Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 22 Februari 2020
Assalaamualaikum WBT
'Lihat Ancaman Yang Ada Itu Sebagai Suatu Peluang Yang Terbaik Untuk Mencapai Kejayaan'...
Dalam konteks Langkawi, isu corona virus yg melanda patut diambil peluang untuk meraih lebih ramai pelancung datang melawat ke Pulau Langkawi. Pulau yang bebas dari segala yg negatif.. aman, bersih.. Itu antara intipati amanat YB Dato Wira Ir Hj Amiruddin Hamzah dalam majlis ramah mesra beliau bersama dengan seluruh anggota kakitangan Lembaga Pembangunan Langkawi.
Beliau juga adalah pengerusi bersama Lembaga Pengarah LADA yang sentiasa memberi perhatian akan perjalanan LADA dan Pulau Langkawi ini. Banyak kata-kata nasihat dan semangat dilontarkan kepada semua anggota LADA agar ia memberi satu harapan dan semangat baru kepada anggota kakitangan untuk berusaha lebih gigih lagi dalam memajukan Pulau Langkawi ini.
Di majlis yang sama satu sessi penyerahan surat kelulusan Projek Kecil Komuniti Langkawi Fasa 1 LADA telah disempurnakan oleh YB Dato Wira Ir Hj Amiruddin Hamzah Timbalan Menteri Kewangan . Sebanyak 9 projek kecil komuniti telah diserahkan surat kelulusan kepada komuniti yang terlibat antaranya bantuan pembaikan surau, sekolah, pusat autism dan tempat riadah disekitar Pulau Langkawi. Peruntukan yang disediakan keseluruhannya berjumlah RM160,000.00 . LADA berharap dengan pemberian peruntukan ini akan dapat membantu memberi kesejahteraan, meningkatkan perpaduan, meningkatkan kerohanian, serta keselamatan penduduk setempat.
YB TMK juga telah turun ke padang mengadakan lawatan kebeberapa tempat yang dirancang untuk dilaksanakan projek besar LADA dengan pihak Swasta..

No comments:
Post a Comment