Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh : 25.07.2018
Assalaamualaikum WBT... dan Selamat Malam...
Apa khabar , saya doakan sihat walafiat... Saya masih disini.. diopis yang kecil molek ni... kata anak buah2 saya kat tkt 8 bangunan LADA ni, malam-malam kalau sorang-sorang disini, mengusik sikit.. tapi setakat sekarang ni duduk dalam bilik ni sampai tengah malampun , tak ada apa-apa lagi.. harap2 jangan ada apa-apa la sampai saya bertukar dari sini... kadang2 tu terdengar juga bunyi2 pelik kat luar bilik, tapi buat tak kisah saja, solawat dan zikir bagi kuat sikit serta perkuatkan volume TV.. ok saja..
Sambil2 tu menonton siaran berita TV3.. La ni boleh la tengok-tengok sikit siaran TV3 ni... sebelum ini entah kenapa tak berapa nak minat tengok... keterlaluan sangat... apa yang keterlaluan sangat tu .. fikir-fikirkan lah sendiri.. Ok.. nak cerita apa malam ini... baik saya cerita siang tadi aktiviti saya di pejabat dan luar opis..
Alhamdulillah setelah sekian lama Langkawi Tourism Blueprint 2 disiapkan, hari ini ada sedikit sinar menjelma setelah pihak Unit Perancang Ekonomi Malaysia telah memberi perhatian serious terhadap permohonan peruntukan melalui dokumen Langkawi Tourism Blueprint 2 ini. Pada mulanya saya khuatir juga dengan permohonan ini kerana semasa proses permohonan ini berjalan lancar tiba-tiba berlaku peralihan kuasa kerajaan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan . Sudah tentu segala permohonan-permohonan peruntukan akan diteliti dan dikaji semula oleh kerajaan Pakatan Harapan ini berdasarkan prioriti dan kedudukan kewangan negara. Inipun untuk mengemaskan balik dokumen ini sesuai dengan perubahan kerajaan sekarang ini, terpaksalah diubahsuai balik dokumen ini kepada tajuk yang lebih sesuai dengan pemerintah sekarang serta ada gambar-gambar tertentu perlu ditukarkan...
Hari ini LADA amat berbesar hati dikunjungi pegawai tertinggi UPE Malaysia untuk membuat semakan permohonan bajet yang terdapat dalam dokumen Langkawi Tourism Blueprint 2 ini. Walaupun tidak semua dipertimbangkan 'buat ketika ini', tapi sekurang-kurangnya sudah ada perhatian serious dipihak Kerajaan melalui UPE. Ianya diketuai oleh Datuk Dr Kamariah binti Noruddin, Timbalan Ketua Pengarah (Makro) Unit Perancang Ekonomi (UPE).. bersama-sama dengan pegawai-pegawai kanan Unit tersebut,. LADA telah memberikan justifikasi yang sewajarnya akan keperluan projek2 yang dipohon. Terpulanglah kepada pihak UPE untuk mempertimbangkannya dengan sehabis baik. Pasukan dari UPE ini juga dibawa melawat tengok akan tempat-tempat yang berkaitan dengan permohonan oleh LADA.
Saya berdoa semoga segala yang dipohon itu akan dipertimbangkan dengan sewajarnya memandangkan LADA amat memerlukan peruntukan kewangan tersebut bagi memastikan Langkawi akan kekal sebagai sebuah pulau yang menjadi tumpuan dan perhatian pelancong seluruh dunia. Di samping itu sebahagian peruntukan yang dipohon itu adalah untuk pembangunan fizikal bagi memastikan Langkawi kekal sebagai Langkawi Unesco Global Geopark yang diberi pengikhtirafan tersebut sejak 2007. Bagi mengekalkan pengikhtirafan tersebut Langkawi perlu memenuhi pelbagai kriteria yang ketat yang perlu diambil perhatian oleh LADA agar pengikhtirafan tersebut tidak ditarik balik. Banyak kemudahan yang ada perlu ditambahbaik dan juga kawasan-kawasan baharu yang perlu dipulihara serta diselenggara.
Terima kasih

No comments:
Post a Comment