Monday, August 20, 2018

Satu lagi usaha LADA / Anak Syarikat Bersama Rakyat Langkawi.. Rezeki Kongsi Bersama

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh .. 20 Ogos 2018\

Hari ini seperti mana tradisi sebelum ini, LADA bersama anak-anak Syarikat LADA telah sekali lagi berjaya menyempurnakan tanggongjawab sosialnya dengan mengadakan Majlis Penyerahan Lembu Korban sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut pada 22 0gos 2018 ini.

Dengan kerjasama dari pihak Syarikat Panorama Langkawi Sendirian Berhad (PLSB) dan Langkawi Port Sdn Bhd (LPSB) sebanyak 5 ekor lembu telah diagih-agihkan kepada beberapa masjid dan organisasi yang terpilih. Syarikat PLSB telah menyumbangkan 4 ekor lembu manakala Syarikat LPSB telah menyumbangkan seekor lembu. Disamping lembu korban , setiap masjid juga diberikan sejumlah wang  tunai untuk tujuan membeli bahan2 untuk masakan daging buat khenduri dan urusan-urusan penyembelihan.

Antara Masjid-Masjid yang dipilih untuk menerima lembu korban ini ialah, Masjid Al Ihsan Kampong Temonyong, Masjid Kampong Kok, Masjid Assofiah Kedah Wang Tok Rendong
Masjid Al-Ittihad Kampong Kumpulan, dan sebuah kelab sosial iaitu Kelab Rekreasi Kebajikan dan Sukan PLSB.

Penyerahan lembu ini adalah merupakan salah satu usaha pihak LADA bersama anak-anak syarikat menzahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga akan nikmat kemudahan  yang Allah SWT kurniakan kepada LADA dan Anak Syarikat hingga dapat keuntungan yang mencukupi untuk amalan sedekah jariah seperti ini. Ini membolehkan LADA dan Anak Syarikat menjalankan tanggongjawab sosial dengan   dengan berkesan dan dapat dikongsi kejayaan bersama dengan komuniti tempatan di Langkawi ini.

In Sya Allah dengan restu dan doa dari masyarakat Langkawi ini , LADA dan anak-anak syarikat akan terus dapat berkembang maju dengan lebih pesat lagi dan lebih banyak lagi kerja-kerja kemasyarakatan dapat dilaksanakan untuk kepentingan komuniti tempatan Langkawi ini.

Terima kasih ...









No comments:

Post a Comment