Sunday, February 23, 2020

Sunset Cruise : Keriangan menikmati kejadian alam semula jadi

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 00 Februari 2020




Produk Update... Salah satu tarikan kepada pelancong ke Pulau Langkawi ialah menaiki kapal atau bot mewah untuk menikmati waktu petang yg amat membahagiakan.. orang panggil 'sunset cruise'.. 

Ternyata menyaksikan sunset di perairan laut Andaman  sekitar Pulau Langkawi  sambil menikmati hidangan diatas bot  cruise menjadi pengalaman yang menarik dan unit tersendiri yang tak dapat dilupakan. Saat senja, suasana semakin menarik dengan pemandangan matahari terbenam. Warna jingga dari matahari yang akan digantikan oleh malam terlihat jelas dari atas bot cruise ini. Suasana sunset benar-benar sempurna. Pantulan cahaya berwarna jinggga disebalik awan menambah suasana petang terasa lebih menyenangkan dan menyamankan. Bukan setakat itu sahaja, semasa atas bot boleh sahaja  untuk terjun kedalam laut , memancing, malahan bersantai-santai dilaut dalam jaring yang khusus dipasang dibot... jadi ianya amat selamat...

Dalam aktiviti promosi yg dilaksanakan oleh LADA.. aktiviti seperti ini seringkali dicadangkan kepada pengunjung... ada banyak operator aktiviti 'sunset cruise' di Pulau Langkawi ini yang menawarkan perkhidmatan pada harga yang berpatutan.... LADA juga memasukkan aktiviti ini dalam program fam-trip yang diadakan pada pada mereka yang berpotensi membawa ramai pelancong ke Pulau Langkawi...































































No comments:

Post a Comment