Friday, October 5, 2018

Terokai Pengalaman Melancong Dengan Biogeotrail Kubang Badak


Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 05 Oktober 2018

Assalaamualaikum WRT.. dan selamat siang. Hari Jumaat yang amat berkat ini sememangnya sesuai untuk bersantai-santai dirumah buat apa yang patut untuk menambahkan pahala buat diri yang rasanya masih kurang cukup bekalan nanti. .. Saya ada sedikit kesempatan waktu petang ini untuk tulis apa-apa yang patut dalam blog saya ni.. tulisan saya biasa2 sahaja... tapi yang saya perlu jaga ialah jangan dok mengata kat orang sudah laa.. kita cerita hal2 yg baik belaka dan berfikiran positif selalu.. Kan senang begitu.. so sambil menggerit-gerit jagong manis yg isteri baru rebus tadi.. apa kata saya pagut2 huruf2 keyboard ini menjadi cerita yg boleh difahami..

Kebetulan kelmarin saya atur satu program bersama anak-anak buah meneroka laluan baru pakej pelancongan yang amat menarik juga untuk pelawat-pelawat yang datang ke Pulau Langkawi.. Langkawi juga perlu ada produk2 baru untuk perlu bersaingan dengan pulau2 pelancongan yg lain.. Kalau tidak ianya akan ketinggalan dan akan berlaku pengurangan pengunjung.. kita juga mengharapkan pengunjung kali pertama akan berkunjung lagi berulang kali.

Pulau Langkawi sememangnya terkenal dengan produk-produk pelancongan yang pelbagai, samada produk-produk fizikal ciptaan manusia, produk alam semula jadi dan produk2 budaya dan komuniti .. Semuanya ini menjadi tarikan pelancongan yang efektif jika di eksploitasikan dengan lebih kreatif dan promosi yang aktif.

Segala maklumat tempat dlm 
pakej Biogeotrail Kubang Badak 
ini ada dalam buku ini.
Apa yang saya hendak ceritakan pada catatan kali ini adalah berkaitan satu lagi produk pelancongan yang wajar diteroka oleh para pelancong  ke pulau Langkawi... Sudah ramai pelawat-pelawat yang suka melancong untuk melihat keindahan alam semulajadi sesebuah tempat. Langkawi sebenarnya ada banyak produk2 seperti itu... Yang saya hendak cerita inipun adalah produk unik seumpama itu yang wajar diketengahkan...

Sesuai dengan pengikhtirafan Langkawi sebagai Langkawi Unesco Global Geopark , produk BioGeoTrail Kubang Badak adalah satu satu produk Geopelancongan yang diketengahkan. Kawasan Kubang Badak ini mempunyai 13 tapak istimewa yang mempunyai keunikan warisan yag
tersendiri samada batuannya, biologinya, geologinya dan budayanya.. Ini yang cuba diketengahkan oleh LADA untuk ditonjolkan kepada pelancong-pelancong samada dalam atau luar negara. Pihak UKM melalui Pusat Penyelidikan Langkawi telah menyediakan maklumat terperinci berkenaan segalanya dikesemua 13 tapak yang dikenalpasti....

Semoga dengan promosi yang lebih agresif , pakej pelancongan  yang lebih bermirip keilmuan , 'healthy' dan  kesedaran alam sekitar akan meningkatkan kedatangan pelancong ke kawasan Kubang Badak dan seterusnya akan meningkatkan kehidupan sosioekonomi penduduk  tempatan. LADA sedang berusaha memajukan lagi kawasan ini dengan menyediakan infrastruktur yang lebih baik untuk memudahkan  pelancong melawat kawasan-kawasan tersebut.





Untuk melawat kawasan-kawasan tapak tersebut ianya
perlu menggunakan bot-bot pelancong seperti ini yang
memang sudah tersedia ada di Pengkalan Kubang Badak

Ada 9 kebok kayu arang dipulau ini menunjukkan aktiviti
menghasilkan arang oleh orang-orang Siam begitu aktif 
dipulau ini 100 tahun  yang lalu.

Ini adalah tinggalan gok arang yang ada di Kg Siam, Pulau
Kubang Badak dan ada Bukit Menora... Kg. Siam
ini hanyak tinggal nama saja 

Laluan pejalan kaki yang disediakan
untuk melawat tapak2 kebuk kayu
arang kg Siam

Menikmati keindahan  pemandangan pokok bakau yang pelbagai jenis serta mempunyai 
keunikan tersendiri ... keunikan pokok bakau ini akan diceritakan dengan terperinci oleh
 pemandu pelancong yang disediakan ..  Memang menarik rupanya fasal bakau.. Saya 
sebelum inipun hanya tahu bakau sebagai bakau yang diguna utk buat arang dan tiang 
cerucuk.. itu saja



kejernihan air laut dan ada terdapat juga batu karang 
yang sesuai untuk aktiviti snorkelling di Pulau Jemuruk

Ini pokok kayu gaharu... bernilai tinggi ni..

Longgokan cangkerang kuno berusia 6000 th
yang lalu membuktikan paras laut zaman dahulu
lebih tinggi darir paras air laut sekarang ini. 
iaitu lebih 15 meter diparas laut sekarang..
ia terletak dipintu masuk Gua Pinang...



Pemandu pelancong yang arif dengan pakej BioGeoTrail ini disediakan kepada
pelancong..  Ceritanya fasal pokok bakau ini cukup menarik dan bermaklumat.(en. Osman.. 
Persatuan Pemandu Pelancongan
Langkawi)

Prof Emiritus Dato Ibrahim Komo adalah Ketua Pasukan yang membuat penyelidikan
dikawasan Kubang Badak ini dan telah mengeluarkan Buku Panduan Khas yang
mengandungi segala maklumat sejarah, geologi, biologi, warisan dan budaya . Bukunya
ada saya paparkan diatas ... gambar ini menunjukkan Prof sedang menerangkan dengan
detail berkenaan cangkerang kuno yang dijumpai di Gua Pinang ini.


Gua Pinang yang dipenohi dengan kelawar 

Bot pelaancong boleh menghampiri kawasan air yang berbuih yang terdapat di Tanjung Mendidih. Difahamkan tempat  buih naik dari mata air panas air laut, buih gas yang naik ke permukaan air.


Hasil tangkapan ikan yangsegar dari kawasan persekitarn pulau ini.
bagi yang berminat memancing dan memukat boleh saja diatorkan 


No comments:

Post a Comment