Sunday, February 16, 2020

KESELAMATAN TIDAK BERMUSIM ... SECURITY TODAY MAYBE OBSELETE TOMORROW

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 07 Februari 2020



RAHSIA BESAR : Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia

RAHSIA : Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing

SULIT : Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan kegiatan kerajaan atau individu atau menyebabkan keadaan malu, kesusahan kepada pentadbiran atau akan memberikan keuntungan kepada kuasa asing.

TERHAD : Dokumen rasmi , maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang dipertingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi perlu juga diberi perlindungan keselamatan hendaklah diperingkatkan sebagai TERHAD..

-----------
Saja la saya cerita istilah-istilah seperti diatas tu , kerana saya sedang mengikuti kursus Profesional Pegawai Keselamatan Jabatan di Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia, ENSTEK , Negeri Sembilan.

Sebagai Pegawai Keselamatan Jabatan LADA saya dikehendaki menghadhiri kursus seperti ini dalam usaha memantapkan pengetahuan berkenaan dengan keselamatan segala aspek di LADA ini.  Banyak ilmu saya dapat cedok dari kursus yang saya hadhiri ini...  Selepas ini saya akan mengaturkan pula kursus untuk anak2 buah saya yang dilantik sebagai Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan pengurusan keselamatan perlindungan dokumen, keselamatan perlindungan keatas bangunan dan peralatan fizikal dan keselamatan perlindungan personel.

Jadi nampaknya amat besar juga tanggungjawab Pegawai Keselamatan Jabatan dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan. Perkara-perkara ini kadang-kadang dibuat mudah dan tidak diambil berat oleh anggota pegawai kerajaan dan kesannya ada ketikanya kerajaan  terpaksa menanggung kerugian yang amat besar  samada dalam bentok kewangan maupun dalam bentok lain. Dalam keadaan yang lebih serious lagi ianya boleh memberi ancaman kepada negara, jabatan dan personal itu sendiri.

Bila datang ke kursus seperti ini baru tahu lebih mendalam betapa banyak kelemahan-kelemahan dijabatan sendiri yang ditangani dengan betul dan prosedur yang sepatutnya..  Banyak kerja nak buat selepas ini...

Terima kasih.. jumpa lagi

Saya datang ke kursus ini atas tegoran pihak Pasukan Inspektorat CGSO yg datang buat pemeriksaan tempoh hari.. ceritanya spt link dibawah ini.. klik saja..

https://semangatjatilada.blogspot.com/2020/02/csgo-keselamatan-perlindongan.html?m=1














#Kursus Profesional Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) Siri 1/2020
#Tarikh : 5 Februari - 6 Februari 2019
#Tempat : Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia, Persiaran Timur, Bandar Baru ENSTEK , Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment