkawi sebagai pulau pelancongan yang amat sesuai dan berbaloi dilawati. Apatah lagi sekiranya acara-acara yang diadakan itu boleh diambil bahagian oleh Pelancong yang datang... Tentunya ianya lebih menarik lagi... Bayangkan jika pelancong luar negara yang mengambil bahagian itu merasa amat seronok dengan aktiviti yang kita anjurkan tentunya perkara ini akan diceritakan dan war-warkan kepada sahabat dan rakan taulannya di negaranya.. Ini sedikit sebanyak memberi 'advantage' kepada pulau Langkawi ini sendiri melalui promosi seperti ini, kerana cara ini lebih berkesan dan berkualiti kerana keseronokan berada di Langkawi disampaikan secara direct. Pengaruhnya lebih kuat.
Dengan kerjasama strategi LADA dengan ZI International Sdn Bhd, program acara ini telah berjalan dengan lancar dengan penglibatan tetamu VVIP utama yang turut mengambil bahagian berlari sejauh 5 km iaitu DYTM Tunku Sarafudin Ibni Sultan Sallehuddin .. Raja Muda Kedah dan YTM Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehudin .. Tunku Laksamana Kedah serta VVIP tempatan lainnya.
Acara RUNKAWI ini melibatkan 3 kategori jarak larian iaitu jarak 5 KM, jarak 10 KM dan 21 KM. Setiap kategori melibatkan ramai penyertaan yang berjumlah melebihi 1,000 orang. Ianya terdiri dari peserta antara bangsa dari negara Kenya, France, Taiwan, Singapura, Phillipina dan Thailand serta Malaysia sendiri.... Seperti biasa lah kalau melibat kan peserta antarabangsa dalam jarak 21 km peserta dari Kenya juga yang mengunggulinya. Menariknya larian ini ialah ianya diadakan di waktu petang hampir senja. Tujuannya adalah membolehkan setiap peserta dapat menikmati keindahan alam semula jadi sewaktu matahari menuju senja... Cantik pemandangannya apatah lagi larian ini sebahagian besarnya adalah dilaluan berdekatan pantai...
Acara RUNKAWI Half Marathon ini merupakan permulaan kepada acara yang lebih besar dimasa hadapan. Insya Allah kalau diizinkan kemungkinan akan diaturkan RUNKAWI Marathon Penoh nanti...
Semoga dengan acara yang berprestij ini yang boleh disertai oleh peserta pelbagai peringkat umur dan serata negara akan memberikan satu lagi tarikan kepada pelancong luar untuk datang melawat Pulau Langkawi Mutiara Kedah ini.....
Terima kasih⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆⍆

No comments:
Post a Comment