Monday, August 20, 2018

Team Building LADA 2018.. Mencabar Diri..

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh..20 Ogos 2018

Assalaamualaikum WBT.. catatan kali ini  mau cerita apa yaa.. tentunya fasal aktiviti saya di LADA yaa..

Kejayaan sesebuah organisasi adalah bergantong kepada bagaimana semua anggota organisasi itu dapat bergabong tenaga dan bekerjasama antara mereka. Tidak ada sesiapa boleh mendabik dada mengakui bahawa kejayaan organisasi itu hanya kerana dirinya semata-mata. Tak mungkin itu boleh berlaku... Sebab itu semangat kekitaan dan semangat kerja berpasukan itu amat penting dipupuk dikalangan anggota kerja .. . Di LADA sendiri yang mempunyai kakitangan yang agak ramai juga, semua anggota kerja perlu dijurus kearah tersebut supaya tidak ada sesiapa boleh bersikap individualistik...  Melalui Kerja Berpasukan organisasi akan dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabongan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Dari pemerhatian saya ada beberapa  nilai yang telah dipraktikan oleh peserta semasa kursus/latihan dilaksanakan itu iaitu, Matlamat Yang Sama, Tanggungjawab Bersama, Saling Percaya Mempercayai,  Berkongsi Idea, Saling Bantu Membantu, Bertolak Ansor, Bermusyawarah dan Bekerjasama.....  Inilah sebenarnya yang saya nak terapkan dalam kursus seperti ini kerana ianya ada kaitannya dengan kerja seharian di pejabat... Walaupun nampak macam main-main dan lawak-lawak tapi sebenarnya pengajaran dari aktiviti-aktiviti itu yang terserap dalam hati sanubari peserta.

Atas sebab itu apabila anak-anak buah mencadangkan untuk mengadakan latihan atau kursus 'Team Building' , saya tidak ragu-ragu untuk memberikan sokongan akan program ini dan jika berkelapangan akan bersedia untuk sama-sama mereka mengikuti kursus ini..

Kursus ini dibuat disebuah tempat peranginan terkenal di Kulim Kedah, iaitu Tree Top Walk.. Ada keunikan tersendiri disini. Hutan yang masih terpelihara, sungai yang jernih airnya, dan alam semulajadinya yang amat menarik dan terpelihara , amat sesuai untuk mengadakan kursus-kursus seperti ini.. Kalau nak mengharapkan duduk di hotel2 berbintang-bintang disini tak adalah.. Di sini hanya kemudahan seadanya tidak mewah2 dan tidaklah lekeh sangat... cukup sekadar untuk mengajar peserta-peserta akan suasana yang sebenarnya dipersekitaran hutan dan kampong..

Alhamdulillah, semasa kursus ini diadakan saya berkelapangan masa dan dapat mengikuti kursus ini walaupun tidak sepenuhnya, tetapi saya dapat melihat dan menghayati sendiri akan usaha-usaha anak-anak buah saya yang berjumlah 40 orang mengikuti kursus ini.. Ada dari kumpulan Pengurusan dan Profesional dan ada juga dari Kumpulan Sokongan. Semuanya sama sahaja darjat dan pangkat bila mengikuti kursus seperti ini... Namun semuanya begitu teruja dan semangat sekali mengikuti kursus ini..Yang takut menjadi berani, yang tak biasa menjadi biasa,  yang geli pacat  masih geli juga, yang tak berani cakap depan publik dah mula berani, yang lemah kembali bersemangat dan banyak perubahan positif dapat dilihat dan  dicapai dikalangan anggota kursus. .

Sekurang-kurangnya  dengan penglibatan mereka semua ini matlamat akhir untuk memastikan setiap keputusan dan kerja dapat dilaksanakan secara berpasukan telah tercapai.. Itu dalam kursus ini.. Cuma saya amat berharap apa  pengajaran yang diperolehi dalam kursus ini dapat diterapkan dalam kerja seharian dipejabat.

Itu saja catatan saya kali ini... terima kasih baca celoteh2 saya nii....



Fakta:
Bilangan Peserta 40 orang
Tempat Penginapan: Tree Top Walk , Sungai Sedim, Kulim
Tenaga Fasilitator : En Suwasdie Che Man (LADA),  Isma Zuber Ibrahim (LADA) dan Mohd Rafis Yahya  (Instruktor luar )



Gambar sudah memberikan makna yang tersendiri.... Yang penting semuanya enjoy dan suka-suka sahaja...  hilang segala ketegangan bila berada disini...






Bertemu sahabat sekerja saya dari 
JPS , Sdr Idrus, Jurutera JPA 
Daerah Kulim / Bandar Baharu


Kalau tak percaya rakan2 berani nak telentang terjun
macam tu... tapi ada yang tak berani juga




Meredah hutan yang lembab dan dipenohi

pacat-pacat yang berkeliaran 

Akhirnya sampai ke air terjun yang menarik yang terlalu

sejok airnya. Hilang segala keletihan 





Ini fasilitator yang membantu para peserta.

En Mohd Rafis Yahya (luar) dan 
en Suwasdie Che Man (LADA)




Group yang buat persembahan .. macam2 karenah









Jambatan Tergantong Tree Top Walk..  berjalan2 diatasnya 
diatas pucuk pokok





No comments:

Post a Comment