Friday, January 11, 2019

Selamat Datang Ahli Lembaga Pengarah LADA Yang Baru

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 12  Oktober 2018

Assalaamualaikum WBT  dan Selamat Sejahtera , saudara2 ku sekalian..

Hari ini telah berlangsong Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Langkawi.. dibawah kerajaan baharu Pakatan Harapan  di Hotel Westin Langkawi. Semuanya orang baru . Mereka terdiri dari YAB DS Mukhriz Mahathir, YB Dato' Amiruddin Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato Paduka Bakar Din Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato Asri Hamidon Timbalan KSU Perbendaharaan Malaysia,  Dato Mohamad Timbalan KSU  Kementerian Ekonomi.

Alhamdulillah.. Mesyuarat ini berjalan lancar dan banyak isu-isu yang tersangkut sebelum ini telah dapat dibentangkan dan mendapat pertimbangan Ahli Lembaga Pengarah LADA.. Namun oleh kerana ini mesyuarat pertama ALP dan lama juga tidak bersidang , banyak yang terpaksa diteliti dan diputuskan oleh ALP LADA. Terima kasih kepada semua Ketua Bahagian dan Pegawai LADA yang telah membuat persiapan terbaik dalam menjayakan mesyuarat pertama terutama dalam menyedikan kertas-kerja berkaitan serta pembentangan dan persiapan-persiapan lainnya.

Semoga dengan adanya ALP LADA yang baru ini akan menyemarakkan lagi aktiviti dan operasi LADA di Pulau Pelancongan ini , kerana mereka telah memberikan pandangan dan halatuju yang jelas untuk difahami dan diikuti oleh LADA sesuai dan selari dengan aspirasi kerajaan yang memerentah sekarang ini.








Majlis Suaimesra YB TMK Dato' Amiruddin (Pengerusi Bersama LADA)
dan  ALP LADA  dengan Imam2 dan JK Masjid seluruh Langkawi.. Saya sedang menyampaikan ucapan aluan dan penghargaan  pada tetamu
yang hadhir
YB Dato Amiruddin sedang
menyampaikan ucapa n di
Majis bersama imam2 masjid
Langkawi








No comments:

Post a Comment