Friday, October 5, 2018

Penghayatan dan Pengamalan Islam

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 03 Oktober 2018

Assalaamualaikum.. WBT dan Selamat Pagi...       PAGGII  , Itu yang saya dapat masa kursus ESQ yang baru sahaja saya lalui beberapa minggu yang lalu... tengah2 kursus penceramah kata  PAGGII kuat-kuat dan peserta kena sambut PAGGII kuat-kuat suara juga..

Ok.. berbalik kepada tajuk diatas ini,  sesuai dengan sambutan Tahun Baharu Islam yang baru berlalu, saya rasa wajar sangat kita tengok-tengok diri kita lebih2 lagi diri saya dari segi amalan-amalan didunia  yang membawa kepada keredhaan Allah SWT, amalan-amalan ibadat wajib kita dan sunat2 juga serta apa sahaja aktiviti yang membawa kepada berolehnya pahala pada diri kita untuk dibawa dialam kubur dan alam akhirat nanti... Buat apapun sekarang ini kita kena menjurus kearah itu kerana tidak ada siapa yang akan menolong kita dalam hal seperti ini melainkan amalan2 baik yang kita amalkan itulah yang akan menolong dan mengikut kita kemana saja kita pergi nanti apatah lagi bila kita meninggal dunia pada bila-bila masa sahaja.

Kali ini saya amat gembira bila bersama-sama anak buah saya di LADA dapat mengatorkan program ini.. Biar penat sikit tetapi ia berbaloi dengan ganjaran dari Allah SWT yang amat kita harapkan. Yang penting niat kita itu penting. Buat kerja kerana Allah SWT.. In Sya Allah ada ganjaran menanti..

Program ini dinamakan Karnival Penghayatan Islam , dimana aktiviti-aktivitinya seperti mana yang dipaparkan dibawah ini... Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Program Kacau Bubur Asyura begitu meriah sekali dengan penyertaan lebih 70 kumpulan komuniti tempatan dengan masakan bubur asyura yang pelbagai rasa yang enak dan persembahan hidangan  yang begitu menarik.

Kanak-kanak juga dilibatkan sama dalam program melalui pertandingan mewarna yang bertemakan unsur Islam.

Melalui program ini juga LADA telah dapat mencungkil bakat-bakat terserlah dalam bidang syarahan agama, membaca khutbah dan pelaung azan yang terbaik.. mereka semua ini boleh diketengahkan keperingkat yang lebih atas lagi. Langkawi sebenarnya banyak bakat-bakat hebat dalam pelbagai bidang.

Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang disiarkan secara langsung di TV1 telah berjalan lancar dan menarik jutaan penonton untuk mengikutinya di TV1.. . Di Dewan Badminton Kompleks Sukan LADA sendiri telah penoh dengan penonton... menunjukkan minat rakyat komuniti Langkawi ke arah pembinaan insan yang cemerlang. Dengan tajuk  Forum 'Susahkah Nak Berubah', ianya telah dikupas dengan begitu menarik dan berilmu oleh para ahli panel yang bijak pandai.... hingga penonton menunggu sampai saat akhir baru beredar... Begitu juga Forum Perdana Hal Ehwal Islam sessi kedua untuk rakaman juga berjalan lancar dan amat menarik juga kerana tajuknya berkaitan dengan kelestrian alam sekitar dipulau Langkawi ini. Forum Perdana ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato Ir Hj Amiruddin , Timbalan Menteri Kewangan.

Pada saya program yang diadakan sepanjang hari ini amat memberi manafaat pada semua orang Pulau Llangkawi. Sudah tentunya banyak ilmu ditimba dalam 2 sessi Forum Perdana.. tersebut yg akan meningkatkan lagi ketaqwaan kita pada Allah SWT. Program kacau bubur asyura sudah tentu melahirkan hubungan yg baik sesama insan, sesama jabatan , sesama pemain industri pelancongan dan sudah tentu LADA selaku penganjur harapkan begitu juga ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua komuniti di Pulau Langkawi ini .

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program yang amat berfaedah ini pada kita semua , samada rakyat Malaysia yang menonto, komuniti di Langkawi dan juga jabatan-jabatan kerajaan di Pulau Langkawi. Dengan sambutan yang begitu baik yang diterima ini In Sya Allah ianya akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.



















































No comments:

Post a Comment