Monday, August 20, 2018

TERIMA KASIH YA GEOPARK PARTNER DAN GEOPARK AMBASSADOR

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 16 Ogos 2018

Assalaamualaikum WBT ... Selamat Siang..  Hari ini saya nak cerita sikit fasal 'Geopark'.. Sebagaimana semua sedia maklum Pulau Langkawi telah diiktirafkan sebagai LUGGp sejak tahun 2007 lagi. Pengiktirafan ini diperolehi melalui usaha2 LADA sejak awal hingga memperolehi Sijil LUGGp..

Besar dan berat  tanggongjawab LADA  untuk mempastikan pengikhtirafan ini berkekalan selama2nya.. Saya tidak bercadang untuk cerita apa itu Langkawi Unesco Global Geopark  (LUGGp) kerana panjang cerita pula nanti.. Ini boleh dibaca dalam web site yang diujudkan oleh LADA sendiri sepertimana link dibawah ini..  https://langkawigeopark.com.my/

Hari ini saya merasmikan Majlis Taklimat dan Ramah Mesra 'Geopark Partner' (GP) dan 'Geopark Ambassador'(GA)... Menarik untuk saya katakan yang 'Geopark Partner' dan 'Geopark Ambassador' adalah satu keperluan yg wajib ada yg ditetapkan dalam kriteria2 baru penilaian untuk 'revalidation' pengikhtirafan LUGGp pada tahun 2019.. Ini merupakan kriteria2 baru yang ditambahbaik oleh pihak Unesco. Memandangkan banyak negara memohon untuk masuk dalam senarai Unesco Global Geopark , Unesco telah  memperketatkan lagi keperluan untuk mendapatkan anugerah ini. Banyak kriteria-kriteria tambahan telah dimasukkan.

Dengan adanya GP dan GA ini akan membolehkan setiap aktiviti-aktiviti GA dan GP direkodkan oleh LADA secara formal dan boleh dibentangkan dalam mana-mana forum yang sesuai serta juga semasa pasukan penilai revalidation yang akan datang nanti. Dulunya tidak ada rekod secara rasmi walaupun banyak aktiviti-aktiviti dibuat oleh pelbagai individu dan organisasi berkaitan Geopark ini. Sekarang ia akan menjadi lebih tersusun. Tahniah saya ucapkan kepada semua individu tempatan yang dilantik sebagai GA dan juga organisasi yang dilantik sebagai GP yang sudi menerima pelantikan ini. Yang membanggakan saya semua yang dilantik itu tidak menolak pelantikan tersebut walaupun tanggungjawab yang diamanahkan ini adalah secara sukarela sahaja.

Majlis ini diteruskan dengan taklimat geopark sepintas lalu dan peranan GA dan GP oleh Prof Emeritus Dato' Ibrahim Komo, seorang tokoh akademik dan orang penting dalam Geopark diperingkat antarabangsa. Beliau juga merupakan Penasihat kepada pelaksanaan Langkawi Global Unesco Geopark sejak awal lagi.

Bagi LADA pelantikan GA da GP ini amat penting bagi mempastikan penglibatan rakyat dan organisasi di Langkawi ini lebih menyeluruh.. Saya berharap apa-apa aktiviti GA dan GP berkaitan alam sekitar, komuniti dan apa2 sahaja berkaitan Geopark dapat direkod dan dilapor pada urusetia Geopark di LADA.

Dengan pembangunan yang begitu padat dan pesat  sekarang , Pulau Langkawi diterpa dengan pelbagai projek-projek yg kadang-kadang amat membimbangkan saya. Pertimbangan-pertimbangan ringgit dan sen kadang-kadang amat merisaukan saya... Segala-galanya boleh berubah jika matlamat membangunkan projek2 besar yang boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda menjadi keutamaan..  Di sinilah LADA juga memerlukan 'support' dari 'Geopark Partner' dan 'Geopark Ambassador' dalam membantu LADA melaksanakan pembangunan yang lebih lestari yang memberikan tumpuan kepada ciri-ciri 'low carborn', pengekalan alam sekitar semulajadi, serta kawalan pembangunan yang lebih ketat seeta kawasan geologi dan hutan simpan yang tidak terganggu. Ini  bagi memastikan segala perkara pembangunan di Pulau ini dirancang dengan betul dan teliti agar tidak menimbulkan kesan negatif kepada persekitaran alam Pulau Langkawi ini dan kesan negatif kepada rakyat Langkawi itu sendiri.. Ahli GP dan GA adalah merupakan orang tempatan dan organisasi yang berada di Pulau Langkawi ini dan sudah tentu mereka lebih arif apa yang sebenarnya yang diperlui oleh Langkawi ini..

Ok.. itu saja catatan dan komen saya...  terima kasih kerana tumpang baca celoteh saya.










0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000








00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000





No comments:

Post a Comment